BAB 16

Humor Completed 96569

Iqbal membuka baju kemejanya. Kemudian dicampakkan ke dalam bakul yang berisi baju kotor. Dia mengambil tuala mandi yang disidai dikaki katil dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Usai sahaja mandi, Iqbal terus pergi ke almari pakaian. Dibuka pintu almari dan cari baju kegemarannya. "Aik? Mana bula baju kegemaran aku ni?" Iqbal menyelak satu persatu baju yang tergantung di dalam almari pakaian itu.

Klik!

Bunyi pintu dibuka. Dia menoleh ke arah pintu.

"Ahhhhhhhhhh! Mama!!!" Hara yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tersebut menjerit bagai terkena histeria. Mana tidaknya sebaik sahaja dia melangkah masuk, dilihat Iqbal sedang berdiri di hadapan almari tanpa berpakaian! Tidak ada seurat benang pun yang membaluti tubuh sasa Iqbal. Hara memejamkan matanya, tangannya pula ditekup ke telinga yang masih berlapik kain tudung.

Iqbal yang terkejut dengan jeritan Hara segera mencapai tuala mandi yang dia telah campakkan ke lantai sebentar tadi. Dia membalut tubuhnya dan terus mendekati Hara. "Shhh! Diamlah!" Iqbal berkata sambil menutup pintu. Tidak mahu mamanya tahu apa sebenarnya yang terjadi.

"Kau menjerit apahal!? Macam nampak hantu pulak!" Iqbal berdiri di hadapan Hara. Dia bercekak pinggang memandang wanita itu.

Hara membuka matanya. "Ye! Memang aku nampak hantu. Aku nampak toyol kepala hitam!" balas Hara. Dia tunduk. Tidak mahu bertentang mata dengan Iqbal. Lagi-lagi keadaan lelaki itu sekarang. Tetapi sesekali dia mencuri pandang tubuh sasa suaminya itu. Pertama kali dia lihat badan Iqbal tanpa baju. Dan ternyata lelaki itu memiliki susuk tubuh idamannya.

"Eh kau...."

"Ara!? Iqbal!? Kenapa tu terjerit-jerit!?" belum sempat Iqbal menghabiskan kata-kata suara mamanya kedengaran dari luar bilik.

"Takde apa ma. Ara terkejut tadi ada lipas melintas." balas Iqbal dari dalam bilik.

"Betul ni Ara?"

Iqbal menolak bahu Hara. Menyuruhnya menjawab segera soalan Puan Amnah.

"Err ye ma. Tadi memang ada lipas lintas. Ara terkejut. Minta maaf ma."

"Ish kamu berdua ni. Buat penat mama je berlari naik atas ni."

Suara Puan Amnah membebel makin lama makin jauh dan terus hilang dari pendengaran Iqbal. Dia kembali memandang Hara.

"Yang kau menjerit kenapa?" soal Iqbal.

"Yang kau berbogel dah kenapa!?" Hara menjawab soalan Iqbal dengan soalan.

Tiba-tiba timbul satu idea jahat di fikiran Iqbal. Dia mendekatkan jarak antara dia dan juga Hara sebelum berkata "kenapa? Kau malu?"

"Ma.. Mana ada malu. Aku cuma terkejut jee." Hara berkata. Kakinya secara automatik berundur ke belakang bila Iqbal mendekatkan dirinya.

"Betul ni tak malu?" Iqbal berkata lagi. Dia semakin merapatkan jarak antara dia dan juga Hara. Setapak dia ke depan, setapak juga Hara berundur ke belakang. Di bibirnya terukir satu senyuman nakal. Senyuman yang penuh dengan seribu makna.

"Be.. Betullah. Aku terkejut je tadi. Kau jangan rapat lagi Iqbal. Nahas kau nanti." Hara memberi amaran. Kakinya masih berundur ke belakang sehinggalah badannya berlanggar dengan almari pakaian.

Melihatkan keadaan itu , Iqbal segera mengangkat kedua tangannya dan diletakkan di kanan dan kiri Hara. Menghalang wanita itu melarikan diri. Peluang keemasan macam ni susah nak dapat. "Kenapa kalau aku dekat? Kau takut? Atau kau malu?"

"Aku tak malulah and aku tak takut. Setakat kau ni senang-senang je aku pukul." Hara berlagak. Padahal dalam hati bagai nak meletup menahan debaran yang semakin memuncak. Matanya masih tidak memandang Iqbal. Gila ke nak bertentang mata dalam keadaan macam ni. Mahu terkencing dia dekat situ akibat terlampau berdebar.

"Tak malu? Hehe baguslah. Maknanya kau tak kisahkan kalau aku buka tuala ni?"

Bagai nak pitam Hara mendengar Iqbal berkata. "Kau.. Kau nak buat apa sebenarnya ni ha?"

"Aik. Kata tak takut , tak malu.Rileklah." kali ini Iqbal mendekatkan mukanya pula dengan Hara. Tangan kanannya memegang tuala. Acah-acah mahu menanggalkan satu-satunya kain yang membaluti tubuhnya sekarang.

Hara memejamkan matanya rapat-rapat. Cukuplah sekali dia melihat lelaki di hadapannya itu tanpa seurat benang. Dia tidak mahu lihat sekali lagi. Tak mahu! 'Ya Allah. Kau lindungilah hambamu ini Ya Allah.' doa Hara dalam hati.

Iqbal merapatkan lagi wajahnya dengan wajah Hara. Dekat sehinggakan dia dapat lihat wanita itu sedang mengigil. "Hahahaha.." tiba-tiba Iqbal meledakkan tawanya.

Hara membuka mata. Dilihat lelaki itu sedang tertunduk-tunduk mengelakkannya. Hara merenung tajam. Rasa malu dan takutnya sebentar tadi bertukar menjadi rasa marah. "Apahal kau gelak!?" soalnya dengan wajah yang masam mencuka.

"Hahaha muka kau wei. Kelakar gila! Hahaha takut sampai mengigil tu. Hahahaha." galak Iqbal mentertawakan Hara. Sampai berair matanya.

Hara merengus. 'Kurang ajar! Dia kenakan aku je rupanya!' Hara mendekati Iqbal yang sedang terbahak-bahak mengelakkannya.

Papp!

Satu pukulan kuat hingap di belakang badan Iqbal. Kuat sehingga Hara sendiri merasa sakit ditapak tangannya.

Iqbal menyerigai kesakitan. "Sakitlah!"

"Padan muka kau! Lain kali kenakanlah aku lagi kalau berani! Huh!" Hara menarik muka dan mahu meninggalkan lelaki tak guna itu. Tetapi baru beberapa langkah , Iqbal telah menarik tangan Hara dan terus memeluk wanita itu erat.

Hara kaget. Pelukan itu. Sungguh dia rindu sejak pertama kali Iqbal memeluknya. Hangatnya tubuh lelaki itu memberi rasa yang mendamaikan. Tubuh sasa Iqbal bagai melindungi Hara. Lelaki itu memeluk erat batang tubuhnya. Bagai melepaskan rindu yang lama terpendam. Buat seketika Hara hanyut dalam pelukan Iqbal.

"Kau tahu tak sebenarnya aku ni sayangkan kau?" bisik Iqbal ditelinga Hara.

Bisikan Iqbal telah mengembalikan Hara ke dunia nyata. Dia menolak badan lelaki itu. "Aku nak mandi." ujarnya seraya berlalu pergi ke dalam bilik air.

Iqbal mengeluh. Susah benar untuk memahami hati isterinya itu. Kadang kala dia rasa Hara sudah sayang akan dirinya tetapi kadang kala Hara seakan menjauhkan diri pula. Haihh..

***

"Mama! Buat apa tu?" Hara memeluk Puan Amnah dari belakang.

Puan Amnah memandang sekilas menantunya itu kemudian dia tersenyum. "Mama buat sambal udang. Iqbal suka ni." jelas Puan Amnah sambil tangannya mengaul sambal udang yang berada di dalam kuali.

"Wah! Sedapnya.. Ara pun suka tahu ma."

"Haha baguslah kalau Ara suka. Ara tahukan masak ni?"

"Mestilah tahu ma. Ara dulu belajar dengan mak. Mak kan tukang masak. Hee." Ara pergi ke peti ais dan mengambil air sejuk yang berada di dalamnya. Dituang ke dalam cawan.

"Haa baguslah. Tapi nanti mama ajar cara mama masak pula. Biar nanti bila mama dah balik rumah Ara boleh masakkan untuk Iqbal."

"Boleh je ma. Ara pun suka makan sambal udang ni. Boleh masak hari-hari sampai jemu Iqbal makan. Hahaha."

"Ish kamu ni Ara. Macam tu pula."

"Hehe Ara gurau je ma."

"Ye. Mama tahu. Dah panggil Iqbal turun. Kita makan sama." kata Puan Amnah. Tangannya menyusun pinggan di atas meja. Menyediakan hidangan untuk makan tengahari.

"Ai ai kapten."

"Emm sedapnya bau..."
Baru sahaja Hara hendak bergerak naik ke bilik Iqbal telah muncul di dapur. Terhenti langkah Hara. Dia hanya memerhati lelaki itu datang sambil mulutnya muncung ke hadapan. Buruk betul rupa Iqbal bila buat begitu.

"Sedapnya..! Sambal udang! Wahh!" Iqbal menelan air liur. Tanpa berlengah dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Bersedia untuk menjamu selera.

"Sengaja mama masak ni. Tak lama lagi mama nak balik dah. Haa Ara, terjegat apa lagi tu. Meh duduk sebelah Iqbal ni."

Hara memandang Iqbal. Lelaki itu sedang tersengih memandangnya sambil menepuk kerusi kosong di sebelah.

"Meh sayang. Duduk sebelah abang." Iqbal berkata. Seketika peristiwa tiga hari lepas bermain di fikirannya. Dia cuba menahan ketawa.

Lambat-lambat Hara mengambil tempat duduk di sebelah Iqbal. Dia memandang Iqbal sekilas. Lelaki itu sedang memandangnya. Cepat-cepat Hara melarikan pandangan.

Selepas membaca doa makan. Hara mengambil sedikit sambal udang yang telah dimasak oleh Puan Amnah dan diletakkan ke dalam pinggan. Tangannya mengaul nasi dengan kuah sambal udang bagi sebati. Dengan penuh sopan santun dia menyuap nasi ke mulut. Kadang-kadang dia curi pandang Iqbal yang berada di sebelah. Berselera sungguh lelaki itu makan air tangan mamanya.

"Nah. Cepat nganga." Iqbal mengangkat sebelah tangannya untuk menyuapkan Hara. "Cepat." katanya.

"Eh takpelah. Boleh makan sendiri." Hara menolak tangan Iqbal. Matanya membulat melihat lelaki itu. 'Eee dia ni. Tak reti malu ke dengan mama.'

"Cepatlah nganga. Abang nak suap ni."

"Takpelah. Boleh makan sendiri."

"Cepat sayang..." nada suara Iqbal bertukar serius.

Hara ragu-ragu untuk menurut tetapi dibuka juga mulutnya untuk menerima suapan dari Iqbal.

"Haa macam tu lah.. Aaaa.." Iqbal mendekatkan tangannya untuk menyuap Hara. Hara sudah bersedia untuk menerima.

"Aa.. Aa.. Aumm.. Hahaha." Suapan yang sepatutnya berakhir di mulut Hara kini berada di dalam mulut Iqbal. "Hahaha lawaklah muka kau. Hahaha." gelak Iqbal dengan mulutnya yang penuh dengan nasi. Tak senonoh betul rupanya.

Bagai berada di dalam sauna. Badan Hara menjadi panas akibat terlampau malu. Dia mengentap gigi dan tangannya secara semulajadi terus menarik rambut Iqbal. Ditarik sekuat hati demi membalas dendam. Kepala lelaki itu bergoyang ke kiri kanan akibat ditarik Hara. 'Amik kau! Rasakan! Rasakan! ' Hara dah tak peduli dengan mamanya yang berada di hadapan mereka berdua. Mukanya merah menahan malu.

Mulut Hara sekarang terasa ingin memaki sahaja lelaki itu sehingga hatinya puas. Ya Allah. Kau sabarkanlah aku Ya Allah. Jangan sampai mamat ni makan kaki aku pula!

"adui! Sakit! Sakit! Hahaha" adu Iqbal. Dia memegang kepalanya. Rasa nak terkopak kulit kepalanya ditarik Hara.

"Hahaha okay-okay sory." ucap Iqbal dengan tawa yang masih ada apabila terbayang wajah Hara ketika dia mahu menyuap wanita itu. Tak sangka yang Hara akan tertipu dengan tektik lama mengenakan orang itu. Memang lurus bendul betullah perempuan ni.

Hara melepaskan genggamannya. Dia merengus kasar. Betul-betul geram dengan tindakan Iqbal mengenakannya.

Puan Amnah yang menyaksikan adegan suami isteri itu hanya mengelengkan kepala. Macam-macam hal budak-budak ni. "Dah makan. Jangan main-main lagi depan rezeki." tegur Puan Amnah.

Hara menjeling Iqbal tajam. 'Takpe Iqbal. Kau tunggu. Ada ubi ada batas. Ada hari akan ku balas! Kau tunggu!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience