Sesal

Romance Series 135490

Jam menunjukkan tepat jam 10 malam, Nadhira bergegas keluar dari tempat kerjanya ingin cepat menuju ke hostel. Khawatir dengan sahabatnya. Dia mencapai handphone di dalam begnya untuk menghubungi Syaza. Tapi tak di angkat. Makin risau Nadhira dibuatnya. Terasa lemah langkah kakinya. Risau!

Langkah Nadhira semakin laju, namun hatinya makin berdebar setiap kali panggilannya tidak dijawab. Degupan jantungnya semakin pantas, penuh dengan kegusaran. ‘Syaza, angkatlah…’ desisnya dalam hati, namun tiada jawapan.

dia sampai jua di depan pintu hostel yang mereka tempati. Tangannya terus menggeledah isi beg, setiap saat yang berlalu terasa makin menyesakkan dada. Hatinya makin risau saat melihat suasana hostel yang gelap dan sunyi.

Akhirnya, dia menemui kunci itu dan dengan cepat membukanya. Bunyi kunci yang beradu dengan logam pintu terasa begitu nyaring dalam kegelapan yang hening. Pintu perlahan terbuka, dan Nadhira melangkah masuk dengan hati-hati. ‘Syaza, kau di rumah, kan?’ bisiknya dalam hati, penuh harap.

Dia menjenguk ke dalam, namun kegelapan masih menyelimuti seluruh ruangan. Rasa cemas di hatinya makin menggunung, seolah-olah suasana hening itu sendiri menyimpan sesuatu yang menakutkan. Dengan tangan yang sedikit gemetar, dia menekan suis lampu, namun hanya kesunyian yang menyambutnya. Matanya terus mencari-cari bayangan Syaza di ruangan yang masih gelap itu.

Dia berdiri betul di hadapan pintu bilik Syaza. Tangannya terangkat untuk mengetuk, namun ragu-ragu, terhenti di tengah udara. ‘Syaza… kau ada dalam, kan?’ bisiknya, suara yang nyaris tak terdengar dalam keheningan. Tangannya menggenggam erat kenop pintu, jari-jemarinya sedikit gemetar. Setiap inci pintu yang terbuka membuatkan rasa takutnya semakin membuncah, namun dia terus menolak pintu, berusaha menenangkan hati.
Perlahan rasa cemas yang menghimpit dada Nadhira menghilang, digantikan dengan kelegaan yang mendalam. Dia menghembuskan nafas lega saat melihat Syaza, yang santai berbaring dengan earphone terpasang, asyik menonton drama di laptop. Nadhira hampir tertawa melihat betapa asyiknya Syaza dengan dramanya, tidak menyedari situasi cemas yang baru dialami oleh Nadhira. Dia menggeleng kepala, merasa sedikit lucu dengan rasa khawatir yang berlebihan tadi.

Dalam keasyikkan melayan drama, Syaza terasa seperti ada seseorang yang sedang memerhati. Dia menoleh ke belakang dan terkejut melihat Nadhira berdiri di sebelahnya. Syaza tersentak, earphone hampir terjatuh dari telinganya. ‘Ya Allah, Nadhira! Buat terkejut je!’ ucapnya sambil menghela nafas lega, tangan diletakkan di dada.

Syaza memandang Nadhira dengan mata yang terbuka lebar, lalu tertawa kecil. ‘Tak ada kerja lain ke nak buat selain buat aku terkejut? Aduh, nasib baik jantung aku kuat,’ katanya sambil tersenyum. Nadhira ketawa hingga air mata mulai berkumpul di hujung matanya. ‘Bayangkan aku sibuk call kau sepanjang jalan, risau entah apa-apa. Rupanya kau selamba saja layan drama,’ ujarnya di sela ketawa.

Melihat Nadhira tertawa lepas, Syaza tak mampu menahan senyum. ‘Sungguh risau kau pasal aku?’ balasnya dengan tawa kecil, merasa terhibur dengan reaksi sahabatnya yang sangat peduli.

Bayangkan aku tak boleh fokus dengan kerja, sebab asyik terbayang benda buruk berlaku pada kau. Kalau aku tahu kau cuma selamat dalam bilik ni, mesti dari tadi aku dah ketawa!’ Nadhira menghela nafas panjang, rasa lega akhirnya dapat meluahkan.
'Rasa macam nak marah diri sendiri sebab terlalu risau, tapi hati aku tak boleh tenang tadi! Tengok je lelaki annoying tu ikut kau keluar, terus semua benda dalam kepala aku jadi tak keruan,’ kata Nadhira sambil menggenggam erat tangan Syaza.

Syaza tertawa lepas. "Nadhi, kau sungguh tak ingat sape mamat annoying tuh?"soal Syaza. Nadhira menggelengkan kepalanya.
Syaza masih tersenyum lebar, seolah-olah soalan itu adalah sesuatu yang lucu baginya. ‘Seriuslah kau tak ingat, Nadhi? Dia tu bukannya orang asing, tau,’ katanya sambil mengangkat kening.

Nadhira menggeleng dengan ekspresi bingung, berusaha mengingat sesuatu yang mungkin penting. ‘Serius, aku memang tak ingat langsung siapa dia. Kau ni cakap macam aku patut kenal dia,’ balasnya sambil mengerutkan dahi.
"‘Ya Allah, Nadhi, kau ni memang legend!’ Syaza tertawa lagi, sambil menutup mulutnya. ‘Kalau kau tahu siapa dia, mesti kau sendiri gelak nanti!’ katanya sambil memandang Nadhira penuh makna. Kau ni buat aku makin tertanya-tanya saja! Siapa dia sebenarnya, Sya?’ tanya Nadhira, suara sedikit mendesak. Pandangan matanya menuntut penjelasan.

Syaza hanya tertawa, menikmati kebingungan Nadhira. ‘Nanti kau akan tahu juga. Tapi aku takkan bagi tahu kau sekarang. Seronok tengok kau tertanya-tanya,’ katanya sambil tersenyum nakal. Nadhira menggigit bibirnya, mula rasa geram dengan reaksi Syaza. ‘Sya, janganlah main-main. Serius aku tak ingat siapa dia. Kau ni memang nak kena,’ katanya sambil tersenyum sinis. Hmmm, patut ke aku bagi tahu, ke biar kau terfikir-fikir dulu?’ Syaza mengusik lagi, sengaja mahu melihat Nadhira kebingungan.

" Cepatlah Sya bagitahu. Kau tahu kan aku ni sejenis seketul manusia yang curiosity dia tinggi. Kau sanggup ke tengok aku tak tidur malam ni duduk memikir siapa mamat tu!" rengek Nadhira memandang Syaza dengan wajah berharap.

Eh, bukannya aku yang tak bagi kau tidur, Nadhi,’ jawab Syaza dengan selamba, mengangkat bahu. ‘Kau yang overthinking sangat pasal lelaki annoying tu,’ katanya sambil tersengih.
'Kalau kau tak nak bagi tahu, aku merajuk betul-betul!’ Nadhira berkata sambil memalingkan wajah ke arah lain, namun matanya sesekali melirik Syaza, berharap dia akan mengalah.

‘Okay, okay, tapi kau kena janji tak gelak kalau aku bagitahu nanti,’ Syaza berkata, menahan senyum sambil memandang Nadhira yang kelihatan sangat berharap. ‘Hmm… tapi rasanya aku nak bagi kau fikir sikit lagi,’ katanya sambil ketawa.
Nadhira mengeluh, mengusap dahinya yang terasa berdenyut. ‘Tak sangka sahabat sendiri sanggup buat aku macam ni. Aku nak tahu sangat ni, Sya. Kasihanilah aku!’ katanya dalam nada dramatik. Makin kuat kedengaran tawa Syaza.

" Okaylah okaylah. Tuh abang aku lah. Abang Sayf. Kau ni, abang aku pun kau boleh lupa."
Nadhira tersentak, matanya terbeliak. ‘Hah? Itu abang kau? Abang Sayf. SAYF AQIF?!’ Suaranya sedikit meninggi, tak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar.
"‘Ya Allah, aku tak perasan langsung itu abang kau, Sya!’ Nadhira menepuk dahinya sambil ketawa kecil, tak menyangka lelaki yang dipanggil ‘annoying’ itu adalah Sayf. "Aku betul-betul tak ingat langsung muka dia, Sya. Maaflah, aku ingat dia… orang asing,’ Nadhira menggaru kepala sambil tersenyum malu.

Syaza ketawa melihat reaksi Nadhira. ‘Hah, kan dah cakap tadi kau akan gelak bila tahu siapa dia!’ katanya sambil menepuk bahu Nadhira. Nadhira tertawa malu-malu, masih tidak percaya apa yang baru dia dengar. ‘Aku ingat dia orang lain tadi. Tak sangka betul aku,’ ujarnya sambil tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience