Chapter 18

Action Completed 74112

SELAMA dua bulan dia tidak berjumpa dengan Amira selepas pertemuan terakhir mereka dirumah Tengku Mikhail, tidurnya tidak lena.

Daddynya telah menyatakan hasrat untuk menculik Amira.

Dia pada mulanya ingin menolak tetapi mengenangkan rasa geramnya pada Tengku Adam Mikhail, dengan senang hati menawarkan diri untuk membantu menjayakan rancangan daddynya itu.

Dato' Najib telah berjanji akan menyerahkan Amira kepadanya sebaik sahaja kemahuannya tercapai.

Dia tidak peduli dan ambil tahu apa niat daddynya menculik Amira yang penting Amira menjadi miliknya.

Sudah beberapa kali dia berusaha untuk berjumpa dengan Amira tetapi di ganggu oleh orang suruhan Tengku Mikhail yang sentiasa menunggu Amira di hadapan sekolah.

Flashback.

" Jenny kau bawa budak Mira tu pergi bangunan kosong belakang sekolah sekejap lagi aku tunggu korang dekat sana. " arahnya pada Jannah.

" Kau nak buat apa dengan budak tu?. " tanya Nurul.

" Kau bawak jela. "

" Okok. Tapi budak tu macam ada orang yang duduk ikut dialah. " kata Jannah.

" Benda kecil tu pun korang nak aku ajar ke?." tanyanya.

" Okok relax relax jangan marah. Kita orang tahu nak buat apa. " kata Jannah sambil ketawa.

End flashback.

Rancangnya dengan mudah berhasil rupanya mudah sahaja untuk memperbodohkan orang suruhan Tengku Mikhail dan sekarang akhirnya Amira menjadi miliknya.

Terima kasih juga dengan bantuan 'orang itu' yang telah membantu dia menjayakan lagi rancangannya.

" Sign ni. Aku akan lepaskan kau kalau kau sign. " kata Dato' Najib pada Amira yang duduk sambil memeluk lutut di penjuru bilik itu.

Amira menggukkan kepalanya dan mengambil fail yang dihulur Dato' Najib dengan tangan terketar.

Hampir tiga jam dia di kurung di rumah usang itu sebelum tiba-tiba seorang orang tua menghampirinya dan meminta dia menanda tangani surat.

Badannya sakit-sakit dan tudungnya habis menjadi senget kerana bergelut dengan penculiknya.

" Daddy dah settle kan?. " Tanya Farisha yang berdiri dengan silang tangan di dada, di hadapan pintu itu.

Amira mengangkat mukanya memandang kearah suara yang sangat di kenali itu.

" Of course sayang. Everything is done... Now she yours. " balas Dato' Najib, keinginannya sudah tercapai.

Semua aset perusahaannya sudah menjadi miliknya semula.

Bukan hanya asetnya malah aset milik Amira yang di tinggal oleh Hashim dalam perusahaan Tan Sri Amir juga telah jatuh ke tangannya.

" Now she your. "

" Thank you, daddy. " kata Farisha memeluk daddynya sebelum daddynya itu pergi dari situ meninggalkannya dan Amira bersendirian.

Melihat Farisha yang berjalan menghampirinya itu Amira memeluk kuat lututnya dan merapatkan dirinya ke dinding.

" Hai dear. How are you?. " tanya Farisha sambil mengusap kepala Amira perlahan.

" Did you miss me?. " tanyanya lagi.

" Jangan sentuh saya. " kata Amira perlahan menolak tangan Farisha yang cuba menyentuh wajahnya.

" Hahahaha... My dear, are you scare of me?. " tanyanya sambil ketawa.

" Ohhh No no. My dear do not be scared. I will not do anything to you."

" Tolongggggg lepaskan saya..." mohon Amira sambil menanggis mengengam tangan kanan Farisha.

" Bawa dia. " arah Farisha pada dua orang anak buahnya.

" Baik Boss. "

" Tolonggg... Tolongg... Tolonggg... " jerit Amira.

"BOSS kami dah dapat lokasi Mira. " kata Amir pada Tengku Mikhail.

Adam dan Badrul hanya berdiri tegak di tengah rumah sambil menundukkan kepala.

Tengku Mikhail menghadiahkan satu tumbukan pada Adam dan Badrul apabila di maklumkan oleh Badrul bahawa isterinya hilang dari sekolah.

Daniel sandar di dinding sambil mengusap tepi bibirnya yang pecah di tumbuk Tengku Mikhail.

Dia cuba menenangkan bossnya itu tetapi last-last dia sekali dapat hadiah padu dari Tengku Mikhail.

" Semua senjata dan kereta dah ready bos. " maklum Khairul.

" Okay, Let's move. " balasnya.

Mereka berpecah kepada empat kumpulan dan menuju ke lokasi masing-masing.

Tengku Mikhail, Rayyan, Daniel, Shahrul dan Hafiz menaiki vellfire hitam bergerak ke tempat penculik Amira.

Manakala Haikal dan Hazid bergerak ke rumah Dato' Najib.

Amirul dan Amir bergerak ke pejabat Dato' Najib.

Iskandar, Badrul dan Khairul bergerak ke rumah Dato' Hamdan iaitu ayah Jannah dan ke rumah Tan Sri Ya'kob ayah kepada Nurul.

Adam pula di tugaskan untuk menjaga Jessica di rumah.

Rayyan hanya menjeling kearah Tengku Mikhail yang dari tadi tegang dengan ekor matanya.

Selalunya dia akan memeriahkan suasana perjalanan mereka tiap kali menuju ke tempat atau destinasi misi mereka tetapi hari ni dia tidak berani untuk membuka mulut.

Suasana dalam kereta tegang seperti hati Tengku Mikhail dan Badrul.

Badrul menyandarkan kepalanya pada cermin tingkap kereta perasaan sebesalah dan kecewa kerana gagal menjaga Amira berlegar di fikirannya.

" Bro relax bro Mira tak apa-apa punya nanti kau belasah mangkuk yang berani sangat sentuh adik kita tu sampai lunyai. " pujuk Iskandar.

Mereka bergerak dalam keadaan marah ini pertama kali Tengku Mikhail bertindak kasar terhadap mereka ketika di luar gelangang.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience