Chapter 13

Action Completed 74112

SEMUA pelajar mula berkumpul di depan dewan sekolah menunggu bas yang akan dinaiki menuju ke Cameron highland, Pahang.

Amira begitu teruja sekali kerana ini kali pertama dia mengikuti rombongan dan akan menjejakkan kakinya di Pahang.

Amira gembira bergurau senda bersama kawan-kawannya.

Tetapi dia tidak sedar ada yang tidak gembira dan asyik mengeluh sepanjang perjalanan dari rumah hingga mereka tiba di sekolah.

" Kenapa aku yang jadi mangsa. " keluh Daniel perlahan sambil membawa turun beg Amira.

" Abang Dani.." panggil Amira.

" What!!." balasnya kasar.

Melihat perubahan air muka Amira dia terus menghadiahkan senyum palsunya pada Amira.

Senyum itu membuatkan Amira kembali ceria dan bergerak kembali mendekatinya.

" Abang Dani. Kawan Mira yang pakai tudung pink tu minta nombor abang. Boleh?. " tanya Amira dan menunjuk kearah sekumpulan pelajar perempuan.

" Ohhh Boleh kenapa tak boleh pula tapi sebelum tu abang Dani bagi Mira dua pilihan. "

" Okay. Apa pilihan tu?. " tanya Amira tidak sabar.

" Mira nak abang Dani bagi nombor abang Dani pada kawan Mira dan kita balik atau Mira ambil bantal Mira ni dan naik bas sekarang?. " tanya Daniel sambil menghulurkan bantal ditangannya pada Amira.

Dia dahulu seorang yang sukar untuk membuka mulut berbicara berubah bila bersama Amira.

Flashback.

" Kau buat apa dekat sini?. " tanya Daniel.

" Mira tengah tengok bintang dengan Abang Khai. " balas Amira.

' Abang khai. Bang khai? Bangkai?. Khairul kot. ' detik hati Daniel.

" Mana Khai?. "

" Abang Khai pergi ambilkan kain selimut untuk Mira. Abang Dani duduklah. " pelawanya.

" Abang Dani?. " tanya Daniel.

" Bolehkan Mira panggil Abang Dani abang?. " tanya Amira berharap.

" Ikut kaulah. "

" Abang pun mana boleh cakap kau aku dah lepas ni. Abang Dani kena panggil Mira, Amira or Mira bukan 'kau' dan bahasakan diri Abang sebagai Abang Dani. Ok?. "

" Ikut kaulah. "

End flashback.

Pada mulanya dia tidak selesa tetapi setiap kali dia tersilap membahasakan dirinya 'aku' Amira pasti akan membetulkannya.

" Eeee... Abang Dani ni..." rajuk Amira dan mengambil bantal di tangan Daniel.

Daniel tersenyum kecil dengan rajuk Amira itu.

Senyumnya itu membuatkan sekumpulan pelajar perempuan terjerit gedik.

Mendengar geritan sekumpulan pelajar itu dia kembali dengan riak muka asalnya.

" BOSS.. Jackson dengan anak buah dia baru sampai. Tak ada orang lain dengan dia orang. Semua clear. " maklum Amir.

" Good. Its the show times. Take care everyone. " balas Tengku Mikhail dengan senyum sinis dibibirnya.

Tengku Mikhail bersama Haikal dan Badrul berjalan ke atas jeti di mana Jackson dan anak buahnya sedang berdiri.

" Yo Tengku. Yo banyak surprise dapat jumpa sama lu. " tegur Jackson. Mereka berjabat tangan dan berbalas senyuman.

Sepanjang mereka berurusan ini baru kali kedua Jackson bertemu secara bersemuka dengan Tengku Mikhail.

Sebelum ini dia hanya berurusan dengan Haikal atau Badrul.

" Kenapa lu tulun kali ini. Lu takut wa tipu sama lu ka. Kita sudah lama kerja wo. Wa takda tipu sama lu punya. Semua balang tu wa bawak dengan selamat. " kata Jackson panjang.

Jackson memberi isyarat supaya anak buahnya mengambil barang yang di maksudkannya itu dan serahkan kepada Haikal.

Haikal membuka beg satu persatu untuk memeriksa barang itu dan menganggukkan kepalanya pada Tengku Mikhail.

" Aku saja turun kali ni sebab aku nak tengok muka orang yang berani mengkhianati aku buat kali terakhir. " balasnya.

" Lu gulau apa ini. Siapa pengkhianat?. Ada yang kianat sama lu ka?. Mana itu olang biar wa kasi ajar sama dia. " kata Jackson sedikit gelabah.

Dahinya sudah berpeluk dia mula mencuit dan memberi isyarat supaya pada anak buahnya untuk menyerang.

" No 18 jalan kenanga. " kata Tengku Mikhail dan melepaskan satu tembakkan tepat pada kepala Jackson.

Itu adalah tempat perjumpaan dan pertukaran barang milik Tengku Mikhail dengan orang lain.

Jackson yang dulu setia dengan Tengku Mikhail tetapi goyah dengan hanya tawaran kecil.

Jackson mendapatkan tawaran yang lebih tinggi daripada bayaran yang selalu di terima daripada Tengku Mikhail.

Pada awalnya dia menolak tawaran itu kerana dia tahu lawannya bukan orang biasa tetapi bila 'Orang itu' telah berjanji bahawa 'Orang itu' akan menjaga keselamatannya.

Dia menerima tawaran itu.

Dia hanya perlu membawa barang itu kepada Tengku Mikhail seperti yang telah dijanjikan.

" Haikal cover boss. " kata Badrul dan menolak tubuh Tengku Mikhail ke belakang bot.

Mereka bersembunyi di belakang bot yang ada disitu.

" Move. " arah Tengku Mikhail pada anak buahnya.

BANGGG! !! BANGG!!!  BANGGG! ! 

Tengku Mikhail, Haikal dan Badrul berbalas tembakan dengan anak buah Jackson.

Shahrul dan Hafiz dengan lincah bergerak, mereka mengelar leher pihak lawan yang sedang bersembunyi seorang demi seorang.

" Bos semua pengikut Jackson dah berjaya di uruskan. " kata amir yang memerhati dari atas rumah api melalui alat penghubung.

" Well done guys malam ni hilang lagi satu sumber senjata kita. " keluh Tengku Mikhail.

Siapa sangka orang yang telah lama bekerja dengannya akan berpaling tadah.

" Bos semua macam yang kita jangka dia dah tukar barang ni dengan barang palsu semuanya. " maklum Haikal sambil membelek senjata api yang dibawa oleh Jackson.

" Boss tunduk!!!. " jerit Haikal dan dia terus melemparkan beg itu ke dalam laut.

BOMM!! mereka berdiri tegak memandang letupan itu.

Semasa dia memeriksa beg ketiga dia berasa pelik rupanya terdapat Bom masa yang telah diaktifkan di bawah senjata yang lain.

" Bos semua dah settle. " kata Badrul.

" Okay good. Uruskan semua mayat ni. Bakar semua jangan tinggal sebarang bukti polis Malaysia ni bising. " kata Tengku Mikhail.

" Okayy Boss. " kata Badrul dan Haikal sambil mengheret mayat-mayat yang bergelimpangan di atas jeti itu ke satu tempat.

" Aku tak sabar nak tengok sampai bila dia nak bermain." kata Tengku Mikhail.

" BOS!! " jerit Amir melalui alat penghubung.

BANGG!!

Satu tembakan dilepaskan kearah Tengku Mikhail oleh anak buah Jackson yang menyorok didalam semak.

BANGG! ! BANGG! ! Haikal melepaskan tembakan tepat mengenai kepala dan dada lelaki tersebut.

" Boss tak apa-apa?. " tanya Badrul.

" Kenapa kau tolak aku?. " tanya Tengku Mikhail pada Badrul.

Tengku Mikhail mengesat punggungnya lepas bangun dari jatuh bila ditolak secara mengejut oleh Badrul semasa cuba mengelak tembakan.

Terkejut dia apabila dia cuba mengelak peluru tubuhnya di tolak oleh Badrul dan Badrul menerima tembakkan itu.

" Tindakan reflek boss.." balasnya sambil ketawa.

" Bad kau ok tak?. " tanya Haikal kepada Badrul yang terduduk sambil memegang bahunya itu.

" Of course lah Ok. Kau lupa ke bro aku ni kuat dan kental dari kau. " balasnya sambil ketawa.

" Kuatlah sangat. Terduduk juga kau. "

" Jom gerak. " kata Tengku Mikhail.

Mereka semua memasuki vellfire hitam dan bergerak pulang.

" Shah.. Hafiz macam mana masih ada ysng hidup?. " tanya Tengku Mikhail pada Shahrul dan Hafiz.

" Maafkan kami bos. " balas mereka berdua.

" Both of you careless. Carl macam mana luka Bad? Teruk ke?. " tanyanya pada Haikal yang sedang membalut luka Badrul di belakang.

" Tak adalah bos sikit saja ni." balas Badrul sambil tersengih.

" Shah. Hafiz. Both of you detention. "

Mereka berdua menundukkan kepala mendengar arahan Tengku Mikhail itu.

" And you too Amir. " tambahnya.

" Baik Bos. " balas Amir yang sedang memandu itu.

Sedar kalau dia tidak terlepas pandang pasti rakannya tidak ada yang cedera.

Detention adalah hukuman yang Tengku Mikhail wujudkan sebagai hukuman kepada mereka semua sekiranya mereka melakukan kesalahan.

Setiap mereka pernah merasainya dan mereka tidak mahu merasainya lagi.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience