Chapter 47

Action Completed 74112

AMIRA membasahkan tuala dan mengelap seluruh wajah dan badan Tengku Mikhail yang terbaring kaku di atas katil hospital.

Selepas operation mengeluarkan peluru dilakukan pada perut dan bahu Tengku Mikhail.

Doktor mengesahkan bahawa Tengku Mikhail mungkin koma kerana kehabisan banyak darah dan kecederaannya yang parah pada bahagian perut kerana tidak di rawat dengan segera.

Di tatap wajah suaminya yang pucat dengan penuh kasih sayang.

Amira mengangkat Tengku Adam Haizard dengan perlahan dan baringkan sebelah Tengku Mikhail.

Seperti faham dengan perasaan ibunya sekarang Tengku Adam Haizard tidur dengan pulas disamping ayahnya.

Knock. Knock.

" Masuk. " arah Amira perlahan memandang ke arah gerangan yang mengetuk pintu bilik wad Vip itu.

" Hai Mira, how are you today?. " tanya Rayyan.

" I'm fine just a little tired. " balas Amira.

" Mana tak penatnya setiap kali kita orang datang Mira mesti tengah buat kerja. Cuba duduk or baring ke. Mira tu belum habis pantang jangan banyak bergerak sangat. "

Amira hanya ketawa mendengar bebelan Rayyan seperti emak-emak itu.

" Rest. Jangan stress stress. " Amira menganggam tangan Tengku Mikhail dan mencium penuh kasih tangan suaminya itu.

Dia bukan cenggeng dan mengada-gada tapi air mata dia tak dapat di tahan melihat orang yang di sayang satu-satunya terbaring kaku.

" Dah dekat dua minggu abang Ray. " luah Amira sebak.

" Biasalah tu, bos dah lama tak rehat biar dia tidur lama sikit. Nanti dia dah sedar kita orang dah tak boleh rehat. Hahaha." gurau Rayyan di sambut senyum nipis dari Amira.

" Mira dah makan ke? ." tanya Daniel.

Daniel mendukung Tengku Adam Haizard memandang kearah Amira menunggu jawapan Amira.

" Mira?. Amira?. " panggil Daniel sedikit kuat.

" Hah kenapa?. Abang Dani nak apa-apa ke?. " tanya Amira seperti baru sedar dari fikiran jauh.

" Tak ada apa. Abang Dani tanya Mira dah makan ke?. "

" Ohhh. Belum. Mira tak lapar. "

" Tak LAPAR!. Bila last Mira makan?. Jangan cakap lepas kita orang balik semalam. " tanya Daniel lagi, dia mengetap giginya geram dengan jawapan Amira.

Hmmm not sure. " balas Amira sambil sengih.

" Ray kau suruh nurse hantar makanan sekarang. " arah Daniel.

" Okay bos. " balas Rayyan mengangkat tanda tabik pada Daniel.

Jika tidak mengenangkan Tengku Adam Haizard dalam dukunggannya punggung Rayyan pasti akan di sepak.

" Doktor dekat sini lawa-lawakan. " kata Rayyan melabuhkan semula punggungnya atas kusyen.

" Kau siapa saja tak lawa. Semua cantik. " balas Daniel menyampah.

Knock. Knock.

Mereka memandang ke arah nurse yang datang membawa troli makanan buat Amira.

" Puan Mira saya letakkan lunch dekat sini. Lepas makan, puan makan ubat ini dan sekarang waktu tidur Tengku. " maklum nurse perempuan itu dan mengambil Tengku Adam Haizard dari Daniel.

" Saya akan tidurkan Tengku. Kalau ada apa-apa puan boleh tekan butang ini. " sambung nurse itu dan meminta diri untuk keluar dari wad itu.

" Kau buat apa dekat sini?. " tanya Rayyan pada sepasang merpati berkepit 24 jam yang baru melangkah masuk ke wad itu.

" I datang melawat cousin I. You sibuk kenapa. " balas Jessica dengan gaya divanya.

" How is he?. " tanya Jessica pada Amira.

" Nothing changes. " balas Amira perlahan.

" Don't cry okay. He will wake up but maybe a little bit more time. Hmmm should I introduce you to my boy friend?. " tanya Jessica lagi.

" Stupid!. Dam bawa balik bakal wife kau ni. Menyemak saja. Macam manalah kau boleh jatuh hati dengan orang macam ni. " bebel Rayyan.

" Relax lah bro. Perkara biasa. Hahahaha. " balas Adam ketawa di ikuti Daniel.

Sudah naik lali dengan perangai Jessica dan antara mereka semua di rumah Adam seorang saja yang bertahan dengan perangai Jessica.

" Jom blah. Bye Mira. " ajak Rayyan pada Daniel, Adam dan Jessica.

" Bye. Take care Mira. Cakap dekat Mika kalau dia tak nak bangun biar I carikan pengantin dia untuk you. " kata Jessica lagi.

" Ishh kau ni. Cepat cepat keluar. " Rayyan menolak sedikit  belakang badan Jessica suruh keluar.

Amira ketawa kecil melihat terlatah Jessica dan Rayyan seperti budak-budak tiap kali berjumpa ada sahaja yang nak di gaduhnya.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience