Chapter 67

Action Completed 74112

"ASSALAMMUALAIKUM... " sunyi sepi rumah tiada sambutan salam, ke mana semua orang dalam rumah itu.

" Assalammualaikum... " cuba Tengku Mikhail sekali lagi.

Rumah kosong tiada orang tapi kereta ada dan pintu pagar utama juga tidak berkunci.

Tengku Mikhail membuka kunci pintu utama rumah dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Tengku Mikhail menghubungi telefon isterinya tetapi tidak kedengaran bunyi ringtone di dalam rumah.

Rumah tidak menunjukkan sebarang tanda di pecah masuk atau barang hilang, semuanya tersusun rapi.

" Bibik?. " panggil Tengku Mikhail perlahan sambil melangkah masuk ke dapur tanpa mengeluarkan sedikit bunyi pun.

Kosong.

" Sayang? Ooo sayang... Haizard?. " panggil Tengku Mikhail perlahan. Tengku Mikhail pantas berlari ke atas menuju ke biliknya dan anaknya.

Kosong!.

" Amir kau check handphone Mira sekarang cari dia orang ada dekat mana. " arah Tengku Mikhail turun dari tangga.

" Phone Mira off bos. Hazid pun. Bos dia orang semua off phone bos. " kata Amir memaksudkan Jessica sekali.

" Cari last location phone dia orang. Or cip dekat cincin Mira. " arah Tengku Mikhail.

Jari jemari Amir pantas berlari di atas keyboard mencari tempat terakhir telefon Amira dan Hazid sebelum telefon itu di matikan.

" Terengganu?. " kata Amir perlahan dia mencuba sekali lagi jawapannya tetap sama.

" Lokasi terakhir dia orang dekat Terengganu bos. " maklum Amir, dapat di lihat jelas kekusutan di wajah Tengku Mikhail.

' Siapa pula kali ini? Atau tak kan sebab merajuk dengan aku kut?.' fikir Tengku Mikhail.

" AHH. " keluh Tengku Mikhail kuat.

Flashback.

" Sayang sorry tak angkat call, abang baru turun flight lepas tu tak perasan phone habis battery. " Tengku Mikhail menekan butang 'send' pada telefonnya.

Tak berapa lama masej daripada Amira masuk.

" Seharian sayang cuba call, tak kan seharian tak sempat charge phone. " perli Amira.

" Sumpah abang memang tak perasan. " balas Tengku Mikhail semula. Hampir 10 minit menunggu masih tiada balasan daripada isterinya.

" Sayang?. Ni abang tengah nak jumpa clients ni. "

" Sayang...? Sayang janganlah bluetick saja."

" Sayang walaupun biru itu menenangkan tapi hati ku ini tidak tenang bila di bluetick kan oleh mu sayang. " pujuk Tengku Mikhail.

" Sayang reply lah..." berderet WhatsApp di hantar pada Amira tapi hanya bluetick yang dia dapat sebagai balasan.

" Bos... Errr bila nak start?. " tanya Amir melalui earpiece.

" Hmm. " balas Tengku Mikhail malas layan. Memujuk isterinya lebih penting sekarang ini.

" Lama lagi ke. " keluh Amirul perlahan. Tengku Mikhail menghadiahkan jelinggan maut pada Amirul.

" Mika bila kau nak bagi arahan?. " tanya Rayyan.

" Arahan apa?. "

" Ya Allah, kau dah kenapa Mikhail. " tanya Rayyan geram.

'Ish serabutlah. ' detik hati Tengku Mikhail.

End Flashback.

" Mana yang lain?. " tanya Tengku Mikhail pada Haikal bila hanya ada empat orang di laman itu yang lain tak nampak batang hidung.

" Kami dekat sini bos. " balas Amirul melambai tangannya dari taman mini ciptaan Amira.

Baru sahaja melangkah masuk dan melabuhkan punggung di atas sofa mereka mendapat panggilan telefon daripada Amir.

Penat belum habis lagi Amir memberitahu bahawa Tengku Mikhail ingin bertemu dengan mereka semua di rumahnya jadi terpaksalah mereka ke rumah bos mereka itu semula.

" Mira mana bos?. " tanya Amirul.

" Dia orang dekat Terengganu. " balas Amir bagi pihak Tengku Mikhail.

" Woww. Pergi bercuti tak ajak. " kata Shahrul.

" Korang mesti penatkan dan nak rehat kan. " kata Tengku Mikhail.

" Of course lah bos. " kata Shahrul di sambut kata setuju yang lain.

" So sebabkan korang semua penat aku bagi pilihan untuk korang pilih whether nak ikut aku ke Terengganu atau tidak. " sambung Tengku Mikhail.

" Bos saya check last location phone Jessica dekat Pulau Peraginan, Terengganu. " maklum Amir.

" Saya nak ikut. " sahut Amirul laju sambil mengangkat tangannya.

" Kami pun. " turut di ikuti oleh Shahrul wakil untuk dirinya dan Hafiz.

" Saya pun. " kata Khairul.

" Empat orang sahaja yang akan ikut aku yang lain rest lepas tu boleh masuk office. Dr. Hana do you want join us or not?. " tanya Tengku Mikhail pada Dr. Raihana.

Dr. Raihana hanya berdiri membisu memerhati perangai kebudakkan mereka semua daripada tadi.

" No thanks saya kena masuk Hospital dah esok. " balas Dr. Raihana selepas memandang Rayyan.

" Okay then..." belum sempat Tengku Mikhail menghabiskan ayatnya Badrul dah memotong dulu.

" Saya nak ikut bos, saya tak perlukan rest. " kata Badrul.

" Kita bukan nak pergi jalan-jalan makan angin aku nak pergi cari isteri aku. " kata Tengku Mikhail geram.

" Amir, Mirul, Bad and Khai akan ikut aku yang lain aku bagi korang cuti sampai Rabu ni lepas tu masuk office semula. " putus Tengku Mikhail.

" Alaa bos sekejapnya. Tambahlah lagi 2 hari. " kata Shahrul.

Sunggutan anak buahnya saja dia buat tak dengar dan bergerak menaiki kereta.

" Pergi Terengganu nak pujuk Mira lah tu. " kata Shahrul geram di sambut ketawa yang lain.

" Weh kau pula nak pergi mana Ryan?. "

" Aku nak hantar Dr. Hana balik rumah dia lah. Duduk sini lama-lama Dr. Hana boleh kena culture shock. " balas Rayyan bersahaja.

Dia bergerak ke keretanya di ikuti oleh Dr. Raihana melambaikan tangannya pada mereka yang di tinggal di rumah itu.

KNOCK. Knock. Belum sempat Amira bangun dari katil untuk membuka pintu kepala Jessica dah terjegul masuk.

" Mira where your phone?. " Amira membuat muka pelik dengan soalan Jessica yang tiba-tiba itu.

" Where your's greeting Jessica. " tegur Amira kembali duduk di sebelah anaknya yang sedang membaca buku di atas katil.

" Opss sorry. I lupa. " kata Jessica sambil menutup mulutnya dengan tangan.

" Assalammualaikum puan Amira saya datang nak meminta telefon bimbit anda. " kata Jessica dengan lemah lembut yang di buat.

" Hahahaha. Aunty Jess you're so funny. " tegur Tengku Adam Haizard.

" Jess nak buat apa dengan phone Mira. " tanya Amira.

" Hmm. I nak tolong pegangkan esok kitakan nak pergi jalan-jalan dekat pantai so i takut you tertinggal merata. " alasan Jessica.

" But Mira boleh jaga sendiri dan Mira bawa beg sandang tepi so... "

" Tak apa biar I yang tolong jagakan untuk you. Mana phone you. Ohh takpa I dah nampak. " kata Jessica dan mencapai telefon Amira di atas meja solek.

" Macam mana kalau Tengku call. Hmm, kalau esok sahaja Mira bagi dekat Jess tak boleh ke?. " tanya Amira, suaminya telah berjanji akan menghubunginya setelah selesai pekerjaannya.

" Don't worry biar I yang tolong angkatkan. Okay bye.." kata Jessica terus berlalu keluar dari bilik hotel Amira dengan laju.

" Hurmm. " keluh Amira,dengan keadaan dia sekarang dia tidak larat untuk mengejar langkah Jessica.

Hanya mampu berserah. Nampaknya tidak dapatlah dia berbual dengan Tengku Mikhail malam ini.

Sampai sahaja di bilik hotelnya Jessica memasukkan telefon bimbit milik Amira, Adam, Hazid dan termasuk miliknya sendiri di dalam kotak kecil selepas di matikannya.

" Padan muka you Mika." kata Jessica memasukkan kotak itu ke dalam laci almari baju dan di kunci.

" You berani cari pasal dengan I sangat kan. Rasakan balasan I. " katanya lagi.

" Darling you buat apa dekat depan loker tu?." tanya Adam yang baru keluar bilik air.

" Ehh. Tak ada apa-apa. Mana ada I buat apa-apa. Jom tidur. " kata Jessica sambil tersenyum puas.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience