Chapter 20

Action Completed 74112

TENGKU Mikhail menyandarkan tubuhnya pada meja sambil bermain dengan pistol di tangannya.

Dia merenung tajam kearah Dato' Hamdan dan Tan Sri Tan Ya'kob yang tunduk menukur ke lantai.

Seperti mengantuk di sorongkan bantal rupanya penculikan Amira membawa dia berjumpa dengan dua orang rakan baik Arwah papanya yang tiba-tiba hilang tanpa berita selepas kematian papanya.

" Nampaknya jodoh kita panjang dan ditakdirkan untuk bertemu kembali. Siapa antara korang yang bersubahat dengan kematian Tan Sri Amir? ." tanya Tengku Mikhail.

Tan Sri Ya'kob dan Dato' Hamdan memandang sesama sendiri sebelum Tan Sri Ya'kob membuka mulutnya bertanya.

" Mana kau kenal Amir?. " tanya Tan Sri Ya'kob

" Kau siapa dengan Tan Sri Amir? kalau kau musuh niaga dia aku tak ada kena mengena dengan dia." tanya Dato' Hamdan pula.

" Aku anak dia. "

" Kami tak ada apa-apa kaitan dengan kematian ayah kau. " kata Dato' Hamdan.

" Betul tu kami.. Bukan kami. Kami ni ka..kawan baik ayah kau dan kami banyak tolong ayah kau. " kata Tan Sri Ya'kob tergagap-gagap.

" Hmm... Kawan baik. Baik macam mana itu?. " dengan nada tidak berperasaan Tengku Adam Mikhail bertanya.

" Ya, kami ni kawan baik ayah kau dari university lagi kalau tak ada kami ayah kau tu tak akan berjaya macam dia sekarang dan dia tidak akan dapat pangkat Tan Sri. " balas Dato' Hamdan.

" Hmm. Aku tak tahu erti kawan baik yang korang guna. Kawan baik yang sanggup buat apa saja untuk penuhi kepentingan diri sendiri?. " tanya Tengku Mikhail.

" Apa maksud kau! Kau jangan nak fitnah kami!. Kami ni rakan niaga ayah kau sahaja kami tak ada kena mengena dengan kematian ayah kau!. " marah Dato' Hamdan.

" Biadap!. " Khairul menghadiahkan satu tumbukan pada perut Dato' Hamdan menyebabkan orang tua itu terbatuk-batuk.

" Bukan aku... Jangan sakitkan aku... Bukan aku... Aku tak bersubahat dengan di..dia.. " Tan Sri Ya'kob menjerit ketakutan cuba membela dirinya bila Tengku Mikhail menalakan pistol kearahnya.

" Aku tak tahu apa-apa tu semua Hamdan yang uruskan. Lepaskan aku. Aku tak bersalah. " jeritnya lagi ketakutan.

" Kau jangan nak cuba lepaskan diri kau sorang!. Aku tak ada apa kaitan dengan Amir. Kau yang dengki dengan dia. " marah Dato' Hamdan.

Keadaan menjadi bingit bila mereka berdua mula bertengkar menyalahkan sesama sendiri.

" Arhhhh." jerit Tan Sri Ya'kob bila peluru Tengku Mikhail tepat mengenai paha kaki kanannya.

" Betul aku sumpah bukan aku... Ya'kob yang ajak aku. " kata Dato' Hamdan menganggat tangan tanda menyerah bila Tengku Mikhail menghalakan pistol padanya.

" A..aku tak tahu apa-apa. Aa..aku tak pernah berjumpa dengan orang itu depan-depan... Su..sumpahh." katanya lagi.

Mereka saling salah menyalahi antara satu sama lain bagi menyelamatkan diri masing-masing.

" Selfish. " kata Tengku Adam Mikhail perlahan tapi cukup jelas di dengari dan membuat suasana berubah tegang dan sunyi.

BANGG!!  BANGG!!

" Arhhh.. " jerit Dato' Hamdan dan Tan Sri Ya'kob apabila paha mereka di tambak oleh Tengku Mikhail.

" Aa..ku. a..aku mengaku aku yang bagi plan dalam syarikat Tan Sri Amir dan aku curi duit syarikat Tan Sri tapi bukan aku saja. Hamdan juga terlibat dia yang bagi alamat rumah Tan Sri dan dia ada masa Tan Sri di bunuh. " kata Tan Sri Ya'kob.

" Masa aku sampai Tan Sri dah mati. Aku tak tahu apa-apa. " nafi Dato' Hamdan sambil cuba bergerak ke arah Tengku Mikhail.

Melihat Dato' Hamdan yang cuba bangun itu Iskandar memijak bahagian paha yang ditembak menyebabkan Dato' Hamdan menjerit kesakitan.

" Arhhhh!! ! tolong lepaskan aku.. Aku dah bagitahu apa yang kau nak tahu. " Kata Dato' Hamdan apabila Iskandar memukulnya.

" Kalau kau lepaskan aku, aku akan buat apa saja untuk tolong kau. " tawar Dato' Hamdan.

" Tolong aku? Macam mana kau nak tolong aku?. " tanya Tengku Mikhail.

" Aku bagi kau berapa saja kau nak dan apa saja. "

" I have everything. " kata-kata Tengku Mikhail membuatkan Dato' Hamdan kehilangan kata-kata.

" Uruskan mereka." arah Tengku Mikhail.

" Tolong lepaskkan aku!. "

" Aku tak bersalah. "

" Arhh.. Arhh.. Arhh.. Tolonggg!!! Tolonggg!! Jangan bunuh aku. Aku akan bayar berapa saja kau nak.. " kata mereka berdua.

" Boss..Bad dan Mirul dah confirm kan tempat Mira sekarang dan tiada sebarang perubahan selama 30 minit. " maklum Amir.

" Jangan bertindak dulu. Kita perlu tahu siapa yang berada belakang penculikkan ni. " kata Tengku Mikhail.

" Baik boss. " balas Amir dan menelefon Badrul menyampaikan arahan Tengku Mikhail itu.

Sepanjang malam itu mereka menguruskan mayat Dato' Hamdan dan Tan Sri Ya'kob mereka membakar mayat itu.

Manakala Nurul dan Jannah di isi dalam keranda dengan keadaan mulut ditutup dan badan di ikat seperti pocong.

Muka Jannah di coreng oleh anak buahnya dan Nurul kudung kedua-dua belah tangan.

Itu balasan kepada mereka berdua kerana telah bersubahat dengan penculik Amira dan juga kerana telah menyakiti Amira.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience