Chapter 69

Action Completed 75429

BARU 15 minit mereka berjalan di pasar malam Amira sudah menarik tangannya untuk duduk.

" Abang pergi lah jalan biar sayang duduk sini sekejap. " suruh Amira dia mengusap perlahan betisnya.

Kasihan pula pada suaminya itu, terlalu teruja melihat pasar malam buat pertama kalinya pada umur 32 tahun.

" Tak apa abang temankan sayang duduk dekat sini. " di pangku kaki Amira dan dia mengurut perlahan kaki Amira yang bengkak.

" Abang pergi lah pusing keliling ni dulu. Ni kan first time abang datang pasar malam. " pujuk Amira perlahan.

" It's okay lepas baby dah keluar nanti kita boleh datang lagi. Sekarang yang paling penting sayang abang ni. " balas Tengku Mikhail mencium pipi Amira.

" Abang. " marah Amira memuncungkan mulutnya.

" Sayang please jangan goda abang. Imanku tidak kuat sayang. " Tengku Mikhail memegang dadanya tanda lemah jantung dengan godaan Amira.

" Bila sayang... "

" Hai we meet again. " tegur suara garau daripada tepi Amira.

'Jantan ni nak apa lagi!.' degus hati Tengku Mikhail dia terus bangun berdiri menyamakan ketinggian mereka.

" Yup we meet again and what's I can help you with?. " tanya Tengku Mikhail.

" Nothing. She your wife?. " tanya Harith.

" Yes. " balas Tengku Mikhail.

'So blah la dari sini' tapi kata-kata itu hanya dalam hati.

Tengku Mikhail memberi jelingan maut pada Amir yang berada tidak jauh daripada mereka.

Dia telah mengarahkan anak buahnya untuk memberi amaran kepada lelaki itu supaya tidak muncul di hadapan isterinya lagi.

" You have a gorgeous wife. " puji Harith merenung Amira dengan senyum di bibir. 

Harith mati senyumannya apabila rasa tubuhnya di tolak kasar ke belakang.

" GO AWAY before I change my mind. " bisik Tengku Mikhail memberi amaran yang cukup hanya lelaki di hadapannya itu dengar.

Harith hanya menganggukkan kepalanya sambil ketawa sinis dan berlalu pergi dari situ sambil melambai tangan pada Amira.

" Abang janganlah marah-marah nanti dah tak handsome. " pujuk Amira sambil mengusap tangan suaminya, dapat di lihat dengan jelas muka tegang suaminya itu.

' Lelaki ni makin berumur makin handsome eh?. ' sempat lagi hati nakal Amira berfikir.

" Arh abang. " terkejut Amira apabila merasa tubuhnya di cempung Tengku Mikhail.

Ramai memandang ke arah mereka sepanjang jalan Tengku Mikhail mendukungnya sehingga ke kereta.

Amira memerhati daripada dalam kereta apa yang di bualkan Tengku Mikhail dengan anak buahnya, muka serious gila.

" Bad aku nak kau perhatikan gerak-geri mamat tadi. "

" Baik bos. Lepas tu nak buat apa dengan dia nak saya hapuskan dia terus ke?. " tanya Badrul gembira sudah lama dia tidak buat kerja itu selepas Tengku Mikhail berumah tangga.

" Perhatikan sahaja dulu, Mir kau siasat latar belakang dia then send dekat aku. "

" Tu budak hari tu kan bos. " tanya Amirul.

" Yup. "

" Wow berani betul dia muncul lagi eh lepas dah kena warning. Dia nak cabar kita ke bos. " sampuk Amirul.

Semalam dia dan Khairul telah memberi amaran kepada lelaki itu untuk tidak muncul lagi di hadapan Tengku Mikhail.

" Pa kenapa warning dia tak bagi muncul depan kita?. He looked like a nice guy. " tanya Tengku Adam Haizard yang berada di atas dukungan Badrul.

" Hari tu Uncle tu jumpa purse mama tercicir dekat lobi, lepas tu dia pulangkan semula purse tu pada mama. Dia tak ambil pun duit mama. " beritahu Tengku Adam Haizard.

" What do I tell you about when strangers try to approaching you?. " tanya Tengku Mikhail dan menyuruh Badrul melepaskan Tengku Adam Haizard.

" Stay away from them and alert. " balas Tengku Adam Haizard, dia berdiri dalam keadaan senang diri di hadapan ayahnya.

Orang yang lalu lalang di kawasan parking itu semua di halau oleh Badrul, Amirul dan Khairul, mereka menjauhi Tengku Adam Haizard dan Tengku Mikhail 5 meter.

Mereka tidak mahu menjadi saksi apabila Tengku Mikhail sedang mendisiplinkan anaknya kerana itu adalah maruah Tengku Adam Haizard.

" But Pa he looked like a nice guy. " kata Tengku Adam Haizard lagi, yang baik di pertahan dan yang jahat di hapus atau di jauhi itu yang di ajar padanya.

" Who is he?. " tanya Tengku Mikhail lagi dia menyamakan ketinggian dia dan anaknya. Tangannya di letakkan di atas kedua bahu anaknya.

Tengku Adam Haizard berdiri tegak dan memandang tepat ke mata ayahnya.

" Stranger. "

" And what's our motto?. " tanya Tengku Mikhail perlahan tetapi tegas cukup mendisplinkan anaknya.

" Kill or be killed. " balas Tengku Adam Haizard senafas.

" Good boy. Now get in the car and acting like nothing happened. Okay. " arah Tengku Mikhail membuka pintu kereta di bahagian belakang menyuruh anaknya duduk di sebelah Amira.

" Sayang papa marah awak ke?. " tanya Amira perlahan mengusap paha anaknya yang hanya mendiam sepanjang perjalanan pulang ke hotel yang di sewa oleh mereka.

" Nothing Ma. Papa tak marah Zard. " balas Tengku Adam Haizard sambil tersenyum manis pada ibunya.

" Then why zard diam saja?. "

" Just a little tired and sleepy. "

" Come here. " panggil Amira menepuk pahanya, Tengku Adam Haizard dengan perlahan melabuhkan kepalanya atas riba Amira.

Tangan Amira mengusap perlahan rambut anaknya yang baru berusia 4 tahun itu tetapi di didik tegas oleh suaminya.

Dapat di rasa pahanya berasa panas dan lembab dengan air mata Tengku Adam Haizard tapi sikit suara pun tidak di dengari.

Dia menanggis bukan kerana di marah oleh ayahnya tetapi kecewa dengan dirinya yang careless membiarkan orang luar mendekati ibunya.

Tengku Mikhail hanya memandang jalan tanpa memberi sebarang minat mendengar perbualan isteri dan anaknya.

Hatinya tika ini serba salah tetapi pantas di tepih perasan itu.

" ABANG... " Amira mengejut Tengku Mikhail dengan mencekam kuat lengan suaminya yang sedang tidur lena di sebelahnya.

" ABANG!!. " jerit Amira.

" Hah kenapa...? Kenapa...?." tanya Tengku Mikhail terpinga-pinga bangun dari tidur.

" Mira nak Arhh... " tubuh Amira terus di cempung oleh Tengku Mikhail keluar bilik.

" Amir! Amir!. " jeritan Tengku Mikhail pada koridor itu membangunkan ramai penghuni lain yang turut menyewa hotel itu.

Suasana di koridor itu menjadi hingar bingar dengan suara penghuni.

" Bakpe nok?. " tanya seorang mak cik yang baru keluar bilik bersama cucu perempuannya.

" Isteri saya sakit mak cik. "kata Tengku Mikhail panik.

Ini kali pertama dia berasa panik seperti ini. Dia jadi panik dengan Amira yang mencekam kuat lengannya dengan kuku untuk menahan kesakitan.

" Isteri mung nok besaling ni nok, bawok cepat gi pital. " arah mak cik tu.

" Terima kasih mak cik. " kata Amir bagi pihak Tengku Mikhail yang sudah berlari keluar dari hotel itu dengan mendukung Amira.

" Sayang lepaskan tangan abang sekejap. Abang nak buka pintu. "

" Bos cepat naik!. " Arah Khairul yang sudah berada di dalam kerata.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience