Chapter 72

Action Completed 74112

AMIRA telah di benarkan keluar selepas doktor memastikan bahawa keadaannya sudah pulih cuma luka jahitannya tidak boleh terkena air.

" Sayang boleh ke?. Biar abang dukung saja lah. " kata Tengku Mikhail dia memapak Amira perlahan-lahan masuk ke dalam rumah.

Ingat lagi ketika dia cedera Amira memapahnya ke dalam rumah kini dia pula memapah isterinya.

" Kenapa abang tiba-tiba ketawa?. " tanya Amira hairan bila suaminya itu tiba-tiba ketawa.

" Tak ada apalah. Sini abang dukung. " putus Tengku Mikhail, tubuh kecil Amira terus di cempung masuk ke rumah.

" Mira where's your baby?. " tanya Jessica teruja.

Merah muka Amira segan bila mata anak buah Tengku Mikhail tertarah padanya yang masih berada dalam dukungan Tengku Mikhail.

" Damia dekat sini auntie Jess. " balas Khairul masuk bersama Tengku Damia dan Amir di belakang bertukus lumus membawa beg mereka.

" Huhh!. " semua beg di lepaskan ke lantai sebaik sahaja dia menjejak kaki dalam rumah.

" Bawak batu ke apa kau orang ni, beg berat nak mampus. " sungut Amir, dia duduk bersila atas lantai melepaskan lelah.

" Eleh kau stamina lemah banyak bunyi pula. " ejak Shahrul.

" Aku rasa malang lah wife kau nanti. " sambung Shahrul lagi.

" Apa pasal nak malang pula! Aku ni dah lah handsome, baik, bijak, kaya... Semualah ada dekat aku. "

" Dia mula dah, dia mula dah. " kata Haikal perlahan sambil mengeleng kepala.

" Mana tak malang kau angkat beg pun tak larat macam mana kau nak angkat isteri kau. " balas Shahrul kuat di selangi dengan ketawa kuat.

" Tak guna kau!. " marah Amir mengejar Shahrul keliling ruang tamu, riuh dengan suara mereka.

Bip. Bip. Bip.

Badrul terus bangun dan menekan butang merah monitor itu untuk melihat siapa yang berani masuk kawasan mereka tanpa kebenaran.

" Siapa?. " tanya Tengku Mikhail perlahan tidak mahu menarik perhatian yang lain yang sedang berbual dan bergurau di ruang tamu itu.

" On suis, pergi sedia apa yang patut aku tak nak dia orang masuk terlalu dekat. " arah Tengku Mikhail.

Badrul mencuit Haikal dan Khairul mengikutnya masuk ke bilik bawah tanah untuk mengambil senjata yang di perlukan.

._._._._._._._._._._._._.

PINTU bilik di buka tersembul muka Shahrul yang tersengih menunjukkan giginya, dia melambai tangan pada Badrul yang kelihatan serius menatap komputer.

Dia mengendang pintu bagi menarik perhatian tiga orang lelaki itu sebelum melangkah masuk di ikuti kembarnya, Adam, Amir, Iskandar, Amirul, dan Hazid.

" Bos mana?. " tanya Haikal.

" Dekat atas. " balas Shahrul.

" Siapa pula lah yang mengacau kali ni tak boleh ke biar hidup aku aman sekejap. "

" Bukan kau saja kita orang pun. " balas Haikal pada Amirul.

" Aku macam pernah nampaklah muka dia ni tapi dekat mana eh?. " kata Amirul menujuk ke arah monitor pada salah seorang lelaki yang memecah masuk kawasan mereka.

" Siapa? Macam mana kau kenal dia?. " tanya Haikal bertalu-talu.

" Hah aku ingat dah. " sahut Amirul kuat dengan tiba-tiba.

" Ish kau ni buat terkejut saja. Siapa dia?. " marah Amir.

" Dialah yang bagi maklumat tentang mak Khai. "

" Mana kau tahu?. " tanya Rayyan yang baru melangkah masuk bilik itu.

" Dia datang jumpa bos masa tu bos dengan aku baru keluar cafe beli Black Coffee dekat kedai biasa kita beli tu. Pehhh cam gini sedap gila kopi dia. " kata Amirul sambil mengangkat ibu jarinya.

" Boleh tak kau cerita point dia saja tak payah nak malalut ke lain. " marah Rayyan geram.

" Okay. Okay sorry, budak lelaki ni jumpa bos kata mak Khai masih hidup. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh tahu yang bos tengah cari maklumat tentang mak Khai. "

" Kenapa bos nak cari mak khai?. Bukan mak Khai dah tak ada ke?. " Haikal memandang Khairul seperti tidak percaya, rakannya itu tidak pernah menyebut pun perkara itu.

" Tu aku tak tahu sebab bos tak bagitahu aku. Maybe Khai tahu. " balas Amirul.

Dia memandang ke arah Khairul yang hanya mendiamkan diri seperti bukan tentang dia yang sedang di bicarakan.

" Khai kenapa bos cari mak kau?. " tanya Rayyan tidak sabar bila hampir 5 minit menunggu jawapan daripada Khairul.

" Ada budak perempuan call aku mengaku kata dia adik aku. Dia cakap mak aku perlukan duit untuk pembedahan tapi masa tu bos dengar so dia yang bagi duit tu. "

" Aku tak nak duit bos terbuang sia-sia macam tu saja sebab aku tahu mak aku dah tak ada. Aku yang siasat sama ada betul atau tak mak aku masih hidup bukan bos. " terang Khairul.

Nilai yang di minta untuk pembedahan bukanlah sedikit, jadi dia tidak mahu menyusahkan bosnya jika betul ibunya masih hidup.

" Budak tu jumpa bos nak apa? Aku tak kenal pun dia. " tanya Khairul pula pada Amirul.

" Dia cakap dia tahu mak kau masuk hospital mana lepas tu dia minta bos bayar dia RM10k kalau tak dia nak bawa mak kau lari dari situ. "

" Lepas tu bos bayar ke?. " tanya Haikal tidak percaya.

" Bos bayar. " balas Amirul sambil menganggukkan kepalanya, tangannya pula laju memasukkan senjata yang di perlukan dalam beg.

" Bos dah semakin bodoh ke weh?. " tanya Haikal seperti tidak percaya sesenang itu bosnya keluarkan duit tanpa usul periksa tahulah kaya.

" Suka hati kau saja cakap bos bodoh. " tegur Amir tidak senang, dia sangat menghormati Tengku Mikhail dia tidak suka perkataan buruk di gunakan pada majikannya itu.

" Aku pun rasa yang Mika dah semakin bodoh. " luah Rayyan.

" Bos kaya setakat berapa ribu duit pembedahan tu tak ada hal lah untuk bos. Sikit saja tu. " kata Shahrul.

" Betul tu. " sokong Hazid.

" 30k. "

" Hah berapa!?. " tanya Hazid semula.

" 30k kos bedah tu. " ulang Khairul.

" Pehh gaji aku 3 bulan tuh. Bapak arh. " jerit Amirul.

" Aku rasa mesti bos ada sebab kalau tak kau rasa bos nak bagi ke?. " kata Hafiz yang dari tadi menjadi pendengar setia.

Krek.

Mereka mengalih pandangan pada pintu yang baru di buka itu, terlihat wajah Tengku Mikhail yang seperti tiada apa berlaku.

" Macam mana?. " tanya Tengku Mikhail menepuk bahu Badrul dari belakang dan merenung skrin monitor di hadapannya.

" Dia orang masuk lepas tu keluar semula mungkin dia orang tengah rancang nak pecah masuk. " balas Badrul, jantungnya berdebar-debar risau sekiranya Tengku Mikhail mendengar perbualan mereka.

" Mirul dah siap ke?. " Amirul menganggukkan kepalanya dan mengangkat beg pada tangannya bahawa sudah selesai.

" Hah tunggu apa lagi, kita nak tunggu dia orang datang semula ke?. " tanya Tengku Mikhail menegakkan badannya dengan kedua tangan dalam kocek seluar.

" Jom gerak. Cepat!. Cepat!. " arah Rayyan menolak badan rakannya yang lain suruh leluar.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience