Alicia dan Ridhwan tersengih memandang sesama sendiri. Muncul juga lelaki itu akhirnya.
Lelaki di luar restoran itu berjalan mendekati mereka. Talian telah pun diputuskan. "Boleh aku join?" soalnya setelah sampai ke meja Iqbal dan yang lain.
"Kau nak apa ha datang sini!?" Iqbal menengking. Dia sudah berdiri menghadap lelaki tersebut. Sudah bersedia untuk beradu tenaga.
"Woo.. Woo.. Bro.. Rilek.. Duduk-duduk. Jangan berdiri. Kita boleh bincang."
Bukk!
Satu penumbuk dilepaskan kepada lelaki dihadapannya. Terteleng kepala lelaki itu menerima buah tangan daripada Iqbal.
"Eh! Encik Iqbal! Sabar-sabar! Jangan bertindak melulu. Kita bincang elok-elok." Ridhwan menahan Iqbal daripada terus bertindak.
"Dia ni memang nak kena diajar!"
"Sabar Encik Iqbal. Duduk."
Iqbal akur. Dia duduk. Matanya masih memandang tepat ke arah lelaki yang telah menerima tumbukan padu daripadanya itu.
"Kau ni memang pendek akal." lelaki itu bersuara. "Kau sebagai lelaki patut lebih banyak bersabar. Bukan bertindak macam ni. Bodoh." sambung lelaki itu lagi.
"Kau siapa nak cakap aku bodoh!" Iqbal bangkit kembali namun pergerakannya terhalang oleh Ridhwan.
"Sabar semua. Sabar. Duduk Encik Iqbal. Duduk." Ridhwan cuba meredakan ketegangan yang berlaku.
Setelah keadaan kembali tenang Ridhwan kembali berbicara. "Sebenarnya saya yang ajak Fatah datang sini. Saya rasa kalau hanya saya dan Alicia yang terangkan dekat Encik Iqbal tanpa bukti mesti Encik Iqbal tak kan percaya. Cakaplah berpuluh kali pun mesti Encik Iqbal tak kan percaya. Jadi ni. Saya bawa sekali saksi dan bukti."
"Apa bukti yang dia ni ada?" soal Iqbal garang.
"Iqbal.. Bukti yang aku nak tunjuk ni memang sahih. Terpulanglah pada kau sama ada nak percaya atau tidak." Fatah mengeluarkan telefonnya. Dibuka kekunci dan mencari sesuatu sebelum menyuakan telefonnya pada Iqbal. "Kau boleh tengok sendiri benda tu. Sila pakai otak kau tu dengan betul. Tak pun kau tanya je perempuan sebelah kau tu."
Wawa menelan air liur. Tak senang hatinya dengan kata-kata Fatah. "Aa.. Apa maksud kau ha!? Aku tak kenal kau pun!"
Bagai tak percaya. Iqbal baca berkali-kali mesej yang berada di dalam telefon Fatah. Otaknya cuba menerima kebenaran yang sedang dibongkar oleh lelaki itu.
"Heh. Tak payah pura-pura lagilah Wawa. Semua dah pecah."
Wawa makin gelabah. Baru nak jadi jahat sikit dah kantoi. Bukannya dia buat teruk-teruk pun. Dia cuma... 'Kenapalah aku tak call pakai nombor lain?' sekarang hatinya mengutuk kecuaian dirinya sendiri.
"Text yang kau baca tu aku dapat masa Ara masuk hospital. Mula-mula aku abaikan je. Aku malas ah nak kacau rumah tangga korang. Then lepas tu nombor tu call aku pula. Aku tak kenal and dia pun tak kenalkan diri dia pada aku. Dia minta aku bersubahat dengan dia untuk pisahkan kau dengan Ara." terang Fatah panjang lebar.
"Then kau setuju?" soal Iqbal.
"Of course. Siapa yang tak nak bila dah ada peluang bersatu dengan seseorang yang dia sayang and yes, aku cuba masuk line. Aku cuba amik hati dia. Cuba nak buat dia jadi permaisuri hidup aku. Aku bawa dia jalan-jalan. Pergi makan, tengok wayang. Dia gembira tapi bila aku pandang dalam mata dia aku nampak betapa terseksanya dia masa tu. Betapa terlukanya hati dia and aku nampak betapa sayangnya dia dekat kau hingga merubah diri dia sampai jadi down macam tu." jelas Fatah lagi.
Satu keluhan berat dilepaskan oleh Iqbal. Kalau betul apa yang Fatah kata bermakna selama ini dia yang bersalah. "Macam mana kau tahu ni nombor Wawa sedangkan orang yang call kau tu tak kenalkan diri dia?" Iqbal cuba menimbulkan persoalan untuk mengugat kebenaran yang dikatakan oleh Fatah. Egonya masih ingin dipertahankan walaupun dalam hatinya sudah timbul rasa kesal yang mengunung.
"Ha! Betul tu! Kau jangan pandai-pandai nak tuduh aku!" Wawa pula berkata. Dia cuba mempertahankan diri walaupun peluang untuk Iqbal percaya kata-katanya sudah tertutup.
Fatah tersengih. "Sekarang ni zaman moden wei. Semua benda dihujung jari. Setakat benda macam ni senang je nak dapat tahu and kau tak payahlah nak tanya soalan yang kau sendiri dah tahu jawapannya. Kau boleh tengok sendiri nombor kat situ. Tu nombor Wawa. Kalau kau masih ragu, silakan. Call je nombor tu. Kredit aku banyak. Kau call and tengok sendiri fon siapa yang berbunyi. Tapi.. Aku tak tahulah kalau kau masih lagi nak nafikan hakikat yang dah terang lagi bersuluh ni."
"Tak! Kau tipu! Ni bukan nombor aku! You... I tak buat semua ni you. Ni mesti dorang sengaja nak kenakan I. Dorang tak suka tengok I dengan you bahagia. I tak salah you." Wawa menolak-nolak badan Iqbal. Dia merayu bersungguh-sungguh.
"You diam!" tengking Iqbal. Rimas dengan desakan Wawa.
Wawa tersentak. Impiannya untuk bersama dengan Iqbal makin pudar. Dia tahu Iqbal sudah mula mempercayai kata-kata dari tiga ekor monyet dihadapannya itu.
"Hahaha Wawa... Wawa.. Kau nak rayu apa lagi? Mana maruah kau? Kau terhegeh-hegeh dekat orang yang tak nak dekat kau sampai sanggup nak runtuhkan rumah tangga orang tu , mana maruah diri kau sebagai seorang perempuan yang layak dihormati? Kau sanggup letak darjat diri kau serendah-rendahnya demi mendapatkan apa yang kau nak? Aku betul tak faham dengan perangai macam kau ni." Fatah berkata sambil memandang sinis ke arah Wawa.
"Encik Iqbal.. Kami semua jumpa Encik Iqbal ni semata-mata nak tolong Ara. Saya dan Fatah ni cuma nak Ara bahagia dengan orang yang dia sayang. Orang yang dia pilih untuk sehidup semati bersama. Kami semua harap Encik fikirlah masak-masak sebelum lepaskan Ara." Ridhwan pula bersuara.
Alicia terangguk-angguk mendengar kenyataan Ridhwan. Setuju benar dia dengan kata-kata itu.
"Aku.. Aku masih tak boleh terima semua ni.." Iqbal berkata. Dia tunduk. Fikirannya teringat kata-kata hinaan yang dilemparkan kepada Hara. Betapa teruknya dirinya sehingga menghina wanita itu tanpa wanita itu dapat peluang untuk menjelaskan segalanya. Dia terasa bodoh.
"Aku rasa semua dah terlambat. Tak mungkin benda ni akan pulih seperti sedia kala. Aku dah banyak kali lukakan hati Ara. Padahal aku yang bersalah." Iqbal berkata lagi.
"Selagi you tak cuba, selagi tu you tak tahu Iqbal. Better you jumpa Ara and minta maaf dengan dia. Semuanya masih belum terlambat Iqbal." Alicia memberi kata semangat sambil menghadiahkan senyuman kepada Iqbal.
"Tak Alicia. Semua dah terlambat. Semua dah terlambat." Iqbal memegang kepalanya. Teresak-esak lelaki itu menangis. Menyesali tindakannya terhadap Hara.
"Pfftt.. Jangan jadi jantan pengecutlah Iqbal. Cukuplah kau jadi jantan bodoh. Pergi jumpa Ara. Pergi cakap dengan dia yang kau sayang dia. Pergi..." Fatah pula cuba memberi kata-kata semangat kepada Iqbal.
"Macam mana kalau Ara tak nak jumpa aku?" soal Iqbal lagi. Sungguh dia rasa ragu-ragu untuk berjumpa Hara. Tak mungkin wanita itu akan memaafkan dirinya.
Fatah menghela nafas kuat. Penat mahu bercakap dengan lelaki yang berjiwa wanita ni. Ish! "Lebih baik hilang lepas jumpa dari hilang tanpa khabar berita. Kau akan menyesal seumur hidup kau. Tak kiralah lepas ni Ara nak kau lepaskan dia or apa-apa jela keputusan dia yang penting kau kena bagitahu dia. Bagitahu perasaan kau. Bagitahu kau menyesal. Pleaselah Iqbal. Ara dah pernah rasa sakit masa dengan aku. Aku tak nak kau ulangi kesilapan yang aku buat. Bahagiakan Ara... Semampu yang kau boleh."
Iqbal mengangkat mukanya. Memandang wajah Fatah, Ridhwan dan Alicia silih berganti. Semuanya mempamerkan riak wajah penuh harapan supaya dia berjumpa dengan Hara.
"You... Jangan pergi dekat perempuan tu. Dia dah lukakan hati you. Percayalah cakap I. Dia tak sebaik yang you sangka." Wawa cuba memujuk Iqbal sekali lagi walaupun dia tahu usahanya sia-sia tapi apa salahnya mencuba.. Kan?
"Ehh perempuan ni... Kau ni mulut celakakan? Memang nak kena hina , maki baru kau diam ke? Tak cukup aku sekolahkan kau tadi?" jerkah Fatah. Sakit hatinya mendengar pujuk rayu Wawa.
"Kau diamlah!" balas Wawa. Dia merenung tajam ke arah Fatah sebelum matanya beralih kembali ke arah Iqbal. "You.. You.. You percaya cakap I. I tak buat semua ni. Memang Ara yang salah. I betul-betul sayang you."
"Ara dekat mana sekarang?" soal Iqbal. Kata-kata Wawa dibuat tak endah.
Fatah , Ridhwan dan Alicia tersenyum gembira. Usaha mereka berjaya. Semuanya menjadi dan berhasil. Keadaan akan pulih kembali.
"Ara ada dekat rumah Azimah." jawab Alicia.
"Okay. Thanks guys. Aku akan ingat jasa korang." Iqbal berdiri. Dia ambil telefon dan juga kunci kereta yang terletak atas meja. Dia tekad untuk jumpa Hara. Tak kiralah Hara akan maafkan dia atau tidak yang penting dia berusaha. Dia kena bagitahu Hara yang dia bersalah selama ni. Ya! Dia mesti jumpa walau apa pun jadi!
"You! You! You nak pergi mana!?" Wawa menarik tangan Iqbal. Menghalang lelaki itu dari terus bergerak meninggalkannya.
"Lepas! Selama ni kau yang sebarkan perkara buruk tentang Ara. Aku pun tak tahulah macam mana aku boleh terpedaya dengan kata-kata perempuan ular macam kau ni!" Iqbal merentap tangannya dari terus dipegang Wawa. Segera langkah kakinya bergerak meninggalkan mereka di restoran itu. Dapat didengar dari hujung telinganya suara Wawa merayu-rayu kepadanya supaya jangan pergi.
Fatah memandang Wawa sambil bibirnya terukir senyuman sinis. "Kau nak menjerit-jerit apa lagi? Kau dah kalah. Wahai Cik Wawa, kau ingat eh.. Kau tu sorang je, Ara ada ramai orang dekat belakang dia. Kau silap nak cari pasal dengan Ara and kau silap juga sebab nak suruh aku bersubahat dengan kau demi tujuan kau yang merepek tu. Aku tak sanggup nak khianati Ara buat kali kedua. Aku lagi rela tengok dia bahagia dengan orang yang dia sayang daripada dia terseksa seumur hidup tengok orang yang dia sayang bahagia dengan orang lain."
"Kau memang jantan tak guna! Korang semua tak guna! Korang semua memang dengki dengan aku! Korang bodoh! Gila! Tak guna!"
"Hahaha kau cakap pasal diri kau sendiri ke? Kau tu yang bodoh , gila and tak guna. Move on lah wei. Tinggikan sikit maruah kau tu. Jangan rendah sangat macam baju kau yang tak cukup kain tu." Fatah berdiri. Dia memandang Ridhwan dan Alicia yang sedang tercengang melihatnya berlaga kata dengan Wawa. "Jom blah korang. Tak payah layan perempuan gila ni."
Bagai menerima arahan daripada ketua, terus sahaja Ridhwan dan Alicia bangun dan menurut. Mereka bertiga meninggalkan Wawa keseorangan di restoran tersebut.
"Iqbal......" Wawa merintih sayu.
"Hahaha kau ni bodohlah Iqbal. Aku dah cakap perempuan tu perempuan jalang. Kau menyesal nanti." terkekeh-kekeh Wawa ketawa.
"Iqbal......" rintihnya lagi berselang seli dengan ketawa.
***
"Assalamualaikum... Mah! Mah!" Iqbal mengegar pagar rumah sewa Azimah. Setelah lima minit dia terjerit-jerit barulah kelibat Azimah muncul di balik pintu.
"Haa kenapa kau ni? Terjerit-jerit. Buang tebiat ke?" Azimah mendekati pagar rumahnya.
"Mah.. Ara mana Mah? Ara ada dekat rumah kau kan? Panggil dia keluar Mah. Aku nak cakap dengan dia."
"Ara takde dekat rumah akulah. Dia dah keluar."
"Dia keluar pergi mana?"
"Aku tak tahu. Aku balik tadi bilik dia dah kosong."
"Kau... Kau tipu akukan? Ara ada dekat dalam sebenarnya. Kau tipu akukan? Ara! Ara! Abang ni sayang. Keluarlah.. Abang nak cakap dengan sayang.. Abang tahu abang dah banyak buat salah dengan Ara. Keluar sayang..."
"Woi! Kau gila ke? Aku cakap Ara takde. Dia dah keluar dari rumah aku ni." Azimah memandang sekeliling. Dia takut jeritan Iqbal mengundang kemarahan jiran-jiran sekelilingnya.
"Aku tak percaya!! Kau bukak pagar ni Mah! Bukak!" Iqbal sekali lagi mengegar pagar rumah Azimah.
"Eh Iqbal! Kau ni dah gila ke!? Aku cakap Ara takde! Ara takde!"
"Aku cakap bukak!!!" jerit Iqbal sekuat hati.
"Ha ye! Ye! Sabor!" Azimah terpaksa menurut. Kang dibuatnya Iqbal mengila dekat depan rumah dia ni tak ke naya nanti? Mati dia kena marah dengan jiran-jiran. Dah lah sekarang pun hampir separuh gila dia tengok Iqbal ni. Azimah menolak panggar rumahnya. Tapi belum sempat Azimah membuka pagar rumah sepenuhnya Iqbal telah meluru masuk ke dalam rumah.
"Ara! Ara! Maafkan abang! Abang bersalah dengan Ara. Sayang keluarlah.. " Iqbal ke ruang dapur. Tidak ada kelibat Hara. Pintu bilik air , bilik stor semua dibuka demi mencari Hara. Namun jasad itu masih tak dapat ditemui.
Iqbal melangkah naik ke tingkat dua pula. Segala bilik yang berada disitu dibuka sambil memanggil-manggil nama Hara sayu. Setelah puas mengeledah akhirnya Iqbal terduduk di hadapan pintu bilik terakhir yang dibukanya. "Mana awak sayang...?"
"Iqbal.."
Iqbal menoleh. Azimah sedang menyentuh bahunya.
"Sudahlah. Jangan macam ni. Ni rumah orang perempuan. Tak baik kau masuk rumah and buka bilik macam ni. Ni privacy kitaorang. Pergilah balik. Ara takde kat sini."
"Ara pergi mana Mah?" soal Iqbal dengan suara yang sudah menjadi serak.
"Aku tak tahu. Kalau aku tahu dah lama aku bagitahu. Sumpah memang aku tak tahu. Ara tak bagitahu apa-apa." jawab Azimah. Timbul rasa simpatinya melihat keadaan Iqbal sekarang. Niat hati memang mahu menolong tapi apakan daya, dia sendiri tak tahu di mana Hara sekarang.
Iqbal mengangguk lemah mendengar jawapan Azimah. Dia kembali berdiri dan mengesat peluh didahinya."Maafkan aku Mah." ucap Iqbal sebelum kakinya segera melangkah keluar dari rumah Azimah. Dibawa hatinya yang sayu pulang kerumahnya sendiri. "Ara dekat mana....?"
Share this novel