Chapter 25

Action Completed 74112

MEREKA tiba di rumah dalam keadaan yang selamat tanpa cedera kecuali Shahrul yang cedera kecil kerana terkena serpihan kaca cermin.

" Bos. Budak John yang ikut Amira haritu dah mati. " maklum Amir pada Tengku Mikhail selesai sahaja dia menamatkan panggilan telefon dengan orang suruhannya.

" Siapa mati?." 

Amira yang baru sahaja melangkah kaki ke dalam rumah mendengar kata-kata Amir itu bertanya.

" Mati...apa Mira ni?. Haha.. Bila masa Amir sebut mati?. " dalih Tengku Mikhail sambil menghadiahkan jelingan maut buat Amir.

Amir menepuk mulutnya dengan tangan dia terlupa dengan kewujudan dua wanita di dalam rumah itu.

" Ya ke?. Mira rasa belumlah abang Amir sebut perkataan mati tadi. Mira rasa...."

" Haha Mira ni merepek sajalah. Mira salah dengar tu... Bila masa abang Mir sebut mati. kan...kan... Haha.. " potong Amir sambil ketawa yang dibuat-buat memandang rakannya yang lain.

" Haah betul...Ha ha ha. " sokong yang lain.

Mereka semua buat-buat ketawa apabila mendapat jelinggan dari Tengku Mikhail.

Amira memandang mereka semua dengan pandangan pelik.

" Dah pergi naik atas bersihkan diri. Abang nak pergi dapur. "

" Abang lapar ke?. Mira boleh tolong sediakan makanan. " tawar Amira mula melangkah ke dapur.

" Tak abang nak minum air saja. Dah pergi naik. Mira mesti penatkan. " arahnya lagi.

Amira memusingkan badannya untuk naik ke bilik.

Tengku Mikhail menepuk perlahan pinggul Amira, Amira berlari dengan laju ke bilik apabila merasa pinggulnya di sentuh.

' Gerammnyaa. '

Anak buah Tengku Mikhail yang menyaksikan tayangan free di hadapan mata itu tersengih-sengih memandang bos mereka.

" Yang korang tersengih macam kera busuk ni kenapa?. " tanya Tengku Mikhail dengan nada tak puas hati.

" Tak ada apa bos. " balas mereka.

" Yang you buat show acah sweet tengah rumah tu kenapa?. You memang saja nak tunjuk dekat orang lah kan " sampuk Jessica yang baru keluar dari dapur dengan mug di tangannya dengan nada menyampah.

Mereka semua memandang ke arah Jessica yang dengan selamba menghenyakkan punggung di atas sofa.

Merah muka Tengku Mikhail dengan teguran Jessica itu.

Sejak Amira di culik dia merasa kehilangan, dia pun tidak sedar bahawa dia telah membahasakan dirinya 'Abang'.

" Dia buat pula dah... Ishh perempuan ni. " degus Haikal.

Pening kepalanya seharian dengan perangai Diva Jessica itu.

Kalau tidak di kenangkan Jessica tu kakak sepupu Boss sudah di ikat Jessica kaki keatas kepala ke bawah.

" Abaikan dia bos. Jom masuk dapur. " kata Amir.

" Hah baguslah tu. Seharian keluar beramai-ramai.. balik pun beramai-ramai.. Hah. Sekarang masuk dapur pun beramai-ramai. Tidur nanti jangan beramai-ramai sudah. " perli Jessica lagi.

" Kau tengok tv diam-diam dah lah. Sibuk saja. " marah Haikal, bengkak betul hati dengan mulut Jessica.

" Adam, take over kerja Haikal. " arah Tengku Mikhail.

Melihat riak wajah Haikal yang sudah mahu terbakar itu baik dia ganti dengan orang lain tak pasal-pasal kang jahanam habis barang dalam rumah ini, fikir Tengku Mikhail.

" MATI aku! . " kata Adam dengan suara yang keras ditepi telinga Jessica.

" Apa you ni!! Memekak dekat tepi telinga orang. Gila ke? " marah Jessica menolak kepala Adam.

" Haah gila. Gila sebab kena duduk dengan orang gila macam you. " balas Adam.

" Eee menyampah. "

Mereka memasuki dapur bukan untuk makan tetapi hanya kerana pintu bilik didapur merupakan jalan singkat yang akan membawa mereka ke bilik bawah tanah.

Mereka malas menggunakan jalan luar untuk ke bilik bawah tanah jadi pintu itu selalu digunakan oleh mereka.

" Hah, Amm kau kata anak buah John dah mati. Macam mana dia boleh mati?. " tanya Tengku Mikhail pada Amir sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

" BOSS!!! " jerit mereka serentak.

" What?. "

" Bos duduk atas mata Dato' Hamdan. " kata Amirul dengan membuat muka jijik dan mengelengkan perlahan kepalanya.

" Shitt!!. "

Tangku Mikhail meraba punggungnya dan mengambil mata yang sudah leper di duduk itu.

Mereka semua membuat muka kegelian melihat tangan Tengku Mikhail.

Walaupun hakikatnya mereka sudah terbiasa tapi saja mereka ingin mengusik bila melihat muka bengang Tengku Mikhail.

" Yang kau letak benda ni dekat sini kenapa bodoh!?." marah Tengku Mikhail pada Amirul.

" Saya terlupa nak ambil letak dalam balang. Kelam kabut dengan kes Mira. Melepaslah ceritanya..hmmm" balas Amirul sambil menggeleng-geleng kepalanya lagi.

Dia baru sahaja ingin menambah koleksinya.

" Ishh kau ni kan. "

Amirul cepat-cepat mengelak apabila Tengku Mikhail membaling mata itu kearahnya.

" Hah macam mana budak tu boleh mati. " tanya Tengku Mikhail kembali sambil memandang Amir.

" Cerita dia panjang bos. "

" Pendekkan lah. Ish kau ni. " Tengku Mikhail berasa jijik dengan tangannya sendiri.

Dia sudah tidak tahan dengan kesan kotor pada seluar dan tangannya.

" Pendek pun panjang bos. " kata Amir lagi.

" Ishh nanti sajalah cerita kalau macam tu. Aku nak naik mandi. Make sure jangan terlepas pandang. Perhatikan pergerakan John sekali. "

Dia masih belum tahu siapa musuh dalam selimut jadi musuh dan orang yang di curigai tidak boleh dipandang remeh.

Dia tidak mahu menjadi seperti papanya.

" Hah..Bos, John tu pun ada cerita lagi pula. Dia dah ada dekat Malaysia sekarang. " maklum Amir.

" Shitt. Dah berapa lama. "

" Dah seminggu. Saya baru dapat information tadi daripada mata-mata saya. "

" Sejak bila kau ada mata-mata?. " tanya Iskandar.

" Mata kau pun tak terjaga, kau cari mata-mata pula eh. Banyak main mata kau ni. " sampuk Amirul.

" Diamlah kau. Sibuk je. " marah Amir tetapi dia masih memandang tepat kearah Tengku Mikhail.

" Perhatikan gerak-geri dia. Jangan ada satu pun tertinggal. " arah Tengku Mikhail dia membawa dirinya keluar dari situ.

" Hah dengar tu Amm. Dia masuk tandas pun kau usha. Jangan biar dia dalam tandas tu sorang-sorang. "

Amir menyekeh kepala Amirul yang tak habis dengan loya buruknya itu.

" Kau orang ada bau busuk tak?. Aku ada bau busuk. "

Mereka semua mengalih pandangan ke Haikal yang tiba-tiba bertanya.

" Busuk apa? Busuk mayat ke?. " tanya mereka.

" Bukan mayat tapi busuk orang tak mandi. " balas Haikal menutup hidungnya.

" Ohhh...mentang-mentang kau duduk rumah kau cakap kita orang tak mandi. Ni ambil kau.. Bauuu niii. "

Khairul mengepitkan tangannya di kepala Haikal.

Bising bilik bawah tanah itu dengan gelak ketawa mereka mujur sahaja dinding tebal kalau tidak pasti keluar suara mereka ke luar.

Mereka tidak sedar bahawa mereka terlupa sesuatu di dalam bonet kereta.

To be continues..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience