"Hai. Lama ke tunggu?" Fatah mengambil tempat duduk di hadapan Hara. Cafe Puteri yang terletak di dalam sebuah shopping mall tersebut menjadi tempat pertemuan mereka. Fatah menghadiahkan senyuman kepada Hara. Terubat sedikit kerinduan hatinya melihat wajah polos bekas kekasihnya itu. Sejujurnya dia memang menyesal meninggalkan Hara. Tinggalkannya gantung tak bertali. Dia menghilangkan diri. Fatah betul-betul menyesal dan dia harap Hara akan baginya peluang ke dua untuk tebus kesilapannya itu.
"Tak lama." balas Hara. Dingin.
"Ada apa nak jumpa saya? Awak rindu ye?"
Hara mencebik. 'Perasan betul mamat ni. Siapa entah nak rindu dia.' hatinya mengutuk Fatah. "Takde maknanya nak rindu-rindu. Geli. Tak wujud pun perasaan rindu ni untuk kau."
"Emm yeke. Ingatkan rindu saya."
"Jangan nak mengadalah."
"Emm yela."
Makin meluat Hara melihat perangai Fatah. Menyampah! Mengada sangat! "Aku nak jumpa kau ni sebab nak bagitahu kau sesuatu." katanya sambil memandang ke tempat lain.
"Bagitahu apa? Awak dah buat keputusan nak bersama saya balik?" Fatah meraih tangan Hara yang diletak di atas meja.
"Woi! Kau jangan nak pegang-pegang aku eh!" Hara menarik tangannya. Makin lama makin mengada! "Aku nak kau jangan kacau aku lagi. Aku tak suka. Kau hilang je dari hidup aku. Tak payah cari aku lagi. Menyampah aku tengok muka kau." sambung Hara lagi. Dia berkata selamber tanpa menghiraukan perasaan Fatah. Ahh! Peduli apa dia nak terasa, yang penting baginya sekarang adalah Iqbal bukan Fatah. Lantaklah dia nak rasa apa sekali pun, bukan jadi masalah buat Hara.
"Ha? Tapi kenapa?" Fatah memandang Hara. Meminta simpati wanita itu untuk memberinya kesempatan yang kedua. "Ara, saya tahu saya banyak buat salah dengan awak. Saya tahu awak kecewa dengan saya tapi dalam hati awak sebenarnya awak masih sayang sayakan Ara? Saya tahu. Saya kenal awak." Fatah merayu. Dia betul-betul menginginkan Hara kembali. Tidak ada wanita lain yang dapat mengantikan tempat Hara. Hanya Hara sahaja yang layak.
"Stop it Fatah! Aku menyampah dengar kau cakap macam ni. Kau cakap kau kenal aku? Heh?" Hara tersenyum mengejek. "Tang mana kau kenal aku? Ha? Kau cakap dengan aku tang mana!?" suara Hara meninggi.
Fatah terdiam. Hara dah berubah. Dulu wanita itu jenis yang lemah lembut. Kata-katanya sentiasa sedap didengar. Manja. Baik. Sentiasa mendengar kata. Tak pernah sekali pun meninggikan suara. Hara seorang yang sopan. Bahasanya juga sopan, bukan seperti sekarang. "Ara, kenapa awak jadi macam ni? Awak dah.. Dah banyak berubah. Tak macam dulu." soal Fatah.
"Kau nak tahu kenapa aku berubah?" Hara menjeling Fatah. Dilihat lelaki itu hanya memerhatikannya. Menanti kata yang seterusnya dari mulut Hara.
"Aku berubah sebab kau! Kau jantan pengecut! Kau dah malukan aku dengan family aku! Mana kau pergi masa nak dekat tarikh perkahwinan kita? Kau cakap dengan aku mana kau pergi?" Hara merengus kasar. Jantungnya berdegup laju akibat menahan rasa marahnya yang akan meletus bila-bila saja. "Kau biarkan aku macam tu je! Kau tahu betapa terseksanya aku masa tu? Kau tak tahu sebab kau sibuk dengan betina lain! Eh Fatah! Kau kalau tak nak dengan aku , kau cakap. Jangan jadi jantan tak guna main blah macam tu je!" sambung Hara lagi tanpa memberi kesempatan untuk Fatah menjawab.
Fatah tertunduk mendengar kata-kata Hara. Pedihnya menikam kalbu. 'Kau jantan tak guna! Pengecut!' bagai melekat kata-kata itu dibenaknya. "Aku tahu aku ni tak layak untuk dimaafkan lepas segala yang aku dah buat pada kau. Tapi janganlah kau menghina aku Ara." kata Fatah perlahan.
Hara yang mendengarnya tiba-tiba timbul rasa simpati. Hatinya ingin memujuk Fatah namun segera dia menyedarkan dirinya. Dia perlu kental! Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki itu lagi. "Dah. Aku malas nak dengar kau merintih. Aku dah pernah rasa sakit dikhianati orang yang aku betul-betul sayang. Sekarang ni kau rasa pula. Kifarah. You get what you give!"
Fatah mengeluh. "Maafkan aku Ara. Aku betul-betul minta maaf. Aku tahu salah aku. Jangan seksa aku macam ni sayang. Please, i need you." ucapnya bersungguh-sungguh.
"Dah lah Fatah. Aku bosan. Muak dengan ayat "i love u" , "i need u" , "i miss u" and bla bla bla... Cliche. Kau dengar sini baik-baik. Mulai hari ini , aku tak nak kau cari aku, call aku, text aku and apa-apa jela."
"Tapi.."
"Aku belum habis cakap lagi kan? Jangan menyampuk boleh tak? Aku tak nak kau ganggu hidup aku lagi. Aku dah bahagia sekarang. Aku tak perlukan kau yang hadir hanya membawa luka sahaja."
"Maksud kau?" Fatah sukar mengerti ayat Hara. Berkias sangat. Patut berterus terang je.
"Aku dah kahwin." jawab Hara tenang.
"What? Are you serious?"
"Seriuslah. Ingat aku memain macam kau ke? Time nak kahwin lari. Sory sikit. Aku serius. " sempat juga Hara memerli Fatah.
"Tak. Aku tak percaya. Kau mesti tipu aku sebab tak nak aku kacau kau lagi en? Kau buat macam tu sebab kau sayang aku lagi en? Kau takut kalau aku selalu jumpa kau , kau akan jatuh hati balik dengan aku? Jujur Ara. Jujur dengan aku."
"Apa benda kau merepek ni? Kau jangan nak perasan sangat boleh tak? Bukan kau sorang je lelaki dalam dunia ni. Kau nak blah, blah ah. Ingat aku terhegeh-hegeh sangat nak dekat kau? Aku boleh cari lainlah. And sekarang aku dah happy dengan life aku. Aku dah ada suami. Aku tak perlukan kau. Kau tak penting."
"Ara. Jangan buat aku macam ni." Fatah cuba meraih tangan Hara namun cepat-cepat Hara mengelak.
"Hei! Dengar ini ye Encik Fatah. Aku dah kahwin. Ingat tu. Masukkan elok-elok ayat tu dalam otak kau. Aku dah kahwin. Dah kahwin. Jangan kau nak kacau aku lagi." Hara sudah berdiri dan bersedia untuk meninggalkan Fatah. "Oh! Lagi satu Encik Fatah. Fyi, tak ada sikit pun malah sekelumit pun rasa sayang dalam hati aku ni untuk kau. Dah tak ada okay. Jadi kau jangan nak fikir yang aku masih sayangkan kau. Perasaan aku untuk kau hanyalah benci. Benci. Ingat tu." sambung Hara lagi kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Fatah keseorangan.
Lelaki itu termangu. Benar-benar tak sangka yang Hara akan berubah sedemikian rupa. Malah kenyataan yang paling mengejutkan baginya ialah bila wanita itu mengaku yang dia sudah berkahwin. Hati Fatah bagai dipijak-pijak. Dia betul-betul mengharap yang Hara akan kembali kepadanya. Dia berazam pada dirinya yang dia akan tebus kesalahannya. Dia ingin memulihkan keadaan. Dia ingin mengambil Hara menjadi pemaisuri hatinya. Namun semua itu tinggal kenangan. Semua itu cuma khayalan. Hara sudah dimiliki oleh orang lain.
"Tak! Aku tak percaya Ara. Aku tahu kau buat ni semua sebab nak mengelak dari aku. Aku tahu." Fatah senyum meleret. "Aku tak akan putus asa. Kau akan jadi milik aku, tak kira lah apa pun. Aku akan cuba dapatkan kau."
***
"Abang, barang-barang kat rumah semua dah habis. Bila nak pergi beli?" Hara mengerling Iqbal yang sedang enak menjamu makan tengahari. Tangannya mengacau air sirap yang baru dibuat sebentar tadi. Kemudian dia letakkan di atas meja dan dia mengambil tempat di hadapan Iqbal.
"Ara amik jela barang-barang dekat tempat abang tu." balas Iqbal.
"Amik je? Nanti abang rugilah."
"Abang bayar. Ara amik je. Lepas tu cakap dekat Khai barang yang Ara amik."
"Betul ni?"
"Iye. Betul. Nanti ada masa kita pergi pasaraya okay? Cari semua barang. Buat sementara ni Ara amik je apa yang perlu dulu."
"Hee okay abang." Hara tersengih macam kerang busuk. Tiba-tiba terasa untung pula dapat suami owner supermarket ni. Hehe.
"Abang ingat abang nak Ara berhentilah kerja dengan Encik Amir tu." Iqbal berkata setelah lima minit keadaan sunyi seketika.
"Ha? Tapi kenapa pula?" Hara mengerutkan dahinya.
"Saja. Kenapa? Ara tak nak?"
"Ish abang ni. Mana boleh saja-saja. Dah la Ara dengan Alicia je pekerja dekat situ. Kesian Encik Amir nanti."
"Okaylah kalau dah Ara kata macam tu." kata Iqbal sambil mengangkat kedua bahunya. Tanda perbincangan mereka sudah selesai. Perbincangan yang secara tiba-tiba itu malas untuk Iqbal panjangkan. Dia sengaja suruh Hara berhenti kerja supaya wanita itu dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri dengan lebih sempurna. Menyediakan makan pakaiannya. Menantinya pulang dari kerja dan lain-lain.
"Ohh okay." Hara hanya mengiyakan kata-kata Iqbal. Pelik juga tiba-tiba sahaja Iqbal menyuruhnya berhenti kerja. Sebelum ni okay je.
***
"Assalamualaikum Puan Ara. Nak jumpa Encik Iqbal ke?" Amirah yang berada di kaunter pembayaran menegurnya. Khai yang berada disebelah cuma tersenyum.
"Eh tak adalah. Saya nak amik barang sikit. Boleh?"
"Boleh. Apa tak bolehnya. Ni kan kedai Encik Iqbal."
"Hehe malu pula saya, awak cakap macam tu." Hara memegang telinganya. Segan dirasakan bila Amirah berkata begitu. Bukannya Amirah memuji dia pun. Tiba-tiba malu tak tentu pasal pula.
"Takpela. Saya amik barang dulu ye." ucap Hara sambil mencapai bakul yang disediakan disitu.
Kaki Hara melangkah ke tempat makanan beku. Dia ingin mengambil nugget dan juga hot dog. Setelah itu kakinya pergi ke bahagian makanan dalam tin. Diambil dua tin sup cendawan kegemarannya. Bukan barang keperluan rumah pun. Ceh!
"Ara. Ara." Tangan Hara diraih oleh seseorang. Pantas Hara menoleh. 'Adui. Mamat ni. Tak faham bahasa ke apa aku cakap hari tu.' Hara menarik tangannya dari terus digenggam Fatah.
"Kau nak apa lagi? Kan aku dah cakap jangan kacau aku. Tak faham bahasa ke?" tengking Hara. Semakin lama dia semakin rimas dengan Fatah.
"Ara tolonglah. Saya merayu. Saya tak boleh lupakan awak. Awak jangan seksa saya macam ni. Saya tahu sebenarnya awak tak kahwin lagi. Awak sengaja. Maafkan saya. Awak cakap je apa yang awak nak saya buat. Saya akan buat asalkan awak terima saya balik." Fatah merayu bersungguh-sungguh. Sebiji macam psiko. Menyeramkan sungguh.
Hara berdecit. "Kau ni apahal? Aku cakap aku dah kahwin , aku dah kahwinlah. Jangan kacau aku lagi. Ish! Rimaslah!" kata Hara. Kakinya sudah melangkah pergi untuk meninggalkan Fatah namun lelaki itu sempat menarik tangan Hara. Menghalang wanita itu daripada meninggalkannya.
"Woi! Apahal ni!?" Hara kaget. Tangannya yang direntap Fatah sebentar tadi terus ditarik.
"Apahal ni Ara?" Iqbal mendekati isterinya itu. Dia baru sahaja turun dari pejabatnya setelah Siti memaklumkan yang Hara ada dibawah. Niat hatinya ingin menemankan wanita itu membeli barang. Tapi lain pula yang muncul.
"Kau ni sape?" Fatah menyoal Iqbal. Potong betul. Dia baru nak merayu dengan Hara supaya menerimanya. Tiba-tiba muncul pula lelaki yang berlagak macam hero ni.
"Kau tu sape?" Iqbal memulangkan soalan. Ditarik Hara supaya berdiri di belakangnya.
"Bro, gua tanya lu, lu patut jawab gua. Jangan nak tunjuk hero sangat depan perempuan."
"Hahaha bro, kau sekarang dalam tempat aku. Aku lebih berhak. Kau datang sini and tiba-tiba pegang tangan isteri aku. Kau nak cari pasal ke?"
"Isteri?"
"Yela. Isteri. Kau siapa?"
Fatah terdiam. Dia menjeling Hara yang berada di belakang Iqbal. Hatinya hancur berkecai. Air matanya bertakung tapi ditahan. Malulah lelaki menangis. "Jadi betullah awak cakap yang awak dah kahwin?" Fatah memandang Hara. Suaranya serak akibat tangisan yang cuba ditahan.
"Ye, memang dia dah kahwin. Aku ni suami dia." Iqbal menjawab bagi pihak Hara. Dia tak mahu Hara berbual dengan lelaki yang tak dikenalinya itu.
Fatah mendekati Iqbal. Dia memegang bahu Iqbal dan berkata "kau bertuah bro. Jaga dia baik-baik. Kau ingat, kalau kau sakiti dia aku sentiasa ada untuk lindungi dia. Jaga dia elok-elok." sayu suara Fatah kemudian dia berlalu pergi.
"Dia tu sape?" Iqbal memandang Hara yang sedang memerhati lelaki itu bergerak pergi.
"Dia tu... Orang tak penting." jawab Hara sambil matanya masih tak lepas memerhatikan Fatah yang sedang berjalan keluar. 'Orang tak penting.' bisik hatinya sekali lagi.
Share this novel