KINI sudah seminggu mereka tiba di Malayia. Hashim telah berjaya menghubungi anak buah Tengku Mikhail dengan bantuan daripada Usopp.
Ketika dia sedang berjalan pulang ke rumah dia melihat dua buah kenderaan dihadapan rumahnya.
Hashim segera berlari kearah semak tetapi keberadaan di sedari oleh salah seorang anak buah musuhnya.
Mereka mengejarnya.
Hashim membiarkan dirinya ditangkap kerana dia melihat salah seorang daripada pemuda itu melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Dia bimbang akan keselamatan anak perempuannya.
Amira menyembunyikan tubuh kecil di bawah katil.
Seluruh tubuhnya mengeletar ketakutan. Kedengaran bunyi bising di luar membuatkan badannya bertambah menggigil.
' Ya Allah selamatkan aku ' Doanya.
" Cari dia sampai dapat. "
" Baik Boss. "
Amira mendengar suara derapan kaki semakin menghampiri tempat persembunyiannya.
" Boss... Bosss. "
" APA!!!. "
" Kami dah dapat tangkap Hashim Boss. "
" Bagus!!!. Bawak dia balik. Aku tahu nak buat apa dengan dia, berani dia main sorok-sorok dengan aku siap dia aku kerjakan. "
" Baik Boss!! "
Amira mendengar semua perbicaraan orang tersebut.
Jantungnya bagaikan mahu berhenti berdegup.
' Ya Allah, selamatkan ayah. ' Doanya lagi.
Keadaan kembali sunyi dia yakin orang itu semua sudah pergi.
Dia melepaskan nafas yang kuat tetapi dia tetap juga tidak bergerak dari tempat persembunyiannya kerana pesan ayahnya.
MEREKA tiba di lokasi yang di maklumkan oleh pemberi maklumat mereka.
Tanpa berlengah Tengku Mikhail mengarahkan orangnya untuk mengepung gudang itu.
" Baik kau bagitahu saja dekan mana kau sorok benda itu. "
" Aku tak tahu. " balas Hashim.
" Kau ni memang cari pasalkan. Kau nak mampus ke bodoh!!!. " Marah lelaki itu sebelum menyepak perut Hashim.
" Boss dia still tak nak bagitahu. " kata lelaki itu kepada ketuanya.
" Orang tua tu dah mampus kau nak acah jadi pengikut setia pun dah tak gunalah bodoh. " kata lelaki yang dipanggil Boss itu sambil menarik rambut Hashim supaya memandangnya.
Anak buah Tengku Mikhail yang sudah mengambil tempat masing-masing hanya menunggu arahan untuk bertindak.
" Ehem.. Mic Testing... Mic Testing 1 2 3. " kata Tengku Mikhail menggunakan pembesar suara.
Mendengar suara tiba-tiba itu membuatkan mereka yang berada di dalam gudang menjadi panik dan mula meliar mencari dari mana datangnya suara itu.
" Sorry for disturbing yours night sir. May I know if there someone name Abdul Hashim here?. Please come out. " Rayyan ketawa berdekah-dekah dengan kata-kata Tengku Mikhail itu.
Tiada sebarang balasan yang diterima dari orang dalam gudang.
Tengku Mikhail memberi isyarat kepada anak buahnya untuk mula memasukki gudang tersebut.
Mereka berbalas tembakkan dengan penculik Hashim menyebabkan dua anggota Tengku Mikhail cedera di bahu dan di kaki.
Semua mayat musuhnya dihapuskan dan mayat mereka di bakar untuk menghapuskan bukti.
Tengku Mikhail melihat kearah Hashim yang kelihatan lemah tidak bermaya kerana dipukul dan muka dipenuhi dengan darah.
Mujur sahaja mereka tidak terlambat jika tidak segala maklumat yang ada pada orang kanan papanya itu pasti terkubur begitu sahaja.
Rayyan mendukung Hashim ke kereta dan mereka bergerak menuju ke hospital.
"AMIRA!!! Oooo Amiraa... " Jerit Usopp dari luar rumah.
" Yaaa.. Pak cik sekejap. Kenapa pak cik?. " tanya Amira tergopoh-gapah berlari turun tangga.
Terkedu sekejap dia apabila turun dari rumah melihat dua buah kereta mewah di hadapan rumahnya.
" Jom ikut pak cik. Ayah kamu dah ada dengan anak Tan Sri. Ayah kamu dekat Hospital. " arah Usopp.
" Ada perkara buruk terjadi pada ayah ke pak cik?. " tanya Amira. Sudah 3 hari ayahnya tidak pulang.
" Jangan risau Tengku pasti selamatkan ayah kamu."
'Ya Allah selamatkan ayah. ' doa Amira.
Kereta anak buah Tengku Mikhail yang diarahkan untuk membawa Amira ke hospital pandu laju menuju ke hospital.
AMIRA terkejut tidak terkata, dia hanya mampu menanggis melihat keadaan ayahnya yang berbalut di kepala, patah kedua tangan dan kaki.
" Ishhh bisingnya lah perempuan ni. " sunggut Tengku Mikhail.
" Relax bro. Perempuan biasalah. " balas Rayyan sambil menepuk perlahan bahu Tengku Mikhail.
" Perempuan dan air mata. Hmmmm " keluh Daniel.
Tengku Mikhail dan Rayyan melihat kearah Daniel serentak mendengar kata-kata Daniel itu.
Daniel yang sudah beberapa hari tidak bersuara itu tiba-tiba mengeluarkan comment membuatkan mereka berdua memandang sama sendiri.
" Wow bro. Finally after 2 days ni first time aku dengar suara kau. " kata Rayyan sambil ketawa.
" Habis yang bagi command dekat kau semalam tu siapa?. " sampuk Tengku Mikhail.
" Hahahahahaha...aku lupa..."
" Shhhhh diamlah Buffalo... Hospital ni. " marah Daniel.
Rayyan kalau sudah ketawa tidak ingat tempat dan dunia, ketawa sesuka hatinya sahaja.
Rayyan menutup mulutnya dengan tapak tangan untuk menahan suara tawanya.
" Jom bla banyak lagi benda lain nak kena uruskan. Bila dia dah sedar inform okay. " kata Tengku Mikhail pada Daniel.
" Ok boss. " balas Daniel yang dari tadi menjadi pemerhati itu.
Rayyan mengelap tangan yang digunakan untuk menutup mulutnya tadi pada baju Daniel sebelum berlari menjauh dari Daniel.
" I'll kill you one day!!!." jerit Daniel.
" Shhhhhh. "
" Sorry.. Sorry.. " kata Daniel sambil mengangkat tangan dan senyum kearah nurse yang menegurnya untuk diam itu.
Mereka berdua bergerak ke arah bilik doktor yang bertangungjawab menguruskan Hashim.
Rayyan ketawa melihat Daniel yang ditegur itu sebelum dia pun ditegur untuk perlahankan suara.
Daniel mengangkat ibu jari kepada Rayyan tanda bagus dan ketawa perlahan.
" Doctor. How condition patient room i456?. " tanya Rayyan pada doktor yang merawat Hashim.
" Pesakit... " belum sempat menjawab soalan itu mereka bergegas berlari ke wad yang menempatkan Hashim kerana butang kecemasan di tekan.
" Doktor... ayah saya dah sedar doktor. " kata Amira.
" Maaf cik sila tunggu di luar dulu. " arah doktor itu.
Amira melekapkan kedua tapak tangan dilututnya yang di henjut-henjutkan perlahan.
Hatinya bimbang jika keadaan ayahnya tidak membaik, dia takut sekiranya keadaan ayahnya memburuk.
Tengku Mikhail memandang kearah Amira dengan pandangan kosong.
'Dah besar budak ni. ' detik hatinya.
" Wehh cuba tengok tu. Lain macam saja aku tengok bos pandang anak Hashim tu. " bisik Rayyan pada Daniel.
Bisikkan Rayyan itu hanya dibalas dengan anggukkan oleh Daniel.
" Tengku Mikhail pesakit nak jumpa Tengku. " maklum doktor yang merawat Hashim sebelum berlalu.
Tengku Mikhail berjalan menghampiri katil Hashim dan mendekatkan telinganya pada mulut Hashim.
" Tengku..." Hashim memanggil anak majikannya itu supaya lebih mendekat dengannya.
Akhirnya dapat juga dia bertemu dengan anak majikannya itu buat kali yang terakhir.
" What happened that day?. Siapa yang serang papa I?. " tanya Tengku Mikhail.
Soalan itu tidak dibalas oleh Hashim kerana ada perkara yang lebih penting dia perlu sampaikan kepada anak majikannya itu.
" Loket peninggalan ibu Tengku... Amira... Pada Amira... " kata Hashim sambil terbatuk-batuk.
" Mana loket itu?."
" Pada Amira... Anak saya... Tolong jagakan anak saya... " semakin kuat batuknya.
" ....... " Tengku Mikhail tidak tahu untuk membalas apa, dia menegakkan semula tubuhnya.
" Nikahi anak saya... Anak saya... tak ada sesia.... " terhenti kata-kata dan memandang kearah anaknya yang berlari kearahnya itu.
" Ayahhh... Jangan tinggalkan Mira ayahhh..." tanggis Amira semakin kuat sambil memeluk ayahnya yang sudah terucap-ucap itu.
" Doktor! Doktor!. " jerit Amira menekan butang kecemasan.
Amira memandang kearah Tengku Mikhail meminta bantuan bila ayahnya seperti semakin teruk.
Dia buntu tidak tahu untuk berbuat apa.
" Jagakan anak saya... " kata-kata terakhir Hashim pada Tengku Mikhail sebelum kembali menemui penciptanya.
"Ayahhh... Jangan tinggalkan Mira ayah... Ayahhhh.. " jerit Amira mengoncang tubuh ayahnya sebelum di tarik menjauh oleh Daniel.
" You can sleep now thank you for everything. " kata Tengku Mikhail sambil memegang tangan orang kanan ayahnya itu.
To be continues...
Share this novel