Chapter 46

Action Completed 74112

ADA antara mereka yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan Tengku Mikhail dan ada juga yang gembira dengan keputusan Tengku Mikhail.

" What's about us?. Kami tak mampu nak uruskan kumpulan ini macam mana Tan Sri Amir uruskan dan kamu satu-satunya yang layak jawatan ini. " kata salah seorang ahli yang kelihatan umur sama seperti Tan Sri Amir.

Dia merupakan salah sorang orang bawahan yang rapat dan di percayai oleh Tan Sri Amir sebelum arwah di bunuh.

" Saya yakin anda semua dapat uruskan kumpulan ini dengan baik. " balas Tengku Mikhail.

Dia meninggalkan bilik itu di ikuti oleh dua bodyguardnya.

Mereka semua bersurai, Rayyan menyerahkan kain pembalut untuk membalut luka di bahu Tengku Mikhail sebelum tiba-tiba mereka di serang.

" Tunduk! " arah Tengku Mikhail pada ahli mesyuarat yang baru melangkah kaki keluar dari bangunan itu.

Ahli-ahli mesyuarat semua mengikut arahan Tengku Mikhail tetapi 3 orang ahli yang terkorban yang selebihnya selamat dengan adanya anak buah Tengku Mikhail.

BANGG. BANGG.

" BOS!!." jerit Rayyan dan BANGG. Tembakkan di lepaskan tepat ke kepala lelaki misteri yang menyertai mesyuarat tadi.

" Tak guna. " marah Daniel.

Semua ahli mesyuarat mengangkat tangan tanda surrender apabila pucu pistol Daniel, Adam dan Haikal terarah kepada mereka.

" Serang hendap bos. Anak buah Wong Chin. " maklum Amir dan mengambil alih Rayyan memapah Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail memandang tajam semua ahli mesyuarat  yang melutut di hadapannya.

" Kami tidak bersalah, dia adalah ahli baru yang di lantik oleh Wong Chin. " maklum salah sorang sambil menunjuk ke arah mayat lelaki tersebut.

" Amir?. "

" Betul bos. " balas Amir.

" Aku bebaskan kau orang semua tapi jangan sesekali muncul depan aku. " tegas Tengku Mikhail.

Mereka semua menganggukkan kepala dan berlari beredar daripada situ dengan tergopoh-gapah.

Tengku Mikhail menekap tapak tangannya di bahagian pinggangnya yang terkena tembakan.

Manakala Haikal membantu Rayyan kerana kakinya ditembak.

" Semua dah settle bos. " maklum Hafiz yang baru tiba dengan kembarnya yang sibuk bercakap dengan telefon.

" Bos Mira masuk hospital. " maklum Shahrul setelah tamat panggilan.

Tengku Mikhail berlari ke kereta mengabaikan rasa sakit di perut dan bahunya di ikuti anak buahnya.

ISKANDAR dan Hazid mundar-mandir di hadapan wad Amira.

" Weh duduklah pening aku tengok." marah Badrul, dia juga risau dengan keadaan Amira yang sudah setengah jam di dalam bilik bersalin.

" Maaf siapa suami kepada pesakit?. " mereka bertiga bergerak ke arah doktor yang tiba-tiba keluar dengan muka cemas.

" Suami dia on the way. Kenapa doctor ada apa yang terjadi dengan adik saya ke doktor. " tanya Iskandar risau.

" Pesakit mengalami sedikit kesulitan untuk melahirkan kerana kekuranggan air dalam badan. "

" Kami memerlukan suami pesakit untuk masuk kedalam memberikan doronggan semangat kepada pesakit dan menanda tangan ini. " kata doktor itu sambil menyerahkan satu surat kepada Iskandar.

" Surat apa ni doktor!?. " tanya Iskandar geram.

Dia mengetap giginya melihat doktor di hadapannya mahu sahaja dia layangkan penumbuk ke wajah itu.

" Kami... "

" Mana isteri aku?. " kata-kata doktor itu terhenti melihat sekumpulan lelaki berbaju hitam dan ada dua orang daripadanya cedera.

"Kalau jadi apa-apa dekat isteri aku nyawa kau sebagai ganti. " marah Tengku Mikhail merampas kertas di tangan Iskandar dan mencampak ke muka doktor itu.

" Mana isteri aku?. " tanya Tengku Mikhail lagi.

" Bi..bilik ni. " balas doktor itu tergagap mana tidaknya pistol dengan selambanya di kepalanya.

Tengku Mikhail terus meredah bilik isterinya di abaikan darah yang mengalir sehingga menitik di lantai.

" Sayang.." bisik Tengku Mikhail perlahan di telinga Amira yang kelihatan tidak bermaya.

" Hye darling I'm here. Sayang kena kuat. " bisik Tengku Mikhail lagi mencium dahi, pipi dan tangan Amira.

" ARHH!! abang... "

" Pesakit dah sedar. Teruskan bagi dia semangat. Push puan. Saya bilang 1 2 3 Pushh. Tarik nafas Push sikit sahaja lagi puan. Ok selesai. Tahniah bayi lelaki. " kata doktor yang berada di hujung kaki Amira.

Bunyi tanggisan bayi memenuhi ruangan bilik itu, Iskandar dan yang lain mengucap syukur mendengar tanggisan itu.

" Thank you sayang. Thank you so much. " ucap Tengku Mikhail mencium dahi Amira sebelum merasa dunianya menjadi gelap.

" Allah, angkat dia ke atas katil dan bawa dia ke bilik operation dia cedera. " arah doktor pasa assistant nya apabila melihat kecederaan pada Tengku Mikhail.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience