Chapter 30

Action Completed 74112

SUDAH hampir dua bulan lebih kejadian itu berlaku kehidupan mereka kembali pada sediakala.

Amira sudah dapat melupakan kejadian itu, suaminya juga sudah mula mendekatkan diri dengan Allah.

Melihat perubahan Tengku Mikhail kearah yang lebih positif melegakan hati Amira.

Anak buah suaminya juga mula kelihatan berubah tetapi kerja mereka tetap sama.

Mereka sudah kurang bunuh orang, mereka melepaskan penghutang kecuali pengkhianat, tetapi tidak dilepas begitu sahaja mereka belasah dulu.

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diduduki oleh Amira.

" Woiii hangus..hangus.. "

" Kaulah ni. "

" Apa aku pula. Kau yang buka gas macam nak bakar rumah. "

" Kalau tak buka gas macam mana nak goreng benda ni. Ishh kau lah ni punya pasal, kan dah hangus. "

" kaulah." binggit dapur dengan suara anak buah Tengku Mikhail bertengkar.

" Abang!! ." jerit Amira yang baru masuk ke pintu dapur kononnya nak buat surprise sebab dah habis paper awal, langkahnya terhenti matanya bulat terbuntang.

" Sayang. " balas Tengku Mikhail tangannya penuh dengan tepung campur telur.

Bukan tangan sahaja lengan-lengannya sekali.

" Ya Allah dapur Mira!! ." jerit Amira melihat keadaan dapurnya seperti rumah di pecah masuk pencuri.

" Rayyan!!!. " jerit mereka semua.

" Sorry sorry aku dah cuba nak dia tahan tapi dia lari masuk dulu. Tak sempat." kata Rayyan membela dirinya.

Mereka cuba memasak untuk membuat kejutan kepada Amira kerana telah tamat persekolahan.

Seminggu sahaja lagi mereka akan merayakan ulang tahun Amira yang ke-18 iaitu pada 7/1.

" Hai sayang. Hari ni biar kami masak, sayang pergi naik atas. "

Tengku Mikhail mencuci tangannya dan memeluk Amira.

" Cehhh sayanggg.. " usik anak buah Tengku Mikhail.

" Shhh. Jangan jealous. " balas Tengku Mikhail sambil ketawa merah muka Amira dengan usikan itu.

Amira memeluk pinggang Tengku Mikhail menyembunyikan wajahnya pada dada suaminya itu.

" Biar lah Mira dekat sini. Biar Mira tolong. " bantah Amira apabila Tengku Mikhail menolak belakang badannya supaya keluar dari dapur.

" Haah, biarkan Mira tolong lagi cepat siap. " sampuk Daniel mengesat matanya.

" Mana boleh. " balas Tengku Mikhail.

" Wehh kau asal menangis?. " tanya Adam pada  Daniel.

" Mira cakap nak tolong je pun yang kau beremosi sampai menangis ni kenapa?. " tanya Amirul pula.

" Teruja sangat tu. " sampuk Khairul di sambut dengan ketawa oleh mereka semua.

" Aku bukan menangislah bodoh. Bawang ni hah. "

Mereka semua ketawa mendengar jawapan Daniel.

Daniel  tidak henti-henti meneyeh matanya yang semakin pedih.

" Pergi basuh dengan air abang Dani. "kata Amira, kasihan pula dia melihat keadaan Daniel.

Tengku Mikhail yang memeluk pinggang Amira ketawa hingga badan Amira tergerak sekali.

" Apalah Dani harap saja badan sado potong bawang pun menangis. " perli Rayyan.

" Hah kau cubalah potong baru kau tahu rasa dia macam mana. " balas Daniel keluar dari bilik air.

" Pedihh woo. " sambungnya lagi. Mereka semua ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Daniel.

" Hello. Hello. Anybody home.. ?." ketawa mereka mati mendengar suara itu.

" Dia balik dah.. " keluh Adam.

" Ohh you all dekat sini rupanya. Penat I cari. Mika I ada surprises untuk you. " kata Jessica.

Jessica menarik lengan Tengku Mikhail kearahnya dan menghadiahkan jelinggan pada Amira.

" Tada.. " krik. Krik.

" Kenapa you all semua diam. Oh I know kiranya surprise I menjadi la kan hahaha. " ketawa Jessica.

Semua orang tidak menghiraukan Jessica, tumpuan mereka semua adalah orang yang di bawa oleh Jessica.

" Ciao(hello). My son. " tegur orang itu mengangkat tangan kanannya pada semua.

To be continues....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience