Chapter 37

Action Completed 74112

"HERE your money. Never come here again. I hope we never meet again after this. " kata Tengku Mikhail senada selepas Amir menyerahkan wang tersebut kepada anak buah Mike.

" Don't say that man we are friend all of us are family. " kata Mike mendepakan tangannya ke udara.

Anak buah Mike terus membuka beg berisi duit itu untuk memeriksa dan menganggukkan kepalanya pada Mike.

" Thank you my old friend. It's my pleasure to meet you. " balas Mike bangkit keluar dari kawasan perumahan Tengku Mikhail.

" My son let me explain. " Johnathon cuba memegang bahu Tengku Mikhail tetapi Tengku Mikhail meluaskan langkahnya ke dalam rumah.

Amira memegang lengan suaminya yang duduk di bucu katil dengan tangan meraup muka.

Amira menarik suaminya perlahan pusing mengadapnya.

Tengku Mikhail tetap tidak mengangkat mukanya, dia terus memeluk kejap isterinya.

Perasaannya berbahagi, dia tidak tahu apa harus dia lakukan.

" Sayang. " Tengku Mikhail menyebut nama isterinya perlahan tetap masih tidak melepaskan pelukan.

" Hmm. " balas Amira.

" Abang buntu. Abang tak tahu nak buat apa. " bisik Tengku Mikhail meluahkan apa yang dia rasa.

" Jom solat lepas tu abang cerita semua dekat kami. Okay?. " tanya Amira.

Dia merenggangkan pelukkan dan memandang wajah kusut suaminya sambil mengusap perlahan.

" Kami?. " soal Tengku Mikhail hairan.

" Sayang and baby kita. " balas Amira mengusap perutnya perlahan.

Tengku Mikhail menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan cadangan isterinya.

Selesai sahaja solat Tengku Mikhail dan Amira naik ke atas katil.

Tengku Mikhail mendakap tubuh kecil yang kini berbadan dua itu.

Apa akan jadi pada isteri dan anaknya sekiranya terjadi sesuatu kepadanya.

" Abang. " panggilan Amira menyedarkan Tengku Mikhail dari fikir panjangnya.

" Hmm. "

" Abang masih belum bersedia nak share dengan sayang ya?. Kalau abang masih belum bersedia tak apa sayang faham. "

Amira mengusap lembut tangan suaminya yang berada di atas perutnya.

" Abang tak tahu nak mula dari mana. "

" Mula dari mana abang rasa abang mula bertindak untuk memilih jalan yang abang pilih sekarang. " balas Amira.

" Hmmm. " lama dia berfikir sebelum menjawab.

" Waktu abang umur 12 tahun abang tengok mama abang terbaring kaku atas lantai rumah dengan berlumuran darah. "

" Abang tak tahu nak buat apa Abang call Uncle John tapi Uncle John dekat Paris masa tu. "

" Abang cuba call papa tapi tak dapat tapi ada jiran sebelah datang tolong masa itu. "

" Lepas kematian mama abang cuba contact papa tapi setahun abang cuba contact dengan papa tapi tak dapat so abang fed up. "

" Masa abang duduk dengan Uncle abang mula belajar guna senjata api. Anak buah Uncle John yang tolong ajarkan abang. Lepas tu abang belajar sendiri. "

" Masa abang umur 14 tahun Uncle bawa abang pergi jumpa clients dia masa pada masa tu lah abang kenal dengan Mike Tyson. "

Berat rasa hati apabila membuka semula kisah lama hidupnya.

" Abang dulu hanya pandai guna senjata tak pandai seni pertahanan diri. Abang kena pukul teruk dengan clients Uncle lepas abang kenal Mike dia ajar abang cara pertahankan diri.

" lepas dah mahir seni pertahankan diri abang start abang cari pembunuh mama. "

Amira mengusap perlahan tangan suaminya dia tahu wajah suaminya sekarang ini sedang menahan sedih.

Dia tidak memusingkan tubuhnya kerana dia tahu suaminya pasti tidak mahu dia melihat wajah suaminya sekarang.

" Lepas 3 tahun papa muncul. Papa nak bawa abang balik sini, abang seronok sangat masa tu tapi Uncle tak bagi..."

" Tapi lepas abang janji dengan Uncle yang abang akan ambil alih perniagaan Uncle seperti yang Uncle minta. Uncle benarkan dan papa berjaya bawa abang balik sini. Masa tu lah abang kenal sayang. Budak cengeng. "

" Mana ada cengeng. Abang tu kasar sangat. " nafi Amira memuncung.

Tengku Mikhail mencuit hujung hidung Amira dan ketawa.

" Ok lepas tu?. "

" Lepas tu, 10 tahun abang kerja mati-matian semua keuntungan akan berbahagi dengan Uncle."

" Abang ambil keputusan untuk balik Malaysia sebab abang dah bunuh semua orang yang terlibat dengan kematian mama. Sepatutnya abang balik sini dua tahun awal tahu. "

Tengku Mikhail ketawa kecil dengan ayat terakhirnya sendiri.

" Tapi kenapa abang tak balik masa tu?. " tanya Amira hairan kalau suaminya balik masa itu mungkin Ayah dan papa mertuanya masih hidup.

" Ishh banyak tanya pula budak kecil ni. " balas Tengku Mikhail mengejapkan pelukan.

" Jom tidur dah lambat ni. " kata Tengku Mikhail membaringkan Amira dan memeluk pinggang isterinya.

Amira tidak berpuas hati apabila soalannya tidak di jawab tetapi dia tidak mahu memaksa suaminya.

Adam mendekati Jessica yang sedang menanggis memeluk katil.

Jessica memusingkan badannya dan memeluk Adam ketika Adam cuba menenangkannya.

' Kenapalah aku pergi ikut dia naik tadi. ' Adam marah pada dirinya.

Dia tidak tahu apabila melihat Jessica menanggis berlari naik ke bilik dia turut naik ikut sama ke bilik Jessica.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience