Chapter 71

Action Completed 74112

TENGKU Mikhail melangkah masuk ke wad Amira, dia berjalan menghampiri lekaki yang sedang berdiri membelakanginya itu.

Bentuk tubuh itu seperti pernah di lihat tapi di mana?. Siapa lelaki yang melawat isterinya? Dia kenal ke lelaki itu?. Doktor baru untuk isterinya kah?.

' Dia ni lagi!.' Tengku Mikhail mengenggam tangannya menahan geram di hati.

" What do you want?!. " tanya Tengku Mikhail mengetap gigi, dia menapak mendekati Harith.

" I warned you but it looks like my warning is being ignored!. " kata Tengku Mikhail berdiri tegak di hadapan Harith dengan tangan dimasukkan dalam kocek seluar.

" Relax. " pujuk Harith mengangkat kedua tangannya ke udara.

" Aku nampak isteri kau masuk wad semalam so aku just nak melawat dia sahaja sebagai kawan. " terang Harith.

" Kawan? Sejak bila? Isteri aku tak berkawan dengan lelaki. " kata Tengku Mikhail bengang.

" Sabar jangan marah kita dekat hospital sekarang ni tak elok buat bising. " kata Harith.

" Kalau kau tak cari masalah, masalah tak akan cari kau. " balas Tengku Mikhail masih bengang dia mencengkam kolar baju Harith kuat.

" Aku tak ada niat buruk pun. Sumpah lagipun aku kerja dekat sini. " kata Harith menunjukkan kot putih yang di pakainya.

" Kau nak kata kau doktor dekat sini?. " tanya Tengku Mikhail sinis.

" Ya betul aku memang doktor dekat sini. Aku nampak kau bawa isteri kau semalam so aku just nak melawat saja. Aku tak ada niat lain pun dan aku kenal siapa kau. "

" You don't have to put a guard on me because aku tak akan berani cari pasal dengan kau. " sambung Harith lagi.

" Ohh, kau kenal aku tapi kau berani munculkan diri kau depan aku selepas dapat warning. Hahaha. " Tengku Mikhail ketawa sinis dia mencengkam kuat leher baju Harith.

Orang yang mengenalinya selalunya antara musuh atau orang yang pernah berurusan dengannya saja.

Dia tidak akan sesenangnya membiarkan orang mengenalinya tanpa alasan kukuh dan orang tersebut bukan dalam senarai orang yang dikenalinya.

" Abang..." panggil Amira dengan suara serak basah. Dia terjaga dari tidur bila terdengar bunyi seperti orang sedang bertengkar.

Tengku Mikhail pusing memandang Amira yang menyebut namanya sebelum kembali merenung Harith.

Tengku Mikhail mencengkam dan mengheret colar baju Harith keluar dari ruangan itu.

" Mama have a drink. " arah Tengku Adam Haizard menyerahkan air masak pada Amira yang kelihatan seperti masih terpinga-pinga.

._._._._._._._._._._._

TUBUH Harith di tolak kuat sehingga menyebabkan dia hampir hilang imbangan.

Mujur sahaja parking hospital itu sunyi kalau tidak pasti akan membawa masalah pada Harith untuk menjawab dengan pihak atasan.

" Relax bro aku tak ada... " Bush! Satu tumbukkan hinggap di pipi kiri Harith mematikan kata-katanya.

" I'm warned you!." Bush! Perutnya pula menjadi mangsa sehingga dia terbongkok.

" Tengku Adam Mikhail boleh tak kau dengar dulu apa yang aku nak cakap!. " marah Harith menahan tangan Tengku Mikhail yang cuma menumbuknya lagi.

" Kau nak cakap apa!. " tengking Tengku Mikhail kuat menarik tangannya dan menolak tubuh Harith hingga terjatuh, terduduk.

" Aku doktor ayah kau!. " tengking Harith semula menghentikan serangan Tengku Mikhail.

Dia mengelap perlahan bibirnya yang pecah terluka dengan lengan baju kemejanya.

" Hahaha you f*cking kidding me!. Kau ingat dengan senang aku nak percaya ke?. " tanya Tengku Mikhail dia duduk menyamakan ketinggian mereka.

Tengku Mikhail merenung tajam muka Harith di hadapannya.

" Aku tahu kau tak akan percaya but aku ada bukti yang aku ni doktor ayah kau. "

" Mana?. "

" Semua documents ada dalam office aku, jom kita naik bilik aku dulu. " ajak Harith dengan payah dia bangun dari duduknya, senak perut weh kena tumbuk.

Harith jalan mendahului masuk ke dalam lif menuju ke pejabatnya.

" Dr. Harith kenapa mulut tu?. " Beberapa orang nurse menanyakan tentang mulutnya yang pecah tetapi hanya di balas dengan senyuman.

" Sila duduk Tengku Mikhail. " kata Harith menunjuk pada kerusi berhadapan dengannya.

" Don't waste my time Dr. " kata Tengku Mikhail tegas di selit dengan perlian. Saja dia menekan perkataan doktor pada hujung ayatnya.

" Nah. " Harith menyerahkan satu file plastic berwarna merah pada Tengku Mikhail sambil ketawa kecil.

Harith membuka butang baju kemejanya satu persatu, di belek perutnya yang sedikit kemerahan pada cermin diri yang tergantung di dinding.

Di sentuh perlahan kesan merah itu.

' Mesti lebam nanti ni. ' keluh hatinya.

" Sakit ke?. " tanya Tengku Mikhail tanpa memandang Harith.

" Sakitlah Tengku Mikhail, kau ingat penumbuk kau tu buat dari kapas ke?. " perli Dr. Harith pula.

" Sini aku tumbuk kau baru kau tahu rasa dia macam mana. " sambung Dr. Harith dan duduk di depan Tengku Mikhail.

" Aku tak terima pukulan. " balas Tengku Mikhail bersahaja.

" Untunglah anak orang kaya tak pernah kena pukul. " Tengku Mikhail hanya ketawa sinis dengan perlian itu.

" So kenapa kau cuba dekat dengan wife aku sekarang ?. " tanya Tengku Mikhail dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi dan memandang tepat muka Dr. Harith.

" Mana ada aku nak cuba dekat dengan isteri kau. Aku kenal dia dulu daripada kau. "

" Kau jumpa?. " Tengku Mikhail mengetap giginya menahan geram.

" Betullah cakap Tan Sri kau ni baran. " kata Dr. Harith mengeleng kepalanya perlahan.

" Aku jumpa Mira masa aku rawat Tan Sri dekat banglo dia. "

" Aku tak sangka boleh jumpa dia dekat sini, aku tegur dia tapi dia dah tak ingat siapa aku and tak sangka dia dah kahwin. " ayat yang terakhir itu perlahan tapi tetap di tangkap oleh Tengku Mikhail.

" Kau muda macam... "

" Memang aku muda tapi Tan Sri percayakan aku, dulu ayah aku yang rawat Tan Sri lepas ayah aku meninggal aku take over rawat Tan Sri. "

" Well aku ni berkebolehan so ramai yang nak termasuklah Tan Sri. " kata Dr. Harith sambil mendepakan dadanya.

Riak nak mampus.

" Kau suka wife aku?. " tanya Tengku Mikhail.

" Yup aku suka Mira...tapi itu dulu, mungkin dah bukan jodoh aku dengan dia. " balas Dr. Harith dengan nada brokennya.

" Hahaha. Dan sekarang dia pun dah jadi wife kau kan. Tahniah lah bro. " sambung Dr. Harith cuba menceriakan suaranya semula.

Sudah lama dia menyimpan perasan pada Amira sejak kali pertama bertemu Amira ketika dia merawat Tan Sri Amir.

5 tahun dia mencari tahu keberadaan Amira selepas kematian Tan Sri Amir tetapi wanita pujaan hatinya itu tidak dapat di jejaki.

Flashback.

" Encik purse encik jatuh. " kata seorang mak cik cleaner sambil menyerahkan beg duit berwarna merah jambu itu padanya.

" Bukan saya punya. " nafi Harith.

" Isteri encik punya mak cik rasa. "

" Isteri?. "

" Perempuan yang jalan depan encik tadi tu. " belum sempat Harith menafikan lagi satu suara lembut menegur.

" Excuses me, encik itu purse saya. " kata Amira sambil menunjuk beg duitnya yang berada pada tangan Harith.

" Ohh nah. " serah Harith, Amira mengambil pursenya, mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi tanpa sempat di tahan oleh Harith.

' Amira?. ' dekit hati Harith.

End Flashback.

" Okay lah Dr. Harith I think I should go now. Aku malas layan orang yang suka termenung. " kata Tengku Mikhail.

Dia bangun untuk keluar dari bilik itu meninggal Dr. Harith yang terpinga seperti baru sedar dari lamunan yang jauh.

" Bye. Bye Tengku Mikhail nanti kita jumpa lagi ya? " Tengku Mikhail hanya membalas dengan mengangkat tangan kanannya ke atas tanpa menoleh.

To be continues...

*maaf semua sebab lambat update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience