BAB 14

Humor Completed 96569

"Ma, jemputlah masuk. Iqbal ada dekat dalam." Hara tersenyum memandang mamanya itu. Dia mengambil beg yang berisi baju dari tangan Puan Amnah.

"Pa mana ma? Tak ikut sekali?" soal Hara sambil jalan beriringan masuk ke rumah dengan Puan Amnah. Mujur saja hari ini Encik Amir membenarkan dia mengambil cuti kecemasan satu hari. Bukanlah kecemasan sangat pun sebenarnya. Muahaha. Apa-apa pun , kedatangan ibu mertuanya perlu disambut dengan baik dan rahsianya dengan Iqbal perlu disimpan kemas-kemas.

"Papa kamu tu memanjang je busy. Mengalahkan perdana menteri." ujar Puan Amnah. Setelah masuk ke dalam rumah , meliar mata Puan Amnah memerhati keadaan dalam rumah tersebut. Tak teratur. Susunan perabot dalam rumah tersebut nampak kelam kabut.

'Amboi, busy betul. Apa kerja papa sebenarnya ni?' soal Hara dalam hati. Sejujurnya walaupun dia sudah menjadi isteri kepada Iqbal tetapi dia tidak tahu sangat mengenai keluarga itu. Dia hanya mengetahui Iqbal anak tunggal dan parentsnya tinggal di Cheras. Itu sahaja yang dia tahu. Emm agak teruk juga perangainya sebagai seorang isteri.

"Kamu tak ubah suai ke ruang tamu ni Ara? Mama nampak serabutlah. Rimas mama tengok."

"Err.. Iqbal tak kasi ma. Dia tak suka orang usik barang dia."

"Ish, kamu tu isteri dia. Nak marah apanya. Nak kena tahu Iqbal ni. Mana dia?"

"Eh Ma! Ma!"

Puan Amnah bergegas ke dapur untuk mencari anak tunggalnya itu. Geram dengan perangai Iqbal yang bukan-bukan. Hara mengejar Puan Amnah daripada belakang.

Sampai sahaja di dapur , elok Puan Amnah melihat anak tunggalnya itu sedang enak menjamu selera. 'Bukan nak sambut mamanya datang. Boleh pula dia makan kat sini sorang-sorang ye.'

"Iqbal!" sergah Puan Amnah. Tangannya menepuk kuat permukaan meja makan. "Kenapa kamu tak kasi Ara ubah suai rumah ni!?" soalnya. Mata Puan Amnah merenung Iqbal tajam.

Iqbal yang sedang enak menikmati nasi goreng buatan Hara hampir tersedak apabila dia disergah oleh mamanya itu. Dia memandang Puan Amnah. Pelik. "Tak bagi apa ma?" soal Iqbal setelah rasa pedih ditekaknya akibat tersedak hilang.

"Yang kamu tak bagi Ara sentuh barang-barang kamu kenapa? Dia tu dah jadi isteri kamu. Kamu ni Iqbal sedar sikit kamu tu dah jadi laki orang." Puan Amnah bercekak pinggang memandang Iqbal.

Iqbal terpinga-pinga. 'Apa ni? Apa benda ni? Pagi-pagi dah kena marah pulak?' gumamnya. "Mana..." kata-kata Iqbal terhenti disitu apabila matanya memandang Hara yang berada di belakang Puan Amnah. Dilihat wanita itu bagai pembaca berita untuk orang kurang upaya pula. Tangannya ditunjuk ke arah Puan Amnah. Matanya pulak membulat sambil mengetap bibir.

"Err Iqbal bukan tak bagi ma cuma nanti susah Iqbal nak cari barang sendiri kalau dah alih-alih." Iqbal berkata. Mukanya tersenyum kekok. Nampak sangat menipu.

"Kamu ni!" Puan Amnah menarik telinga anaknya itu.

"Ah Ma! sakit ma sakit."

"Lepas ni jangan nak mengada tak bagi Ara pegang barang kamu. Kalau mama tahu siap kamu! Dah Ara. Jom ikut mama naik bilik." Puan Amnah berkata dan melangkah naik ke tingkat dua.

Hara tergelak apabila melihat Iqbal dipulas telinga. Dia mengangkat ibu jarinya kemudian menjelirkan lidah, mengejek Iqbal. "Padan muka!" katanya sebelum berlalu pergi ke tingkat dua.

***

"Ara, nah amik ni." Puan Amnah menghulurkan sebuah kotak berwarna hitam kepada Hara.

"Apa ni ma?"

"Ni baju mama beli masa mama pergi Bali dulu. Sebelum mama dapat Iqbal. Mama ingat mama nak bagi dekat anak perempuan mama bila dia dah besar. Tapi takde rezeki nak dapat anak perempuan. Mama bagilah dekat Ara. Sekarang Ara kan anak perempuan mama." jelas Puan Amnah. Dia tersenyum memandang Hara. Mukanya berharap yang Hara akan menerima pemberiannya.

Hara membuka kotak pemberian Puan Amnah tersebut. Kelihatan sepasang baju kebaya berwarna merah jambu. Cantik. "Tapi ma, cantik sangat ni. Macam tak sesuai untuk Ara la ma. " Hara cuba menolak walaupun dalam hati memang dah meronta hendak memakai baju tersebut.

"Sesuaila Ara. Kamukan cantik. Mesti elok. Kamu pakailah. Mama memang nak bagi dekat kamu. Siapa lagi anak perempuan mama selain kamu."

Hara tersenyum memandang Puan Amnah. "Thanks ma. Sayang mama." ucap Hara sambil memeluk Puan Amnah dan memberi satu kucupan di pipi wanita itu.

"Sama-sama. Mama sayang Ara juga. Pakai ye. Nanti mama nak tengok kamu pakai." balas Puan Amnah. Hatinya bahagia. Sudah lama dia menginginkan anak perempuan. Walaupun perkahwinan Hara dan Iqbal bukanlah seperti yang dia inginkan namun dia tetap menyayangi Hara seperti anaknya sendiri.

Hara mengangguk laju. Senyuman di bibirnya tidak pudar.

***

"Mama dah tidur ke?" Iqbal menegur Hara yang baru sahaja masuk ke bilik tidur mereka. Dia bangun dan duduk menyandar di kepala katil.

"Dah." balas Hara sepatah. Dia mengambil bantal yang berada di sebelah Iqbal. Kemudian dia ambil pula kain batik yang dia bawa daripada rumah sewanya dan berjalan menuju ke sofa yang berada di dalam bilik tersebut.

"Eh eh kau nak pergi mana tu?" soal Iqbal. Pelik dengan tindakan Hara.

"Tidurlah. Pergi mana lagi."

"Katil kat sini. Bukan kat sana Puan Hara."

"Suka hati aku lah nak tidur kat mana." balas Hara. Dia meletakkan bantal kemudian merebahkan dirinya di atas sofa. Kain batik yang dia ambil sebentar tadi dibuat selimut. Dia memejamkan matanya. Cuba untuk tidur walaupun matanya tidak mengantuk.

Iqbal bangun. Perlahan-lahan. Dia tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi. Dia berjalan mendekati Hara. Lagak gayanya macam seorang pencuri. Berjalan dengan penuh berhati-hati kerana tidak mahu kehadirannya disedari.

Setelah sampai di tempat pembaringan Hara, Iqbal mencangkung. Wajahnya betul-betul menghadap wajah sisi isterinya itu.
Ditenung sepuas hatinya. Wajah lembut itu sangat mendamaikan ketika sedang tidur. Tidak seperti waktu wanita itu terjaga. Mukanya sentiasa garang. Macam ketua gangster.

Iqbal mendekatkan lagi mukanya dengan wajah Hara. 'Cantik juga kau ni sebenarnya eh. ' katanya dalam hati. Kemudian dia mengangkat tangannya dan dilambai-lambaikan di hadapan muka Hara. Untuk memastikan yang wanita itu benar-benar lena. 'Amboi, baru letak kepala dah tidur? Hebat betul dia ni.'

Hara berdebar. Dia tahu Iqbal berada di sisinya. Dia sedar masa Iqbal melambai-lambai tangan dihadapan mukanya. Namun dia membuat keputusan untuk terus membatukan diri. 'Kang kalau jaga macam-macam boleh jadi.' fikirnya.

Tiba-tiba satu sentuhan lembut singgah di pipi Hara. Hara tersentak. Namun dia cuba mengawal pergerakan badannya. Sentuhan itu mengusap-usap pipinya. Kemudian menyentuh ubun-ubunnya. Hara menjadi semakin kaku.

Iqbal semakin asyik membelai wajah Hara. Hatinya terasa sangat tenang melihat wajah itu. "Selamat malam sayang. Mimpi indah. Aku sayang kau." ucapnya lalu memberi satu ciuman di dahi Hara. Setelah itu dia berlalu pergi ke katil dan bersedia untuk beradu.

'Sayang? Kau betul-betul maksudkan ke Iqbal? Herm.. Aku takut. Sayang seorang lelaki itu murah. Mudah berkata sayang pada semua wanita, kemudian ditinggalkan selepas bagi harapan mengunung.' Hati Hara berbisik. Dadanya sekarang terasa sesak. Dia mengeluh berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience