Chapter 53

Action Completed 74112

JESSICA masuk ke bilik Tengku Mikhail apabila mendengar suara tanggisan Tengku Adam Haizard yang semakin lama semakin kuat.

Dia melihat Amira yang hanya diam termenung melihat ke luar tingkap.

Kematian Daniel dan kehilangan Tengku Mikhail membawa impak yang besar kepada Amira.

" Mira Zard lapar ni. Kesian baby you menanggis teruk ni. Please Mira jangan macam ini. " pujuk Jessica menyerahkan Tengku Adam Haizard kepada Amira.

Amira hanya memandang sepi anaknya itu tanpa menyambut.

DANG!. 

Jessica mengalihkan pandangan pada arah pintu bilik apabila pintu bilik itu di buka dengan kasar dari luar.

" Kau bangun. " arah Rayyan menarik tangan Amira sehingga Amira berdiri.

" Jess kau bawa Zard keluar bagi dia makan aku nak cakap sikit dengan Mira. "

" Please jangan berkasar dengan dia, dia masih shock. " pesan Jessica mendukung Tengku Adam Haizard yang tidak henti-henti menanggis.

Terpaksa lah dia menyuap Tengku Adam Haizard dengan susu formula.

Kesian dengan bayi itu baru sebulan lebih sudah terpaksa minum susu formula.

" Kau ingat kau duduk macam ni Dani akan hidup balik ke?. " tanya Rayyan.

Walaupun dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa sahabatnya itu sudah tiada dia tetap harus kuat.

Daniel mesti kecewa kalau dia tidak berjaya untuk menjaga Tengku Mikhail.

Flashback.

" Dani kau betul ke nak kerja dengan Tan Sri Amir?."

" Yup. " balas Daniel sepatah.

" Aku setuju kalau kau janji kau tak akan tinggalkan aku. "

" Bukan aku sahaja tapi kau pun kena janji. " balas Daniel.

" Ye lah kalau kau pergi aku akan ikut kau. Kitakan dah janji. " kata Rayyan.

" Ye lah baby bro. " Rayyan mengepit kepala Daniel di bawah ketiaknya sebelum berlari laju.

Daniel mengejar dan menepuk kepala Rayyan.

End flashback.

" Kau ingat Mika akan balik ke kalau kau duduk macam ini?. Abaikan kesihatan kau? abaikan anak kau? kau tak fikir berapa kecewanya Mika bila tahu kau macam ni? " tanya Rayyan lagi.

Rayyan mencengkam kuat bahu Amira supaya kekal berdiri di hadapannya.

" Semuanya salah Mira. Kalau Mira bersabar dan tak paksa abang Mika mesti semua ini tak akan berlaku. " luah Amira dalam sedu.

" Tu bukan salah kau. Mika yang buat keputusan so benda itu bukan salah kau. "

" Tapi sebab Mira abang Dani meninggal dan abang Mika masuk perangkap musuh. " kata Amira lagi.

" Hye listen here. Semua dah terjadi tak guna di sesalkan yang penting sekarang Mira kena kuat untuk Haizard. Mira nak kecewakan Mika ke bila Mika balik tengok Mira macam ini. "

Amira mengelengkan kepalanya, dia tidak mahu kecewakan suaminya.

Rayyan menyeka air mata di pipi Amira dan memeluk kejap tubuh Amira.

'Aku janji akan jaga janji kita Daniel. Aku akan protect Mira dan Mika macam nyawa aku. ' ucap Rayyan.

Dia pantas menyeka air matanya dan melepaskan pelukkannya dan Amira.

DATO' Najib menyuruh anak buahnya menyiram sebaldi air atas kepala Tengku Mikhail.

" Hai good morning Mikhail. How do you feel today. Great or horror?. Terkejut bila muka mata tengok musuh kau sedang berdiri depan mata kau? " tanya Dato' Najib.

" F*ck you!!!. HAHa. Me? terkejut? " tanya Tengku Mikhail ketawa sinis.

" Takutnya Tengku Mikhail marah. Hahahaha. " ejek Dato' Najib.

" What do you think Mikhail?. Beautiful right?. " tanya Dato' Najib menunjuk persekitaran bilik tahanan Tengku Mikhail.

" Mulai hari ini, ini lah rumah baru kau aku sediakan tempat ini khas untuk kau sebelum aku lupa biar aku bagitahu kau satu rahsia. " Tengku Mikhail hanya memandang Dato' Najib tanpa perasaan.

" Aku tak akan bunuh kau Mikhail. " bisik Dato' Najib di tepi telinga Tengku Mikhail.

" Kau nak seksa aku? dengan mainan yang kau ada? " balas Tengku Mikhail menjeling kearah meja yang dipenuhi dengan pisau dan pistol.

" No no no. Aku tak akan seksa kau tapi.... " Tengku Mikhail memandang ke arah yang di tunjukkan oleh Dato' Najib.

" Cantikkan itu adalah mesin ciptaan aku dan aku akan cuba mesin tu pada kau. Kau akan jadi bahan experiment aku HAHAHAHA!. Kau sepatutnya happy sebab aku bagi kau rawatan special ini. " marah Dato' Najib menarik rambut Tengku Mikhail supaya mendonggak memandangnya.

" Kalau berjaya kau akan menurut perintah aku macam robot but kalau gagal hmmm kau akan..." Dato' Najib menunjuk tanda potong kepala pada Tengku Mikhail.

" Korang tunggu apalagi pasangkan alat itu pada dia. " arah Dato' Najib.

" Hrmmm. " Tengku Mikhail menggigit bibirnya menahan dirinya daripada menjerit apabila mesin itu seperti ingin mengoyak tempurung kepalanya.

50 volt, 70 volt, 90 volt, 110 volt 120 volt dan akhirnya terlepas juga jeritan daripada Tengku Mikhail.

" Hahahaha. " Dato' Najib mengangkat tanda berhenti apabila melihat keadaan Tengku Mikhail yang sudah semakin lemah itu.

To be continues...

Share this novel

awer
2021-08-29 19:22:26 

kesian..nape daniel mati


NovelPlus Premium

The best ads free experience