Chapter 74

Action Completed 74112

MEREKA berkumpul tidak jauh daripada kawasan rumah Tengku Mikhail manakala Badrul sudah bergerak solo dahulu untuk mencari sniper yang menyerang mereka sebaik sahaja mereka sampai tadi.

Mereka mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelinap masuk ke dalam rumah Tengku Mikhail.

Haikal menerangkan di mana jerat terpasang untuk mengelakkan mereka daripada terkena perangkap yang di pasang itu.

Mereka meninggalkan kereta 2 kilometer daripada kawasan perumahan elite itu dan berjalan ke rumah Tengku Mikhail.

Khairul telah mengambil tempat di atas tangki air di sebelah Timur yang berjarak 2 kilometer daripada rumah Tengku Mikhail manakala Iskandar di sebelah Barat.

Mereka berdua sudah bersiap sedia dengan sniper gun masing-masing manakala Haikal dan Hazid mendahului yang lain menuju ke arah rumah mereka.

Mereka terpaksa menyelinap masuk kerana terdapat musuh berkawal ketat di rumah mereka juga.

Mereka masuk ke dalam rumah mereka untuk mengambil bekalan peluru kerana mereka telah kekurang peluru.

Manakala yang selebihnya mengikut Rayyan menyelinap masuk ke dalam kawasan rumah Tengku Mikhail daripada bahagian belakang rumah.

Rayyan bergerak ke bahagian depan rumah dua orang guards rumah itu sudah tidak bernyawa.

Dia mengelengkan kepalanya selepas merasa nadi guards Tengku Mikhail itu dan membuat isyarat supaya yang lain masuk dahulu.

Melihat situasi pagar rumah yang hampir tercabut dan terbuka luas mereka yakin orang yang memecah masuk itu menggunakan pintu depan.

Sekiranya di pecah masuk melalui tepi atau belakang pasti ada kesan jerat di pijak oleh musuh di luar pagar.

Hanya beberapa perangkap yang kelihatan terkena pada musuh.

Terdapat dua tiga sahaja jasad orang yang terkena perangkap tersangkut elok pada dinding pagar itu.

" Shah, Hafiz kau orang berdua cover Amir. " mereka dua menjaga keselamatan Amir hingga tiba di bilik kawalan utama yang berada di paras bawah rumah Tengku Mikhail.

Amir tidak berapa cekap berlawan tidak seperti yang lain kerana selama 3 tahun ini dia banyak menghabiskan masanya mengawal kewangan pernaigaan mereka di luar negara.

" Am lama lagi ke?. " tanya Shahrul perlahan. Tangannya sudah gatal hendak menikam mangsanya.

" Kau orang pergi saja. Aku stay dalam ni jangan risau aku lock dinding. " kata Amir dia menyerahkan 3 pasang earpiece pada Hafiz.

" Take care bro. " Hafiz memepuk bahu Amir perlahan dan  berlalu pergi dari situ.

Amir terus menekan butang hijau, dinding bilik itu automatik bertukar menjadi seperti bilik kebal.

._._._._._._._._._._._._._.

TENGKU Mikhail bergerak mencari mangsa seterusnya, dia terdengar seperti orang sedang bercakap dari arah belakang taman bunga mini isterinya.

Tengku Mikhail bergerak lebih dekat untuk mendengar perbicaraan orang yang menyerang rumahnya itu.

"Abbiamo perquisito tutta la casa, abbiamo pensato che fosse andato con la sua gente."(We searched the whole house, we thought he went with his people.)

Bagaimana orang Italy itu sampai ke sini? Kenapa mereka menyerangnya?.

Tengku Mikhail mendekat sikit lagi untuk mendengar lebih jelas.

"E la sua famiglia ?. Dov'è la sua famiglia?. "(his family?. Where is his family?.)

"Siamo riusciti a catturare suo figlio, l'altro ha inseguito il ragazzo perché è fuggito."(We managed to capture his son, the other chased that boy because he escaped.)

"Sparagli se continua a combattere."(Shoot him if he continues to fight.)

"Buon capo."(Alright boss).

' Ohh kau bos ya. ' kata hati Tengku Mikhail sambil menarik senyum sinis.

Tengku Mikhail melihat anak buah lelaki Italy yang duduk membelakanginya itu berlari masuk ke dalam rumah semula.

"Accendino, umido dico accendi la mia sigaretta."(lighter, damp i say, light my cigarette.) marah lelaki itu bila dia meminta anak buahnya menyalakan rokoknya tetapi tiada balasan.

Tengku Mikhail mencuit perlahan bahu lelaki Italy itu dari belakang.

Sebaik sahaja lelaki itu pusing ke belakang Tengku Mikhail menyuntik sejenis cecair pada nadi lelaki itu.

Cecair itu menyebabkan tubuhnya menjadi kebas dan menjadi kaku tidak dapat bergerak.

"Qui accendo la sigaretta. Sii un bravo ragazzo, siediti bene per non bruciarti."(Here I light cigarette for you. Be a good boy, sit well not to getting burn.) pesan Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail meletakkan rokok yang sudah di nyalakan pada bibir lelaki Italy itu dan membetulkan duduk lelaki itu.

Tengku Mikhail mendekatkan mukanya pada lelaki itu dan menarik senyum sinis.

Dia menepuk kuat kedua bahu lelaki itu sebelum berlalu pergi mencari mangsa seterusnya.

" Let me go. " jerit Tengku Adam Haizard, sambil meronta supaya di lepaskan.

Tengku Adam Haizard mengeyitkan matanya pada Tengku Mikhail setelah melihat kelibat ayahnya itu dan kembali meneruskan lakonannya.

" Questo capo è il figlio di Mikhail, che sta ancora cercando moglie e sorella."(Boss this is Mikhail's son, other still looking for his wife and his sister.) kata anak buah lelaki itu yang merupakan orang kanannya.

Dia menekan kaki Tengku Adam Haizard supaya melutut di hadapan bosnya.

" Capo? " dia menunggu arahkan seterusnya tetapi bosnya itu hanya merenungnya tanpa berkata apa-apa.

" Benito Capo ?. "(Boss Benito) dia menghampiri bosnya.

Rokok pada mulut bosnya sudah habis menjadi habu tetapi bosnya hanya kelip mata memandangnya tanpa berkata apa-apa.

Bosnya itu kelihatan kaku, keras, kejung.

Dia pantas mendekati bosnya dan merasa nadi di leher bosnya yang berurat itu.

" Capo!. "

" Shit!. Trovalo. So che è in questa casa!. "(Find him. I know he's in this house!.) jeritnya pada anak buahnya yang lain.

Dia mengangkat tubuh bosnya yang masih kaku dan hanya mata mampu di gerakkan itu ke dalam kereta.

" Stay here kid. Don't try to run or I'll shoot you.  And do not do something stupid!. " ugut lelaki yang di penuhi tatu di kepala itu.

" Understood?. " tanya lelaki itu mencengkam lengan Tengku Adam Haizard.

" Yah. " balasnya perlahan. Tengku Adam Haizard memandang sepi belakang lelaki yang berjalan meninggalkannya itu.

Dia pusing memandang lelaki Italy di sebelahnya dan tersenyum penuh makna.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience