Chapter 23

Action Completed 74112

TENGKU Mikhail dan anak buahnya sudah bersiap sedia dengan peralatan dan senjata masing-masing.

Iskandar, menerangkan plan kawasan perumahan elite tempat Amira di kurung kepada semua.

Semua jalan keluar telah ditutup untuk mengelakkan musuh mereka melarikan diri.

Tangku Mikhail menjelaskan rancangan yang mereka akan lakukan.

Adam dan Hafiz mengasah pisau belati mereka sambil mendengar penerangan Tengku Mikhail.

Haikal tidak mengikut serta kerana terpaksa mengambil alih tugas Adam untuk menjaga Jessica.

Mereka tiba di lokasi yang maksudkan oleh Amirul dan memberhentikan kereta jauh dari kawasan itu.

Hazid melambai tangannya apabila melihat kelibat Adam dan Hafiz dari jauh supaya menghampirinya.

" Ada 5 orang lagi baru sampai. " bisik Hazid kepada Adam dan Hafiz.

" Laju kau eh bukan kau kena tangkap dengan abang polis ke tadi?. " gurau Hafiz.

" Bukan abang polis tapi kakak polis cun melecun macam gini. " balas Hazid menunjukkan jari dibibirnya.

" Orang lembab saja selalunya kena tahan polis. Hahahaha. " perli Hafiz.

" Tak guna kau. Aku baru pertama kali kena tahan polis okay." marah Hazid cuba memukul kepala Hafiz tetapi sempat di elak oleh Hafiz.

" Hehe tak kena. Zid jadi lembap lepas kena tanggap polis. " ejek Hafiz sambil menjelirkan lidahnya pada Hazid.

" Shhhh. " tegur Amir dari alat penghubung yang dari tadi turut mendengar perbicaraan mereka itu.

" Opsss. Hehe. Jom jom gerak. " ajak Hafiz.

Hazid sempat meluku kepala Hafiz sebelum mengikut belakang Adam, menyelinap masuk ke dalam kawasan perumahan elite itu.

Khairul dan Amirul sebagai sniper sudah mengambil tempat dan bersiap sedia dengan rifle mereka.

" Ada 8 orang bahagian Barat. " maklum Haikal.

" Belakang settle. " maklum Shahrul dan hafiz sambil membuat high 5.

Shahrul dan Hafiz dengan lincah menutup mulut mangsa mereka sebelum mengelar leher mereka.

Cukup perlahan tingkah mereka sehingga hampir separuh anak buah Farisha di uruskan tanpa sebarang gangguan.

Mereka mengumpulkan mayat orang suruhan Farisha pada satu tempat dan bergerak menuju ke bahagian yang lain pula.

" Bos. Barat settle. "

" Bos. Timur pun dah settle. "

" Ok good. Stay tempat masing-masing jangan pergi mana-mana lagi. Let's begin the show. " kata Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail menekan minyak kereta import nya sepuas hati dan merempuh pintu pagar besi rumah banglo Farisha hingga runtuh.

" Keluar!!." kata anak buah Farisha menghentak bumper kereta Tengku Mikhail.

Mereka menarik Tengku Mikhail keluar dari kereta dengan mencengkam baju Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail mengangkat tangan tanda menyerah apabila pistol di acu padanya dengan senyum sinis.

Anak buah Farisha mengcengkam kolar baju Tengku Mikhail yang senyum memandangnya itu dan mengheret Tengku Mikhail ke dalam rumah.

" Well.. Well... Well tengok siapa yang datang. " kata Farisha menepuk tangan sambil menuruni anak tangga.

Tengku Mikhail melanggut keatas memandang Farisha dengan senyuman yang di maniskan walau hakikatnya hatinya sedang membara.

' Aku akan siat kulit kau betina!!. ' janji Tengku Mikhail.

" Tengku Mikhail.. Or Tengku Adam Mikhail Bin Tan Sri Amir. Apa hajat Tengku datang ke rumah I yang hina ini?. " tanya Farisha.

Farisha melabuhkan punggungnya atas sofa sambil kakinya di silangkan memandang Tengku Mikhail.

" Ohhh I saja datang melawat. " kata Tengku Mikhail.

Dia menghentap tangan anak buah Farisha pada lengannya dan berjalan kearah sofa bertentangan Farisha.

" Can I sit?. " tanyanya lagak seperti seorang gentlemen.

" Ohh where is my manners? Haha.. Have a sit Tengku. " kata Farisha sambil ketawa gedik menutup mulutnya.

" Cantik rumah you. " kata Tengku Mikhail.

" Thank you for your compliment. "

" So Tengku, you nak minum apa?. Rumah I tak ada banyak minuman air kosong saja ada. " kata Farisha sambil ketawa.

" No need thank you. I tak minum air rumah madu I. " kata Tengku Mikhail menyandar tubuhnya pada sofa.

" Madu.. Haha.. You ni kelakarlah Tengku, suka buat lawak yang tak berapa nak jadi. " Farisha ketawa kecil.

PRANGGG!!!!

Bunyi kaca pecah menarik perhatian Farisha,  dia menjerit memanggil anak buahnya.

Farisha mengarahkan dua anak buahnya untuk melihat ke bilik Amira.

Tengku Mikhail ketawa kecil melihat sikap gelabah Farisha.

Farisha dengan perasaan membara menjeling Tengku Mikhail.

Dua orang anak buah Farisha menghalakan pistol tepat di belakang kepala Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail hanya duduk dengan tenang dengan senyum sinis di bibir dan tiba-tiba...

To be continues....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience