Chapter 33

Action Completed 74112

BANGG!!!BANGG!! BANGGG!!! bertalu-talu bunyi tembakan di ikuti dengan bunyi kaca pecah.

Tengku Mikhail menoleh ke sisinya mencari Amira apabila cuba mencapai tangan Amira isterinya tiada di situ.

Tengku Mikhail memanjangkan lehernya mencari kelibat Amira.

Kelihatan kelibat isterinya yang tidak jauh dari meja tempat mereka makan tadi Tengku Mikhail perlahan-lahan cuba bergerak kearah isterinya.

BANG!.

" Damn!. " maki Tengku Mikhail terpaksa berhenti bergerak.

Dia merupakan target penembak upahan itu hal itu menyebabkan dia sukar untuk kearah Amira.

" Bos. Bos okay tak?. " tanya Iskandar.

" Aku okay kau suruh budak lain keluar cari jahanam tu. " arah Tengku Mikhail.

" Hidup ke mati?. " mendapat sahaja balasan daripada Tengku Mikhail itu Iskandar terus berlari keluar di ikuti beberapa orang yang lain.

Amira menundukkan kepalanya di bawah meja makan mereka tadi.

Dia menutup kepalanya dengan tangan kerana takut dengan kaca yang berterbanggan.

Amira cuba merangkak ke arah Tengku Mikhail yang tidak jauh darinya sebelum merasa lengannya di cengkam kuat.

" Give me the necklace. " bisik Johnathon.

" What necklace?. " balas Amira cuba melepaskan peganggan Johnathon pada lengannya.

" Shit give it to me. " Johnathan cuba menyelak tudung Amira tetapi di tahan oleh Amira.

" What's wrong with you. Let me go. " Amira merentap lengannya kuat dari peganggan Johnathan.

Johnathan cuba menarik tubung Amira sekali lagi tetapi perbuatannya terhenti bila melihat Tengku Mikhail dibelakang Amira.

" Tundukkan kepala sayang, Jom ikut abang. " Tengku Mikhail datang memeluk Amira dan membawanya pergi.

Bunyi tembakkan sudah mulai reda kerana Tengku Mikhail mengarahkan anak buahnya untuk menyelinap keluar dan menyerang musuhnya di tempat keberadaan mereka.

Tengku Mikhail memimpin tangan Amira kearah pintu belakang premis makanan.

Johnathon mengikut dua orang pasangan itu dari belakang.

Amirul sudah menunggu di belakang premis itu dengan kenderaan.

" Boss semua dah settle. " maklum Haikal.

Haikal telah berurusan dengan pemilik restoran tentang ganti rugi kerosakkan.

Dia juga memastikan supaya pemilik itu tidak membuat laporan polis tentang kejadian yang berlaku.

Dalam perjalanan mereka balik ke rumah Jessica memeluk lengan Adam dengan kejap dengan keadaan mata yang terpejam.

Naik rimas Adam dibuatnya, bila dia cuba lepaskan peganggan itu, Jessica pasti akan menguatkan lagi peganggannya.

Bermula dari dalam premis makanan tadi Jessica memegangnya tidak lepas-lepas.

Jessica terpisah dengan Tengku Mikhail dan ayahnya ketika kejadian tembak menembak itu.

Datang keadaan ketakutan itu Adam datang memeluknya dari belakang dan menyelamatkannya dari peluru.

Adam menenung wajah Jessica yang pucat lesi itu terdetik rasa kasihan dihatinya.

' Tahu takut jugak rupanya perempuan ni. ' kata hati Adam.

Jessica memejam matanya dengan kejap dan tubuhnya sedikit mengigil.

Tengku Mikhail membelek kedua tangan Amira dengan perasaan bimbang.

" Sayang, ok?. Ada luka dekat mana-mana. Ada sakit dekat mana-mana? " tanya Tengku Mikhail.

" Tak sayang okay tapi siku sayang rasa pedih sikit. Luka kut. " adu Amira.

" Balik nanti kita tengok dan sapu ubat. " kata Tengku Mikhail dan memeluk Amira di atas ribanya.

" Abang ok ke? Ada luka-luka tak? . " tanya Amira semula.

" Tak ada abang okay. " balas Tengku Mikhail mengusap perlahan kepala Amira.

' Damnit!. ' maki hati Johnathon.

Dia perhatikan sahaja pasangan sejoli itu dengan geram.

Dia cepat-cepat menghadiahkan senyuman manis apabila Tengku Mikhail memandangnya.

Tiba di rumah Tengku Mikhail memandang Adam dengan muka tanda tanya kerana melihat Adam keluar dari kereta dengan Jessica di dalam pelukkan.

" She... " Adam cuba menjelaskan sebelum tiba-tiba Johnathon berjalan kearahnya.

" I get her. " kata Johnathon dan mencempung tubuh Jessica yang menggigil itu ke dalam rumah.

" She will fine let go to cellar. " ajak Haikal kepada Adam yang masih tercengang.

" What?. What?. " tanya Adam.

Mereka berjalan masuk ke cellar melalui pintu belakang sambil mengusik Adam.

Tengku Mikhail menanggalkan baju Amira satu persatu sebelum menanggalkan pakaiannya sendiri.

Amira cuba menolak dengan mengatakan dia boleh lakukannya sendiri tetapi memberhentikan tindakannya apabila melihat muka Tengku Mikhail yang tegang.

RINGG.RINGG.

" Kenapa. Ok sekejap lagi aku turun. " balas Tengku Mikhail dan mematikan panggilan.

" Jom kita mandi. Lepas ni abang ada kerja sikit. "

Selasai mereka mandi Tengku Mikhail menyapu antiseptik pada luka kecil di kaki dan siku Amira.

Amira hanya memerhatikan perbuatan suaminya tanpa berkata apa-apa.

" Abang ada kerja sikit. Sayang tidurlah dulu. " Amira membalas dengan anggukkan.

Tengku Mikhail mencium dahi dan bibir Amira sebelum meninggalkan Amira.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience