Chapter 34

Action Completed 74112

"MACAM mana Mir, dah dapat tahu ke siapa yang serang kita malam tadi?. " tanya Tengku Mikhail sebaik sahaja dia melangkah masuk ke bilik bawah tanah.

" Sikit lagi bos. " balas Amir fokus dengan komputernya.

" Teruk ke Carl. "

Tengku Mikhail berjalan mendekati Haikal yang baru sahaja selesai mengeluarkan peluru di perut Khairul.

" Tak ada lah teruk mana bos tapi dia kehilangan banyak darah so saya biarkan dia tidur dulu. " kata Haikal sambil menanggalkan sarung tangan kulit di tangannya.

" Baguslah. Dia dah bangun nanti suruh je dia rehat dulu. He will off for a week. Bekalan darah kita masih cukupkan?. "

" Bekalan darah O dah habis bos hanya tinggal yang lain sahaja. Sebab dah malam hospital semua dah tutup so saya terpaksa ambil darah Hazid tadi. " maklum Haikal.

" Tengok tu bro Hazid tengah pening tengok darah dia kena sedut. " sampuk Rayyan sambil ketawa.

Tengku Mikhail anggukkan kepalanya patutlah Tengku Mikhail tengok Hazid tunduk sahaja duduk atas kerusi, pening dengan darah sendiri rupanya.

" Kenapa tu?. " tanya Tengku Mikhail perlahan pada Rayyan melihat Hafiz mengasah Rambonya tanpa menghiraukan sekeliling.

Manakala Shahrul memeluk kembarnya dengan senyum sumbing dan mengusik kembarnya itu.

" Shah luka kena peluru tu yang dia meroyan. " balas Rayyan kuat dan di sambut ketawa oleh Tengku Mikhail dan yang lain.

" Bos dengar ni. " panggil Amir.

" Ni rakaman sebelum kejadian tadi, tapi saya rasa dia dah jumpa alat tu. "

Mereka semua mendekati Amir di hadapan komputer untuk mendengar rakaman yang mereka perolehi dari bilik yang dihuni Johnathon.

Mereka mendengar rakaman yang berbunyi

'I know where the memory card is.'

Sebelum bertukar menjadi hilang siaran.

" Memory card apa bos yang dia maksudkan?. Accident malam ni ada kena mengena dengan memory card tu ke?. " tanya Rayyan.

" Memory card. " sebut Tengku Mikhail sambil berfikir.

" Bos kata Hashim ada tinggal barang dekat Mira. Barang tu kot bos. " teka Rayyan.

" Aku dah tanya Mira tapi dia cakap ayah dia tak ada tinggal apa-apa dekat dia. "

" Cuba bos tanya sekali lagi mana tahu dia lupa. " kata Rayyan lagi.

" Ok. Nanti aku tanya lagi dekat dia. Kau orang boleh bersurai. Sentiasa alert dengan sekeliling, musuh mungkin ada di kalangan kita. " pesan Tengku Mikhail sebelum keluar.

Knock. Knock.

" Sayang... Sayang... " panggil Tengku Mikhail apabila dia membuka pintu bilik Amira tiada atas katil.

" Ya abang Mira dekat sini. "

" Mira buat apa dekat bawah situ. Kenapa tak tidur lagi?. " tanya Tengku Mikhail.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam isterinya masih berjaga.

" Rantai Mira jatuh masa Mira tanggal nak mandi tadi. " balas Amira masih terbongkok di sebelah katil.

" Biar abang ambilkan. "

Tengku Mikhail menunduk dan mengagau tangannya di bawah katil mencapai rantai yang di maksudkan.

" Sayang dapat dari mana rantai ni?. " tanya Tengku Mikhail sambil melihat rantai ditangannya.

Dia kenal dengan loket itu.

" Ayah bagi Mira. "

" Boleh sayang bagi abang pinjam sekejap rantai ni?. " tanya Tengku Mikhail tidak teragak-agak.

" Abang nak buat apa?. Rantai ni murah sahaja ayah cakap. "

" Sekejap saja nanti abang pulangkan semula. Please. " balas Tengku Mikhail berharap.

" Ok baiklah tapi jangan rosakkan tahu. Itu satu-satunya kenangan yang Mira ada dari ayah. "

" Ya sayang abang janji, abang akan jaga dengan nyawa abang. Promise. " balas Tengku Mikhail membuat tanda pinky promise.

" Promise. " balas Amira menyambut jari suaminya.

" Dah jom tidur dah malam sangat ni. Nanti esok sayang jadi panda jangan salahkan abang. " Tengku Mikhail memegang tangan Mira menariknya naik keatas katil.

" Eee abang ni. " Amira menepuk perlahan dada suaminya, Tengku Mikhail ketawa dengan reaksi Amira.

Tengku Mikhail masih belum mampu melelapkan matanya walaupun sudah sejam dia cuba, dia masih memikirkan kejadian tadi.

Adakah memories card yang di maksudkan oleh Johnathon ada kaitan dengan kematian bapanya.

Flashback.

" Tan Sri ada meninggalkan loket milik ibu Tengku. " kata Hashim sambil terbatuk-batuk.

" Mana loket itu?."

" Ada pada Amira anak saya... Tolong jagakan anak saya Tengku. " semakin kuat batuknya.

End flashback.

Amira tersedar dari tidurnya apabila mendengar suara suaminya yang sedang muntah.

Dia pantas berlari ke bilik air dan mengurut belakang badan suaminya.

" Abang ok tak ni?. Abang salah makan ke?. " tanya Amira memapah Tengku Mikhail keluar dari bilik air.

" Abang rasa abang salah makan. Dari petang tadi abang rasa loya saja. " kata Tengku Mikhail rasa lemah badannya bila muntah tapi hanya air yang keluar.

" Sini Mira sapukan minyak angin. "

" Eee sayang jauhkan benda tu pada abang. Busuk. " kata Tengku Mikhail menolak jauh minyak angin di tangan Amira darinya.

" Biarlah Mira sapu ubat pada leher abang, mana tahu dapat kurangkan rasa loya tu. "

" Tak nak. Jauhkan benda tu dari abang. " katanya lagi sambil menutup hidung.

" Ok ok Mira tak isi. " kata Amira dia bangun letakkan minyak angin itu jauh dari suaminya.

Macam-macam lah kerenah suaminya itu.

Amira mengurut perlahan perut dan belakang leher suaminya sehingga dia sekali tertidur di samping suaminya.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience