Chapter 28

Action Completed 74112

AMIRA menuruni anak tangga satu persatu dengan perlahan sambil memandang sekelilingnya mencari kelibat manusia yang tinggal dalam rumah itu.

" Mana semua orang ni senyap saja. Tak kan pagi-pagi semua dah keluar kut. Ke masih belum bangun tapi Tengku... . "

" ARHH!!! " terguling Amira jatuh dari tangga apabila tubuhnya ditolak dengan kuat dari belakang.

" Ouchh... Sakitnyaa.. Aduhh..." dia memandang keatas tangga tapi tiada sesiapa.

Dia cuba bangun tapi kakinya terseliuh, punggungnya terasa nyilu dan pinggangnya terasa seperti ingin patah.

" Mira buat apa duduk dekat atas lantai ni?. "

Iskandar berjalan dari belakang ke depan Amira dan berdiri tegak dihadapan Amira dengan membuat muka pelik.

' Ai... Punya besar sofa lantai juga dia duduk. ' fikirnya melihat Amira di lantai.

" Abang Is, Mira terjatuhlah bukan saja nak duduk atas lantai ni. Sakit tahu tak! "

" Ohh ingatkan seronok duduk atas lantai sejuk ni dari sofa. " kata Iskandar lagi tanpa niat membantu Amira bangun dari lantai mozed itu.

" Ish abang Is ni cepatlah tolong tarik Mira bangun, kaki Mira sakit. " Amira menghulurkan tangannya yang berbaju lengan panjang itu.

" Ehh tak apa ke abang Is pegang ni?. Kang Bos nampak mati abang Is, mahu dia pancung kepala Abang Is. " Iskandar membuat gaya kepalanya dipotong sambil menjelirkan lidahnya.

" Pegang lengan Mira, berlapik tak apa. Cepatlah abang Is badan Mira sakit ni. "

Iskandar teragak-agak memegang lengan Amira dan menarik perlahan untuk bangun.

" Kau buat apa?. " panas Tengku Mikhail yang baru melangkah kaki dalam rumah melihat aksi di depan matanya.

" Hai Bos. " Iskandar terus melepaskan lengan Amira menyebabkan Amira terjatuh terduduk semula.

" Ouchh..." Iskandar serba salah dia lihat Tengku Mikhail, dia lihat Amira sudahnya dia garu kepala.

' Kalau aku pegang Mira lagi confirm boss ajak aku Muai thai sekejap lagi. ' fikirnya.

" Kenapa ni sayang?. " tanya Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail berlari anak ke Amira dan mencempung tubuh kecil isterinya dan meletakkannya di atas sofa.

" Mira jatuh tangga.  " 

" Ya Allah, macam mana sayang boleh jatuh?. " Tengku Mikhail membelek tubuh Amira risau ada kecederaan lain.

" Abang jangan lah selak. " Amira menahan tangan Tengku Mikhail dan memandang ke arah anak buah suaminya.

" Abang nak check mana tahu ada lebam ke luka ke kat tempat lain. "

" Abanggg. " Amira menahan lagi tangan suaminya itu, malu dia apabila 8 pasang memandangnya.

" Ehemmm.. Boleh kena diabetes lah pagi-pagi ni dah buat manisan. "

Tengku Mikhail menghadiahkan jelinggan maut ke arah anak buahnya itu apabila mendengar perlian Rayyan.

" Korang tunggu apa lagi dekat sini. Kerja dah settle pergilah balik. Berambus. Berambus. " dengan wajah tak puas hati dihalau mereka melangkah ke pintu keluar.

" Wait! One more thing jangan nak curi tulang masuk office. " pesan Tengku Mikhail.

" Balik.. Balik... " Rayyan menghalau yang lain supaya balik ke banglo masing-masing hanya tinggal dia dan Daniel sahaja kerana mereka penghuni disitu.

" Off dah habis ke bos?. " tanya Rayyan.

" Ye lah. Kau ingat syarikat aku bayar gaji korang untuk cuti ke hah?. "

" Hehe. Manalah tahu kan. " balas Rayyan perlahan.

" Kenapa dengan kaki Mira boss?."

Rayyan pelik apabila melihat Iskandar menyerahkan peti kecemasan kepada Tengku Mikhail yang sedang melutut di hadapan Amira.

" Mira main kejar-kejar lepas tu jatuh, lepas tu kaki dia terkehel lah apa lagi. " Daniel ketawa kecil mendengar jawapan berbaur perlian dari Iskandar itu.

" Bodoh ke apa main kejar-kejar pagi-pagi buta ni." Tengku Mikhail merenung Rayyan bagaikan nak ditelan mendengar balasan Rayyan pada Iskandar itu.

" Kau nak kata isteri aku bodoh la sekarang ni!?. " tanya Tengku Mikhail mengetap giginya geram dengan komen Rayyan.

" Ehh ma..mana ada bro, aku bukan cakap dekat wife kau. Aku cakap dekat Is yang dia bodoh. Hehe. " Rayyan membela dirinya, ishh apasal aku gagap pula ni, marah hatinya.

Iskandar dan Daniel yang pada mula itu tersenyum melepaskan ketawa kuat melihat muka innocent Rayyan.

" Dah. Tunggu apalagi nyah korang semua dari sini dan jangan lupa masuk office. " pesan Tengku Mikhail menghalau penyibuk-penyibuknya.

" Baik BOS! " balas Rayyan.

" Macam mana boleh jatuh?. Lebam teruk ni kena pergi hospital ni. " Tengku Mikhail menyapu minyak dan mengurut perlahan buku lali Amira.

" Ouchh, sakit abang.. Perlahan sikit. Sikit saja ni doktor pun malas layan. "

" Sayang tak jawab lagi pertanyaan abang. Macam mana boleh jatuh?. " dia tidak puas hati apabila soalannya tidak dijawab.

' Hishh marah kang menanggis pula. '

" Sayang tak tahu. Sayang tergelincir kut. " Amira menjawab kurang pasti.

Kalau dia bagitahu Tengku Mikhail yang dia rasa macam ada yang menolaknya pasti akan mendatangkan masalah.

Walaupun baru hampir empat bulan mereka menjadi suami isteri dia sudah kenal benar dengan perangai baran suaminya.

" Sayang...sayang...cuai mujur tak ada yang patah. " bebel Tengku Mikhail menggelengkan kepalanya.

Dia tahu Amira tidak memberitahunya cerita sepenuhnya.

Dia tidak mahu memaksa isterinya untuk mencerita kerana dia boleh cari tahu dengan sendiri.

" Jatuh saja abang bukan kena langgar dengan kereta sampai nak patah-patah bagainya. "

" Hah.. Menjawab...menjawab.. Nak jadi isteri derhaka ke?. "

" Opss sorry..Abang pergi mana pagi-pagi dah hilang?. Ni kenapa tangan abang ni?. Hah lengan abang pun. Kenapa ni?. Kenapa tangan abang berbalut?. Semalam rasanya abang tak ada luka pun Mira tengok. Abang buat apa sampai tangan abang berbalut?. Abang luka teruk ke?. Abang dah sapu antiseptik ke?. "

Bertalu-talu soalan di tujukan pada Tengku Mikhail seperti peluru.

Cupp terhenti kata-kata Amira 'Ishh mulut ni geram je aku. '

Tengku Mikhail menarik perlahan tangannya dari tangan Amira dan mengurut perlahan buku lali Amira.

" Abang ada kerja sikit tadi. Pergi buang sampah and tangan abang ni tak luka pun. Abang saja balut. Nampak style sikit. Kalau tak kosong je kan. " jawabnya.

Tengku Mikhail tidak memandang mata Amira dia rasa sebersalah.

" Yela tu. Buruk je Mira tengok style apa kebendanya. Rajin abang pagi-pagi dah pergi buang sampah. Sampah apa?. "

'Ishh tak reti putus asa betullah budak ni. Banyak pulak soalnya. '

" Sampah ai tak kan abang nak kena sebut sampah tu satu persatu. " ' abu Farisha ' sambungnya dalam hati.

Amira ketawa dengan jawapan suaminya itu.

" Geramnya aku dengan mulut ni. " kata Tengku Mikhail dan mencium pipi Amira sebelum ciumannya melarat ke bibir Amira. .

" Morning!! Opsss!! I salah time ke?. " Tengku Mikhail melepaskan bibir Amira apabila mendengar suara Jessica.

" Mira what's happened with your leg?. "

" Terseliuh. " balas Tengku Mikhail bagi pihak Amira dan mencempung tubuh Amira keatas bilik.

Jessica melihat aksi di depan matanya dengan meluat dan panas hati.

" Terseliuh je pun. Nanti biar aku patahkan kaki tu baru padan muka. Mengada-gada. "

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience