BAB 18

Humor Completed 96569

"Yuuhuuuuu... Buat apa tu...?" Hara menoleh. Azimah sedang tersenyum girang memandangnya. Salah satu yang dia suka akan Azimah sikap kawannya itu. Azimah seorang yang periang. Susah untuk lihat Azimah murung. Bukan susah memang dia tak pernah nampak pun. Tapi tak tahulah kalau kawannya menangis dalam bilik sorang-sorang.

Hara membalas senyuman Azimah. "Takde apa. Tengah chat dengan Ridhwan ni ha." jawab Hara. Matanya kembali tertumpu kepada skrin telefon pintarnya.

"Ridhwan? Ridhwan mana ni?"

"Adalah." Hara mengenyitkan matanya. Sengaja ingin mengundang pelbagai soalan dalam benak Azimah.

"Kau jangan memacam Ara. Ridhwan tahu tak kau dah kahwin?" soal Azimah.

"Tak." balas Hara sepatah.

"Abih tu dia ingat kau single mingle la?" soal Azimah lagi.

"Entah."

"Eee penatlah cakap dengan kau ni. Tak , entah. Kau memang takde perkataan lain ke dalam otak kau tu! Ish!" Azimah ingin melangkah pergi. Geram dengan sikap Hara.

"Eh! Mah!" Azimah menoleh memandang Hara kembali.

"Sini jap. Aku nak cakap sikit." Hara menepuk sofa di sebelah kirinya.

Azimah berjalan mendekati Hara. "Nak cakap apa?" soalnya setelah melabuhkan punggung di sebelah kiri Hara.

"Aku nak kau cari housemate baru."

"Kenapa?"

"Iqbal suruh aku pindah so aku nak kau cari teman rumah baru. Aku tak kan biarkan kau tinggal sorang-sorang. Bahaya. Selagi kau tak jumpa selagi tu aku tak kan keluar." jelas Hara. Mukanya serius.

"Ek eley kau ni. Keluar jela. Aku okay la sorang-sorang. Masa kau duduk rumah Iqbal seminggu, kan aku duduk sorang."

"Mah... Tu seminggu. Ni selamanya tahu. Aku risaulah. Sekarang ni banyak benda boleh jadi. Aku tak nak kau tinggal sorang-sorang."

"Ala.. Kau jangan nak mengadalah Ara. Pergi je duduk dengan Iqbal tu. Tak payah risau pasal aku. Iqbal tu laki kau tahu."

"Tapi Mah.."

"Takde tapi-tapi. Nanti kang tahulah aku nak cari orang baru. Kau tak yah risau. Kau pergi je duduk dengan dia. Haa bila nak pindah?"

Hara mengeluh. "Kau ni macam tak suka je aku duduk dengan kau. Nak aku keluar cepat-cepat pula."

"Haih. Ara. Janganlah cakap macam tu." Azimah merapatkan dirinya dengan Hara. Dia memeluk bahu kawannya itu. "Aku bukan tak suka kau duduk dengan aku. Aku cuma risau. Kau tu ada tanggungjawab. Berdosa pula tu kalau tak tunaikan. Aku tak nak la kalau aku jadi penyebab pula. Dengar cakap aku eh. Pergi je duduk dengan Iqbal. Nanti aku ajak kawan aku duduk sini." jelas Azimah panjang lebar.

"Betul ni?" Hara memandang muka Azimah. Bersinar matanya mendengar kata-kata dari Azimah.

"Iye betul. Aku ajak kawan tempat kerja aku datang sini. Dia bujang. Family jauh. Duduk sorang jugak. Baik sekali dengan aku. Berteman."

"Yey! Sayang kau Mah!" Hara memeluk Azimah erat. Lega sedikit hatinya jika hendak berpindah ke rumah Iqbal. "Tapi Mah, bukan dalam minggu ni tahu. Hehe" Hara berkata lagi.

"Aik? Nape pulak?"

"Sebab aku janji dengan Iqbal dalam masa seminggu ni kena cari teman untuk kau. Baru aku pindah sana."

"Haa kan dah dapat ni. Nak tunggu seminggu apa lagi? Pegi je pindah cepat-cepat."

"Amboi kau ni. Macam nak menghalau aku pula."

"Hehe mana ada. Eh Ara. Aku nak tanya sikit."

"Nak tanya apa?"

"Iqbal tu. Rumah dia macam mana? Besar?"

"Eh eh yang kau nak sibuk ni kenapa? Tu laki kau ke laki aku?"

"Amboii... Dah pandai cemburu sekarang orang tanya pasal laki dia." Azimah tersenyum sinis memandang Hara. Bukan main lagi. Dulu bukan main tak rela. Sekarang tanya sikit pun dah angin.

Hara hanya membisu. Malu pula bila Azimah kata begitu. Baru terasa dirinya kini bergelar isteri orang. Hahaha.

"Takdelah. Aku tanya je. Sebab kereta dia BMW. Rumah dia mestilah villa en? Tak pun banglo tiga tingkat kau. Haa besar gitu."

"Isshh. Tak laa.. Rumah dia biasa jee. Banglo dua tingkat. Mana ad sampai tiga tingkat." balas Hara.

"Ala.. Bertingkat jugak tu."

"Mah.. Lebih kurang je macam rumah kita ni. Cuma hiasan dalaman je nampak lain. Nampak mewah."

"Wah! Mesti cantik tu! Tak sangka eh. Bujang-bujang pun perhiasaan macam rumah perempuan. Rumah kita ni pun takde macam tu. Biasa jee."

"A'ah. Masa mula-mula aku masuk rumah dia memang terkejut juga aku tengok. Memang tak sangka. Ha! Lagi satu aku lupa. Kawasan perumahan dia kawasan elit tahu. Memang orang kekaya semua. Banyak betul eh duit dia sewa rumah area situ."

"Herm.." Azimah mengherotkan mulutnya. Matanya pada ke atas. Tangan kanannya diletak ke dagu. Bagai sedang memikirkan sesuatu. Menganalisis semua cerita yang Hara beritahu padanya. Macam ada sesuatu yang tak kena. "Ra, kau pasti ke Iqbal tu keje supermarket?" soal Azimah. Dah mula dah deria penyiasatannya. Memang layak dia digelar wartawan tak bertauliah.

"Yela. Kan dia kerja sebelah kedai aku. Tak kan aku silap pula. Alicia pun bagitahu aku benda yang sama." jawab Hara.

"Tapi kan.. Kau fikir logik ke? Orang yang kerja supermarket ni boleh dapat BMW. Lepas tu sewa rumah dekat kawasan elit yang kau cakap tu."

"Maksud kau?"

"Yela. Kalau kerja supermarket je. Pekerja biasa pula tu. Tak kan boleh pakai BMW?"

"Laa kau ni mana tahu dia dah lama kumpul duit nak beli kereta tu. Kita tak tahu. Jangan tengok pekerjaan jee. Kisah dia kita tak tahu."

"Ish tak laa.. Aku cuma curiga jee. Dah la pakai BMW, sewa rumah mahal. Banyak betul gaji dia sebagai pekerja biasa je. Dia kerja bahagian mana?"

Hara terdiam. Betul juga kata Azimah. Dia yang dah lama berkerja di kedai buku pun masih tak dapat memiliki sebuah kereta. Sedangkan Iqbal sudah memiliki sebuah kereta. Yang mahal pula tu. "Emm betul juga tu. Aku pun tak pernah tanya dia kerja bahagian mana. Cuma hari tu ada la terserempak dengan dia , tengah kira stok kot agaknya."

"Kau ni. Laki punya kerja pun tak tahu." marah Azimah.

"Hehe" Hara tersengih malu.

"Entah-entahkan Ara. Dia pengurus tak dekat supermarket tu?" sambung Azimah lagi. Dalam marah tu nak menyiasat juga. Memang jenis dia selagi tak tahu selagi tu akan disoal pelbagai soalan sehingga semua jelas. Tiada lagi persoalan.

"Ish tak kan lah. Kau tengok rupa dia tu ada rupa pengurus ke?" soal Hara. Dia ragu dengan serkap jarang yang Azimh cuba lakukan. Dia tengok Iqbal tu biasa-biasa je. Pakai baju kemeja pun kadang-kadang. Selalunya Iqbal cuma akan pakai baju t-shirt yang telah disediakan oleh pihak supermarket.

"Habis tu? Penjelasan apa yang logik melainkan dia tu pengurus. Bukan pekerja biasa-biasa."

Hara termangu. Fikirannya cuba merumuskan segala prasangka Azimah. Tak mungkinlah kan Iqbal tu pengurus. Iqbal tu cuma pekerja biasa. Pakaiannya, perangainya tak menunjukkan yang dia itu seorang pengurus. Hati Hara menafikan prasangka Azimah. "Tak mungkin." Hara berkata setelah lama dia berfikir.

"Kau pernah nampak dia kerja?" soal Azimah. Cuba untuk menguatkan lagi kenyataan yang dia katakan sebentar tadi.

Hara cuma mengeleng.

"See. Kau sendiri pun tak pernah nampak dia kerja. Ada sekali tu je kan kau terserempak."

Kali ini Hara mengangguk pula.

"Maknanya..?" soal Azimah.

"Maknanya apa kau ni? Ish makin peninglah aku."

"Adui! Kau ni memang blur tak sudahkan. Maknanya.... Ada kemungkinan yang Iqbal tu pengurus. Aku yakin apa yang aku cakap ni betul. Percayalah."

"Mana kau tahu?"

"Aku tahulah. Aku ada sixth sense. Hehe." Azimah tersengih memandang Hara. Mukanya bongkak. Bukan main yakin lagi dia dengan serkap jarang yang dibuat mengenai Iqbal.

Hara mencebik. "Poyo." katanya.

"Ahh sudahlah. Aku nak naik tidur. Kalau kau tak caya apa aku cakap esok kau tanya Iqbal. Kalau aku betul kau belanja aku makan. Amacam? Ada bran?" Azimah mengangkat keningnya. Yakin yang dia akan menang dengan perjanjian itu. Dapatlah dia makan besar nanti. Hehe.

"Okay fine. Deal." balas Hara. Walaupun agak ragu-ragu tapi dia tidak boleh kalah. Pantang keturunannya berundur sebelum berjuang.

"Deal. Kalah belanja makan. Okay. Dah aku nak tidur. Bye. Assalamualaikum."

Hara hanya mengangguk sambil memerhatikan Azimah melangkah naik ke biliknya. Setelah Azimah hilang dari pandangan otaknya kembali memikirkan hal tadi. 'Betul ke Iqbal tu pengurus?' soal hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience