Chapter 42

Action Completed 74112

"NO MIKA!!  You can't do this to me!! I'm yours Uncle. Aku yang jaga kau selama ini. Aku yang besarkan kau! Mika! TENGKU MIKHAIL!!!. " jeritan Johnathon hanya di pandang sepi oleh Tengku Mikhail.

Dua orang anak buah Mike mengheret Johnathon membontoti Mike ke arah kereta.

" I WILL F*CKING KILL YOU!. MIKHAIL!!!. " jerit Johnathon dari dalam kereta.

" We will see if you can still alive in two days. " balas Mike bagi pihak Tengku Mikhail sambil tersenyum sinis.

Dia meronta-ronta supaya di lepaskan sebelum dia tersembam ke belakang apabila Mike menghadiahkan satu tumbukan tepat di rahangnya.

" See you soon my friend. " Mike melambai tangannya kepada Tengku Mikhail yang berdiri tegak tanpa reaksi di hadapan pintu pagar rumah.

Amira memeluk Jessica yang sedang menangis di bahunya walaupun dia bencikan Johnathon, Jessica tidak bersalah dalam semua hal itu.

" Jess. " panggil Tengku Mikhail perlahan.

Jessica melepaskan pelukannya dan berlari ke arah Tengku Mikhail dan memeluknya kejap.

" Shuuu.. I'm sorry.. I'm sorry... " pujuk Tengku Mikhail lembut mengusap kepala Jessica di pelukkannya.

" Kenapa daddy sanggup buat semua itu. Kenapa?. " dia menanggis tersedu-sedan di dalam pelukkan Tengku Mikhail.

Amira hanya memerhati agenda itu.

Tidak tahu kenapa hatinya berasa tidak senang melihat Tengku Mikhail dan Jessica berpelukkan.

Malas mahu ikutkan rasa hati Amira bangun dan berlalu ke taman belakang rumah.

" Mira ok ke?. " tanya Daniel melabuh punggung di atas buaian sebelah Amira.

" I don't know. " balasnya perlahan.

" Jangan pendam Mira. Luah apa yang Mira rasa abang Dani akan jadi pendengar setia. " kata Daniel memujuk dengan lembut.

" Kalau Mira perlukan masa tak apa abang Dani faham. Semua ini terlalu baru untuk Mira hadam. " kata Daniel bangun dari buaian itu dan ingin masuk ke rumah.

Dia tahu Amira memerlukan masa sendiri untuk menenangkan hati.

" Mira tak tahu Mira rasa apa sekarang ni. " Daniel memberhentikan langkahnya dan berpusing semula dengan Amira bersuara.

" Mira tak sangka rupanya orang yang bunuh ayah Mira ada depan mata Mira sendiri dan suami Mira lebih selesa dengan anak pembunuh ayah daripada Mira. " Amira meluahkan rasa hatinya.

" Mira jealous la kiranya ni. " usik Daniel. Dia tak suka wajah gadis yang pernah mengusik hatinya itu kelihatan sedih.

Ya, Daniel mempunyai perasaan yang berbeza bila bersama Amira. Dia seperti ingin membuka hatinya untuk seorang wanita.

" Mana ada Mira jealous. " nafi Amira merah mukanya.

" Eee.. Tak nak mengaku. Jealous lah tu tengok Mika peluk Jess kan. " usik Daniel lagi.

" Abang Dani ni. " marah Amira manja.

Mereka bergurau senda seperti tiada cerita sedih yang berlaku.

Setelah penat bergurau senda Daniel dan Amira melabuhkan semula punggungnya di atas buaian.

" Abang Dani apa Cips yang Tengku maksudkan?." tanya Amira setelah lepas lelah.

" Cips?. " tanya Daniel semula.

" Haah Cips yang Uncle John curi dari Tan Sri tu. "

" Ohhh. Cips tu. Macam dunia kami. Kami tak macam mafia kami ni pembekal dan perniaga senjata api sahaja. Kami tak terlibat dalam bunuh-bunuh orang dan dadah. " terang Daniel.

" Bunuh-bunuh?. " tanya Amira.

" Haah bunuh. Tapi adalah sikit bunuh-bunuh kalau ada orang curi or tak nak bayar senjata yang dia orang ambil." dia ketawa kecil melihat wajah Amira yang tekun mendengar.

" Ok yang pasal Cips tu pula setiap ketua mesti ada Cips masing-masing baru boleh jadi ketua. " sambung Daniel.

" Macam apa bentuk Cips tu?. " tanya Amira.

" Macam rantai yang Mira pakai tu. "

" Hah?. " tidak percaya apa yang dia dengar.

" Ya. Contoh salah satu bentuk Cips tu macam rantai yang Mira pakai tu. Bukan rantai tapi loket yang kat leher Mira tu. Cips ni macam cop lah identiti untuk setiap orang yang paling berkuasa dalam satu kumpulan. "

" Ohhhh. Patutlah dia ada tanya Mira pasal rantai. " Amira mesih ligat untuk memahami apa yang di sampaikan.

" Bila dia tanya Mira?. " tanya Daniel.

" Masa malam yang kita dinner tu. "

"Ohh patutlah. " balas Daniel mengangguk kepalanya seperti baru teringatkan sesuatu.

" Apa yang patutlah?. " tanya Amira lagi.

" Tak ada apa. " balas Daniel sambil senyum.

" Ok sambung pasal loket tadi. " kata Amira dia masih tidak puas hati kerana tidak tahu keseluruhan cerita.

" Sabar. Sabar jangan risau abang Dani akan cerita. Sebenarnya Tan Sri Amir hadiahkan loket itu pada mama Mika tapi sebelum mama Mika meninggal dunia dia pulangkan semula dengan loket itu Tan Sri. Tan Sri boleh gunakan Cips itu untuk buat apa sahaja. "

Daniel berhenti seketika dan memandang Amira di sampingnya.

" Tak ada seorang pun yang boleh pertikaikan sekiranya owner kepada Cips tu memutuskan untuk membuat apa-apa keputusan. Sama ada nak guna Cips tu untuk ganti dengan senjata paling mahal or letak jawatan. Dan Tan Sri memilih untuk meletakkan jawatan. "

" Tapi kenapa Uncle John nak Cips Tan Sri?. Dia punya mana?. " tanya Amira hairan.

" John mana mampu nak beli Cips tu. Cips tu berharga ber-billion dollars. Cips Tan Sri tu adalah pusaka yang di turunkan oleh ayah Tan Sri and ayah mak Mika. Kedua-dua belah Datuk Mika kongsi 80% harta masing-masing untuk dapatkan Cips tu. "

" Woww. " Amira menutup mulutnya terkejut dengan kenyataan itu.

" Well untuk pengetahuan Mira datuk dan nenek Mika kaya gila so that's why Mira kena pandai habiskan harga dia. "

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience