Sebulan telah berlalu. Segala tempahan perkahwinannya telah dibatalkan. Saudara mara juga sudah diberitahu. Mujur saja ibu bapanya memahami. Hara bersyukur.
Hara mengambil telefon pintarnya di dalam beg. Alicia tak dapat menghantarnya pulang hari ini. Terpaksa dia menelefon Azimah untuk mengambilnya. Dia mendail nombor Azimah. "angkatlah Mah.." Hatinya kerisauan. Dah lewat malam. Manusia semakin berkurangan. Hara cuba mendail nombor Azimah sekali lagi tetapi hasilnya masih sama. Hanya masuk peti simpanan suara.
"arghh! Macam mana ni!?" Dia berdiri di depan pintu kedai memerhati kenderaan yang semakin berkurangan.
"Alicia ni pun satu. Lain kali cakaplah dengan aku awal-awal ni dah tutup kedai baru nak cakap." Hara merungut. Sudahnya dia tersadai disitu. Nak naik teksi atau bas duit dalam dompetnya pun tinggal nyawa-nyawa ikan. Dia mengeluh.
"Tak balik lagi?" Hara menoleh. Harapan kembali tumbuh. Wajahnya bersinar. Tetapi mukanya cuba dineutralkan. Tak nak nampak terdesak sangat.
"Tak. Belum lagi." Hara berkata. Acuh tak acuh.
"Naik apa balik ni.?" soal Iqbal.
"Takde naik sape. Jalan kaki je kot.."
"Dah malam ni jom la aku hantar balik."
Bagai nak meletup jantung Hara kegirangan. Ingatkan dia terpaksa bermalam di depan kedai bukunya. Mujur Iqbal datang. Dia cuba menahan senyuman di bibirnya.
"Tak naklaa.. Nanti kau buat yang bukan-bukan dekat aku. Kau ni bukannya boleh percaya pun." Hara menjeling Iqbal.
"Okay.. Ikut suka kau laa.. Duduklah sini sampai esok pagi. Aku nak balik." Iqbal berlalu pergi. 'cukup baikla aku nak tumpangkan kau. Berlagak pula perempuan ni. ' Hatinya berkata.
Hara terkedu. Sangkanya Iqbal akan memujuknya untuk naik sekali tapi sangkaannya jauh meleset. Jauh sangat-sangat. "Kenapalah kau cakap macam tu Ara.. Aihh." Dia berkata perlahan kemudian berlari mendapatkan Iqbal.
"Err aku nak tumpang." kata Hara setelah sampai ke kereta BMW milik Iqbal.
"Kenapa Cik Hara? Takut ke nak tidur dekat sini?"
Hara mengentap bibir. Kalau tidak disebabkan dia memerlukan bantuan Iqbal. Dah lama penumbuk dia hinggap di pipi lelaki itu. Dia menarik nafas. Cuba menahan rasa amarahnya. Cuba bersabar. "Aku minta maaf. Aku nak tumpang balik. Azimah tak angkat call aku." jelas Hara. Mukanya mempamerkan riak simpati.
"Haa macam tu laa. Kalau orang dah nak buat baik tu jangan menyombong."
Hara menjeling geram. 'Amboi mamat ni. Aku dah minta maaf nak perli-perli pula'
Iqbal masuk ke dalam kereta. Hara juga begitu. Suasana sepi di dalam kereta. Tiba-tiba jantung Hara berdegup laju. Mukanya panas. Badannya berpeluh. Pertama kali berduaan dengan Iqbal begini. Dia jadi. Jadi kekok. Mulutnya terkunci.
"Haa Hara, sebelum balik aku nak pergi makan dulu. Kau okay kan?" soal Iqbal. Dia menghidupkan enjin kereta dan menunggu enjinnya panas sebelum memulakan pemanduan.
Hara hanya mengangguk. Dia memandang keluar. Perasaan malunya makin menjadi-jadi.
Iqbal menoleh memandang Hara. Pelik. Selalunya ada sahaja yang tak puas hati di mata gadis itu tetapi sekarang ini senyap pula. 'Tahu malu juga dia ni ye.' Hatinya berbisik. Dia tersengih.
***
"Kau tinggal dekat mana?" Iqbal akhirnya bersuara setelah 15 minit mereka hanya berdiam diri di dalam kereta.
"Ah? Sory,apa kau cakap tadi?" Hara memandang Iqbal yang sedang memandu. Asyik sangat dia melayan lagu kegemarannya yang berkumandang di radio. Lagu yang diberi tajuk 'Biar saja' dendangan kumpulan daripada negara seberang. D'masiv. Sebenarnya dia bukanlah minat sangat lagu daripada seberang tetapi lirik lagu kumpulan tersebut sangat mengusik hatinya. Setiap kali dengar hatinya jadi sayu. Sayu mengenangkan impian yang sudah hancur berkecai.
"Kau tinggal dekat mana?" Iqbal mengulangi semula soalannya sambil memandang sekilas ke arah Hara.
"Ohh. Dekat Klang." Hanya itu jawapan Hara. Kemudian dia kembali termenung. Menghayati setiap bait lirik di dalam lagu kegemarannya itu.
"Klang? Jauh juga kau pergi kerja dekat Shah Alam." Iqbal berkata. Sesekali dia memerhatikan gelagat Hara.Termenung memandang ke luar. Riak mukanya seperti tertekan.
Hara hanya tergelak kecil. Segan. Sejak putus tunang dengan Fatah , dia tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki. Apatah lagi keluar berdua. Rasa malunya menebal.
"Ok. Kita dah sampai." Iqbal tersenyum memandang Hara.
"Kenapa kita pergi tasik ni?" Dia memandang Iqbal. Taman Tasik Shah Alam kini berada di depan matanya. Rasanya tempat kerja dia dengan taman ni tidaklah terlalu jauh tetapi dia rasa amat lama berada di dalam kereta bersama Iqbal tadi. 'Mamat ni kata nak pergi makan. Ni ke tasik pula? Dia nak tangkap ikan ke apa?' Hatinya berkata.
"Jom lah keluar. Kita pergi duduk dekat tempat orang berkayak tu. Terang sikit." Iqbal berkata lantas terus keluar dari kereta dan menunggu Hara pula keluar. Dia biarkan sahaja soalan Hara menjadi tanda tanya.
Hara keluar dari kereta. Dia masih tak faham kenapa Iqbal membawanya ke sini. Setelah Iqbal mengunci keretanya. Mereka berdua pun berjalan ke tempat yang Iqbal katakan sebentar tadi.
"Kenapa kau bawa aku datang sini? Kata nak pegi makan? " Hara bertanya setelah mereka duduk di atas bangku di taman tersebut. Banyak orang yang lalu lalang menuju ke restoran yang berada di situ.
"Saja. Tenangkan fikiran. Bukan senang kita nak release tension macam ni. Tengok pemandangan malam yang indah ni." Iqbal berkata. Dia memandang ke langit. Fikirannya tenang.
"Ohh." Hara menganggukkan kepalanya. "Apa-apa jela, asalkan aku sampai dekat rumah." sambungnya lagi.
Kemudian keadaan menjadi sunyi dan kekok seperti di dalam kereta tadi.
'Dia ni tak nak borak dengan aku ke? Haih. Kalau hanya duduk dekat sini and tak cakap pape. Baik aku balik rumah teman Mah. '
Tidak betah menunggu bicara dari Iqbal. Hara mengeluarkan telefon pintarnya dan mula main aplikasi mainan yang berada di dalam telefonnya.
"Hara." Iqbal memandang Hara.
"Tak payah panggil Hara lah. Ara je." Hara menoleh. Pandangan matanya bertemu dengan pandangan mata Iqbal yang sedang memandangnya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Jantungnya berdebar. Dia cuba mengawal rasa gemuruhnya.
"Kau ni dah kahwin ke?" Iqbal bertanya. Pandangannya masih tertumpu kepada Hara.
Hara mengelengkan kepalanya. "Belum. Belum kahwin. Semua dah hancur." Dia berkata perlahan.
"Hancur? Maknanya kau ada rancangan nak kahwinlah?"
Hara tersenyum tawar. Kali ini dia menganggukkan kepalanya pula.
"Kenapa? Dia dah meninggal ke? atau ada orang lain?"
"Entah. Aku pun tak tahu. Dah takde jodoh nak buat lagu mana." Air mata Hara sudah bertakung. Tiap kali bercakap tentang bekas tunangnya itu entah kenapa air matanya akan mengalir. Padahal dia sudah berjanji dengan dirinya tak kan menangis untuk lelaki tak guna itu lagi tapi air matanya tetap jugak mengalir.
"Herm." Hara mengeluh berat.
Iqbal hanya membisu. Kalau Hara tidak mahu cerita dia tidak mahu paksa. Nanti banjir pula taman ini ditenggelami air mata Hara.
"Dia hilang" Iqbal menoleh memandang Hara.
"Dia hilang selepas lima bulan kami bertunang. Dia hilang tinggalkan aku tanpa sepatah kata. Sedangkan lagi dua bulan kami akan berkahwin. Dia hilang and biarkan aku sorang-sorang tanpa tahu status aku ni masih tunang dia atau tak!" Suara Hara keras. Seolah-olah melepaskan amarah yang telah lama dipendam. Air matanya mengalir deras. Membawa sekali luka di hatinya.
"Aku tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Aku sendiri tak faham apa salah yang aku dah buat sampai macam ni dia layan aku. Aku tak tahu Iqbal." Hara memandang Iqbal. Tangisannya masih ada.
"Jom ikut aku." arah Iqbal. Dia sudah berdiri.
"Pergi mana?"
"Jom jelaa...." Terus Iqbal menarik tangan Hara dan menuju ke kereta.
Share this novel