Chapter 56

Action Completed 74112

"HAI Najib or should I call you ayah?. " tegur Rayyan berjalan menghampiri meja yang di penuhi senjata tajam tanpa memandang wajah Dato' Najib.

Tubuhnya di penuhi kesan luka dan lebam, kepalanya terasa seperti ingin pecah.

Tetapi dia tetap menggagahkan dirinya untuk menganggkat mukanya.

Dia memandang wajah di hadapannya itu dengan perasaan benci yang meluap-luap.

" Mana Mikhail?. " tanya Dato' Najib.

" Mana Mikhail aku tanya kau pekak ke hah?! . " marah Dato' Najib bila soalannya tidak di jawab.

" Why are you looking for him?. Aku yang ada depan mata kau sekarang ni. " balas Rayyan.

Tangannya dan matanya sibuk memilih alat yang akan di guna untuk menoreh muka Dato' Najib.

Flashback.

" Perempuan tak guna. Tahu menyusahkan aku sahaja. " Dato' Najib menggila, dia mengheret rambut isterinya ke ruang tamu rumah.

" MATI KAU! MATI KAU! " jerit Dato' Najib lagi.

Dia memukul kepala isterinya dengan trofi yang berada di atas almari TV sehingga darah merecik ke dinding dan lantai.

" Rayyan? Ohh Rayyan. Rayyan sayang sinj datang dekat ayah. Rayyan!."

Tubuh kecil itu makin menggigil ketakutan dengar suara Dato' Najib memanggilnya.

" Hai anak ayah. Aku panggil lain kali menyahut. " marah Dato' Najib.

" Lepas ayah. Sakit ayah. Sakit. " rayu Rayyan menutup mukanya yang di tampar beberapa kali oleh Dato' Najib.

" Woii Roslan kau dah gila ke?. " jerit Wardah.

" Kau jangan masuk campur. " marah Dato' Najib dan menyerang Wardah pula.

" Bawa Ryan lari. " jerit Wardah pada anaknya Daniel.

Daniel menarik tangan Rayyan berlari pergi daripada situ meninggalkan ibunya sambil mengesat kasar air mata yang mengalir lebat di pipinya.

End flashback.

" KAU!!!. Jauhkan benda itu daripada aku!. " marah Dato' najib apabila Rayyan menghampirinya dengan pisau kecil berkilat di tangan.

" Kita dah lama berpisah, ayah tak rindukan Rayyan ke? Rayyan rindukan ayah tapi Rayyan tak tahu macam mana nak luah rasa rindu Rayyan pada ayah. " Rayyan menekan mata pisau ditangannya pada lengan Dato'Najib.

" ARHHHH. STOP IT. STOP IT. "

Rayyan tetap juga terus menekan tangannya yang beralih menikam pada pipi Dato' Najib dengan pisau belati itu.

Darah mengalir di pipi Dato' najib di kesat dengan kain perlahan sebelum dia mencapai first aid.

Dia menatap wajah ayah kandungnya yang telah membunuh ibunya dengan kejam di hadapannya tanpa perasaan.

" Ouchh. Perlahan sikit bodoh!. Aku sepatutnya bunuh kau malam tu! " marah Dato' Najib bila Rayyan membersihkan luka di pipinya dengan antiseptic.

" Duduk diam!. " kata Rayyan.

" Kenapa kau tak bunuh saja aku. Berapa lama kau nak tahan aku dekat sini?. " soalan itu dibiarkan sepi, tangannya lincah membersihkan luka pada lengan dan pipi Dato'Najib.

" Kau nak tunggu aku lari dari sini. Lepas tu aku bunuh kau dan budak-budak bodoh tu baru kau nak bunuh aku? " tanya Dato' Najib lagi.

Dia cuba membangkitkan kemarahan Rayyan kerana dia tahu anaknya itu pantang di cabar.

" Ada hadiah untuk kau sebelum aku bunuh kau. " balas Rayyan perlahan.

Rayyan memainkan jari runcingnya di atas plaster yang di tampal pada luka di pipi Dato' Najib.

Flashback.

" Kau dah jumpa budak tak guna itu?. "

" Dah Dato'. Kami dah uruskan dia. "

" Bagus. Nah habuan korang. Aku bagi korang semua cuti hari ini. "

" Terima kasih Dato'. "

Dato' Najib tersenyum puas mendengar khabar anaknya Muhd Rayyan bin Najib Roslan kini sudah mengikut isterinya.

5 tahun dia menanti khabar gembira itu dan akhirnya tewas juga Rayyan di tangannya.

Kini tiada lagi yang akan merosak rancangnya dan dia bisa hidup dalam kemewahan milik isteri barunya tanpa sebarang gangguan.

End flashback.

" Kau ingat lagi tak macam mana betina tu merayu dekat aku supaya jangan bunuh dia. Hahahaha. "

" Dia sujud dekat kaki aku. Hahahaha. " tambah Dato' najib sambil ketawa.

" Tolong abang tolong jangan bunuh saya. HAHAHA.Sakit abang sakit. " kata Dato' Najib mengajuk kata-kata arwah isterinya pada malam itu.

Rayyan tidak menghiraukan kata-kata Dato' Najib.

Dia menggemas first aid seperti kata-kata itu sudah tidak membawa sebarang makna kepadanya.

Amir dan yang lain memerhati daripada CCTV di tingkat atas banglo itu pula yang rasa meluap.

Shahrul menepuk perlahan bahu kembarnya yang menumbuk pintu melepaskan geram di hati.

Selama seminggu orang tua itu berada dalam tahanan mereka.

Mulut tua itu tidak habis-habis menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Rayyan.

Mereka ingin sekali menyiyat mulut tua itu tetapi mereka tidak lakukan kerana orang tua itu ayah Rayyan.

Dan mereka menunggu Tengku Mikhail yang membuat keputusan.

" Aku dah tak boleh sabar!. " kata Iskandar bengang dan berlalu keluar.

DEGANG! Pintu bilik bawah tanah itu di buka dengan kasar dari luar.

" Sorry. Sorry. " kata Iskandar mengangkat tangannya sebelum menarik tutup semula pintu.

Rayyan hanya menjeling dengan ekor matanya saja tanpa bersuara.

" Kenapa?. " tanya Amir sambil senyum pada Iskandar.

Baru sahaja beberapa minit Iskandar keluar dari bilik kawalan itu kini dia masuk semula dan menghempas kuat punggungnya di atas sofa.

" Biar Ryan saja lah uruskan orang tua itu. " balas Iskandar membaringkan dirinya atas sofa dan memejam matanya.

Amirul dan Haikal hanya ketawa kecil melihat amarah Iskandar.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience