Keadaan di dalam kereta itu sunyi. Hanya kedengaran bunyi lagu daripada siaran radio sahaja. Kemudian terdengar pula celoteh daripada dj radio yang bertugas pada waktu malam.
Hara melontarkan pandangannya keluar tingkap. Menghayati pemandangan malam. Pemandangan yang penuh dengan cahaya dari lampu kereta. Dia cuba menenangkan jiwanya yang sedang serabut dengan perkara yang terjadi kepadanya kebelakangan ini. Hara menghela nafas panjang. Cuba meringankan beban yang sedang ditanggung hatinya.
"Mama suruh kita pegi honeymoon." Iqbal berkata, memecah sunyi yang semakin membelenggu antara mereka berdua.
Hara menoleh memandang suaminya itu. "Apa dia? Honeymoon?"
"Yela, honeymoon. Kenapa?"
"Bila?" Soal Hara. Seronok juga kalau dapat bercuti. Dapatlah dia tenangkan fikirannya yang macam wayar berselirat sekarang ni. Serabut. 'Tapi Ra, macam mana kalau mamat ni amik kesempatan dekat kau? Honeymoon ni cuma alasan dia je. Macam mana kalau dia.. Dia cuba nak buat benda tu!? Macam mana kalau kau mengandung nanti!? Argh!!!! Tidak..!'
"Aku.. Aku tak nak." pantas Hara menjawab. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Tak nak apanya?" Iqbal menoleh sekilas memandang Hara. Tiba-tiba tak nak pula.
"Aku tak nak pergi." Hara tunduk.
"Apasal? Ni mama nak belanja. Sampai hati kau nak kecikkan hati mama?"
"Tak, bukan aku nak kecikkan hati mama."
"Dah tu?"
"Aku.. Aku takut tak dapat cuti. Kan aku baru cuti minggu lepas. Tak kan baginya Encik Amir tu kalau aku nak cuti lagi." Hara beralasan.
"Eee!" Iqbal mengangkat tangannya cuba mahu meluku kepala Hara tetapi kali ini isterinya itu sempat mengelak.
"Cakap jela. Tak payah luku-luku. Aku ketuk kau karang!" Hara mengangkat tangannya pula. Acah-acah mahu mengetuk kepala lelaki itu.
"Kita bukan nak pergi dalam bulan ni. Tunggu la dulu. Kau ni pun. Tu laa.. Lain kali kalau suamimu yang hensem lagi macho ni cakap tolong fokus ye Cik Hara. Eh bukan Cik dah. Puan. Puan Hara. Lain kali fokus. Jangan nak berangan jee."
"Hensemlah sangat. Nak muntah aku dengar. Uweekkk!" Hara memegang dadanya. Membuat mimik seperti orang sedang muntah.
"Hahaha kau jangan. Orang selalu cakap kalau orang dah kahwin ni muntah-muntah maknanya perutnya ada isi." Iqbal tersenyum. Gembira mungkin membayangkan kalau dia sudah mempunyai anak nanti.
"Eee... Tolonglah." Hara mencebik. "Tak payah nak senyum-senyum sangat aku tampar kang."
"Hahaha baiklah sayangku..."
Hara menarik muka. Malas mahu melayan perangai tak senonoh Iqbal.
***
"Ara, esok aku yang ambil and hantar kau. Tak payah naik dengan Alicia lagi." Iqbal memberhentikan keretanya di hadapan rumah sewa Hara. Dia menoleh memandang Hara.
"Emm."
"Dengar tak ni?" Soal Iqbal. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Hara. Hanya 'Emm' dia ingat aku ni siapa?
"Ye.. Aku dengar. Dah la bukak pintu ni. Aku nak masuk."
"Aik, terus pergi?"
"Dah tu? Kau nak aku buat apa? Sayang kau? Eh tak kuasalah aku."
Iqbal mengangkat tangan kanannya. Dihulur ke arah Hara.
"Apa?" Hara menepis tangan Iqbal. Masih tidak dapat menangkap niat hati lelaki itu.
"Salamlah. Kau nak keluar ke tak nak ni?"
Terbuntang mata Hara mendengar permintaan Iqbal. "Salam?"
"Ha laa.. Salam. Cepat." Iqbal menghulur tangannya sekali lagi kepada Hara. Kali ini lebih dekat dengan pipi Hara.
Hara mengelabah. Dup dap. Dup dap. Jantungnya berdebar. Perasaaan gemuruhnya macam nak ambil anugerah di atas pentas pula. Padahal nak salam tangan je. 'Suami sendiri Ra. Rilek. Rilek.' Gumamnya.
Lambat-lambat Hara menyambut huluran tangan Iqbal. 'Okay, dah salam' Hara cuba menarik tangannya dari tangan Iqbal namun Iqbal menahan.
"Apa lagi? Kan aku dah salam ni? Kau ni orang dah bagi betis nak paha pula." Hara merenung Iqbal. Mulutnya muncung.
"Cium." Iqbal menghulurkan tangannya yang sedang memegang tangan Hara. "Cepat cium."
"Cium!? Eh kau gila!? Tak nak aku. Lepas!"
"Kau nak cium tangan ke atau kau nak aku cium kau? Kau pilihlah."
Hara tersentak. Peristiwa di kedai buku siang tadi bermain di benaknya. Pantas dia mencium tangan Iqbal. Sebenarnya bukan pakai mulut tapi pakai dahi je. 'Muahaha lantakkan dia. Minta bukan-bukan'
"Haa macam tu laa.. Okay. Esok jangan bangun lambat pula. Masuk dalam mandi, makan lepas tu tidur." Iqbal berkata. Dia membuka kunci pintu kereta.
"Baiklah Tuan Iqbal." Balas Hara mengejek cara Iqbal memberinya arahan itu ini. Setelah itu Hara melangkah keluar dan menutup pintu kereta. Dia menunggu Iqbal beredar dari rumahnya sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.
***
Setelah pasti keretanya berkunci. Iqbal melangkah masuk ke dalam rumahnya. Suasana sunyi. Rumah banglo dua tingkat itu hanya dihuni oleh dia seorang. Pantas kakinya melangkah pergi ke dapur dan mengambil air sejuk di dalam peti ais. Diteguk rakus bagai dia baru sahaja terlepas dari padang pasir. Kehausan dan sangat memerlukan air. Setelah itu, dia terus melangkah naik ke bilik di tingkat dua.
Tanpa membersihkan diri, Iqbal terus menghempaskan badannya yang berlengas di atas katil. Penat. Dia memejamkan matanya. Bayangan wajah Hara kini bermain di benaknya sambil diiringi alunan bunyi cengkerik di luar. Menjadi satu alunan muzik yang indah baginya. Tetapi mungkin menyeramkan bagi sesetengah manusia.
Di.... Balik waktu.. Aku mencari.. Diriku yang hilang... Di dasar ini.. Semakin sunyi.. Semakin jauhh..
Iqbal membuka mata. Meraba poket seluarnya. Telefonnya berbunyi. Dilihat nama pemanggil. "Mama."
Segera dia menyapu papan skrin ke kanan untuk menyambut panggil daripada mamanya itu.
"Hello ma. Assalamualaikum."
"Hai anak mama. Macam mana? Sihat?"
"Sihat je ma. Cuma badan je sakit-sakit sikit. Penat. Kerja banyak."
"Aih. Kamu tu kan dah ada isteri. Suruhlah isteri kamu tu urutkan."
"Err takpelah ma. Kesian Ara. Dia pun penat juga tu. Sama-sama kerja."
"Haa takpela. Ni mama nak tanya. Macam mana dengan plan honeymoon yang mama cakap tu? Ara nak?"
"Emm Ara nak tapi mungkin bukan dalam masa terdekat ni kot ma. Iqbal pun banyak kerja nak kena buat."
"Laa habis tu bila? Panggil Ara. Mama nak cakap dengan dia."
Bagai terkena renjatan elektrik, Iqbal terus terduduk. Segala rasa penatnya hilang. Perasaan gelabahnya kembali. Dia berpeluh. "Err Ma nak cakap dengan Ara? Tak payahlah ma. Cakap dengan Iqbal je eh. Iqbal rindu nak dengar suara ma." Iqbal berkata. Terketar-ketar. 'Ni kalau mama tahu Ara tak duduk dengan aku, masak aku ni.' hatinya berkata. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kamu dah kenapa? Mama nak cakap dengan dia. Panggil dia."
'Macam mana ni? Macam mana ni?' Iqbal sudah berdiri. Mundar mandir di dalam bilik. Otaknya ligat berfikir mencari alasan untuk mamanya itu. "Err Ara... Ara tak ada ma."
"Tak ada? Dia pergi mana?"
"Dia pergi.. Pergi.. Err kedai.. Haa dia pergi kedai.."
"Kedai!? Malam-malam ni sorang-sorang!? Kamu tak teman dia Iqbal!?"
Iqbal menepuk dahinya. 'Yang aku cakap dia pegi kedai kenapa. Aduyai.'
"Kedai? Ehh tak la. Sape kata dia pergi kedai. Orang cakap dia pergi tandas. Mama salah dengar kot. Kedai tandas. Kedai tandas. Kan dekat-dekat tu ma. Hehe."
"Kamu cakap betul-betul ni Iqbal. Mama belum pekak tahu."
"Betullah ma. Tandas." Iqbal menjauhkan sedikit telefon daripada telinganya. "Ha ye, ye sayang. Abang tengah cakap dengan mama ni. Nanti abang tolong amikkan." Ucap Iqbal sedikit menjerit. Kemudian dia mendekatkan kembali telefon di telinganya.
"Haa okaylah ma. Ara minta tolong amikkan sabun. Sabun dah habis. Lain kali kita sembang lagi ye ma."
"Herm ha yela. Jaga diri kamu. Kirim salam Ara. Assalamualaikum."
"Okay ma. Waalaikumsalam."
Panggilan dimatikan. Fuhh.. Iqbal menarik nafas lega. "Si Ara ni pun satu. Kalau dia duduk dengan aku takdelah aku susah-susah nak tipu mama. Ara. Ara." Iqbal mengelengkan kepalanya kemudian kembali menghempas badannya di atas katil. "Haihhhh.." Satu keluhan panjang dilepaskan.
Share this novel