Hara sebal. Hatinya panas terbakar. Buku yang diidamkan selama ini sudah terlepas ke tangan orang lain. "arghh! kenapalah aku lambat sangat pegi pesta tu! Kalau tak mesti dah seronok menghayati cerita tu sekarang!" Dia menyalahkan dirinya. Rasa menyesal makin menebal. "arghh!"
"oii. Terjerit-jerit tu kenapa? Buang tebiat?" Azimah rakan serumahnya menegur. Dia berdiri di depan pintu bilik Hara.
"Aku tak dapat beli buku yang aku nak tu. Dah lama aku tunggu penerbit tu buat cetakan semula. Alih-alih masa beli ada sorang mamat ni duk berebut dengan aku. Dia kata dia dah pegang dulu buku tu." Adu Hara pada Azimah. "Aku tak tahulah lelaki mana yang suka baca novel-novel cinta ni. Ish!" sambungnya lagi. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil.
"Laaa.. Sebab buku jee kau jadi meroyan macam ni? Kau kan keje kedai buku, kau minta jela bos kau order satu untuk kau."
"Masalah dia Mah, tak best tahu macam tu. Lagipun tak nak la aku minta tolong Encik Amir tu. Dia dah la selalu attack aku."
"Memanglah selalu dia attack kau, dah hari-hari kau datang lambat mahu tak mengamuk dia. Kalau aku ada pekerja macam kau ni, aku buang je terus."
"Hehe" Hara tersengih memandang Azimah. "Mah, kau kena faham. Benda sekarang aku dah cuba wei. Dah bangun awal dah ni tapi alih-alih aku lambat jugak. Nak buat lagu mana. Hehe" sambung Hara dengan senyuman masih terukir di bibir.
"Suka hati kau lah Ara. Ni aku nak tanya, kau dengan Fatah macam mana?"
Seketika, mood Hara bertukar menjadi sedih. "Herm." Dia mengeluh panjang. Di renung cincin emas yang berada di jari manisnya. "Entahlah Mah." Itu sahaja jawapan yang mampu dia berikan kepada Azimah.
"Ara, aku tanya ni bukanlah nak buat kau sedih. Aku tak nak kau terus jadi bodoh tunggu lelaki yang dah hilang pergi kemana entah. Padahal tahu korang lagi dua bulan jee nak kahwin." ujar Azimah. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Hara. Muka kawannya itu dipandang sayu. Bahu Hara dipeluk. Cuba memberi semangat kepada kawannya itu.
Hara hanya membisu. Kata-kata Azimah tu ada benarnya. Buat apa lagi dia menunggu tunangnya itu. Sudah berbulan hilang macam tu je. Telefon tak diangkat, mesej tak dibalas. Dia buntu. Lagi dua bulan mereka akan disatukan tetapi dengan keadaan yang macam ni. Apakah akan wujud perkahwinan yang diimpikan?
Perkahwinan yang sering dia idamkan sewaktu bercinta dengan Fatah dahulu sehinggalah Fatah melamarnya lima bulan lepas. Ketika itu, bahagia dihatinya hanya Allah yang tahu. Apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Dia dan Fatah akan disatukan. Menjadi suami isteri. Menjadi halal antara satu sama lain. Dia tersenyum gembira.
Tapi..... Itu lima bulan yang lepas. Sekarang impiannya itu makin lama makin pudar. Hancur. Menjadi kepingan yang sukar untuk dicantum semula. Dia mengeluh. Dalam diam timbul rasa benci dan dendam pada tunangnya itu.
"Sudahlah. Aku nak masuk tidur ni. Fikir-fikirkanlah apa yang aku cakap tu. Tak guna menanti bulan jatuh ke riba. Bye. Assalamulaikum Ara."
Hara mengangguk. Dia menghantar Azimah pergi dengan pandangan mata. 'kenapa kau berubah macam ni Fatah?' Hatinya berkata sayu.
***
Hara menolak pintu kedai perlahan-lahan. Matanya liar memerhati sekeliling. Sekali lagi dia telah lambat. Masih mengulangi kesilapan yang sama walaupun sudah dimarahi Encik Amir beberapa kali.
"Hara!"
Hara menoleh. Dilihat Encik Amir sedang memandangnya dari anak tangga. 'ish.. Kenapalah aku tak perasan dia kat situ tadi?'
"Awak ni hari-hari lambat. Nak saya potong gaji awak ke? Atau awak memang dah tak nak keje lagi?"
"Err Encik Amir." Hara mengaru-garu kepalanya yang berlapik kain tudung. " Saya minta maaf Encik Amir. Saya tak ada transport tadi. Tu tunggu teksi datang." bohong Hara.
"Kan selalu Alicia yang bawa awak."
"Err" Hara tunduk. Tiada jawapan yang boleh diberi kepada Encik Amir. Dia sudah tertangkap. Memang selalu Alicia yang mengambil dan menghantarnya pulang. Tetapi kalau Hara lambat, kawan sekerjanya itu memang tidak akan menunggu. Terpaksalah dia memujuk Azimah untuk menghantarnya kerja. Bukannya dia tidak mempunyai lesen kereta cuma dengan keadaan kewangannya sekarang belum boleh untuk dia memiliki sebuah kereta miliknya sendiri.
"Sudah. Ini last warning. Kalau awak lambat lagi tak ada maaf bagimu."
Hara tergelak kecil. 'Encik Amir ni. Berlawak pula dia.'
"Yang awak tergelak-gelak tu kenapa? Dah pegi buat keje!" arah Encik Amir.
"Ba.. Baik Encik Amir."
***
Meliar mata Hara mencari tempat duduk yang kosong. Kedai makan 'Rasa Sayang' itu kelihatan agak penuh dengan pengunjung hari ini.
Seketika matanya tertacap pada kerusi kosong di tengah-tengah kedai. Segera dia mendekati tempat tersebut. Tiba-tiba matanya terpandang seorang lelaki yang juga tergesa-gesa. Dia memandang kerusi kosong kemudian menoleh memandang lelaki tersebut. Langkahnya makin laju. Tidak kira apa dia kena dapatkan juga tempat itu. Perutnya sudah kelaparan.
Lelaki itu menoleh memandang Hara. Dia turut melajukan langkahnya.
Hara merenung tajam lelaki di hadapannya. Sekarang mereka berdua sedang memegang kerusi yang sama. Hara menarik kerusi ke sisinya. Lelaki itu turut sama menarik kerusi ke sisinya. Adegan tarik menarik itu telah menjadi tumpuan memandangkan mereka berada di tengah-tengah kedai.
"Ni tempat aku! Aku yang nampak dulu!" Hara sedikit menjerit. Geram. Dengan perutnya yang lapar. Ada pula orang ajak main tarik kerusi. Tahap kesabarannya menipis.
"Aku dah pegang dulu. Ni tempat aku." balas lelaki dihadapannya itu.
Hara terdiam. 'Dialog tu.'
"Kau ni yang berebut novel dengan aku kan!?" Hara melepaskan pegangannya dari kerusi. Dia bercekak pinggang. Rasa marahnya akibat peristiwa tempoh hari kembali membara.
"Ni kenapa ni? Ha Hara, Iqbal?" Belum sempat Iqbal menjawab soalan Hara, Mak cik Yah, pemilik kedai datang menerpa.
"Mak cik... Dia ni amik tempat saya..." Hara mendekati Mak cik Yah. Dia cukup mengenali wanita itu kerana dia merupakan pelanggan tetap kedai makan tersebut. Begitu juga dengan Iqbal.
"Mak cik. Saya yang sampai sini dulu. Maknanya ni tempat saya." Iqbal membela diri.
"Ish kamu berdua ni. Kan tempat ni ada empat kerusi. Haa duduklah sama-sama."
Mereka berdua terdiam. Memandang sesama sendiri. Tiba-tiba terasa bodoh.
Share this novel