BAB 9

Humor Completed 96569

"Selamat pengantin baru... Selamat..... Berbahgiaa..... Selamat ke anak cucu... Selamat sejahtera.."

"Banyaklah kau punya selamat..!" Hara menjeling kawannya itu. Dia baru sahaja sampai ke rumah sewanya setelah seminggu bercuti sempena majlis perkahwinannya dengan Iqbal. Err bukanlah majlis sangat. Tapi boleh dikira majlis jugalah. Atas permintaannya majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Tak ada bersanding hanya akad nikah dan kenduri doa selamat sahaja. Hara menarik beg berisi pakaiannya masuk ke dalam rumah. Kemudian dia menghempaskan dirinya di atas sofa. Letih. Letih bertekak dengan Iqbal di dalam kereta sebentar tadi.

"Ra, kenapa kau balik sini ni? Iqbal mana Iqbal? Kau tak duduk rumah dia ke?" Azimah mengambil tempat duduk di sebelah Hara. Dia memandang rakannya itu bersungguh-sungguh. Bagai mengharap sesuatu daripada Hara.

"Tak. Aku duduk sini." Hara memejamkan matanya. Kepalanya disandar ke sofa menghadap syiling.

"Duduk sini dengan Iqbal? Eee tak naklah. Malu la aku nanti. Nak buat apa pun tak bebas kalau laki kau ada."
Hara membuka matanya. Menjeling ke arah Azimah. 'Apa susah sangat nak faham perempuan ni.' hatinya mengutuk kawan baiknya itu. "Iqbal duduk rumah dia laa.. Aku duduk sini dengan kau." Hara kembali memejamkan matanya.

"What!? Kau gila ke apa? Kau tu bini dia. Yang kau nak duduk dengan aku kenapa? Kau risaukan aku duduk sorang-sorang eh?" Azimah tersengih memandang Hara. Dia menyiku lengan kawannya itu. Rasa terharu kawannya itu risau akan dirinya. "Kau jangan risaulah. Aku okaylah duduk sorang-sorang. Kau pegilah duduk dengan Iqbal. Dia tu suami kau tahu. Tempat sorang isteri disisi suaminya. Kalau kau derhaka haa.. Berdosa tahu." Sambung Azimah.

"Aku tak nak laa.." Hara mengerutkan dahinya.

"Tak nak apahal?"

"Nantilah aku cerita. Aku nak naik tidur. Bye." Ucap Hara seraya bangun meninggalkan Azimah tanpa menjawab soalannya.

"Herm Ara. Ara. " Azimah mengelengkan kepalanya.

***

"Seronok bercuti?" Encik Amir tersenyum memandang Hara.

"Err hehe seronok Encik Amir." Ujar Hara. Kekok. Lain macam pula bila Encik Amir menegurnya sambil tersenyum selalu bengis sahaja. Dia tunduk lalu beredar pergi ke office ditingkat dua untuk meletakkan barangnya di dalam loker.

"Alicia. Kenapa Encik Amir tu?" soal Hara. Dia memandang Alicia yang sedang meletakkan barangnya di dalam loker.

"Kenapa?"

"Entahlah. Macam tak betul jee. Pagi ni bukan main baik dengan saya."

"You datang awal maa.. Sebab itu dia sukalah." Kata Alicia sambil beredar turun ke tingkat satu. Meninggalkan Hara yang kebinggungan.

"Macam tu pun boleh? Emm..." Hara mengangkat bahunya. "Lantaklah. Bagus juga. Takdelah asyik kena attack jee." Dia bermonolog.

***

"Hahaha InShaaAllah Encik Iqbal. By the way tahniah ye." Encik Amir menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Iqbal.

Salam disambut. Iqbal tersenyum memandang Encik Amir. "Terima kasih. Jaga dia elok-elok. Malas buat kerja pukul jee. Hahaha."

"Eh mana boleh. Haha nanti kena saman dera pekerja pulak. Hahaha." Encik amir meledakkan tawanya.

"Iqbal? Dia buat apa pulak tu tergelak-gelak dengan Encik Amir." Hara yang baru turun dari tingkat dua memerhati kedua makhluk Allah yang sedang bergelak ketawa. Apa yang disembangnya entah. Perlahan-lahan Hara turun dan mendekati mereka. "Kau buat apa dekat sini?"

"Hai sayang. Macam mana pagi ni? Dah sarapan?" Iqbal memeluk bahu Hara. Kemudian mencium pipi wanita itu.

Tersipu-sipu Encik Amir melihat gelagat Hara dan Iqbal. Dia faham. Pengantin barulah katakan. Rasa sayang tu masih menebal.

Hara terkesima. Terkejut dengan tindakan Iqbal yang tiba-tiba memeluknya dan menciumnya. Tanpa kebenaran pula tu! Hara menolak-nolak badan Iqbal supaya jauh darinya. Tapi Iqbal mengemaskan lagi pelukannya sambil tersenyum memandang Encik Amir.

"Baik kau diam. Kalau diikutkan hari ni kau dah kena pecat tahu, nasib baik aku penyelamat. Cepat senyum cepat." ujar Iqbal separuh berbisik.

Hara terdiam. Dia berhenti menolak badan Iqbal untuk jauh darinya. "Err abang buat apa datang tempat keje saya ni?"

"Saja.. Nak tengok isteri abang ni. Rindu." Iqbal berkata dengan nada suara yang manja.

Nak termuntah Hara mendengarnya. Berdiri segala bulu romanya. Dalam hati mengutuk-ngutuk lelaki disebelahnya itu. 'Kalau tak sebab kerja memang aku dah terajang mamat ni dah.'

"Okaylah Encik Iqbal. Saya tak naklah jadi pengacau pulakkan. Saya naik atas dulu ye." Encik Amir menghulurkan tangan untuk bersalam sebelum beredar naik ke tingkat dua.

"Ish! Tepi! Kau cakap apa dekat Encik Amir ha? Kenapa dia nak berhentikan aku pulak?" Hara memandang Iqbal selepas dia berjaya melepaskan diri daripada lelaki itu. Dia inginkan penjelasan. Dicium dipeluk sesuka hati! Mamat ni!

"Shh! Slow la sikit. Nanti Encik Amir dengar macam mana?" Iqbal meletakkan jari telunjuknya dibibir. Dia memegang bahu hara. "Kau kan selalu datang lambat. So dia dah tak tahan. Dia nak pecat kau." jelas Iqbal.

"Dah tu yang kau peluk cium aku depan dia kenapa?"

"Sebab aku cakap kita ni suami isteri. Jadi dia simpatilah dengan kau. Kita baru nak hidup. Nak kumpul duit. Kalau kau diberhentikan susahlah aku kena tanggung kau." jelas Iqbal lagi.

"Kau memandai je kan buat cerita." Hara menarik muka. Boleh saja diberhenti dan cari kerja lain. Tapi bila difikirkan kelulusannya sekadar Sijil Pelajaran Malaysia sahaja, dia merasakan agak sukar untuknya mencari kerja lain yang memerlukan kelayakan lebih tinggi.

"Sekarang ni kau nak kerja ke tak nak?"

"Nak laa."

"So diam." Iqbal mengucup pipi Hara sekali lagi sebelum berlalu pergi.

"Eee! Eee! Kurang ajar!" Hara menghentakkan kedua kakinya.

***

Iqbal mengerling jam di tangannya. Sudah pukul 12.30, waktu makan tengahari. Segera Iqbal mengemas mejanya yang bersepah dengan kertas kerja. "Siti, saya nak keluar makan. Awak keluar tak?" Iqbal berhenti seketika di meja setiausahanya. Siti Zulaika.

"Tak keluar Encik Iqbal. On diet. Hehe." Siti tersengih memandang Iqbal. Memang begitu sikapnya. Manja. Ala-ala ratu rock negara, Ella.

"Okaylah. Saya nak keluar ni. Apa-apa awak call saya." Arah Iqbal tanpa menunggu jawapan daripada Siti, dia terus sahaja beredar.

***

"Jom lunch." Hara mendonggak memandang gerangan yang menegurnya. Dia sedang khusyuk melayan cerita korea yang dibintangi pelakon pujaannya itu.

"Tak nak." Hara membalas sepatah. Dia kembali fokus.

"Jangan mengada boleh tak? Kang perut tu masuk angin baru kau tahu. Jom!"

Hara buat tak endah apa yang Iqbal katakan. Matanya masih tertumpu pada skrin telefonnya.

"Encik A......"

"Eh! Eh! Yela-yela. Ish! Kau ni!!" Hara berdiri. Dia mengetap bibirnya. 'Pandai dia ni mengugut aku!' Dia memberi jelingan tajam kepada Iqbal. "Kejap! Aku kemas!" ujar Hara. Dihempas-hempas barang peribadi miliknya masuk ke dalam beg. Sesudah itu dia menolak kerusi di kaunter pembayaran tersebut dengan kasar tanda protes. Mukanya monyok. "Alicia. Saya pegi makan!" Jerit Hara kemudian berlalu pergi dengan Iqbal.

***

'Aku ingat best sangatlah tempat yang dia nak bawa aku ni. Ye ye suruh aku makan. Kedai Mak Yah je pun. Huh! Bawaklah makan hotel ke stik ke apa ke, barulah best.' Hara mengutuk Iqbal dalam hati. Dia mngekor sahaja lelaki itu pergi ke mana. Sepatah pun tidak bersuara.

"Haa duduklah. Termenung apa lagi tu?"

"Haa? Ahh yela-yela. Aku nak duduk la ni. Ish. Mengarah je tahu."

"Kau nak makan apa?" Iqbal membelek menu yang berada di hadapannya. Padahal sudah banyak kali dia makan di kedai itu. Makan benda yang sama setiap kali tapi masih membelek menu di hadapannya.

"Apa-apa jela." Balas Hara sepatah. Protesnya masih berlarutan.

"Haa Iqbal, Ara. Elok pula kamu berdua ni. Selalu Mak Yah tengok asyik nak bercekau jee.. Macam anjing dengan kucing" Mak Yah datang dengan membawa kertas dan juga pen untuk mencatit pesanan yang diminta.

"Sayalah kucing tu Mak Yah, comelkan? Meoww.." Hara tersenyum manja memandang Mak Yah.

"Habis kau nak cakap aku anjinglah?"

"Ehh tak cakap pun. Tapi kalau dah sedar sendiri tu baguslah."

"Kau ni.."

"Dah.. Sudah-sudah. Kamu berdua nak makan apa?" Pantas Mak Yah meleraikan pergaduhan kecil antara mereka berdua.

"Hehe Mak Yah sebenar kami... Aduii!" Belum sempat Iqbal menghabiskan katanya satu tendangan hinggap di kaki Iqbal. Iqbal memegang kakinya. Dia memandang Hara. Wanita itu menjengilkan matanya. Memberi isyarat supaya diam.

"Mak Yah, Ara nak macam biasa yee. Si mangkuk ayun ni pun nak macam biasa." Ujar Hara. Dia memberi senyuman kekok kepada Mak Yah. "Hehe..."

"Haa yela. Kejap lagi Mak Yah hantarkan."

"Eh! Kau jangan memandai nak bagitahu Mak Yah yang kita dah kahwin eh!" Kata Hara selepas Mak Yah berlalu pergi dengan pesanan mereka.

"Pahal pulak? Suka hati aku la."

"Kau dah janjikan dengan aku hari tu. Masa hantar aku balik rumah sewa. Aku tak nak orang lain tahu. Dah la kau pergi bagitahu Encik Amir yang kita suami isteri."

"Apahal? Kau malu dapat laki macam aku? Pekerja supermarket jee.. Sengkek. Gaya takde, rupa takde tak macam bekas tunang kau tu."

"Kau jangan nak babitkan dia dalam hal kita eh! Dia takde kena mengena."

"Kenapa? Masih sayang?" balas Iqbal. Bersahaja.

"Aku cakap jangan babitkan dia. Dia takde kena mengena dalam hal kita!" Hara mengenggam penumbuk di kedua tangannya. Rasa marahnya makin memuncak.

Iqbal hanya membatu. Hatinya sedikit kecewa dengan tindakan Hara. Namun dipendam.

"Dah lah! Takde mood aku nak makan. Aku nak balik kedai." Hara berdiri dan sudah bersedia untuk beredar.

"Ara!" Hara menoleh.

"Balik nanti naik dengan aku. Tak payah dengan Alicia." Iqbal berkata. Dia mengelak untuk bertentang mata dengan Hara.

"Tak payah. Aku naik Alicia jee." Balas Hara.

"Jangan melawan. Naik aku!" Nada suara Iqbal menjadi serius.

Hara menghentak kakinya. Protes! Protes! Protes! Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Iqbal keseorangan menikmati makan tengaharinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience