Chapter 68

Action Completed 74112

ANGIN bertiup sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi gebu dan putih kemerahan Amira.

Suasana pagi di pinggiran pantai itu sangat menenangkan pemikiran serta pandangannya.

Sudah lama dia tidak menikmati ciptaan ALLAH yang kini terbentang luas di hadapannya.

Flashback.

" Jess buat apa dekat sini? Haizard mana?. " pelik tiba-tiba Jessica muncul di kedai makannya.

" Anak you ada dekat depan tengah layan customers you. Mira... " saja di leretkan suaranya sambil mencapai tangan Amira.

" Kenapa?" tanya Amira hairan dengan perangai Jessica.

Sejak mengandung Jessica tidak pernah mengecewakannya ada sahaja kejutan yang di lakukan oleh Jessica.

Adakala perkara yang di lakukan atau permintaan Jessica tidak masuk akal sama sekali.

" Mira, Baby I teringin nak makan angin dekat Terengganu and I tahu baby you pun teringin juga. " kata Jessica mengusap perutnya dan Amira.

" Macam mana Jess tahu?. " usik Amira.

Kandungan Jessica baru mencecah 3 bulan tetapi Jessica sudah menggunakan bayinya sebagai alasan supaya Adam mengikut keinginannya.

" I tahu lah baby you dengan baby I kan kawan so baby I bagitahu I yang baby you pun nak pergi jalan-jalan. Jomlah... Please.. "

" Mira kan dah dekat nak due date lagi two weeks saja lagi, boleh ke?. " tanya Amira risau, walaupun dia masih melawat restaurantnya dia tidak larat untuk berjalan jauh kakinya sakit.

" You jangan risau sebab two weeks tu lambat lagi. Percayakan I okay, I yakin yang you akan sempat balik sebelum bersalin. " pujuk Jessica dengan yakin.

" Okay kalau macam tu Mira on tapi Tengku... "

" Pasal Mika you jangan risau nanti I suruh Adam call inform dekat dia. "

End Flashback.

Amira memeluk tubuhnya sendiri, terasa sejuk angin meniup lengannya walaupun berlapis dengan baju.

Tengku Mikhail memerhati isterinya yang sedang menikmati pemandangan melangkah perlalan mendekati tempat isterinya berdiri.

' Indahnya ciptaan Mu Ya Allah. ' ucap Tengku Mikhail.

Amira kelihatan begitu memawan berdiri di pinggiran pantai walaupun dengan perut yang sarat mengandung.

" Hai sorang saja ke?. " Tengku Mikhail mengenggam tangannya bila melihat seorang lelaki menghampiri isterinya.

" Ohh. Hai. " balas Amira.

" Sorang saja ke? By the way my name Harith and you... " tanya lelaki bernama Harith menghulurkan tangannya pada Amira.

" Her name is 'MINE'. " balas Tengku Mikhail mengetap giginya.

Dia memeluk tubuh Amira daripada belakang dan menghadiahkan pandangan maut pada lelaki di hadapannya itu.

" Ohh really. Nice name. " balas Harith dengan nada perlian menaikkan lagi darah Tengku Mikhail.

" Beautiful lady I hope we will meet again. " kata lelaki itu dan berlalu pergi.

Rahang Tengku Mikhail bergerak-gerak menahan kemarahan, berani betul lelaki itu cuba masuk jarum dengan isterinya.

" Abang tak benarkan sayang bercakap dengan mamat tu lagi lepas ni. Faham?. " tanya Tengku Mikhail pada Amira.

" Hahahaha. Ya, ya. " balas Amira sambil ketawa kelakar dengan jealous tak bertempat suaminya itu.

" Sayang I miss you. " bisik Tengku Mikhail mengeratkan lagi pelukkan di pinggang Amira dia membenamkan mukanya pada leher Amira.

Dapat di bau wangian daripada leher isterinya walaupun di lindungi oleh tudung.

" Bila abang balik? Abang sampai sini pukul berapa?. "

" Kenapa sayang lari dari rumah kita?. " tanya Tengku Mikhail semula.

" Bila masa sayang lari rumah?. " setahunya dia hanya datang bercuti dengan Jessica, Adam, Hazid dan Tengku Adam Haizard.

Tidak mungkin dia akan lari daripada rumah dengan keadaan perutnya yang sarat sekarang.

" Abang baru saja sampai rumah tengok sayang and semua tak ada dekat rumah so abang suruh Amir cari sayang. " kata Tengku Mikhail dalam rajuknya.

" Jess ajak semua datang bercuti dekat sini nak release tension katanya. Bibik sayang hantar balik kampung dia sebab anak dia nak buat kenduri. Bukan ke Abang Adam dah inform dekat abang?. " tanya Amira.

' Tak guna kau Adam siap kau! berani kau buat aku cuak eh. ' kata hati Tengku Mikhail.

" Handphone sayang mana?. " tanya Tengku Mikhail, dia duduk berlunjur di atas pasir dan mendudukkan Amira atas ribanya.

" Pada Jessie, kenapa?. "

" Abang cari sayang semalam pusing satu pulau ni tahu tak. Phone sayang off mujur abang bijak abang hack phone Hazid. " kata Tengku Mikhail sambil menjongketkan keningnya.

" Off hmm tak ada battery kot. Jom pergi breakfast abang mesti laparkan lepas tu boleh naik rehat. " ajak Amira melangkah ke arah cafe berhampiran.

" Baby papa ni pun mesti dah laparkan. " kata Tengku Mikhail mengusap perut Amira.

" Sayang... "

" Hmmm... " jawab Amira memandang suaminya yang berada di sebelahnya dengan mulut dipenuh dengan sandwich.

" Nak kiss. " Tengku Mikhail merapatkan pipinya pada muka Amira.

" Mana boleh lah abang, tak manis orang tengok. " Amira menolak perlahan pipi suaminya yang terlalu rapat itu.

" Biarlah dengan dia orang sayangkan wife abang. " kata Tengku Mikhail mencium pipi Amira.

" Abang.. " Amira memukul perlahan lengan sasa Tengku Mikhail terasa panas sekuruh wajahnya.

" Morning. " tegur Khairul melabuhkan punggung di kerusi hadapan Tengku Adam.

" Bukan korang cakap nak tidur ke tadi?. Anak aku mana?. " tanya Tengku Mikhail pada Amir yang turut melabuhkan punggung di kerusi depan Amira.

" Bos apa tujuan bos bawa kita orang datang sini?. " tanya Khairul terselit nada tidak senang di situ.

" Untuk jaga anak aku. " balas Tengku Mikhail selamba.

" Aku agak dah. " sampuk Badrul dan Amirul serentak.

Mereka berdua memimpin kedua belah tangan Tengku Adam Haizard takut hilang lagi.

" Papa morning. I miss you. " kata Tengku Adam Haizard memeluk Tengku Mikhail sebelum melabuhkan punggungnya atas riba Badrul.

Antara mereka berempat hanya Badrul yang dapat bertahan dengan sikap hiper active Tengku Adam Haizard.

" Korang kenapa tak rest ke tadi?. " tanya Tengku Mikhail seperti tidak tahu.

Sebaik sahaja sampai di hotel mereka meminta diri padanya untuk naik tidur tapi muka mereka masih kelihatan lesu.

Tetapi naik sahaja bilik mereka terpaksa melayan anak Tengku Mikhail yang hyper active.

Tengku Mikhail ketawa kuat melihat jelingan empat orang anak buahnya itu.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience