Chapter 44

Action Completed 74112

"ABANG sini lah. " jerit Amira sambil berlari mengejar suaminya di pinggiran pantai.

" Sayang jangan lari. " jerit Tengku Mikhail, geram dengan perangai isterinya yang masih seperti kanak-kanak.

Walaupun hanya lagi beberapa hari Amira ingin melahirkan dia masih kuat untuk berjalan dan berlari tidak seperti ibu mengandung yang lain.

Mungkin kerana bayi yang di kandungnya bersaiz kecil dan tidak banyak ragam sepanjang jangka masa penghamilan Amira.

" Wife you memang tak boleh nak buang perangai budak-budak dia eh? . " tanya Jessica yang berjalan menghampiri pasangan sejoli itu di ikuti Adam di sisinya.

" Biarlah wife I, you jealous la tu. " usik Tengku Mikhail.

" Eee tak adanya I nak jealous tak matang lansung. I lagi sweet dengan Adam." balas Jessica memeluk lengan Adam di sisinya.

" Elehh I sweet dengan wife I dapat pahala but you... " bidas Tengku Mikhail sinis.

" I pun akan kahwin ok. " balas Jessica tidak puas hati.

" Akan kahwin not kahwin yet right?. "

" Abang dah la tu kesian Jess. " sampuk Amira menepuk perlahan lengan Tengku Mikhail.

Mereka berempat melabuhkan punggung di atas pasir pantai di awasi oleh bodyguards setia Tengku Mikhail dari kereta.

Beberapa hari lagi di jangkakan isterinya akan melahirkan anak untuknya.

Melihat tubuh isterinya yang kecil membawa perut yang besar melahirkan rasa takut di hatinya.

Dalam beberapa bulan, ini kali pertama dia meluangkan masa bersama isterinya kerana sibuk menguruskan perniagaan papanya sehingga selesai.

Dia juga baru meluaskan perniagaannya sendiri ke luar negara.

" I dengan Adam balik dulu lah. Kami nak cari baju pengantin. " maklum Jessica bangun dari duduknya dan menarik Adam bangun sekali dengannya.

" Okay. Nanti kalau ada apa-apa inform I. " pesan Tengku Mikhail.

" Abang nanti anak kita nak nama apa?. " tanya Amira yang berada dalam pelukkan Tengku Mikhail setelah bayang Jessica dan Adam semakin jauh dari mereka.

" Kalau lelaki abang nak namakan Tengku Adam Haizard."

" Kalau perempuan?." tanya Amira.

" Hmmm kalau perempuan Engku Hafsyifah. Tapi abang yakin anak kita lelaki. "

Tengku Mikhail mengusap perut isterinya yang besar itu.

" Ya lah abang tu. Mira rasa perempuan. "

" Lelaki. Abang yakin anak kita lelaki. " balas Tengku Mikhail tegas.

" Tulah orang ajak check jantina tak nak. Nak surprise konon. " rajuk Amira.

Tengku Mikhail ketawa kuat dan mencium seluruh wajah Amira mendengar rajuk isterinya.

" Eee Abang ni dah lah. Basah muka Mira. "

Amira menolak perlahan muka Tengku Mikhail yang semakin menjadi-jadi menciumnya.

" Biarlah muka sayangkan milik abang. Bukan muka sahaja tapi semua yang ada pada sayang milik abang. " balas Tengku Mikhail mencium bibir Amira.

" Bos. "

" Hmm. " Tengku Mikhail memandang  tajam Rayyan dan Daniel yang datang menganggunya.

" Biar saya bawa Mira balik. " kata Daniel.

" Sayang abang ada urusan sikit. Sayang balik dulu okay. Jangan banyak bergerak. " pesan Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail memastikan Amira selesa di dalam kereta Daniel sebelum bergerak menuju ke keretanya.

Tengku Mikhail mengikut kereta yang di naiki isterinya sehingga berhampiran dengan perumahan mereka sebelum menukar laluan ke tempat yang ingin di tujui.

" Mika dia orang semua dah ada dekat sana. " maklum Rayyan di sebelah Tengku Mikhail.

" Suruh semua get ready. Iskandar, Hazid and Badrul akan stay jaga Mira yang lain stand by. " kata Tengku Mikhail.

Rayyan menyemak documents yang di perlukan dan menghubungi Amir seperti yang di arahkan.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience