Chapter 35

Action Completed 74112

SUDAH seminggu kemalangan tembak menembak di premis makanan itu berlalu tetapi mereka masih belum ketemui dalang sebalik kes itu.

Kecoh juga kes itu hingga masuk berita katanya pergaduhan antara dua kongsi gelap yang berebut kawasan.

Seluruh premis makanan sekitar kejadian terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk keselamatan orang awam.

" Bro pucat gila muka kau, tak sihat lagi ke?. " tanya Rayyan pada Tengku Mikhail yang baru turun dari tangga bersama Amira disisinya.

" Abang Is tolong sediakan kereta. " kata Amira pada Iskandar yang baru keluar dapur.

" Mira nak pergi mana?. " tanya Iskandar.

" Mira nak bawak abang Mika pergi hospital dah seminggu asyik muntah-muntah saja. "

" Bos kena buatan orang tu Mira tak payah bawa ke hospital pun tak apa. " balas Iskandar bersahaja.

Mereka semua tengah sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari lahir Amira atas arahan Tengku Mikhail.

Sekiranya persiapan itu tidak siap sebelum matahari terbenam mereka semua akan di hukum iaitu berendam dalam kolam semalaman kata Tengku Mikhail.

" Haah betul tu Mira. Biarkan saja dia tu. Bos ni makin mengada pula bila dah beristeri ni. "

Mendengar kata-kata Daniel, Tengku Mikhail menjelingnya.

Senyum Amira sampai ke telinga dan naik merah mukanya jarang Daniel berkata-kata.

" Now birthday girl pergi naik bersiap. Serahkan Mikhail ni pada kitaorang. " arah Rayyan.

Rayyan menarik tangan Tengku Mikhail ke luar rumah untuk persiapan birthday party.

Malam itu meriah dengan sambutan hari lahir Amira yang ke-18 tapi tidak seperti hati Johnathon.

Johnathon rasa seperti Tengku Mikhail mula mengesyakinya kerana tiap kali dia cuba bersendirian dengan Amira pasti sahaja anak buah Tengku Mikhail akan datang menganggu.

" Congratulations bos. "

" Tahniah bos. " ucap mereka sambil bersorak.

" Congrats bos. "

" Hari ini bukan birthday aku kenapa wish dekat aku. Wish dekat Mira lah. " marah Tengku Mikhail.

Naik geram bila semua anak buahnya mengucapkan tahniah kepadanya.

" For you. " bisik Amira dan meletakkan kotak kecil atas tapak tangan Tengku Mikhail.

" Apa ni sayang. Patutnya abang yang bagi hadiah dekat sayang kenapa sayang bagi hadiah untuk abang pula ni. " kata Tengku Mikhail membuka kotak hadiahnya.

Tengku Mikhail berasa macam tidak percaya dengan apa yang dia lihat di hadapan matanya.

Dia memandang isteri dan tangannya bersilih-ganti, lidahnya kelu.

" Sayang betul ke ni?. " tanya Tengku Mikhail untuk mendapatkan lagi kepastian.

" Ya, betul abang. Baru 12 minggu termasuk minggu ni. " balas Amira mengusap perutnya perlahan sebelum mengesat air mata bahagianya.

Amira minta supaya anak buah Tengku Mikhail merahsiakan bahawa dia mengandung kerana ingin membuat kejutan kepada suaminya dan Alhamdullih kejutannya berhasil.

" Thank you so much darling. Thank you. " ucap Tengku Mikhail tidak berhenti-henti mencium dahi isterinya.

Di peluk kejap tubuh isterinya sebelum mengangkat tubuh kecil itu ke udara.

Terjerit kecil Amira apabila terasa tubuhnya melayang di udara.

Amira juga tidak menyangka pada usia 19 tahun dia bakal di kurniakan seorang cahaya mata.

" Congratulations to both of you. " kata Johnathon berjabat tangan dengan Tengku Mikhail sebaik sahaja kaki Amira memijak lantai semula.

" Hi. Wow ada party. " mereka semua memandang dari mana datangnya suara itu.

" What are you doing here?. " tanya Tengku Mikhail.

Dia menyerahkan isterinya kepada Rayyan dan mengisyaratkan supaya Rayyan membawa masuk Amira ke dalam rumah.

Naik benggang Tengku Mikhail mahu sahaja di siat-siat kulit penganggu-penganggunya, bulan ini sudah dua kali acaranya di ganggu.

Amira cuba berkeras untuk tetap berada disisi Tengku Mikhail tetapi Rayyan menarik kuat lengannya ke dalam rumah.

" Don't do something stupid. " tegas suara serak basah lelaki itu berkata bila anak buahnya Tengku Mikhail cuba mengeluarkan senjata mereka.

" What do you want Mike?. " tanya Tengku Mikhail lagi memandang tepat ke arah lelaki bernama Mike.

" Hahaha. I thought you've forgotten me. I just want to pay a visit to my old friend and hi Johnathon or should I call you John. Hahaha. " kata Mike dan melabuh punggungnya di salah satu kerusi di situ.

Mike menyalakan putung rokok di tangannya dengan dua orang bodyguards tegak berdiri di kiri dan kanannya.

Tengku Mikhail memandang ke arah pak ciknya bila mendengar kata-kata Mike.

Apa urusan yang mereka berdua jalinkan tanpa pengetahuannya?.

Siapa tidak kenal Mike Tyson salah seorang mafia terkenal di Italy.

Persoalannya buat apa mafia itu melawat rumah Tengku Mikhail.

Flashback.

" Have a sit Mika. " kata Mike memandang Tengku Mikhail hanya berdiri tegak sebaik sahaja masuk ke biliknya.

" Thank you but no thanks. " balas Tengku Mikhail.

Dia memilih untuk berdiri dia tidak betah untuk lama-lama di hadapan mafia itu. Nak kata takut, tidak. Nak kata berani pun tidak.

" Why do you want to meet me?. " tanya Tengku Mikhail terus, malas berbasah basi dengan kenalan lamanya itu.

"I want you to be my right hand. " terkedu sekejap dengan tawaran Mike sebelum dia membalas.

"Thank you for your offer but I don't want to because I'm going back to Malaysia, do not you want to go home?. " tanya Tengku Mikhail pada Mike.

Mereka sama-sama orang Malaysia. Tidakkah rindu Mike kepada negaranya sendiri?.

"No, this is my home, if that's your decision, I respect it and I hope we will not meet again later. " kata Mike dan memusingkan kerusi membelakangkan Tengku Mikhail.

End flashback.

Dulu mereka merupakan kawan baik yang berkenalan ketika melakukan urusniaga pembelian dan penjualan senjata api.

Setelah mereka berkawan selama 6 tahun Mike mula mengambil alih kerja ayahnya sebagai seorang mafia.

Bermula dari situ Tengku Mikhail dan Mike bukan lagi berkawan dan rakan niaga.

Mereka berjanji tidak akan mencampuri urusan masing-masing.

Tengku Mikhail boleh teruskan aktiviti menjual senjata api di tempat Mike tanpa gangguan daripada anak buah Mike.

Tengku Mikhail juga tidak boleh menganggu atau mencampuri sebarang urusan Mike dalam dunia mafianya.

" I've nothing to do with you anymore Mike!!!. " marah Johnathon.

Johnathan takut dengan kehadiran Mike di situ tetapi dia lagi takut sekiranya Tengku Mikhail mengetahui hubungannya dengan Mike.

Tengku Mikhail telah melarangnya sekeras-kerasnya untuk tidak berurusan dengan mana-mana mafia.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience