Chapter 1

Action Completed 74112

BANGLO besar itu di penuhi dengan ketawa riang kanak-kanak perempuan bermain kejar-kejar dengan ayahnya.

Kini sudah hampir 10 tahun Hashim berkhidmat dengan Tan Sri Amir.

Setelah 5 tahun dia bekerja dengan Tan Sri Amir dia di jodohkan dengan anak rakan kongsi Tan Sri Amir, Balqish.

Tan Sri Amir yang menjodohkan dia dengan isterinya dan dia di kurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 5 tahun.

Mereka tinggal bersama dengan Tan Sri Amir di banglo milik majikannya itu atas permintaan majikannya.

" Hashim Boss nak jumpa kau. " mendengar kata-kata itu dia bergegas bergerak kearah bilik kerja majikannya.

Knock.knock.

Dia mengetuk pintu dia kali sebelum mendengar arahan menyuruhnya masuk.

" Ya Tan Sri. " Dia menundukkan kepalanya ke arah majikannya itu tanda hormat.

" Ohhhh... Hashimm.. " balas Tan Sri Amir nya itu sambil menepuk tangannya gembira.

Dia melihat kearah wajah tua lelaki berusia 45 tahun itu dengan senyuman.

Wajah itu tidak lekang dengan senyuman.

" Hashim ni aku perkenalkan anak aku dengan kau. Anak yang aku suruh kau upah orang untuk cari. " kata Tan Sri Amir sambil menunjukkan kearah anak lelakinya.

Dia melihat kearah yang di tunjuk Bossnya itu.

Terlihat seorang remaja berumur 15 tahun sedang duduk di atas sofa sambil bermain pistol di tangannya.

Berdegup kencang jantungnya melihat bertapa lincahnya tangan remaja lelaki itu memasang pistol dan menghala kearahnya.

" Hahahahha. " ketawa Tan Sri Amir melihat Hashim yang terkejut dan pucat itu.

" Ini anak aku Tengku Adam Mikhail. Mulai hari ini kau di akan menjadi driver anak aku. " sambungnya selepas selesai ketawa.

" Baiklah Boss. "

" Mika come here. Meet you new driver. " Tan Sri Amir memanggil anaknya kearah mereka.

Tengku Mikhail hanya memandang sepi kata-kata ayahnya itu.

Dia tidak perlukan driver dia bukan nak duduk lama pun di sini. Fikir Tengku Mikhail.

Dia tidak bergerak walaupun sedikit dari sofa yang didudukinya itu.

Tan Sri Amir hanya mengelengkan kepalanya. Anaknya itu keras kepala dan berperwatakan kasar.

Hashim menundukkan kepalanya kearah Tengku Mikhail tanda hormat.

MELIHAT Tengku Mikhail berjalan ke arah kereta dengan pantas Hashim membuka pintu kenderaan itu.

Tengku Mikhail memberhentikan langkahnya dan memandang kearah budak perempuan yang sedang bermain anak patung di atas rumput. 

" Siapa budak itu?." Tanya Tengku Mikhail.

" Itu anak saya Tengku. " Balas Hashim sambil menundukkan kepalanya.

" Ambil budak itu datang sini. " arahnya.

" Baik Tengku. "

Melihat ayahnya datang menghampiri kanak-kanak perempuan itu senyum manis ke arah ayahnya.

Hashim mendukung anaknya kearah Tengku Mikhail.

" Ini anak saya Tengku. Nama dia Nur Amira Danisha.  " kata Hashim memperkenalkan anaknya.

Tengku Mikhail mengusap kepala Amira dengan lembut sebelum menarik kuat rambut kanak-kanak itu.

Hashim terkejut dengan tindakan majikannya itu.

Melihat Amira sudah menanggis dia melepaskan tangannya dan tersenyum.

" Kau tunggu apa lagi. " tengking Tengku Mikhail dari dalam kereta.

Mendengar suara tanggisan itu ibu kepada Amira bergegas keluar rumah untuk melihat anaknya itu.

" Shaa ambil Mira bawa masuk. "

" Baik abang. "

Mereka memulakan perjalanan dengan sunyi sepi. Sebelum Tengku Mikhail tiba-tiba bersuara.

" Siapa perempuan yang ambil anak kau tadi tu?. "

" Itu isteri saya Tengku. "

" Berapa umur isteri kau?. " tanyanya lagi.

" 25 tahun Tengku. "

Perbualan itu tidak berhenti di situ.

To be continues...

Share this novel

Siti Haninah Binti Madjul
2020-04-30 16:13:32 

98

Siti Haninah Binti Madjul
2020-04-30 16:13:31 

98


NovelPlus Premium

The best ads free experience