Chapter 49

Action Completed 74112

"SLOW. Slow. Pegang tangan Mira. " Tengku Mikhail tersenyum dengan keprihatinan Amira yang ingin memapah tubuhnya turun daripada kereta dengan tubuh kecil itu.

Sebaik saja melangkah dua langkah daripada kereta sengaja dia memperlajukan langkahnya.

" Abang perlahan-lahan. " marah Amira. Dia memapah Tengku Mikhail melangkah selangkah demi selangkah dengan cermat bimbang luka pada perut suaminya terbuka semula.

'Dia ajak aku berjalan macam dia dalam pantang. ' sungut hati Tengku Mikhail.

" Aduh. Nampaknya sampai esoklah tak masuk rumah. " rungut Daniel yang mengikut belakang Amira dan Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail ketawa kecil mendengar rungutan Daniel itu.

" Pergilah masuk dulu sibuk berdiri dekat sini kenapa. " arah Tengku Mikhail.

" Aku nak jaga Mira. " balas Daniel dengan muka selamba dengan kedua tangan di dalam kocek seluarnya berdiri di samping Amira.

" Habis aku ni apa? " balas Tengku Mikhail geram mendengar jawapan Daniel.

Dia berdiri tegak mencekak pingang memandang Daniel yang tersenggih padanya sebelum berlari masuk rumah.

" Ish abang hati-hati nanti terbuka balik jahitan dekat perut abang tu macam mana! . " marah Amira.

Tengku Mikhail tersenggih dan kembali meletakkan tangannya di atas bahu Amira.

Naik lengguh badan dia terpaksa berbongkok untuk samakan ketinggian dengan Amira kerana Amira ingin memapahnya.

' Tabah saja lah.' keluh hatinya.

ADA yang mengusik pipi, ada yang mengusik dagu dan ada yang mengoncang-goncang perlahan tangan Tengku Adam Haizard sehingga dia merengek.

Mereka berhenti sekejap bila Tengku Adam Haizard mula merengek tapi sambung semula apabila rengetan itu hilang.

Jika Tengku Adam Haizard boleh bercakap mesti mereka semua sudah di marah kerana menganggu tidurnya.

Amira dan Tengku Mikhail tersenyum bahagia melihat bertapa excited anak buahnya dengan bayi.

" Anak aku nanti mesti comel macam ni kan. " kata Amirul mencuit tangan Tengku Adam Haizard dekat jari telunjuknya.

" Part comel tu aku rasa mungkin kalau dia ikut bakal wife kau tapi kalau ikut kau aku rasa hmmm susah nak cakap tapi aku rasa mungkin... "

" Hitam. Hahahaha sebab kau hitam. " kata Shahrul menyambung percakapan kembarnya.

Amirul mengejar dua orang kembar yang mengutuknya itu.

" Hoi diam sikit Haizard nak tidur. " marah Daniel.

" Shhhh. " kata mereka serentak dan ketawa.

Ketawa kuat mereka di sambut dengan tanggisan dari Tengku Adam Haizard.

Mereka membuat isyarat tanda diam antara satu sama lain sambil tersenggih.

"Jess your wedding bila?. " tanya Tengku Mikhail tiba-tiba.

" Next week. "

" Semua dah settle ke?. Ada apa-apa yang nak I tolong or duit cukup tak?. "

" I kaya dari you okay. " balas Jessica mengibar rambutnya ke belakang.

" Manalah tahu. " kata Tengku Mikhail sambil senggih.

" Dah tak ada apa nak di tambah sebab I and Adam dah settle semua awal-awal sebelum Mira bersalin lagi. Kan Adam?. " tanya Jessica pada Adam yang khusyuk menenung Tengku Adam Haizard.

" Hah?. " balas Adam muka terpinga-pinga.

" I tak nak anak. " kata Jessica berpeluk tubuh.

" WHAT!!!. Wh..why you tak nak anak? I nak anak. I nak anak. I nak baby. " kata Adam memegang lutut Jessica yang berada atas sofa.

Dia meletakkan dagunya pada riba Jessica dengan tangan memeluk betis Jessica.

" Just kidding. " kata Jessica sambil ketawa kecil  menyentuh pipi Adam.

" Hah tahu takut. " usik Amira di sambut ketawa oleh Tengku Mikhail.

" Untunglah dah nak khawin. Aku ni.... " kata Iskandar.

" Kau jugalah yang tak ada orang nak dan di takdirkan single sampai ketua. Hahahaha " sambung Haikal.

RING. RING.

" Biar sayang yang angkat. " Amira menahan Tengku Mikhail yang baru ingin bangun mengambil telefonnya.

" Biar abang saja lah sayang kan dalam pantang tak boleh banyak gerak. " kata Tengku Mikhail.

" Tak apa sayang tak seteruk abang. " balas Amira menepuk perlahan paha suaminya dan bangun.

Tengku Mikhail memandang dari jauh riak wajah Amira yang tiba-tiba berubah.

Siapa yang telefon?. Dia nak apa?. Lelaki atau perempuan?.

Persoalan itu berlegar di dalam fikiran Tengku Mikhail.

Amira maletak telefon dan senyum pada suaminya.

Tengku Mikhail memerhati sahaja pergerakan isterinya yang kelihatan seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripada mereka semua.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience