Chapter 50

Action Completed 74112

MAJLIS perkahwinan Jessica dan Adam di sambut dengan meriah, ramai tetamu yang hadir adalah rakan perniagaan Tengku Mikhail kerana kedua-dua belah pengantin tidak mempunyai saudara mara.

Ramai tetamu yang hadir termasuk wartawan kerana Jessica menjadi pelabur dan pemegang saham dalam salah satu butik terkenal ASIAN.

" Tahniah Jessie. Selamat pengantin baru semoga kekal ke jannah. " ucap Amira memeluk Jessica.

" Thank you babe. "

" You're welcome. Jangan tunggu lama-lama Zard nak kawan." bisik Amira mengusik pasangan pengantin itu.

" Pengantin mana cepat potong cake. " jerit Rayyan. Dia sudah tidak sabar untuk meruntuhkan kek empat tingkat itu.

Ramai gadis mendekatinya tetapi di abaikan kerana matanya tertumpu pada istana putih purple bertingkat itu.

Dari mula acara persandinggan Jessica dan Adam sehingga lah sekarang kek itu yang paling menarik perhatiannya.

" Jom darling. " ajak Adam.

Adam menundukkan sedikit kepalanya ke arah Tengku Mikhail dan Amira.

" Sayang sini abang dukung Haizard. " Tengku Mikhail mengambil Tengku Adam Haizard dari isterinya.

" Yeah. Dapat kek. Yeah, yeah dapat kek. Yummmy. " jerit Rayyan di belakang mereka seperti kera dapat bunga.

" Haizard macam nak tidur ni abang biar Mira bawa dia naik bilik takut nanti dia merengek. " balas Amira.

" Tak apa sayang tunggu sini saja biar Bik Yam yang tidurkan Zard dekat atas. " Tengku Mikhail melambaikan tangannya pada pengasuh yang di upah khas untuk menjaga Tengku Adam Haizard ke arahnya.

" Ya Tengku. "

" Bawa naik Tengku Haizard ke bilik tidur. " arah Tengku Mikhail menyerahkan anaknya pada pengasuh.

" Baik Tengku. "

" Sayang nak pergi mana?. " Tengku Mikhail memegang tangan Amira yang turut mengikut pengasuh mereka.

" Sayang nak tidurkan Haizard. "

" Tak apa biar Bik Yam yang buat. Sayang belum jamah makanan pun dari tadi jom kita makan dulu. Please abang lapar. Please. " rayu Tengku Mikhail bila Amira seperti ingin menolak ajakkannya.

Dia perasan selama seminggu ini isterinya seperti memendam sesuatu.

Isterinya akan sentiasa bersama anak mereka walaupun anaknya bersama salah seorang anak buahnya.

'Mungkin sebab anak pertama jadi isterinya adore dengan anaknya. Tapi dia pun sayang anak dia. ' pening kepala Tengku Mikhail dengan perangai isterinya.

" Ok fine. Jom sayang isikan lauk, abang nak lauk apa? . " balas Amira di sambut senyum lebar oleh Tengku Mikhail.

Kereta hitam mewah itu di berhentikan berhampiran banglo Tengku Mikhail yang kini meriah dengan majlis.

Dia memandang pemilik rumah yang sedang bergurau senda dengan perasaan benci yang meluap-luap.

'Senyumlah sepuasnya selagi kau mampu senyum Tengku Adam Mikhail. ' kata hatinya sambil senyum sinis.

" Jalan. " arahnya.

" Baik Dato'. "

Mereka semua bergelempanggan di ruang tamu termasuk Jessica dan Adam yang masih lengkap dengan pakaian pengantin.

Acara hari ini sungguh memenatkan sudah hampir setahun mereka tidak membuat acara besar seperti ini.

" Sayang nak pergi mana?. "

" Sayang nak tengok Haizard sekejap. " balas Amira dan berlalu naik ke atas.

" Mira tu tak reti penat ke bos?. " tanya Amir.

Tengku Mikhail hanya menggelengkan kepalanya tanda no comment.

" ABANG!!!. " Tengku Mikhail bingkas bangun terkejut dengan jeritan isterinya itu, dia segera berlari ke atas bilik.

Amira terduduk di tepi katil anaknya melihat pengasuh anak mereka sudah terbaring kaku tidak bernyawa.

" Sayang. Ya Allah sayang. "

" Anak kita abang. " kata Amira dalam tanggisan.

" Amir kau check semua CCTV. Termasuk rumah korang sekali. List semua yang nampak mencurigakan. "

Amir menganggukkan kepalanya dan terus berlalu pergi.

" TAK GUNA!!! " Tengku Mikhail mengetap giginya kuat dan mengangkat tubuh isterinya yang sedang menanggis teresak-esak bangun dari duduk.

Amira melihat sehelai kertas di bawah mayat pengasuh mereka dia pantas mendapatkannya.

" Abang... " terketar suara Amira.

To: MIKHAIL.

'Anak kau comel macam anak aku waktu kecil dulu tapi sayang anak kau tidak akan hidup lama sebab aku akan jadikan dia peneman anak aku. Hutang nyawa di balas nyawa Tengku Adam Mikhail.

Musuh kau.

Terasa lemah seluruh badannya bila membaca surat itu sebelum tubuhnya seperti melayang.

Mujur Tengku Mikhail sempat menyambut tubuh isterinya yang sudah tidak sedarkan diri itu. Dia membaringkan Amira atas katil sebelum mengambil telefonnya.

" Hello Dr. Raihana I need you now. " kata Tengku Mikhail dan menamatkan panggilan telefon.

" Jess tolong jagakan wife I sekejap I ada urusan yang perlu di uruskan. " pesan Tengku Mikhail.

Dia mengenggam kuat kertas di tangannya dan berlalu ke officenya di tingkat 3.

'Orang itu' benar-benar ingin mencabar kesabarannya dan kali ini dia sendiri yang akan menguruskan semuanya.

Haikal dan Khairul menguruskan mayat Bik Yam yang di kelar.

Mayat wanita tua itu di uruskan dengan berhati-hati, kesihan pada orang yang tidak bersalah itu.

Mereka membersihkan segala kotoran di situ tanpa meninggal sebarang kesan walaupun sedikit.

"HOW is my wife?. " tanya Tengku Mikhail pada Dr. Raihana. Dr. Raihana hanya senyum kecil dan menunduk kepalanya sedikit pada Tengku Mikhail.

Keadaan Tengku Mikhail sekarang ini kelihatan sangat terabai dengan baju yang senget tai hilang entah ke mana.

Rambut kusut masai, muka nampak letih.

" She fainted because her blood pressure increased significantly. Let her rest and do not pressure her. Don't worry she just fine. " pesan Dr. Raihana.

" Thank you Dr. Hana. One more thing please stay here with my wife for a while. I akan suruh budak I ambil barang keperluan you. " kata Tengku Mikhail.

" Ohh okay. "

" Jess, please take care of my wife and buat sementara Dr. Hana you boleh guna alat mandian wife I. Semua ada dalam kabinet tu. " kata Tengku Mikhail lagi menunjuk pada kabinet tepi pintu bilik air.

" Okay bos. " balas Jessica.

Tengku Mikhail mencium dahi Amira dan mencapai tuala ke bilik air.

Dia tidak akan sesekali menunjukkan keadaannya sekarang pada musuhnya.

Tengku Mikhail sudah tahu di mana keberadaan anaknya.

Dia tidak akan melepaskan 'orang itu' sekali dengan keturunan 'orang itu' akan di hapusnya.

Kali ini semua orang yang ada kena mengena dengan 'orang itu' dia akan hapuskan.

Tiada istilah hanya yang bersalah akan di hukum, prinsip itu sudah tiada guna lagi padanya.

' Aku akan kuburkan kau dan keturunan kau sekali!. ' janji Tengku Mikhail.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience