Chapter 10

Action Completed 74112

AMIRA melambaikan tangan kanannya kepada Rayyan yang telah menghantarnya sebelum berlari anak kearah sekolah.

Dengan bersemangat Amira melangkah memasuki pintu pagar sekolah.

Akhirnya dia berjaya kembali ke sekolah selepas 3 bulan menjadi pelarian.

" Woiii jalan pandang depan. " kata sekumpulan pelajar perempuan dan salah seorang daripadanya menolak belakang kepala Amira.

Mereka berlari pergi sambil ketawa meninggalkan Amira yang berjalan dengan kepala yang menunduk itu.

Dia terlupa yang manusia itu masih wujud di sekolahnya tetapi itu semua tidak akan mematahkan semangatnya.

Dia sudah berusaha keras untuk mendapatkan kebenaran untuk kembali ke sekolah jadi dia tidak akan menyiakan usahanya itu.

Tekatnya.

" Wehhh kita orang dengar bos ayah kau yang dulu kau banggakan tu dah mati?. " tanya Jannah.

Mereka bertiga mengerumuni meja Amira. Farisha meletakkan tangannya di bahu Amira daripada arah belakang, jarinya mencuit pipi Amira.

" Isha makin cantik budak ni. " kata Jannah sambil memegang dagu Amira sebelum Amira menolak perlahan tangan Jannah dari mukanya.

" Aku dengar yang ayah kau mati jugakan? Tapi ayah kau mati lambat sikitkan. " sambungnya lagi.

Muka Amira mula memerah bila mereka mempermainkan arwah ayahnya.

" Budak ni dah jadi bisu lepas ayah dia mati. Dia tak akan jawab punya soalan kau buat habis air liur saja bercakap dengan dia ni. " kata Nurul sambil ketawa mengejek.

Kata-katanya itu di sambut dengan ketawa oleh kawan-kawannya yang lain.

" Jomlah bla. " ajak Nurul.

" I miss you. " bisik Farisha sebelum mengikut  rakan-rakannya pulang ke kelas mereka.

Tangan Amira menjadi sejuk dengan bisikkan Farisha di telingganya itu.

Perasan takut perkara lama berulang kembali terdetik dihatinya.

Semua budak kelasnya hanya mampu memandang dari jauh ketika dia di buli tidak ada seorang membantunya.

Tapi dia faham semua itu kerana mereka semua tidak mampu berbuat apa dengan pangkat dan pengaruh keluarga Farisha di dalam sekolah itu.

MELIHAT ramai budak sekolah berkumpul dihadapan pintu masuk sekolah menarik perhatian Jannah dan Nurul.

Mereka berdua menarik tangan Farisha untuk menuju kearah budak sekolah lain yang sedang berkumpul sambil berbisik-bisik itu.

Ada budak perempuan terjerit-jerit sambil melompat melihat kearah Tengku Mikhail yang sedang menyandarkan tubuhnya di Audi silvernya itu.

" Isha pehhh cunnn wehh kereta dia. " kata Jannah sambil jerit kecil.

" Aku boleh suruh daddy aku belikan kalau kau orang nak naik. " balas Farisha angkuh.

" Bukan kereta yang dia maksudkan tapi pemilik kereta tu. Ohhh My God mengancam jiwa. " kata Nurul sambil tersenyum gedik.

Farisha balas dengan menjulingkan matanya dan bergerak meninggalkan kawan-kawannya itu.

Dia tidak berminat dengan kedua-duanya benda itu. Minatnya hanya satu.

Memikirkan minatnya itu sahaja sudah membuatkan dia tersenyum senang.

Siapa sangka selepas 3 bulan menghilangkan diri dia dapat berjumpa kembali dengan mainannya itu.

Tengku Mikhail menyandarkan tubuhnya pada kereta menunggu Amira keluar dari sekolah sambil bermain dengan telefon di tangannya.

' Mana budak ni. ' kata hatinya.

Ramai budak sekolah mula keluar dan asik memandang dan mula mengerumuninya tetapi kelibat Amira masih tidak kelihatan.

Amira berlari masuk ke sekolah semula apabila dia melihat Tengku Mikhail dihadapan sekolahnya.

Dia bimbang sekiranya Farisha dan gengnya melihat dia bersama Tengku Mikhail pasti sejarah akan berulang.

Dia menyembunyikan dirinya di tandas menunggu supaya keadaan diluar sunyi baru dia keluar dari tandas.

Sekolah sudah lenggang hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi budak sekolah yang masih menunggu bas.

Tengku Mikhail mengambil keputusan untuk masuk ke dalam sekolah kerana sudah lama dia menunggu kelibat Amira masih juga tidak terlihat.

Niatnya terbantut apabila melihat Amira berlari keluar dari sekolah dan terus masuk kedalam kereta.

" Dah kenapa budak ni. Dah macam kena kejar dengan hantu. " kata Tengku Mikhail sambil memandang sekeliling.

Pelik Tengku Mikhail dengan perangai Amira itu.

Tengku Mikhail memberhentikan keretanya di parking kereta dan pusing badannya kearah Amira.

Tidak sempat dia hendak membuka mulut bertanya pada Amira.

Amira terlebih dahulu membuka pintu kereta dan berlari masuk ke rumah.

' What the h...' maki hati Tengku Mikhail.

" Hai Mira...ehhhh "

Rayyan memandang jasad Amira menghilang ke atas tanpa membalas tegurannya.

Sangkanya mereka telah menjadi lebih rapat setelah tinggal bersama selama hampir 2 minggu.

Amira berlari laju masuk ke bilik dan terus masuk ke dalam almari baju.

Dia takut berada dalam situasi yang lalu lagi tapi dia tetap masih mahu ke sekolah.

Flashback.

" Isha ni budak yang lapor kita pada cikgu. " kata Jannah sambil menolak Amira sehingga jatuh terduduk dihadapan Farisha.

" Ohhh berani kau kan.. Aku suka. Aku suka. Kau nak kan perhatian dari aku kan? Sebab itu kau laporkan pada cikgu, kan?. " tanya Farisha.

" Tak bukan. Mira tak lapor pada cikgu. " balas Amira sambil mengelengkan kepalanya.

" Tak nak mengaku pula budak ni. Kau ingat kita orang tak tahu ke kau yang bagitahu cikgu Ahmad pasal kita orang. " kata Jannah sambil menunjal kepala Amira.

" Memang bukan Mira... "

" Ajar saja Isha budak ni biar dia tahu dengan siapa dia berurusan. " sampuk Nurul.

" Korang nak aku ajar dia macam mana?. " tanya Farisha berjalan mendekati Amira.

" Cium dia. Hahaha. "

" Kiss.. Kiss.. Kiss.. " Farisha memegang muka Amira dan menekapkan bibirnya ke bibir Amira.

Amira dengan sedaya upaya menolak kuat tapi tetap tidak terlepas kerana Farisha lebih kuat darinya.

" Mulai sekarang kau milik aku jangan nak dekat dengan mana-mana jantan kalau tak aku rogol kau. " kata Farisha  mengenggam tudung di kepala Amira.

" Dapat mainan baru. Dapat mainan baru. " nyanyi Nurul dan Jannah sambil berjalan pergi meninggal Amira yang masih menanggis mengesat bibirnya.

End flashback.

Mengingati peristiwa itu membuatkan seluruh tubuhnya mengeletar.

Amira berasa jijik dengan dirinya mujur sahaja lepas peristiwa itu ayahnya membawa dia lari ke Thailand kerana rumah mereka di serang.

Tetapi sekarang dia terpaksa berhadapan semula dengan orang-orang seperti Farisha.

" kenapa dengan Mira tu? Pelik saja aku tengok. " tanya Rayyan pada Tengku Mikhail yang baru melangkah kaki ke dalam rumah.

" I don't know. "

" Period kot. " sampuk Amir.

" Agree!!!. " jerit Rayyan menyokong kata-kata Amir itu.

" Shut up. " tegur Daniel. Dia memandang kearah Bossnya itu.

" Cuba kau check sekolah dia aku rasa ada something tak kena dekat sekolah tu. " kata Tengku Mikhail sebelum bergerak ke office nya.

" Menurut perintah boss. " balas Rayyan.

Rayyan, Amir dan Daniel terus bergerak keluar rumah mereka ada tugas harus di selesaikan sebelum memulakan tugas menyiasat masalah yang menganggu Amira.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience