Chapter 17

Action Completed 74112

AMIRA berlari kearah pintu rumah dengan beg sekolah disandang pada bahunya.

Kelam-kabut dia mencapai kasut di rak dan memakai kasut sekolahnya.

" Abang Dani cepatlahh!!! Mira dah lambat ni nanti kena ambil nama masuk disiplin. " jerit Amira.

Daniel hanya berdiri bersahaja menyandarkan tubuhnya ditiang rumah buat tidak tahu dengan kata-kata Amira itu.

" Abang cepatlahh.." panggil Amira dari kereta.

" Mira. Mulai hari ni Abang Is yang akan hantar dan ambil Mira dari sekolah. " maklum Iskandar yang baru keluar rumah dengan sebiji buah epal di tangan.

" Kenapa?. " tanyanya hairan.

" Cepatlah naik, tadi Mira cakap Mira dah lambatkan. " kata Iskandar.

" Bye bye Abang Dani. " melambai tangan pada Daniel.

" Heyyy!!! waitt!!. " jerit Jessica yang sedang berlari keluar dari rumah.

" Abang Is stopp!. " jerit Amira.

" Ishhh Mira ni buat abang terkejut sajalah. Mujur tak brek mengejut kalau tak pelanting Mira baru tahu. " tegur Iskandar memberhentikan kereta.

" I nak ikut you pergi sekolah. " muka Amira terpinga-pinga melihat Jessica membuka pintu kereta dengan kasar dari luar.

" Kau duduk saja dekat rumah diam-diam boleh tak?Cuba dengar sikit arahan yang Mika bagi. Menyusahkan orang saja. " kata Iskandar pada Jessica.

" Who care!. Mika tak boleh nak arah-arahkan I. I bukan kuli dia macam you all. No! I don't care I nak ikut juga. " bentak Jessica menolak Amira ke tepi.

" Tahan dia Dani. " jerit Adam dari dalam rumah.

Daniel memegang lengan Jessica, Jessica mengigit tangan Daniel.

Daniel menarik Jessica keluar dari kereta dan mencempung tubuh wanita itu ke pintu rumah.

" Move Is. " arah Adam pada Iskandar, menarik tutup pintu kereta.

Dari dalam kereta Amira mengintai kepalanya melalui tingkap kereta melihat Jessica yang di heret ke dalam rumah semula.

" Jom masuk. " kata Adam.

" NO!!!. I don't want!!!. I want to go out!!!. " jerit Jessica.

Sudah dua hari dia di tahan dalam rumah tidak dibenarkan keluar.

Dia geram bila Tengku Mikhail hanya keluar bersama Amira.

Harapannya untuk menyelinap keluar adalah dengan mengikut Amira ke sekolah.

Daripada semalam dia sudah merancang untuk meloloskan diri tidak sangka rupanya rancangannya dengan senang di gagalkan oleh anak buah Tengku Mikhail.

" I said NO. Are you deaf!!!." tengking Adam sudah hilang kesabarannya, memberhentikan rontaan Jessica.

Jessica berlari masuk ke rumah apabila di tengking begitu.

Kerana kejadian pagi itu Amira sampai lambat di sekolah.

Mujur sahaja dia sempat lari masuk ke dalam sekolah masa pengawas ingin menutup pintu pagar.

JESSICA melempar pasu bunga hiasan yang ada di atas meja kearah Rayyan yang baru turun dari atas.

" Mika you tak boleh kurung I macam ni. Sampai bila you nak tahan I duduk dengan mahkluk-mahkluk ni. I nak keluar!!!! " jerit Jessica.

" Wehh perempuan kau diam boleh tak memekak saja cakap perlahan-lahan tak boleh ke? . " marah Rayyan mujur sahaja dia sempat mengelak kalau tidak mahu pecah kepalanya.

" You diam!! " tengking Jessica.

" Meroyan dah perempuan ni. " kata Adam sambil menggelengkan kepalanya.

" Mika... Mikhail... Tengku Adam Mikhail!!!. Shitt I hate you Mika. " jerit Jessica lagi.

" Hushh masa lahir telan mic ke perempuan ni. " tegur Hazid yang baru masuk rumah.

" Jessica, behave. " tegur Tengku Mikhail berjalan turun dari tangga.

" Babyyy.. Sampai bila you nak kurung I dalam rumah dengan beruk-beruk ni. "

" Amboii sedapnya bahasa, suka hati saja panggil orang beruk. " tegur Hazid.

Jessica menjeling tajam kearah Hazid,

" Opsss.. " kata Hazid dan menutup mulutnya dengan tangan.

" I dah bosan duduk dalam rumah you ni bukan ada benda menarik pun. I nak pindah you tak bagi. Sekarang I nak keluar pun you halang. " rajuk Jessica dan menghempas badannya diatas sofa.

" Kesian sofa tu. " Adam ketawa kecil mendengar bisikkan Hazid itu.

" You tahukan apa kesalahan you?. " tanya Tengku Mikhail melabuh punggungnya berhadapan dengan Jessica.

Flashback.

" Eee.. let's me go. "

" Kenapa Amir?. " tanya Rayyan yang melihat Amir mencengkam lengan Jessica itu.

" Ni perempuan ni dia buat masalah dekat mall tadi, tak pasal-pasal kena halau keluar dengan guard. "

Mendengar kata-kata Amir itu Rayyan ketawa dan di ikuti Tengku Mikhail dan Amira yang baru dari dapur itu.

" Eee..lepaslahh.. Sakit tau. " marah Jessica.

Sepanjang dalam perjalanan balik dari mall dia bertikam lidah dengan Amir.

" Dia buat apa Mir . Ceritalah. " kata Rayyan, excited.

" Dia pergi berebut jantan mana tah dekat mall tadi. Aku tinggal sekejap je dia pergi cari pasal dengan orang tengah date. Dia pergi menggaku dia isteri jantan tu mana tak mengamuk girlfriend dia. Kecohlah apalagi. " cerita Amir panjang. Sakit betul hatinya dengan perangai Jessica.

" I nak bergurau je pun. " kata Jessica cuba menghampiri Tengku Mikhail.

" Detention. " balas Tengku Mikhail dan menarik tangan Mira keluar rumah.

End flashback.

" I tanya ni. Jess, you dah sedar ke apa kesalahan you.? " tanya Tengku Mikhail lagi apabila melihat Jessica yang hanya mendiamkan diri itu.

" Ya, I know I was wrong. Orang nak gurau saja pun tu pun nak ambil serious. " balasnya bosan.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience