Chapter 39

Action Completed 74112

" BOS. Tengok ni. " panggil Amir pada Tengku Mikhail yang sedang bermain dengan senjata kesayangnya.

Hampir 15 minit Amir membelek cara membuka loket pada rantai yang Tengku Mikhail serahkan kepadanya tanpa sedikit pun meninggalkan kesan calar.

Dia membuka loket tersebut dan mengeluarkan satu memory card yang di simpan dalam loket itu.

Dia terus masukkan ke dalam telefon dan di sambung ke laptop.

Rayyan, Daniel dan yang lain menghampiri meja komputer Amir.

Ada beberapa folders yang memiliki senarai nama semua pembeli dan penjual senjata api dan video.

Amir memainkan video yang duration selama 3 minit 2 saat yang memaparkan wajah bersih Tan Sri Amir.

Mereka memandang ke arah Tengku Mikhail melihat reaksi wajah bos mereka itu. Wajah itu kelihatan kosong tidak terusik.

" Selain video ni?. " tanya Tengku Mikhail.

" Ada video Johnathon dengan mama bos. Senarai nama pembeli dan pembekal senjata. Dan ada video saksi yang Johnathon terlibat dalam kematian mama bos. " balas Amir.

Perasan Tengku Mikhail sekarang ini tidak dapat di teka wajah itu seperti biasa seperti perkara yang di dengarnya sudah di ketahui.

" Betulkan semula rantai tu. Nanti Mira marah. " arah Tengku Mikhail mengambil memory card pada telefon dan menepuk perlahan bahu Amir sebelum berjalan keluar.

Amira yang sedang berbual sambil bergelak dengan Adam dan Jessica di kerusi batu menghentikan tawanya apabila berasa tubuhnya di peluk dari belakang.

Merah wajahnya melihat pandangan mengusik dari Adam manakala Jessica menarik tangan Adam untuk bangun meninggalkan sepasang suami isteri itu.

Amira mengangkat kepalanya untuk melihat wajah suaminya tetapi terhenti apabila Tengku Mikhail meletakkan kepalanya di bahu Amira.

Amira mengusap perlahan tangan Tengku Mikhail yang berada di pingangnya.

" Abang. " Tengku Mikhail tidak menghiraukan panggilan Amira.

Dia menekap wajahnya pada bahu Amira.

" I miss you. " bisiknya, Dia menarik tangan Amira mengikutnya ke arah kereta.

Di tolak perlahan badan isterinya yang masih blur itu kedalam kereta.

Sepanjang perjalanan pemandangan Tengku Mikhail fokus pada jalan sebelum di alih ke sebelahnya apabila rasa tangan kirinya di genggam.

Amira melihat wajah tenang yang cuba di pamerkan suaminya sebelum mengambil tangan kiri Tengku Mikhail dan mengenggamnya.

Cuba memberi tahu suaminya yang dia ada di sisi suaminya tidak kira apa masalah yang suaminya sedang alami sekarang.

Tengku Mikhail memberhentikan kereta di tepi pantai dan keluar dari kereta.

Amira memandang suaminya dan turut keluar mendekati Tengku Mikhail sebelum duduk sebelah suaminya di atas pasir.

Keadaan tenang damai jauh dari kota dan tiada satu orang pun manusia di situ kecuali mereka berdua mungkin kerana hari sudah malam.

Tengku Mikhail memeluk Amira dari sisi, kepalanya di letakkan di bahu Amira.

" I am a bad son sayang. " kata Tengku Mikhail menutup matanya.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience