"Encik Iqbal, Dato' Mustafa nak jumpa."
Iqbal mengangkat mukanya memandang Siti. "Benarkan Dato' masuk." arah Iqbal.
"Dato' silakan." Siti tersenyum memandang Dato' Mustafa yang cengil. Mukanya ketat betul. Apa bala lagilah yang nak melanda office ni.
Iqbal berdiri untuk menerima kedatangan tetamu istimewa itu. "Jemput duduk Dato'."
"Mmm.." Dato' Mustafa melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terdapat di dalam bilik Iqbal.
"Dato' sihat?" soal Iqbal. Cuba beramah mesra dahulu sebelum Dato' Mustafa memberitahu hajatnya yang sebenar.
"Aku sihat je. Kau sihat?" Dato' Mustafa berkata dengan suara yang agak parau. Matanya masih tak putus merenung Iqbal sehingga lelaki itu rasa tidak selesa.
Iqbal menelan air liurnya. Fikirannya sudah timbul pelbagai-bagai spekulasi yang buruk-buruk. Mungkin Dato' datang sini sebab nak memarahinya pasal Wawa. Mungkin sebab ingin memukulnya untuk balas dendam. Mungkin sebab ingin...
"Aku ada dengar cerita dari Wawa." kata Dato' Mustafa lagi setelah Iqbal tidak menjawab soalannya sebentar tadi.
Ya! Tekaannya tepat. Memang pasal Wawa. Memang tak ada benda lain. Mesti kes penampar jepunnya yang singgah di pipi Wawa tempoh hari. Iqbal berdehem. "Cerita apa Dato'"
"Cerita pasal kau. Betul apa yang aku dengar ni?"
Dada Iqbal semakin berdebar. Berdegup laju lebih daripada biasa. Mukanya pucat. Tak tahulah apa yang dia takutkan sangat dengan Dato' Mustafa ni. Mungkin sebab muka lelaki itu yang cengil atau suaranya yang parau atau sebab renungan lelaki itu yang menikam masuk ke dalam matanya sehingga membuat seluruh tubuhnya pucat tanpa sebarang darah yang mengalir. "Cerita apa ni Dato'?"
"Wawa ada cerita dengan aku. Dia kata kau dah kahwin. Betul ni Iqbal?"
"Be.. Betul Dato'" jawab Iqbal terketar-ketar.
"Dengan siapa?" soal Dato' Mustafa lagi.
"Err dengan perempuanlah Dato' , tak kan lelaki pula."
"Pandai mu loya buruk ye."
"Hehe." Iqbal memegang kepalanya. Spontan sahaja ayat itu keluar dari bibirnya.
"Dengar sini Iqbal. Aku tak kisah kamu nak kahwin dengan siapa pun. Aku dok marah." jelas Dato' Mustafa. Mukanya semakin tenang berbanding tadi.
"Biar betul ni Dato'?"
"Buat apa aku nak marah. Tu jodoh kamu."
"Jadi kenapa Dato' datang sini?"
"Aku cuma nak tanya apa pasal kamu lempang Wawa hari tu. Dia cerita dengan aku , kamu lempang dia sebab kamu tak suka dia dan isteri kamu buruk-burukkan dia, betul Iqbal?"
"Herm.. Itu ke yang Wawa cerita?" Iqbal tunduk. Kenapalah Wawa ni tak pernah kenal erti putus asa. Penat rasanya mahu melayan ragam Wawa ni. Sekarang dia libatkan Dato' Mustafa pula. Haih. Wawa , Wawa.
"Yela. Tu aku datang sini tanya kamu. Apa pasal kamu tampor anak aku. Aku bukan tak caya Wawa cuma aku kenal perangai dia macam mana. Aku nak kepastian. Ni aku datang jumpa kamu."
"Bukan tu yang jadi Dato'. Saya dengan isteri saya tak pernah burukkan Wawa. Isteri saya pun tak pernah face to face dengan Wawa. Macam manalah dia nak buruk-burukkan Wawa pula." jujur Iqbal menerangkan segalanya.
"Mmm jadi apa sebab kamu pukul dia?"
"Dia... Kata isteri sama macam-macam. Saya sakit hati Dato'. Dia kurang ajar sangat. Saya betul-betul minta maaf sebab dah angkat tangan dekat anak Dato'. Saya tak sengaja." mohon Iqbal bersungguh-sungguh. Dia boleh je buat tak endah dengan kata-kata Dato' Mustafa atau marah sahaja orang tua itu tapi bila terkenangkan papanya dia cuba melayan Dato' Mustafa sebaik mungkin. Dia tak mahulah disebabkan dia syarikat papanya porak peranda pula kerana Dato' Mustafa juga ada memegang share di dalam syarikat papanya.
"Mmm.." Dato' Mustafa hanya terdiam mendengar jawapan Iqbal. Kemudian dia melepaskan satu keluhan nafas yang berat dan berdiri mendekati Iqbal. Ditepuk bahu anak muda itu. "Tak apa. Aku tak marah. Kalau isteri aku kena hina dengan orang pun aku akan buat benda sama. Jaga isteri kau elok-elok. Aku tahu perangai anak aku. Dia tak akan berdiam diri pasal benda ni. Mmm. Salah aku juga sebab terlampau manjakan dia dulu."
Iqbal hanya membisu mendengar kata Dato' Mustafa. Sebenarnya dia sendiri tak tahu nak balas apa. Jadi baik diam je.
"Aku balik dulu. Kamu jaga diri elok-elok. Sudahlah kahwin tak jemput aku. Papa kamu ni memang nak kena."
"Hehe ni permintaan isteri saya Dato' , takde kena mengena dengan papa. Papa cuma ikut cakap saya je."jelas Iqbal.
"Amboi, macam tu pula. Haa takpelah. Aku balik dulu."
"Baik Dato'. Hati-hati jalan tu." ucap Iqbal sambil memerhatikan Dato' Mustafa bergerak pergi sehingga hilang dari pandangannya. Dia mengerling jam ditangannya. Sudah pukul 1:30 petang. Waktu-waktu macam ni dirinya sudah berada di hospital melihat Hara. Itu pun melihat dari jauh. Dia tahu Hara tak dapat memaafkannya lagi. Cukuplah sekadar dia dapat melihat wanita itu sihat dan wajahnya ceria kembali. Walaupun dari jauh tapi dia tetap bersyukur.
Iqbal mencapai kunci keretanya serta telefon pintar. Segera dia melangkah keluar setelah meninggalkan sedikit pesanan kepada Siti.
Enjin kereta dihidupkan. Sementara menunggu enjin panas Iqbal membuka telefonnya dan melihat ke laman sosial Twitter miliknya. Begitu banyak ayat yang sama di Twitter. Copypaste semuanya. Kadang kala naik bosan Iqbal membaca. Setiap hari benda yang sama. Sedang leka dia melayari internet, satu khidmat pesanan ringkas daripada aplikasi whatsapp masuk. Nama Wawa keluar. Di biarkan sahaja. Malas mahu melayan. Dia matikan telefon pintarnya dan mula bergerak ke hopital.
***
Iqbal mencium bau bunga ros yang berada ditangannya. Hanya sekuntum. Baunya harum. Dia harap semasa dia sampai ke wad nanti Hara sedang tidur. Dapatlah dia menyelinap masuk dan letakkan bunga disisi wanita itu. Iqbal tersenyum girang. Langkah kakinya dipercepatkan ke wad Hara.
Setelah sampai di wad, segera Iqbal ke bilik yang menempatkan Hara. Dia mengintai di balik pintu. Tapi hampa sebab Hara menutup langsirnya sehingga ke kaki. Jadi mukanya terlindung. Tak dapat dipastikan sama ada Hara sedang tidur atau tidak. Keadaan juga sunyi. Jadi Iqbal anggap Hara sudah tidur.
Dia melangkah masuk perlahan-lahan dan menutup pintu dengan cermat. Tak mahu mengeluarkan sebarang bunyi. Tak mahu menganggu sang puteri yang sedang beradu. Langkah kakinya dipastikan juga tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
Iqbal mendekati katil Hara. Diselak sedikit langsir yang menutupi katil wanita itu. Sebaik dibuka , Iqbal terkesima. Matanya bagai tak percaya apa yang dia lihat sekarang ni. Memang benar Hara sedang tidur tapi... Kenapa ada lelaki disisinya!? Hatinya mula terbakar. Ditolak kuat lelaki yang juga sedang tidur disisi Hara. "Kau siapa ha!? Apa kau buat dengan isteri aku!?" Suara Iqbal kuat bagai halilintar. Matanya merenung tajam ke lelaki itu.
"Apahal ni?" Hara mengosok-gosok matanya. Kepalanya agak sakit sebab terbangun secara mengejut.
"Siapa ni Ara!?" suara Iqbal meninggi. Hampir menengking.
Fatah yang ditolak jatuh oleh Iqbal segera berdiri. "Aku Fatah. Kau pernah jumpa aku dekat supermarket dulu." Fatah menghulur tangannya. Ingin bersalam dengan Iqbal namun lelaki itu nampaknya sedang dirasuk rasa cemburu.
Iqbal menepis tangan Fatah. Sekarang dia ingat siapa lelaki yang berada disisi Hara tadi. Dia ingat segalanya. Cuma satu... Dia tak kenal siapa lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Fatah dalam hidup Hara. Iqbal hanya buat tak endah kata-kata Fatah. Dia mendekati Hara. "Ara! Kau jawab aku! Apa benda semua ni!? Kenapa lelaki yang kau kata tak penting ni ada dekat sini!? Cakap Ara!" ditarik-tarik tangan kiri Hara. Memaksa wanita itu bercakap.
"Lepaslah! Sakit!" Hara cuba menarik tangannya dari terus dipenggang Iqbal. Genggamannya sungguh kuat.
"Bro... Tak baik buat macam ni bro. Ara tak tahu pape pun. Kau lepaskan dia bro." kata Fatah. Cuba untuk menenangkn keadaan yang kacau bilau itu disebabkan Iqbal.
"Kau diam! Jantan tak guna! Banyak perempuan lain dekat luar isteri aku juga kau nak! Terdesak sangat ke kau sampai isteri orang pun kau nak sapu! Bangsat!"
"Iqbal! Kau jangan berani cakap dengan dia macam tu! Kau lepaskan tangan aku!" Hara menarik kasar tangannya.
"Kau jaga mulut kau sikit. Tak pasal-pasal makan penumbuk kau karang." Fatah cuba bersabar sehabis boleh walaupun dalam hatinya sudah membara api kemarahan bila Iqbal memanggilnya bangsat.
"Heh.." Iqbal tersenyum sinis. Bagaikan ugutan Fatah itu hanya kecil. Tak mendatangkan kesan hatta perasaan takut pun dalam hatinya. Sedikit pun tidak. "Kau ingat aku heran sangat dengan penumbuk kau? Aku tanya lagi sekali kau siapa ha!?"
"Diam! Sudah! Aku tak nak dengar korang bergaduh dekat sini! Pergi keluar!" kata Hara. Tak tahan lagi dia lihat pergaduhan di hadapannya.
"Asal kau tak nak dengar? Sebab kau takut hati kau lukalah kalau aku kutuk bangsat ni?" Iqbal memandang Hara tajam. Fikirannya betul-betul tak waras sekarang ni. Yang dia mahu hanya ingin melepaskan amarah yang terpendam dalam hati. Mahu dihambur keluar semuanya. Biar puas. Biar tenang hatinya. "Heh, patutlah kau marah sangat bila aku datang rupanya nak dating. Hahaha wow. Hebat Ara. Hebat." Iqbal menepuk-nepuk tangannya.
"Apa kau cakap ni Iqbal? Aku tak dating dengan sesiapa pun! Kau jangan nak main tuduh!"
Fatah hanya membisu. Memerhati segala tingkah laku Iqbal. Jika lelaki itu melebihi batas. Siaplah. Penumbuk sulongnya hinggap dipipi lelaki yang tak reti menjaga bahasa itu.
"Tuduh? Hahaha aku sendiri nampak. Nampak dengan mata aku. Kau berdua-an dengan lelaki ni! Entah-entah anak yang gugur tu pun bukan anak aku."
"Iqbal! Apa kau cakap ni!? Aku tidur dengan kau je! Sampai hati kau kata aku macam tu! Suami jenis apa kau ni!?" suara Hara meninggi. Sungguh dia tak sangka sampai begitu sekali Iqbal menganggapnya sekarang.
"Bro... Jaga mulut kau. Lagi sekali aku cakap. Hara suci. Dia setia dengan kau je. Kau jangan nak ikut hati sangat. Merana kau nanti bro."
"Ahh! Korang berdua sama je! Menipu aku! Dalam diam tikam aku! Kau tunggu Ara. Kalau ini yang kau nak aku akan tunaikan. Aku tak kan seksa kau dalam hidup aku lagi. Kita akan berpisah! Haralina Binti..."
Bukk!
Iqbal jatuh tersembam di lantai hospital. Satu tumbukan padu hinggap di pipinya sebelum sempat dia habiskan lafaz. "Kau kawal sikit perasaan kau! Jangan jadi pondan yang main bertindak melulu! Kau fikir sikit perasaan Ara! Kau tak tahu apa tiba-tiba nak ceraikan dia!? Kau bodoh ke atau kau banggang!? Mana perasaan sayang kau untuk Ara? Senang-senang kau nak lepaskan dia macam tu!?" Fatah menarik nafasnya dalam-dalam selepas berkata. Takut dia pula yang hilang kawalan nanti.
Bagai nak terkeluar mata Hara memandang Iqbal. Kenapa? Kenapa perlu sampai bercerai? "Iqbal! Apa kau cakap ni!! Mengucap. Mengucap! Perlu ke sampai sejauh ni kau nak bertindak. Anak yang gugur tu anak kau!" Hara cuba memujuk. Dia tak tahu kenapa sekarang Iqbal kerap bertindak melulu mengikut hatinya. Lelaki itu sudah tidak setenang dulu atau mungkin sebenarnya Hara yang tak cukup mengenali Iqbal.
"Sudah!" tanpa mengambil peduli kata-kata Hara , Iqbal terus bergerak keluar dari bilik.
"Iqbal! Iqbal! Dengar cakap aku Iqbal! Dengar cakap aku!" Hara cuba hendak mengejar Iqbal. Dia sudah turun dari katil tetapi di halang Fatah.
"Tak payah kejar. Kau tak sihat sepenuhnya lagi...." Fatah memeluk Hara. Diusap kepala wanita itu meskipun berlapik kain tudung.
"Iqbal...." panggil Hara. Teresak-esak dia menangis di dalam pelukan Fatah. Kenapa jadi macam ni? Hatinya remuk. Seremuk-remuknya. Walaupun dia masih marah dengan Iqbal namun hati kecilnya tak sanggup untuk kehilangan lelaki yang sudah bertahkta dihatinya itu. Sudah menjadi raja di kerajaan hatinya. 'Iqbal.. Dengar penjelasan aku dulu..' hatinya merintih sayu.
Share this novel