"Apa yang Ara dah buat ni ha? Ara dah malukan mak dengan ayah tahu. Ni kalau sedara mara , orang kampung tahu mana mak nak letak muka ni?" Puan Habibah menolak bahu Hara. Malu yang teramat sangat bila anak perempuannya itu telah ditangkap basah. Puan Habibah terduduk. Air matanya mengalir.
"Mak.. Maafkan orang mak. Orang tak buat semua tu. Orang ingat Allah mak." Hara memeluk ibunya. Memohon maaf seikhlas hatinya. Sesekali dia menoleh memandang Iqbal yang membatu. Sepi tanpa sepatah kata untuk mempertahankan diri. Dia melihat kedua ibu bapa Iqbal juga berdiam diri tapi dari riak mukanya dapat dia agak mereka sedang cuba mengawal marah.
"Herm..." Ayah Iqbal, Encik Hanif mengeluh kuat. "Macam mana sekarang ni Iqbal? Kamu sudah ditangkap berdua dengan perempuan ni. Apa kamu nak buat..?" Soal Encik Hanif. Nada suaranya tegas. Kecut perut Hara mendengarnya.
"Saya.. Saya.."
"Saya apa!?" Puan Amnah ibu kepada Iqbal menjerit. Sudah hilang kesabaran mungkin. Dia memeluk tubuh. Mukanya ketat.
"Saya akan bertanggungjawab. Saya akan kahwini Ara."
"Iqbal! Apa kau cakap ni!?" Hara segera mendekati Iqbal. Dia sangat..! Sangat..! Sangat tak bersetuju dengan cadangan yang dikemukan oleh Iqbal. "Kau terangkan dekat parents aku dengan parents kau yang kita tak bersalah." Sambung Hara lagi.
"Dah Ara. Takde apa yang boleh kita buat lagi. Nasi dah jadi bubur. Aku tak nak parents kita malu." Ujar Iqbal. Dia masih menunduk. Tak sanggup rasanya hendak bertentang mata dengan kedua ibu bapanya.
Hara mengelengkan kepalanya. "Kita boleh terangkan dekat semua orang yang kita tak bersalah. Kita tak buat apa-apa pun. Tak kan kita nak korbankan masa depan kita sebab benda ni? Aku tak nak Iqbal! Aku tak nak!" Hara terduduk. Lemah rasa lututnya untuk terus berdiri. 'Ya Allah, dugaan apa yang telah engkau berikan pada hambamu ini.' Air matanya mengalir deras.
"Hara!" Iqbal memegang kedua bahu Hara memaksa Hara untuk bertentang mata dengannya. Tetapi gadis itu seperti sudah hilang semangat. Badannya lemah. "Dengar sini Ara! Dengar sini!"
Hara memandang Iqbal. Sayu. Meminta simpati supaya Iqbal tidak meneruskan rancangannya. Dia tidak mahu. Berkahwin bermakna kebebasannya akan disekat. Berkahwin bermakna tanggungjawabnya akan bertambah. Berkahwin juga bermakna dia terpaksa mengubah aturan hidupnya. Dulu memang dia mahu cepat-cepat berkahwin tetapi dulu calonnya adalah Fatah. Lelaki yang dia cintai sepenuh hati. Dia merelakan seluruh jiwa raganya terhadap perkahwinan yang telah lama dia idamkan itu. Tetapi sekarang lain! Dia tak suka Iqbal. Hatinya langsung tak merelakan.
"Dengar sini Ara. Even kau bagitahu orang sekeliling yang kita tak bersalah , orang tetap akan mengata. Keluar air mata darah sekali pun , family kita yang akan diumpat di caci seumur hidup Ara! Seumur hidup! Kau nak ke macam tu!?"
***
"So... Kau akhirnya kena kahwin jugalah dengan Iqbal?" soal Azimah. Mulutnya penuh dengan kerepek pisang yang dia beli di pasaraya berdekatan.
Hara mengangguk lemah. Dia melepaskan keluhan yang panjang. Dia terpaksa mengorbankan segalanya. Segalanya. Demi maruah keluarga.
"Hahahahaha kau dengan Iqbal?" Hara menoleh memandang Azimah. Dia ada buat cerita lawak ke? Rasanya ni cerita serius. Boleh minah tembam ni bantai gelak pula. Dia memandang Azimah dengan muka penuh tanda tanya.
"Kelakarlah wei." Kata Azimah dengan tawa yang masih ada.
"Apa yang kelakarnya? Aku cerita serius ni."
"Kau dengan Iqballah. Kelakar. Tak sangka wei. Masin mulut aku. Kahkahkah."
"Ish! Terkelakarlah. Aku tengah stress ni. Aku tak nak kahwin dengan dia. Aku tak suka. Aku benci dia." Hara memuncungkan mulutnya.
Azimah menarik nafas. Cuba menghentikan tawanya. Dia tahu dia tidak sepatutnya gelak dalam situasi sekarang tapi apakan daya. Mulutnya secara spontan tergelak. "Kau ni apahal? Eh apa yang kurangnya si Iqbal tu wei? Rupa ada. Kereta ada. Kerja tetap ada err walaupun dia tu kerja supermarket jee tapi kira okaylah tu. Tak menganggur." Ujar Azimah setelah tawanya reda. Dia kembali serius.
Hara hanya membisu. Ya. Semua yang Azimah sebut tu betul. Iqbal tu boleh dikirakan jejaka idaman wanita. Kalau dia bercerita dengan sesiapa pun pasti orang itu akan mengatanya bodoh kerana tidak mahu pada seorang yang hensem , rupawan dan ada harta. Tapi entah. Hatinya tertutup untuk menerima sesiapa. Dia takut untuk bercinta dan dia paling takut kalau pisang akan berbuah dua kali.
"Ara. Kau cakap betul-betul dengan aku. Kau masih ada hati dengan Fatah ke?"
Hara masih membisu.
" Wei aku tanya ni. Jawablah."
"Aku tak tahu. Aku tak tahu Mah. Aku keliru."
"Adui! Sakitlah!" Hara memegang kepalanya yang dipukul Azimah. Baru nak feeling-feeling sedih sekali kena pukul pula. Kacau la Azimah ni.
"Haa.. Padan muka kau. Tak payah nak keliru sangat. Dah sah-sah kau masih sayang si Fatah tu." Azimah berkata. Tangannya diangkat ke atas ke bawah macam Karam Singh Walia. Semangat sungguh dia berkata.
"Eh Ara. Kau fikir eh. Apa yang si Fatah tu dah buat dekat kau. Masa korang bercinta pun dia bukannya romantik sangat bagi macam-macam benda. Nama je anak orang kaya tapi kedekut. Lagi satu aku tengok dia tu macam takde perasaan tahu. Kalau kau merajuk ada dia pujuk? Dia wat donno je ade lah. Aku ni. Aku ni haa yang kena tenteramkan kau duk teriak." Azimah berkata lagi. Suaranya kini lebih serius.
"Eh sudahlah Ara. Satu je aku nak cakap. Cuba buka hati kau tu untuk Iqbal. Tak semua lelaki perangai sama. Dari kau tunggu si Fatah yang buat kau macam tunggul baik tak payah. Terseksa jiwa raga seumur hidup. Kau fikirlah sendiri. Aku nak tidur. Bye." Azimah bingkas bangun menuju ke biliknya. Malas mahu berbahas dengan Hara soal perkahwinan paksanya itu. Baginya Iqbal itu calon yang terbaik buat Hara. Entah apa yang susah sangat Hara untuk menerima lelaki itu.
Hara terkedu. Dia menghantar Azimah pergi dengan pandangan mata. "Iqbal..." Dia perkata perlahan.
***
"Kau pasti ke dengan keputusan kau ni Iqbal?"
Iqbal mengangguk laju. Air teh ais dihadapannya disedut rakus. Restoran Mamak yang terletak di Seksyen 7 itu agak lenggang pada waktu tengahari. Hanya ada empat atau lima orang pelanggan di dalam kedai sedang menikmati makan tengahari mereka.
"Habis Wawa tu kau nak letak mana? Kau macam tak tahu pula perangai dia macam mana. Dia tu kan gila."
Wawa atau nama sebenarnya Nur Azwani. Lebih suka dipanggil Wawa. Sebab suka perasan dirinya macam Wawa Zainal versi freehair. Iqbal termenung seketika. Teman wanita tak rasminya itu memang merimaskan. Kenapa tak rasmi? Sebab Wawa ni yang selalu heboh sana sini mengatakan Iqbal itu dia yang punya. Sudah banyak kali Iqbal menegur wanita itu. Jangan sebarkan berita bukan-bukan tapi bagai mencurah air ke daun keladi sahaja. Akhirnya Iqbal biarkan sahaja perangainya itu. Malas mahu melayan.
"Wei Iqbal kau dengar tak?" Kali ini Haris pula menyedut air teh o ais miliknya. Hatinya masih tak percaya dengan berita yang baru didengar dari rakan karibnya itu.
"Betullah. Aku nak kahwin." Jawab Iqbal bersahaja.
"Tapi kenapa tiba-tiba jee. Aku tak pernah tahu pun pasal sape nama perempuan tu..?"
"Hara."
"Haaa pasal Hara tu. Takde hujan takde ribut nak kahwin pula. Tu Wawa tu macam mana?"
"Aku dengan Wawa tu mana ada pape. Dia jee yang kecoh sana sini. Eee rimaslah aku dengan dia tu. Tergedik sana sini. Ish. Tak berkenan la aku. Kau tahu si Hara ni 10 kali ganda lagi cantik dari Wawa. Orangnya putih. Senyumnya manis. Siap ada tambahan lesung pipit lagi dua tahu."
"Dia freehair juga?"
"Nope. Berhijab. Calon menantu pilihan mak aku tu. Hehe."
"Emm aku dapat bayangkan. Memang dari dalam bayangan aku nampak cantiklah orangnya. Kau tak nak bawa aku jumpa dia? Dia takde ke kawan yang single mingle? Kenal-kenalkan dekat aku." Haris mengangkat kedua keningnya sambil tersenyum nakal.
"Haa... Tu yang problem sekarang ni."
"Aik, problem pulak. Tadi bukan main lagi menantu pilihan la apa laa.. Ni problem pulak. Nak kahwin pun problem ke?"
"Adalah problem sikit. Masalah rumah tangga. Nanti kau nak kahwin nanti kau tahulah."
"Suka hati kau la Iqbal. Aku tak kisah. Jangan sampai si Wawa tu tahu dah la. Perang besar nanti."
"Wawa tu aku bagi dekat kau je. Kau risau sangat pasal dia kan? Apa kata kau je amik dia jadi gf kau." Iqbal tersenyum sinis memandang Haris. Sikit-sikit Wawa. Meluat pula hatinya dengar.
"Eh! Kau nak mampos!? Tak nak la aku. Macam psiko jee."
"Hahaha dah tu kau sibuk sangat pasal dia. Kau amik jela dia."
"Ah.. Dah laa. Dah laa. Jom! Sebelum kau diiktiraf jadi suami orang jom aku belanja karaoke. Kita menjerit puas-puas."
"Betul ni?"
"Laa betul laa.. Jom."
"Okay jom. Macam ni baru sahabat. Hehe."
Share this novel