BAB 22

Humor Completed 96569

Hara mengambil dua tin sardin berjenama popular itu dan diletakkan ke dalam bakul yang dipegangnya. Kemudian dia berjalan lagi. Matanya tertacap pula pada tin sup cendawan. "Ni makan dengan roti sedap ni." katanya. Dicapai dua tin itu dan diletakkan ke dalam bakul. Supermarket milik suaminya itu agak lenggang hari ini. Mungkin sebab pertengahan bulan. Jadi orang keluar untuk berbelanja itu kurang. Dia berjalan lagi. Memerhati segala barang yang ada di situ dan fikir barang apa yang dia perlukan lagi. Disebabkan hari ini dia cuti jadi dia fikir elok juga kalau dia beli barang-barang keperluan rumahnya. 'Bila lagi kan nak beli? Asyik kerja je. Alang-alang cuti ni haa belilah. Nanti boleh masak untuk Iqbal. ' bisik hatinya.

"Cik. Cik tak boleh naik." tiba-tiba telinga Hara menangkap satu suara seperti sedang menenangkan seseorang atau lebih tepat sedang bergaduh. Dia berjalan ke depan. Dia pasti suara itu datang dari kaunter pembayaran. Setelah sampai agak dekat dia menyembunyikan diri di sebalik rak jualan.

"Maaf Cik. Encik Iqbal memang tak kasi sesiapa jumpa dia hari ni." kedengaran suara seorang lelaki berkata. Hara yakin itu pasti Khairul. Lelaki yang tegurnya tempoh hari.

"Hey! Dont u ever dare to stop me! You dont know who i really am! What are u gonna do if i ask Iqbal to fire you?"

"Cik, Encik Iqbal kata semua orang tak boleh. Tak kisahlah Cik ni siapa." kali ini kedengaran pula suara seorang wanita. Mungkin Amirah ataupun Siti. Hara tak pasti.

"All of you listen to me! I am the person who holds the most power here! You inferior people are nothing but lowly human slave. Get out of my way! Worthless people!

"Cik ,Cik! Cik tak boleh naik!"

"Eee! Jangan halang akulah! Kuli!"

"Kenapa ni Khai , Siti?" Hara yang berselindung dari tadi keluar dari tenpat persembunyiannya. Tak sanggup lagi nak biarkan pekerja suaminya itu direndah-rendahkan sedemikian rupa.

"Eh Puan. Tak. Cik Wawa ni ha. Degil. Encik Iqbal tak kasi sesiapa jumpa dia. Tapi sibuk nak naik. Ingat dia penting sangat agaknya." dengan berani Siti berkata. Memandangkan Hara berada disitu. Isteri bosskan. Mestilah dia berani sebab ada orang kuat di belakangnya.

"Apa you cakap? I tak penting!?" Wawa menolak bahu Siti. Telinganya panas mendengar kata-kata Siti.

"Awak ni siapa?" soal Hara. Sengaja bertanya walaupun sebenarnya dia sudah tahu siapa wanita itu.

"I Wawa. Girlfriend Iqbal." ujar Wawa sambil memandang sinis ke arah Hara. "Who the hell are you?"

"Puan ni."

"I ada tanya you ke Siti? Takde kan? So you diam!"

Hara menjeling Siti yang mencebik. "Aku ni wife Encik Iqbal. Ada apa-apa masalah ke Cik Wawa?" jawab Hara tenang.

"Hahaha wife? Hahaha" tertunduk-tunduk Wawa mentertawakan wanita di hadapannya itu.

"Kenapa? Tak percaya ke?"

"Hahaha siapa nama kau?" soal Wawa dengan tawa yang masih bersisa.

"Hara. Haralina."

"Ohh Haralina. Emm." Wawa mendekati Hara. Dia memerhatikan wanita itu dari atas ke bawah. Kemudian berhenti betul-betul di hadapan Hara sambil memeluk tubuh. "Eh perempuan, kau jangan nak perasan lebih boleh tak?" terus hilang panggilan I, you. Wawa memandang Hara sinis.

"Aku tahulah Iqbal tu hensem, putih. Tapi kau kena ingat , dia tu aku punya. Iqbal tak kan pandang perempuan macam kau ni. Kampung. Bertudung bagai. Dia suka macam aku. Look at me. See?" Wawa melengokkan badannya. "Perempuan yang seksi dan mengoda macam aku ni lah yang Iqbal suka. Bukan macam kau! Perempuan kampung!" Wawa menolak Hara menyebabkan wanita itu kebelakang sedikit.

Hara mengentap bibirnya. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum berkata "Saya rasalahkan Cik Wawa, lebih baik Cik Wawa balik. Cik Wawa takde hak nak jumpa Iqbal. Jangan malukan diri sendiri Cik Wawa."

"Wow. Wow. Hahaha" Wawa menepuk tangannya. Senyuman sinis masih terukir di bibir. "Perempuan kampung yang over kau ni kan? Jangan nak berlagak macam diri tu wife Iqbal ye perempuan kampung. Kau yang akan malukan diri kau sendiri nanti."

"Heh, aku atau kau? Perempuan tak tahu malu. Terhegeh-hegeh dekat laki orang! Shame on you! " Hara berkata. Kesabarannya makin diuji. Hendak saja dia menjerit memanggil Iqbal untuk menyuruh Wawa pergi dari sini.

"Kau! Eh perempuan kampung! Kau berambus sekarang! Aku malas nak cakap dengan orang yang rendah macam kau ni! Berambus!!"

"Oh ho. Wow. Wow. Hahaha." Hara mengajuk cara Wawa sebentar tadi. "Kenapa Cik Wawa? Takut? Hahaha."

Siti yang berada di situ tergelak. Begitu juga dengan Khairul.

Wawa menjeling mereka berdua. Rasa marahnya semakin kuat. Dia pergi berdiri di belakang Hara. "Aku tak takut!" balas Wawa sambil menarik tudung Hara. Kepala Hara kebelakang akibat tarikan itu.

"Kurang ajar!" tanpa berlengah Hara mencampak bakulnya dan terus menarik kepala Wawa. "Kau tak kenal aku sape! Memang nak kena kau ni!" Kepala Wawa yang ditarik tadi ditolak ke depan ke belakang sambil mengentap bibir. Benggang sangat-sangat bila tudungnya ditarik. Kalau korang pun kan boleh naik hantu kalau kena macam tu.

"Haa! Amik kau! Amik!" Hara berkata sambil tangannya ligat memukul Wawa. Perempuan itu mencuba sedaya upaya untuk berlawan tetapi tenaganya tak setanding dengan tenaga Hara. Akhirnya Wawa terjatuh. Dia menjeling Hara yang sedang berdiri memandangnya.

"Apahal!? Tak puas hati!? Haa lawanlah!" Hara berkata. Nafasnya turun naik menahan rasa amarahnya. "Kau ni!"

"Ara! Apa awak buat ni!?" Hara menoleh. Belum sempat dia meneruskan tindakannya Iqbal muncul dari tingkat dua. Dia bergenjak ke belakang sedikit dan menanti Iqbal sampai ke tempatnya.

Dia hendak mengadu dengan Iqbal yang perempuan ni merendahkannya. Merendahkan dirinya. Dia nak Iqbal buat perempuan tu sedar yang dia sudah kahwin dan jangan ganggu kehidupannya lagi. "Abang." panggilnya.

"Diam." Iqbal menengking. Dia menjeling Hara.

Hara yang baru sahaja nak mengadu , tersentak dengan tindakan Iqbal. 'Kenapa tengking aku?'

"You okay?" Iqbal membantu Wawa untuk berdiri. Bukan main gembira hati Wawa dilayan sebegitu oleh Iqbal. Dia senyum sinis memandang Hara. Dia menang. Hatinya puas!

"Tak okay. You tengok rambut I ni. Nampak? Dah macam langsuir dah. Ni semua perempuan ni punya pasal!" Wawa menunding jari pada Hara. Nada suaranya mengada-ngada. Dia memeluk tangan Iqbal.

"Abang , kenapa ni?" soal Hara. Dadanya mula sebak. Lain yang difikirkan lain yang jadi. Dia mendekati Iqbal. Meraih tangan lelaki itu.

"Ish! Jangan peganglah! Busuk!" Wawa menepis tangan Hara yang memegang tangan Iqbal.

"Hei! Perempuan! Kau diam!" tengking Hara.

"Kau yang patut diam! Aku nak kau pergi balik sekarang!"

"Abang..." panggil Hara perlahan. Tak sangka dengan tindakan Iqbal. Ditengking sedimikian rupa. Depan perempuan gedik ni pula tu. Argh! Malunya berganda-ganda!

"Kau pergi balik sekarang! Aku tak nak tengok kau dekat sini! Pergi balik!" arah Iqbal. Nada suaranya tegas. Dia langsung tak memandang wajah Hara.

Semua yang berada di situ terkesima. Tak sangka Iqbal akan bertindak begitu. Sepatutnya Wawa yang salah bukan Hara. Wawa yang patut dimarahi.

"Haha pergilah baliklah perempuan. Memalukan diri sendiri. Perempuan kampung. Heh! Ada hati nak jadi isteri you sayang."

Air mata Hara dah mengalir. Deras. Dia cuba menahan sebaknya tetapi tak boleh. "Kenapa abang macam ni? Perempuan ni yang patut abang marah, bukan Ara. Ara ni isteri abang." Hara merayu. Tolonglah jangan jatuhkan maruahnya depan perempuan gedik ni.

"Diam! Aku nak kau balik!" tengking Iqbal lagi. Langsung tak pedulikan rayuan Hara.

"Pergi baliklah! Menangis apa lagi! Balik!" Wawa menolak badan Hara. Memaksa Hara bergerak pergi. "Balik! Balik!"

"Sampai hati abang! Malukan Ara depan perempuan ni! Abang! Abang!"

Hara terduduk. Nafasnya turun naik. Dia memerhati sekeliling. Dia.. Berada di dalam bilik. "Astarfirullah. Mimpi rupanya. Ya Allah." dia mengusap mukanya. Badannya berpeluh walaupun penghawa dingin terpasang. Dia menarik nafas panjang.

Mimpinya itu dirasakan seperti benar. Sakit dihatinya betul-betul dirasakan. Macam perkara itu betul berlaku. Hara menoleh memandang Iqbal yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Tak terganggu langsung. Dia mendekatkan diri dengan Iqbal. "Ara sayang abang. Selamanya akan setia dengan abang. Ara janji." ucapnya kemudian baring semula di tempat asalnya.

'Aku akan bagitahu Fatah. Aku akan cakap yang aku dah kahwin. Aku tak nak dia cari aku lagi. Ye! Aku akan bagitahu dia esok!' Hara nekad. Dia tak sanggup untuk kehilangan Iqbal. Mimpi tadi pun dia rasa sudah cukup menyeramkan walaupun bukan kejadian sebenar. Biarlah Fatah nak rasa kecewa ke apa ke lantakkan. Dia sudah bahagia. Buat apa dia menoleh ke belakang lagi bila sudah ada yang terbaik untuknya di hadapan. Dia nekad! Apa nak jadi pun jadilah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience