SEMUA tidak sabar untuk mendengar apa rangka rancangan yang telah di rancangkan oleh Tengku Mikhail.
" Good news. Seperti yang telah aku janjikan mulai hari ini korang semua akan ambil alih semua perniagaan Mark dan Johnathon. Semua documents dah selesai dan aku sudah tanda tangan pemindahan hak milik. "
" WOW. TERIMA KASIH BOS. "
" TERBAIK LAH BOS. " sorak mereka semua. Dengan sekelip mata mereka semua akan bergelar billionaire seperti Tengku Mikhail.
" Tapi kami tetap masih kerja dengan bos kan?. " tanya Amirul membuatkan suasana menjadi sepi.
" Saya tak perlukan title tu. Saya nak Bos selamanya. " kata Khairul tegas dan lantang. Semua mata memandangnya ke arahnya. Mana perginya Khairul yang sentiasa tenang.
" Kau ni dah salah faham bro. Bila masa kita bukan anak buah bos. Kita selamanya anak buah bos. " kata Rayyan.
" BETUL!!!. Setuju!!!. " sorak yang lain.
Tengku Mikhail hanya mampu mengelengkan kepalanya, dia belum lagi selesai bercakap mereka semua sudah bersorak seperti nak hilang suara.
" Attention!. Biarlah aku habis cakap semua dulu sesi soal jawab lepas ni. " kata Tengku Mikhail perlahan, geram.
" Hehe sorry bos. Jangan marah nanti cepat tua. " keadaan kembali tegang mereka tekun ingin mendengar maklumat lanjut dari Tengku Mikhail.
" Lepas ini aku akan hentikan kegiatan penjualan senjata api secara haram kita 100%. No more senjata HARAM only senjata Halal. "
" Senjata Halal tu macam mana bos?. " Tengku Mikhail memandang Amirul tajam kerana menyampuk bicaranya.
" Shhh. Senjata berlesen lah bongok. " marah Hazid mencekup mulut Amirul dengan tapak tangannya.
" Mulai sekarang kita hanya akan fokuskan pada penjualan secara berlesen. Semua senjata haram akan di hapuskan 100%. Ada sebarang bantahan?. " tanya Tengku Mikhail.
" Tak ada bos. " balas mereka serentak.
" Bahagian senjata well macam biasa siapa yang bertangjawab untuk jumpa clients dan penjualan akan dilakukan oleh orang yang sama cuma Amirul dan Khairul akan tukar position sebab Amirul akan uruskan perniagaan Mark dekat Sweden. "
" Alright bos!. " sahut Amirul sambil tersengih lebar, gembira diberi tugasan lebih dari yang lain.
" Any question? Okay aku anggap tak ada pertanyaan so meeting kita sampai di sini saja. " kata akhir Tengku Mikhail mengerling kearah isterinya yang turut serta bersama mendengar perbincangan mereka itu.
" Sayang bawa Zard pergi taman belakang abang dah suruh Mak Tam sediakan minum petang. "
" Tapi Mira nak duduk sini lagi. " balas Amira mengeleng kepalanya tanda protes.
" Okay lah Mira pergi. Jom Zard. " Amira mengalah juga bila tengok muka tidak puas hati Tengku Mikhail, dia menolak kerusi roda Tengku Adam Haizard di bantu oleh bibik.
" Hapus macam mana tu bos?. " tanya Shahrul sebaik sahaja kelibat Amira hilang.
" Kita akan mengadakan penjualan penghabisan stok senjata api pada malam esok so Mirul dan Hazid tangguh flight korang pada lusa. " terang Tengku Mikhail.
" Baik bos. " balas Hazid.
" Semua pembeli dari luar akan datang pada malam esok. Aku nak korang pastikan semua berjalan lancar dan jangan ada sebarang kesilapan. "
" Sempat ke bos kita nak bersiap sedia?. " tanya Amir.
" Yang tu semua aku dah uruskan korang cuma ambil tempat. Kita akan buat wholesale senjata api milik Mark selebihnya kita akan halalkannya. "
" Maksudnya bukan senjata api kita yang kita akan jual malam esok. " teka Hazid.
" Yup exactly. Malam ini korang boleh gerak ke lokasi yang aku tetapkan kalau ada apa-apa tak faham tanya Hafiz or Rayyan. " kata Tengku Mikhail kerana mereka berdua ada bersama Tengku Mikhail ketika Tengku Mikhail mengatur rancangan.
" Siapa yang buat event ni bos?. " tanya Iskandar.
" Orang Rusia diaorang kata kita tak pandai handle senjata mahal kita tengok reaksi diaorang malam esok. " gamat ruang tamu itu dengan sorakan mereka.
._._._._._._._._._._._.
TETAMU pada malam itu semua berpakaian segak, bergaya dan berjenama mahal. Masing-masing mencuba nasib untuk mencari investors bagi perniagaan mereka.
Tetapi bukan Tengku Mikhail. Tengku Mikhail hanya duduk dengan tenang sambil menyisip air dari cawan di tangannya.
Dia telah berjanji dengan Amira untuk tidak menyentuh air haram jadi malam ini dia hanya minum jus oren.
Tengku Mikhail tersenyum sendiri bila mengingati janjinya dengan Amira sebelum menyertai majlis malam itu.
" Hi, it is available?. " Tengku Mikhail memandang jari wanita bertopeng kucing itu bermain di bahunya sambil senyum sinis.
" Of course. " balas Tengku Mikhail menarik kerusi bagi wanita itu dengan senyum semanis gula di hadiahkan kepada wanita di hadapannya itu.
" I'm Maria Black and you ?. " kata wanita itu menhulur tangannya untuk berjabat tangan dengan Tengku Mikhail.
" Mic testing 1 2 3. hello everyone, I'm Mac Miller, tonight I'm your MC. How are you today? How do you feel? excited? " suara pengecara majlis itu gamat memeriahkan dewan majlis itu. "
" Please have a sit our main event about to start and don't forget put up your drink. " sorak MC itu lagi diikuti semua tetamu mengangkat gelas masing-masing ke udara.
" Enjoy your night. " bisik Tengku Mikhail di tepi telinga wanita disebelahnya sambil membetulkan topeng di mukanya.
" You too. " balas wanita itu semula mencium pipi Tengku Mikhail tanpa sempat dielak.
Acara pembida senjata api dan juga barang artifacts berjalan dengan lancar.
Semua senjata api milik Mark yang di rampas olehnya telah habis di jual dengan bidaan yang mahal.
Tidak rugi dia keluarkan hanya 30 ribu untuk touch up senjata api itu sebelum di jual.
" Thanks to Tengku Adam Mikhail we have been able to carry out our first event in Malaysia very well tonight. " kata Mac, Tengku Mikhail mengangkat cawannya bila cahaya lampu di pancar ke arahnya.
" Now, we are presenting our last item tonight. " semua orang bersorak dengan belian yang di persembahkan di atas pentas itu.
" Daddy, I want that one. "
" Don't worry daddy will get you anything. " Tengku Mikhail hanya tersenyum sinis mendengar bualan lelaki tua dan remaja perempuan di belakangnya itu tanpa rasa minat.
" This pearl is the last design of Julia King from Italy. The design is inspired ... " Tengku Mikhail terus mengangkat wajahnya memandang ke arah mutiara yang di maksudkan oleh MC itu.
" Our Bid start with 10 millions. START NOW!! ." jerit Mac.
" 100 millions. " semua terkejut dengan harga bidaan Tengku Mikhail.
" 100 millions gone one... 100 millions... "
" Daddy hurry. " rengek suara budak perempuan di belakang Tengku Mikhail.
" 110 millions. Don't worry daddy will get it for you. " kata lelaki tua itu.
" 120 millions. "
" 120 millions gone one... "
" 130 millions. "
" 130 millions one... "
" 300 millions. "
" Wow 300 millions one... 300 millions two... 300 millions three. Okay the winner is TENGKU ADAM MIKHAIL FROM MALAYSIAN. " umum Mac.
" Baby next time okay?. It's just a simple pearl i will get you more than that. " pujuk lelaki tua itu.
" I hate you. " rengek remaja itu sebelum lelaki tua itu menariknya kedalam dakapan.
" Thank you everyone who has taken part in tonight event. We will see next time with more interesting item. " kata Mac menutup majlis malam itu.
" Siapa Julia King?. " tanya Amirul.
Rayyan menjeling Amirul suruh diam. Tengku Mikhail menenung belian di tempat paparan itu seperti tidak mahu di lepaskan belian itu.
To be continues...
Share this novel