BAB 24

Humor Completed 96569

"Alicia macam mana? Okay tak ahad ni?" Hara tersengih memandang Alicia. Keningnya terangkat.

"Ish! Tak naklah you ni. Malulah."

"Ala... Nak malu apa. I kan ada. I temankan you. I janji I tak tinggalkan you. Okay?" bersungguh Hara memujuk.

Alicia mengelengkan kepalanya. Dia benar-benar tak mahu. Rasa malunya menebal untuk mengikut Hara.

"Okay-okay. Macam ni. Apa kata kalau you ikut I, I akan buat apa saja yang you suruh. I janji." Hara mengangkat tangannya seperti berikrar.

"Tak naklah Ara. I malu."

"Nak malu apa? I kan ada. Please Alicia." kali ini Hara mengenggam kedua tangannya bersama. Memohon supaya Alicia bersetuju dengan rancangannya.

"Herm.."

"Please... Please.. Please..." berkelip-kelip mata Hara merayu.

"Okay, okay. I setuju. But janji you langsung tak boleh tinggalkan I. Janji?"

"Hahaha yes! Macam tu la. Nanti ahad ni kita jumpa okay. Jangan lupa tahu. I balik dulu okay. Bye..." ucap Hara kemudian berlalu pergi menuju ke kereta. Bibirnya terukir satu senyuman lebar. Rancangannya pasti menjadi. Pasti!

***

"Encik Iqbal! Encik." Siti menahan Iqbal dari terus berjalan. Terkedek-kedek dia mengejar lelaki itu. Dia baru sahaja keluar daripada pantry. Ditangannya terdapat sebuah gelas yang berisi air sejuk. Mujur sahaja tak tertumpah ketika mengejar Iqbal sebentar tadi.

"Hati-hati Siti. Tumpah nanti air kamu tu." Iqbal menegur. "Ada apa ni?" soal Iqbal.

"Cik Wawa." jawab Siti. Mukanya ketakutan sedikit.

"Haa kenapa dengan dia?"

"Dia ada dekat dalam office Encik."

"Ha? Buat apa dia dalam office saya?"

"Err." Siti mengaru-garu kepalanya yang tak gatal. "Saya tak tahulah Encik Iqbal. Lepas lunch tadi saya tengok dia dah tunggu dekat situ. Saya tak kasi dia tunggu. Tapi dia maki pulak saya. Bukan main marah lagi. Entah apa angin dia pula kali ni." terang Siti.

Iqbal menghela nafas berat. "Okay. Takpe. Biar saya handle." balas Iqbal. Dia merampas gelas yang berisi air sejuk dari tangan Siti. "Air ni saya amik. Awak pergi buat baru ye. Hee. Lagi satu Siti, berhentilah mengunyah. Saya tengok badan awak makin lama makin debab ni. Ish. Dulu kering je." kata Iqbal.

Siti hanya tersengih malu. Memang betul pun apa yang Iqbal katakan itu. Mulutnya memang tak berhenti mengunyah dari start kerja sampailah nak balik. Ada je benda yang dia makan. Di mejanya penuh dengan makanan ringan. Buat stock mengunyah. "Hehe baik Encik Iqbal." jawabnya.

Iqbal hanya mengelengkan kepala. Kemudian melangkah masuk ke dalam office.

"You pergi mana ha!?" Iqbal memandang Wawa yang sedang duduk di atas kerusinya. Mukanya begis. Dia meletakkan air sejuk yang di ambil dari Siti tadi dihadapan Wawa.

"I pergi makan. Kan waktu lunch tadi. Kenapa?" jawab Iqbal. Pandangannya dilempar ke luar cermin pejabat. Malas mahu bertentang mata dengan Wawa.

"You pergi makan ke you pergi dating!? Ha!? You cakap dengan I betul-betul Iqbal." Wawa berdiri dan berjalan menghampiri Iqbal.

"Pergi makanlah. You ni kenapa? Buang tebiat ke? Tak payah nak jerit-jerit boleh tak? Sakitlah telinga I ni."

"You jangan ingat I tak nampak you makan dengan siapa tadi. Siapa perempuan tu!?"

"Yang you sibuk sangat nak tahu apasal? Benda ni takde kena mengena dengan you. Sudahlah. Baik you pergi baliklah Wawa."

"Hey Iqbal!" Wawa menarik lengan Iqbal. Memaksa lelaki itu memandangnya. "You tak ingat ke I ni siapa ha!?"

"You anak Dato' Mustafa. Jadi? You ingat daddy you kawan dengan papa I , you boleh kongkong I lah? Arah I macam-macam?"

Wawa merengus. "Tapi I ni girlfriend you! Mana boleh you keluar dengan perempuan lain. Perempuan bertudung! Kampung!"

"Hey! You jaga mulut you tu! Jangan sesuka hati nak burukkan orang. I tak pernah mengaku pun you ni girlfriend I. You je yang sibuk heboh sana sini. Sebar cerita palsu!"

Wawa bagai dihina dengan kenyataan Iqbal. Tiba-tiba dia tersenyum sinis. "Haha wow, sebab perempuan kampung tu je you cakap macam ni dengan I? Perempuan jalang tu dah hasut you kan!? Dia suruh you benci I! Perempuan bohsia!"

Pangg!

Wawa memegang pipi kirinya. Sakit. Berdenyut. Berdesing telinganya menerima tamparan Iqbal. Dia menjeling tajam lelaki itu. Seumur hidupnya tak pernah ditampar malah dicubit atau dijentik oleh ibu bapanya. Beraninya Iqbal mengangkat tangan dengan dia. Nafasnya turun naik menahan amarah.

"Perempuan kampung yang you cakap tu isteri I!"

"Isteri you?" dahi Wawa berkerut.

"Ya! Isteri I. I sayang dia. Perempuan jalang, bohsia yang you cakap tu 10 ganda lagi bagus daripada you. Huh!"

"Tak.." Wawa mengelengkan kepalanya. Hatinya terbelah dua. Sukar. Amat sukar mahu menerima kata-kata Iqbal sebentar tadi. "You tipu I kan Iqbal? You tipu I kan?" Wawa memegang bahu Iqbal. Memohon simpati supaya lelaki itu menarik balik kenyataannya sebentar tadi. Direnung mata Iqbal. Mencari kejujuran disebalik mata Iqbal.

Iqbal menepis tangan Wawa. Dia menjarakkan diri. "Sudah, lepas ni I tak nak you cari I lagi. I tak nak you ganggu hidup I. And cukup-cukuplah sebar cerita yang I ni boyfriend you. I penatlah dengan perangai you yang tak makan saman ni."

"No!" air mata Wawa mengalir deras. "No Iqbal! I tak percaya. I tahu you tipu I." teresak-esak dia berkata dalam tangisan. "I janji lepas ni I akan berubah jadi lebih baik. I tak kan susahkan you. Tak kan buat you rimas. I janji. Tolonglah Iqbal. Jangan tinggalkan I. I love you so much." Wawa memegang tangan Iqbal. Merayu bersungguh-sungguh. Maruahnya sudah diletak serendah-rendahnya demi tak mahu kehilangan Iqbal.

"Enough Wawa. You pergi balik sekarang. Jangan cari I lagi. Pergi."

"Argh! I benci you! Benci!" Wawa menolak segala barang yang berada di atas meja Iqbal. Habis berterabur segalanya. Pecah. Pasu bunga. Bingkai gambar. Gelas yang diletak Iqbal sebentar tadi. Semuanya berselerak dan pecah akibat angin taufan yang melanda Wawa.

Iqbal hanya membisu.

"I benci you! Apa kurangnya I!? Apa lebihnya dia!? Dia tu perempuan kampung! Kampung!" Wawa merenung Iqbal dalam-dalam. Hatinya benar-benar mengelegak sekarang.

"Bodoh! You memang bodoh sebab kahwin dengan perempuan tu! Perempuan tak guna! Perampas! Jalang!"

Pangg!

Satu lagi penampar hinggap di pipi kanan Wawa. Wanita itu memegang pipinya. Air matanya tak putus-putus mengalir.

"Jangan you berani lagi nak cakap isteri I jalang! You berambus! Sebelum penampar ketiga hinggap kat muka you baik you berambus! Berambus!!" Iqbal menengking. Sakit hatinya mendengar Wawa mengatakan perkara yang tak elok tentang Hara.

Wawa merengus kasar. Kecut hatinya bila Iqbal menengking. Dia menjeling tajam ke arah Iqbal sebelum melangkah keluar dengan garang.

Iqbal menghembus nafasnya. Dia mengusap mukanya. Cuba meredakan kemarahan yang sedang melanda jiwanya tika ini.

***

"Siti....." Siti menoleh. Seorang wanita yang berpakaian seksi dengan rambut panjang berwarna perang sedang tersenyum memandangnya.

"Eh Cik Wawa. Macam mana Cik Wawa boleh naik ni? Kan hari tu Encik Iqbal cakap dah tak kasi Cik Wawa naik."

"Shhh! You diamlah. Iqbal takde dekat officekan?"

Siti mengangguk. "Kenapa? Nak jumpa Encik Iqbal ke?"

"Tak lah. Buat apa I nak jumpa dia kalau I tahu dia tak ada dekat office. I datang sini nak jumpa you." Jari jemari Wawa terliuk lentok mengikut percakapannya. Mulutnya masih terukir satu senyuman.

"Jumpa saya? Nak buat apa Cik Wawa? Sa.. Saya ada buat salah ke Cik? Maafkan saya Cik. Maafkan saya."

"Hey, Shhh.. You ni. Rileklah. I ada benda nak tanya you."

"Tanya? Nak tanya apa?"

Wawa mendekatkan dirinya dengan Siti. Matanya memandang sekeliling. Tak mahu ada yang dengar perbualan mereka nanti. Setelah pasti keadaan sesuai , Wawa berkata "I dengar Iqbal dah kahwin. Betul?"

Siti kaget. "Ma.. Macam mana Cik Wawa tahu?" jawabnya takut-takut.

"I tahulah. You ingat I macam ni I tak tahu? Semua......Rahsia dekat sini I tahu. Semuanya dalam poket I ni." Wawa menepuk-nepuk kaki kirinya.

"Tapi Cik pakai baju ni mana ada poket." balas Siti.

"Ish! You ni Siti. Lembap betullah!" Wawa berdecit. ' Nama je setiausaha tapi benda kecik macam ni pun susah nak faham. ' hatinya mengutuk.

"Sudahlah. Macam I tanya tadi. Betullah Iqbal dah kahwin?"

Siti mengangguk.

"So... Apa nama isteri dia? Kerja?"

"Nama isteri Encik Iqbal, Haralina. Kitaorang semua dekat sini panggil dia Puan Ara. Dia baik tahu Cik Wawa. Selalu borak-borak dengan kitaorang. Kadang-kadang tu dia belanja makan. Kadang-kadang dia masak dari rumah and bekalkan untuk kitaorang. Masakan dia sedap tahu Cik Wawa. Lagi-lagi udang masak sambal petai. Peh! Sekali kena ketagih nak lagi. Pendek kata memang sesuailah Puan Ara tu dengan Encik Iqbal. Sweet je. Encik Iqbal pun.."

"Stop! Stop!" Wawa mengangkat tangannya. Memberi isyarat supaya Siti berhenti bercerita. Meluat hatinya dengar. "I tanya nama and kerja dia je. I tak nak dengar benda lain pasal dia. Sape nama dia tadi? Sara? Dara? Herm.. Apa-apa jela. I tak nak dengar okay. Eee. Meluatlah. Menyampah." Wawa mencebik.

"Hehe." Siti tersengih. "Puan Ara kerja."

"Kerja dalam office ni?"

"Eh tak la. Mana ada kerja dengan Encik Iqbal. Tak-tak."

"Habis tu? Dia kerja apa? Dekat mana?"

"Err saya... Tak boleh nak bagitahu dekat Cik Wawa. Saya takut nanti Encik Iqbal marah saya sebab bocorkan rahsia."

"Ala.. Siti. You bagitahu I je. Bukan orang lain. Lagipun I tanya pasal kerja dia je. Bukan private sangatkan?"

Siti mengeleng laju. "Saya tak berani la Cik. Dibuatnya Encik Iqbal buang saya, mana saya nak kerja lagi."

"Okay. Macam ni." Wawa mengeluarkan sesuatu daripada tas tangannya. Kemudian dia mengeluarkan pen dan menulis sesuatu di atas kertas. "Nah, you amik ni. I bagi you rm10 ribu." Cek yang sudah diisi itu dikoyak dan dihulurkan kepada Siti.

Siti menelan air liur. 10 ribu. Banyak tu. Hatinya mula berbelah bagi. Godaan duit sangat kuat sehingga melemahkan hatinya untuk terus setia dengan Iqbal. "Err.." lambat-lambat tangannya. menyambut cek yang dihulur Wawa.

"Sekarang you bagitahu I, kat mana perempuan kampung tu kerja. I janji tak akan bagitahu Iqbal."

"Err Puan Ara kerja dekat... Dekat..."

"Dekat mana!?"

"Dekat kedai sebelah. Kedai buku sebelah." kata Siti. Nada suaranya sedikit kuat akibat disergah Wawa yang tak menyabar.

"Kedai sebelah ni?" Wawa mengangkat keningnya.

"Ha ye. Dekat kedai sebelah."

"Dia.. Owner kedai tu ke?"

"Tak la. Dia pekerja biasa je Cik Wawa."

"Ohh.. Boss you tu bodohkan..?"

"Ha? Kenapa pula Cik Wawa?"

"Yela. Yang dia pergi kahwin dengan perempuan kampung macam tu kenapa? Dah lah makan gaji je. Tak cantik. Tak mengoda macam I. Eee laki lain tengok pun tak selera. Kalau boss you kahwin dengan I mesti dia dah dapat luaskan syarikat dia ni. Sebab tu I cakap dia bodoh."

Siti terdiam mendengar Wawa berkata. Selamber je wanita itu mengutuk majikannya.

"Okaylah Siti. Thanks sebab bagitahu I benda tu. I promise I tak kan bagitahu Iqbal okay. Duit tu belanjalah. Beli apa yang you suka. I ikhlas bagi." Wawa tersenyum penuh makna. Seribu satu kejahatan sudah terbayang di kepalanya. Sama ada dia berani atau tidak untuk melakukan perkara itu.

"I balik dulu ye. Bye Siti. Muah!" kata Wawa kemudian berlalu pergi meninggalkan Siti yang telah membocorkan rahsia padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience