BAB 11

Humor Completed 96569

"Oii.. Hari ni tak keluar pegi mana-mana ke?" Azimah menepuk bahu kawannya itu. Khusyuk benar menonton televisyen. Hari minggu la katakan. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Hara. Matanya kini turut tertumpu ke arah kaca televisyen yang sedang menayangkan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Dia menelan air liurnya. Makanan di dalam rancangan itu semua nampak sedap-sedap belaka.

"Tak.. Malaslah." balas Hara. Bola matanya masih tertumpu ke kaca televisyen.

Keadaan menjadi sunyi seketika sebelum Azimah bersuara semula."Jom keluar Ra."

"Ke mana kau ni.. Aishh.."

Azimah memandang ke syiling. Memikir sesuatu di dalam kepalanya. Tangan kanannya diletak ke dagu. "Emm.. Kita pergi date! 4 orang!" Azimah tersengih memandang Hara. Matanya bulat. Menunjukkan dia benar-benar teruja dengan idea yang tiba-tiba muncul dalam kepalanya itu. "Kau call Iqbal. Suruh dia bawak kawan juga. Hehe."

"Ish apa yang kau mengarut ni. Aku ni dah jadi bini dia, tak payah nak date-date sangatlah. Lagi satu yang kau suruh Iqbal tu bawak kawan kenapa? Syuk mana?"

"Aii.. Dah mengaku ke diri tu isteri orang?" Azimah tersenyum sinis.

"Ish!" Hara memukul paha Azimah. "Diamlah."

"Hahaha okay-okay. Lupakan pasal tu. Sekarang ni nak keluar ke tak?"

"Pegi mana? Aduyai, kau ni. Aku nak rilek-rilek dekat rumah pun susah tahu. Memang betullah kau ni kaki jalan. Tak boleh nak melekat dekat rumah. Cuti-cuti ni duduklah rumah. Baca buku." bebel Hara.

"Baca buku otak hang. Jom la kita keluar ye. Kita pegi bowling!"

"Tak nak."

"Jom la Ara..... Jom la... Jom laaa....." Azimah mengoncang badan kawannya itu. Memujuknya bersungguh-sungguh. Mukanya menunjuk riak wajah simpati.

Badan Hara bergerak ke kiri dan kanan akibat ditolak Azimah. "Okay.. Okay.. Stop.." Dia mengangkat tangannya. Tanda mengalah. "Okay fine. Kita keluar." Akhirnya Hara mengalah. Tak sanggup rasanya badannya terus ditolak oleh Azimah. Mahu patah-patah nanti tulangnya. Kekuatan tangan Azimah tu lebih kurang je macam lelaki. Kuat betul genggamannya. Keras. Memang kesian betul siapa yang jadi suaminya nanti. Hehe

"Yeay!!" Tanpa berlengah Azimah bingkas bangun dan menuju ke biliknya untuk bersiap. "Call Iqbal cepat!" sempat juga Azimah menjerit mengingatkan kawannya itu.

***

"Hahahaha lawaklah kau jatuh tadi Ara. Macam stuntman tahu. Hahaha" Azimah memegang perutnya. Galak dia mentertawakan Hara.

Hara hanya membisu. Sakit telinganya mendengar Azimah ketawa. Malu dibuatnya tadi bila dia boleh tergelincir masa mahu membaling bola bowling. Habis semua orang di pusat bowling itu memerhatikannya. Malu yang teramat. Mungkin ini akan jadi pengalaman main bowling yang pertama kali dan yang terakhir baginya. 'Lepas ni kalau Mah paksa-paksa juga aku luku kepala dia. Aku dah cakap aku tak pandai main tapi paksa jugak aku main. Lepas tu pergi bantai gelakkan aku kaw-kaw.' gumamnya.

Hara menoleh ke belakang. Iqbal sedang tersenyum memandangnya. Tiba-tiba hatinya berdegup laju. 'Dah kenapa dengan aku ni? Ish.' Hara mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Ra, kau nak tako tak?" Azimah menjerit sedikit. Dia berdiri di hadapan kiosk takoyaki yang berada di dalam shopping mall tersebut. Baunya menyelerakan. Matanya tertumpu kepada pekerja kedai tersebut yang sedang membuat toriyaki.

"Ah ye." Hara segera berlari mendapatkan Azimah. Entah bila gadis itu berada di hadapan kedai takoyaki tersebut. ' Kalau bab makan memang nombor satu. Cepat je.'

***

"Ra, kawan Iqbal tu hensemkan. Sweet je muka dia." Azimah mencuri pandang lelaki di sebelah Iqbal. Agak jauh sedikit daripada tempat mereka berdua berdiri. 'Alang-alang ada peluang nak tengok , jangan lepaskan.' hatinya berkata. Bekas takoyaki di tangannya dibuka dan disuap sebiji ke dalam mulutnya sementara menunggu pesanan takoyaki Hara pula siap.

Hara memandang lelaki yang dimaksudkan Azimah. Dia tersenyum. Namun bukan disebabkan lelaki yang Azimah katakan tetapi disebabkan Iqbal. Lelaki itu nampak sungguh... Sungguh menarik. Cara dia bercakap. Cara dia tersenyum. Manis.Menampakkan barisan gigi yang putih dan tersusun rapi. Cara dia berdiri dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar , menyerlahkan lagi ketampanan jejaka berkulit putih itu. Hara tersenyum lebar tanpa sedar Azimah sedang memerhatikannya.

"Ra, kau pandang sape ni sebenarnya?" Tegur Azimah. Dia sudah tersenyum sinis memandang Hara.

"Ma.. Mana ada sesiapa." Segera Hara mengalihkan pandangan. Dia memegang telinganya. Kebelakangan ini menjadi tabiat pula bila dia malu dia akan memegang telinganya walaupun berlapik kain tudung.

"Eley...." Azimah menolak bahu Hara. "Mengaku jela. Nak dalih-dalih pula."

"Aa... Apanya kau ni. Aku pandang laki sebelah Iqbal tu la. Kan kau kata hensem." Hara cuba menafikan selagi boleh. Padahal memang dah terang lagi bersuluh dia perhatikan Iqbal. 'Nasib baik mamat tu tak pandang, kalau tak mesti dia perasan aku suka dia.' Hatinya berbisik.

"Ahh sudahlah kau. Hahaha. Eh Ra, dah suka tu mengaku jela. Jual mahal pula. Kang si Iqbal tu orang lain amik tahulah kau."

Hara hanya membisu. Elok pula takoyaki pesanannya siap. Dia menghulur not lima ringgit dan menyambut bungkusan yang dihulur oleh pekerja tersebut. Selepas mendapat baki dia dan Azimah berjalan mendekati Iqbal dan juga Haris.

"Nak satu." Iqbal membuka mulutnya. Mahu disuap oleh Hara.

"Nah. Makan sendiri." Dingin Hara membalas.

Jelas riak kecewa diwajah Iqbal. Namun disambut jua bungkusan takoyaki yang dihulur Hara. Dibuka dan disuap sebiji ke dalam mulutnya.

"Jom." Azimah berkata. Dia sudah berdiri di sebelah Haris. Eh tiba-tiba pula sebelah Haris. Memang dia ni pantang betul.

"Pergi mana?" soal Haris. Agak terkejut sebab tiba-tiba sahaja Azimah berada di sebelahnya. Gadis itu tak kelihatan kekok walaupun ini kali pertama mereka berdua berjumpa.

"Makan!"

"Aikk? Ni awak tengah makan nak makan lagi?"

"Hehe ala.. Ni snack jee. Bukan makanan berat. Hehe." Azimah tersipu-sipu malu. 'Mamat ni, tengok badanlah. Mana cukup tako satu bekas kecik ni. Kalau satu bekas besar tu okay la sikit.' Hatinya berkata.

"Nak makan dekat mana?" Haris bertanya. Mengikut sahaja keinginan gadis tembam itu. Tak rugi apa-apa , lagi pun perutnya juga sedang menjerit minta diisi dengan makanan sekarang ini.

"Jom!" pantas Azimah menarik tangan Haris. Meninggalkan Hara dan Iqbal berdua.

"Eh! Mah! Kau nak pergi mana tu!?" Hara cuba mengejar Azimah namun tangannya ditarik oleh Iqbal dan terus ke dakapan lelaki itu. Dia tersentak. Kaku. Jantungnya berdegup laju , lebih daripada biasa. Mukanya panas. Seketika dia rasakan suasana menjadi sunyi. Hanya dia dan Iqbal sahaja berada di shopping mall tersebut.

"Tak payahlah kejar. Kau jalan dengan aku je. Jom." ujar Iqbal. Separuh berbisik.

Suara Iqbal bagai menyentap jantung Hara. Gemersiknya suara lelaki itu membuatkan Hara menjadi tidak keruan.

Iqbal mengenggam tangan Hara. Hangat. Hatinya berbunga bahagia. Senyuman terukir dibibirnya. Dia tak peduli Hara yang seperti sedang kebingungan. "Jom." katanya.

Hara hanya mengangguk. Tiada kata yang keluar dari mulutnya. Dia hanya menurut langkah Iqbal yang sedang memegang tangannya. 'Rasa apa ni? Tak kan la aku....?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience