Chapter 2

Action Completed 74112

SUASANA di meja makan sunyi hanya ditemani dengan bunyi dentingan sudu berlaga dengan pingan.

" So Mika dah fikir Mika nak buat apa lepas ni?. " tanya Tan Sri Amir tiba-tiba.

Pertanyaan itu memberhentikan tangan Tengku Mikhail yang sedang menguis makanan dengan sudunya.

Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi menatap tepat kearah papanya.

" Mika nak balik Italy. "

" Mika nak buat apa balik sana lagi?. " terkejut Tan Sri Amir mendengar jawapan anaknya itu.

" Mika nak teruskan perniagaan belian mama dekat sana. "

" Mika baru saja balik sini. Mika duduk saja sini dengan papa. Mika boleh uruskan perniagaan papa dekat sini. " balas Tan Sri Amir menghentak meja.

" NO. My mom dekat sana. " katanya tegas.

" Your mom dah tak ada Mika. Mika balik sana pun mama dah tak ada. Dekat sini Mika ada papa. "

" I don't care. " balasnya tegas.

" Mika papa dah tua papa nak serahkan segala harta papa pada Mika. "

" I don't need your money. Mana papa masa mama dan Mika perlukan papa?. " tanya Tengku Mikhail dengan geram.

" Papa minta maaf Mika. Papa... "

" Bullsh*t!!! Dah Mika tak nak dengar apa-apa lagi dan kenapa lepas 3 tahun mama meninggal baru papa bawak Mika balik sini!!. " katanya dan bangun dari kerusi.

" NO!!! Mika sit down. Dengar penjelasan papa dulu. "

" Penjelasan apa lagi. " balas Tengku Mikhail dan bergerak kearah tangga untuk naik ke biliknya.

" Papa tak pernah tinggalkan mama dan Mika. Papa terpaksa papa tinggalkan Mika di sana dengan mama kerana permintaan mama. Papa dah berkali-kali cuba membawa mama dan Mika balik ke sini tapi abang mama tak benarkan. " langkah kaki Tengku Mikhail terhenti mendengar penjelasan papanya itu.

" But why are you stop trying? And now my mom is gone. Mama dah tak ada dan papa hidup senang disini. "

" Papa tak pernah berhenti mencuba Mika. " kata Tan Sri Amir perlahan, wajahnya berubah redup mengenangkan isterinya.

Rasa bersalah atas ketidak mampuannya tebal di dada, kerana dia tidak berupaya mengubah dan menyelamatkan arwah isterinya.

Flashback.

" Mika hurry up packing your beg. "

" Where are we going mama?. "

" To your dad. " balas Julia sambil mengemas barangnya.

Dia menarik tangan anak lelakinya itu ke kereta. Tengku Mikhail yang masih dalam pakaian sekolah itu pelik dengan tingkah ibunya.

Setibanya mereka di Airport terlihat sekumpulan lelaki mengejar mereka dari belakang. Mereka berlari memasuki Airport.

Tan Sri Amir sabar mananti ketibaan isteri dan anaknya. Melihat kelibat isteri dan anaknya yang sedang berlari kearah dia.

Dia pantas berlari kearah isterinya itu tapi langkah kakinya terhenti apabila melihat lelaki yang mengejar isteri dan anaknya dari belakang itu.

" Amir!!. " Jerit Julia sebelum mulutnya ditutup dan diheret keluar dari Airport itu.

Tengku Mikhail cuba melawan tetapi kudrat remaja 12 tahun itu tidak cukup kuat untuk melawan orang suruhan bapa saudaranya itu.

End flashback.

" Mika tetap akan balik sana. " balas Tengku Mikhail dan berlalu pergi.

Tan Sri Amir pening kepala memikirkan sikap keras kepala anaknya itu.

Setelah 3 tahun kali terakhir dia bertemu anaknya itu. Anaknya itu bertukar menjadi seorang yang kasar.

Dulu anaknya tidak seperti tu. Apa yang terjadi sepanjang 3 tahun ini.

Apa yang di alami oleh Tengku Mikhail sehingga dia berubah menjadi kasar dan tidak lagi menghormatinya.

"MIKHAIL. We need to talk. " panggilan Tan Sri Amir itu memberhentikan langkah kaki Tengku Mikhail daripada keluar dari rumah.

" Again. About what?. " keluh Tengku Mikhail.

" Papa benarkan balik Italy tapi dengan beberapa syarat."

" Ohh Sekarang ni papa nak main syarat-syarat bagai pulalah. " balas Tengku Mikhail dengan kasar.

" Ini semua demi keselamatan Mika. "

" Ok fine. Apa syaratnya. "

" Papa dah upah dua orang bodyguard untuk Mika. Ke mana sahaja Mika pergi Mika mesti dengan bodyguard Mika. "

" Ini Rayyan dan Daniel. Mulai hari ini mereka adalah bodyguard Mika. " kata Tan Sri Amir sambil menunjuk kearah dua orang lelaki berbadan sasa yang berdiri gah di tepinya.

" Bodyguard seriously!!! Mika bukan budak kecil lagi. Mika boleh jaga diri Mika sendiri. Mika tak perlukan orang lain untuk jaga Mika. " balas Tengku Mikhail tidak puas hati dengan syarat ayahnya itu.

" Kalau Mika tak nak tak apa papa tak paksa but papa tak benarkan Mika balik Italy. "

" Hahahahaha. Papa nak halang Mika ke? " tanyanya sambil tersenyum sinis.

" Mika papa... " belum sempat Tan Sri Amir menghabiskan kata-katanya Tengku Mikhail melepaskan tembakan ke arah salah seorang tukang masak mereka.

Bising bunyi jeritan kerana terkejut dengan kejadian itu. Tan Sri Amir memandang kearah anaknya itu menunggu penjelasan.

" What.. What.. Why you looking at me like that. Haha.. He stole my weapons and sold it to our enemies. "

Walaupun dia baru 15 tahun dia menguruskan perniagaan senjata api milik abang mamanya di Italy.

Dia membuat keputusan mengikut orang suruhan papanya balik ke Malaysia atas keinginannya sendiri.

Sebelum ini orang suruhan papanya yang cuba membawanya balik ke Malaysia semuanya di bunuh oleh bapa saudaranya iaitu abang kepada mamanya.

Dia putuskan untuk pulang melihat keadaan papanya walaupun dia marah dengan papanya.

Johnathon abang kepada mamanya Julia membenarkan dia balik ke Malaysia dengan syarat dia perlu balik semula ke Italy dan mengambil alih perniagaan bapa saudaranya itu.

Selama seminggu dia berada di banglo milik ayahnya itu.

Dia tahu siapa pengkhianat yang ada di dalam banglo itu.

Dia telah menyuruh orang suruhannya untuk menyiasat dan memperolehi keputusan yang sangat memuaskan hatinya.

" Macam mana Mika tahu. Dia dah bekerja dengan papa 2 tahun. " tanya Tan Sri Amir terkejut dengan kenyataan anaknya itu.

" Jom masuk office papa. " sambungnya sebelum mendengar jawapan dari Tengku Mikhail.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience