Chapter 11

Action Completed 74112

AMIRA melanglah memasuki perkarangan rumah dengan riang dan senyuman lebar dibibir sambil menyanyi kecil.

Sudah seminggu dia kembali ke sekolah semula dan sudah seminggu juga dia tidak melihat kelibat Farisha and the geng kecuali pada hari pertama persekolahannya.

" Asslammualaikum... " tegur Amira pada Amir, khairul, Adam dan Haikal yang berada di meja batu dihadapan rumah.

" Waalaikummussalam.. " jawab mereka serentak.

" Happy nampak? Ada berita gembira ke jadi dekat sekolah?. " tanya Amir.

" Tak ada berita apa-apa pun just Mira seronok dapat pergi sekolah. Hehehe. " balas Amira sambil senyum dan berjalan masuk rumah.

Mereka bertiga berbalas pandangan, mengeleng kepala dan ketawa dengan jawapan Amira, mereka dulu terlalu malas untuk ke sekolah.

Langkah kaki Amira terhenti kaku di hadapan pintu, matanya tepat memandang kearah tetamu yang sedang duduk diatas sofa sebelah suaminya itu.

Senyumnya di bibirnya mula pudar dan wajahnya bertukar warna dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang di dalam rumahnya itu.

" Kau! Kenapa kau ada dekat sini?. Apa kau buat dekat sini?. " tanya Farisha bangun dan berjalan kearah Amira.

" Apa dia buat dekat sini Tengku Mikhail?. Who is she to you?. What's your relation with her?. " tanya Farisha pada Tengku Mikhail dengan wajah berkerut.

" Ini rumah dia. " sampuk Rayyan yang dari tadi jadi pemerhati.

" What!!!. Impossible dia bukan tinggal dekat sini dia tinggal dekat Puchong. " kata Farisha dan dia mengenggam lengan Amira kuat.

" Wow kau tahu eh dia tinggal dekat mana, kau stalk dia ke apa?. Stalker eh? " pertanyaan Rayyan itu mengubah riak wajah Farisha.

Farisha ke rumah Tengku Mikhail adalah atas permintaan daddynya supaya Tengku Mikhail memberi perusahaan ayahnya sedikit masa.

Supaya Tengku Mikhail tidak menjual saham itu pada pihak lawan daddynya.

Dia tidak sangka akan bertemu dengan Amira dan mendapat tahu bahawa Amira tinggal bersama Tengku Mikhail.

" What the...! I? stalker? Hahaha. "

" Tak payah nak ' What' sangatlah. Kau ingat ni sinetron ke. " kata Rayyan bosan.

" How? And why you live here?." tanya Farisha mengetap giginya sambil mencengkam kuat lengan Amira.

" Miraa.. Mira tinggal... " Amira akan tergagap-gagap tiap kali berasa dirinya di gertak atau takut.

Amira memandang kearah suaminya untuk meminta tolong tetapi Tengku Mikhail hanya memandang sepi perbuatan Farisha itu.

Tengku Mikhail menepuk tangannya menarik perhatian Farisha kearahnya.

" She is the new owner of your dad's company. " maklum Tengku Mikhail.

" What!!. You tak boleh buat keputusan sesuka hati you saja Tengku Mikhail!. You nak kitaorang saman you ke hah?!. " gertak Farisha.

" Well what done is done. "

" Tengku, you kata you akan bagi masa pada kami dan you akan pulangkan saham tu semula asalkan kami sediakan duit. Please, we just need a little bit more time. " kata Farisha.

Dia tidak sangka Tengku Mikhail mungkir janji dan secepat itu saham milik syarikat daddynya berubah milik.

Jika saham itu masih milik Tengku Mikhail dia masih boleh terima jika dia perlu merayu.

Tetapi sekarang sudah menjadi milik Amira tidak mungkin dia akan merayu pada Amira untuk pulangkan saham itu.

" Tengku!! Answer me!! " jerit Farisha apabila Tengku Mikhail hanya buat tidak tahu dengan kata-katanya.

" Aduhhhhh bisingnya perempuan ni. " marah Rayyan dan mengheret Farisha ke arah pintu keluar.

" Wait!!! Wait!! Tengku!!! Tengku!!!." jerit Farisha.

" Kau buat apa berdiri dekat situ datang sini. " Tengku Mikhail memanggil Amira yang masih berdiri kaku dengan muka pucat itu kearahnya.

SEMUA budak sekolah memandang padanya sambil berbisik-bisik ketika dia berjalan memasuki perkarangan sekolah.

Kenapa semua orang memandangnya?.

' Ada benda apa-apa ke dekat muka aku? ' detik hatinya.

Amira meraba-raba mukanya bimbang sekiranya ada kotoran atau kesan apa-apa pada wajahnya.

' Tak ada apa pon. ' fikirnya lagi.

Amira menundukkan kepalanya dan segara berjalan laju menuju kearah kelasnya.

" Hoiii... Berani kau datang sekolahkan!!! Aku ingat kau nak lari lagi macam haritu." tengking Jannah menghentak meja Amira.

Amira yang terkejut dengan perbuatan Jannah itu tercengang memandang dua orang budak perempuan di hadapannya itu.

" Aku tahu kau ni memang pembawa s*al!!!. Kau kan punya Farisha kena tukar sekolah kalau bukan sebab kau Farisha masih dengan kita orang!! " marah Nurul.

" Kau ni memang cari masalah dengan kitaorang kan?. "

" Saya minta maaf. Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku pada Farisha. " Amira cuba menjelaskan.

" Tak tahu apa-apa kau cakap!!. Kau jangan nak berlakon baiklah perempuan. Menyampah aku tengok muka kau. " tengking Jannah dan menampar kuat pipi Amira.

Semua pelajar yang menonton terkejut dan ada yang terjerit dengan tindakan kasar Jannah itu.

" Satu sekolah dah tahu kau puncanya. Kenapa kau tak mampus saja sekali dengan ayah kau. Hah?! " marah Nurul dan menunjal kepala Amira.

" Di sebabkan kau.. Farisha di buang sekolah. " kata Nurul mengetap giginya.

" Sumpah saya tak buat apa-apa pun. "

" Berani eh kau menjawabkan, kau ingat kitaorang tak tahu kau yang kau ambil video lepas tu hantar dekat pengetua sekolah!. "

" Kau jangan nak berdalihlah perempuan kalau bukan sebab kau tak adanya semua ini tak akan berlaku. Kau tu depan baik tapi belakang kalah pelacur. "

" Kau ni pembawa sial. " tambah Nurul menunjul kepala Amira lagi.

" Tolong jangan buat macam ni. Tolong lepaskan... Boleh tak kalau kita duduk berbincang... Kita boleh bincang baik-baik. " kata Amira sambil menanggis.

Amira cuba melepaskan genggaman tangan Jannah pada tudung sekolahnya.

" Bincang kau cakap!!!. " marah Nurul sambil menolak kepala Amira sehingga terhantuk meja.

" Hey kamu berdua buat ini!?. Kamu dari kelas saya ke? kalau bukan sila keluar. " tanya cikgu yang baru masuk.

" Semua balik ke kelas masing-masing dan yang lain duduk di tempat masing-masing." tambah cikgu itu.

" Jannah dan Nurul, kamu berdua ke bilik guru. Guru kelas kamu ingin berjumpa dengan kalian berdua." kata cikgu yang baru masuk itu.

Jannah dan Nurul memandang Amira dengan hati yang panas membuak-buak pada Amira dan berjalan keluar.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience