BAB 17

Humor Completed 96569

Iqbal menghentikan keretanya di hadapan rumah sewa Hara. Sudah seminggu Hara di rumahnya. Tibalah masa perempuan itu pulang ke rumah sewanya semula. Mamanya juga sudah pulang ke Cheras. "Ara." panggil Iqbal sebelum wanita itu keluar daripada kereta.

Hara menoleh. Tidak menyahut panggilan Iqbal. Dia cuma menanti butir bicara yang seterusnya daripada Iqbal.

"Aku ada buat salah ke?" soal Iqbal.

"Maksud kau?"

"Aku.. Emm." kata-kata Iqbal terhenti. Dia menarik nafas panjang sebelum berbicara semula. "Aku tak faham."

"Apa yang kau tak faham ni? Sekarang ni aku yang tak faham dengan kau. Cakap pusing-pusing."

"Aku sebenarnya tak faham dengan kau."

"Jadi?"

"Dulu selalu kau senyum kat aku. Cari pasal dengan aku. Sekarang apa yang aku buat dekat kau semua macam kau tak suka. Hina sangat ke aku ni? Apa salah aku pada kau?"

Hara terdiam. Dia lihat ke dalam mata Iqbal. Cuba mencari kejujuran disebalik pandangan mata lelaki itu. "Haaa.." Hara mengeluh panjang. "Kau betul-betul nak tau ke?" soal Hara.

Iqbal mengangguk laju. Bersungguh-sungguh dia menanti Hara bercerita. Dia benar-benar ingin tahu.

Hara tunduk kemudian berkata "hari tu , aku ternampak kau dengan seorang perempuan. "

"Perempuan? Perempuan mana?" pintas Iqbal.

Hara mengelengkan kepalanya. "Aku tak kenal. Aku nampak dia jalan dengan kau peluk-peluk." Hara berkata perlahan. Air matanya kembali bertakung apabila terkenangkan peristiwa itu.

Iqbal terdiam. Otaknya cuba mengingat kembali peristiwa yang cuba Hara ceritakan. Tiba-tiba dia tersenyum. "Kau maksudkan Wawa ke?" soalnya.

"Kan aku cakap aku tak kenal. Kalau aku kenal takdenya aku marah kau." jawab Hara.

"Hahaha kau marah maknanya kau jeles en?"

Hara tersentak. Marah maknanya cemburu? Mungkinkah? Tak pernah pula terlintas perkara itu difikirannya. "Mana ada aku cemburu." Dia cuba mempertahankan diri. Malu beb kalau betul. Terasa maruahnya bagai dipijak-pijak pula.

"Hahaha ala... Tak mengaku pula. Kalau tak cemburu mestilah kau layan aku elok-elok en. Mengaku jela. Aku tak kan gelakkan kau. Aku janji. Heee." Iqbal mengangkat tangan seperti berikrar.

"Eh buang masa pulak aku nak cemburu dengan perempuan yang macam kain tu."

"Haa? Kain? Apa kena mengena dengan kain pula ni?"

"Kainlah.. Terliuk lentuk macam apa je.. "

"Hahahahaha apa ke bendanya kau ni. Kain pula perginya. Hahahaha."

"Suka hati akulah nak cakap kain ke pokok ke." Hara menarik muka. 'Kata janji tak nak gelak. Ni gelak pula. Makan penampar kang mamat ni.'

"Hahaha adui. Kelakarlah kau ni. Memang ada bakat terpendam kau ni. Bakat terpendam yang terendam. Hahaha." sambung Iqbal lagi dengan tawa yang masih tak berhenti. Dia memegang perutnya. Kata-kata Hara tadi betul-betul mengeletek hatinya. Sangat lucu dirasakan.

"Ish! Diamlah!" Hara merenung Iqbal tajam. Sakit telinganya mendengar Iqbal bukan main lagi mentertawakannya.

"Hahaha okay-okay. Balik pada cerita. So kau marah aku sebab perempuan tu la?" soal Iqbal.

"Dah lah. Malas aku nak cakap." Hara merajuk. Mulutnya muncung.

"Alamak... Merajuk pula dia ni. Sorylah. Aku tak sengaja gelak tadi. Perumpamaan kau tu. Over sangat. Macam kain. Hahaha." pujuk Iqbal. Dalam pujuk tu gelak juga. Serupa tak payah pujuk. Ceh!

"Sudahlah kau."

"Hey Ara. Sory okay?" Iqbal menghentikan tawanya. Kali ini dia betul-betul serius mahu memujuk Hara.

Hara membisu. Dia memeluk tubuh.

"Ara....." Iqbal menyentuh wajah Hara. Memaksa wanita itu menghadapnya. "Abang minta maaf okay. Janji tak gelak lagi." ucapnya. Dia memandang mata Hara walaupun wanita itu tidak memandangnya.

"Tak payah nak abang sangatlah. Mama takde kat sini." balas Hara. Mukanya masih masam mencuka.

"Amboi panggil abang sebab ada mama jela?" soal Iqbal.

Hara hanya membatu tanpa jawapan. Dia rasa Iqbal sendiri tahu jawapannya. Dia panggil abang semata-mata kerana mama.

"Okaylah. Okay. Aku bagitahu kau sape perempuan tu."

Hara masih membisu.

"Perempuan tu nama dia Wawa. Perangai dia memang macam tu. Dia suka kacau aku. Dia tu anak kawan papa. Actually papa dengan kawan dia tu memang nak jodohkan aku dengan dia. Sejak tu dia selalu sangat kacau aku. Aku tak suka. Dia tu tergedik. Macam kain. Hehe" jelas Iqbal sambil memerli Hara dalam diam.

Hara menjeling. Geram betul dengan lelaki itu. "Aku tak nak tahu pun. Suka hati kau lah nak buat apa dengan perempuan tu. Aku tak peduli pun."

Iqbal menarik nafas panjang. Keras kepala betul Hara ni. Susah sangat nak dipujuk. "Sayang.." panggil Iqbal. Lembut suaranya memanggil Hara. Kalau sesiapa dengar pasti sudah jatuh hati dengan Iqbal. Lelaki itu lengkap dengan pakej jejaka idaman malaya!

Bagai diletak ais. Hati Hara menjadi sejuk. Namun dia cuba mengawal perasaannya. "Apa?" sahutnya.

"Tonight will be the night that I will fall for you. Over again.. Don't make me change my mind. Or I won't live to see another day , I swear it's true. Because a girl like you is impossible to find. You're impossible to find."

Hara memandang Iqbal pelik. Dia macam pernah dengar ayat tu. "Tu lirik lagu kan?"

"Hehe a'ah." Iqbal tersengih. Entah macam mana lirik lagu pula yang keluar dari mulutnya. Al maklumlah. Jarang memujuk orang. Jadi ayat jiwang-jiwang tak tahu. Bantai jela lirik lagu. Asalkan jiwang. Huhu

"Ceh! Apalah kau ni." Hara mencebik. Baru hatinya nak cair dengar Iqbal panggil sayang. Mana tahu diikuti dengan ayat-ayat manis pula. Tidur lena la dia malam ni. Sekali lirik lagu pula yang dapat. Aigoo.

"Ala... Kau ni. Banyak songehlah. Kira okaylah aku cakap tu tahu."

"Mestilah kena banyak songeh. Biar kau tahu aku ni complicated."

"Ewahh. Aku ni dah jadi suami kau. Tak payah nak cated-cated ni."

"Biarlah. Eh sudahlah aku nak masuk. Borak dengan kau ni sampai besok tak habis."

"Eh kejap Ara." Iqbal menahan lagi sekali.

"Apa benda lagi kau ni? Aduyai. Aku penat ni. Dah nak dekat sejam duduk dalam kete ni sejak sampai." tak jadi lagi dia hendak melangkah keluar.

"Aku nak kau pindah duduk dengan aku." ujar Iqbal.

"Ha? Kenapa pula? Ish tak naklah. Lagi pun aku kesian dekat Imah. Dia sorang-sorang je nanti." balas Hara. Beralasan. Padahal Azimah lagi paksanya duduk dengan Iqbal adalah. Betul kata orang, kalau dah tak mahu tu beribu alasan dicipta. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Masa tu semua alasan tak masuk akal akan keluar.

"Kau kesian dekat Imah je. Abis aku ni duduk sorang-sorang kau tak kesian pula? Aku ni suami kau. Suami." sengaja Iqbal menekankan perkataan suami itu.

Hara terdiam. Kalau diikutkan memang sepatutnya dia duduk dengan Iqbal. Yela. Suami isterikan. Bukannya Iqbal ni duduk jauh sangat sampai nak asing-asing. Lagi pula makan pakai Iqbal sepatutnya dia yang jaga. Tapi lelaki itu seperti orang bujang pula. Semuanya sendiri.

Dia menarik nafas. Hakikat yang cuba dia endahkan tapi terpaksa di akui yang dia sekarang isteri orang. Dia perlu menjalankan tanggungjawab seorang isteri. Syurga seorang isteri juga di bawah tapak kaki suami. Kalau derhaka neraka la tempatnya.

Hara menarik nafas sedalamnya sebelum bicara "baik. Aku boleh pindah. Tapi."

"Tapi apa?" soal Iqbal.

"Tunggu Azimah dapat housemate baru dulu. Baru aku pindah. Boleh?" Hara memandang Iqbal. Timbul pula rasa kasihan dihatinya melihat lelaki itu. Soal Wawa tiba-tiba hilang begitu sahaja.

"Okay. Boleh. Tapi aku bagi tempoh seminggu je. Kalau takde , kau kena pindah juga duduk dengan aku."

"Ala asal seminggu je pula?"

"Eh suka hati aku la. Selama aku kahwin dengan kau ni pun aku dah cukup terseksa terkenang kau setiap malam. Apa kau buat? Dah mandi ke? Dah makan? Dah solat? Dah tidur ke? Aku bagi masa seminggu je." ujar Iqbal panjang lebar. Lebih kepada meluahkan isi hati.

"Yela-yela." Hara akur. Dia menghulur tangan mahu bersalam dengan suaminya. Sudah jadi rutin. Dia pun sudah terbiasa dengan hal itu. "Bye. assalamualaikum." ucapnya sebelum melangkah keluar daripada kereta. Selepas Iqbal bergerak pergi Hara terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Seminggu. Dalam tempoh seminggu dia mesti berusaha untuk cari teman rumah yang baru untuk Azimah. 'Kau boleh Ara! Fighting!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience