Dia merenung ke luar jendela.. Bayu angin meniup lembut.. Lihat bintang di angkasa.. Purnama menerangi gelapku.. *ok2 serius ('-')
Angin malam mengelus pipi Iqbal lembut. Bagai memujuk hatinya supaya terus tabah dan jangan bersedih lagi. Malam suram dia hanya di temani secangkir kopi dan alunan muzik daripada telefon pintarnya. Lagu akhiri penantianku dendangan alif satar seolah-olah ditujukan untuk seseorang yang sudah hilang entah kemana. Irama lagu dan seni kata yang mendalam sangat-sangat menikam kalbunya.
Helaan nafas keras dibuat. Pandangan dilempar ke dada langit yang dihiasi beribu bintang. Masih bersinar megah walaupun jauh beribu batu. Perlahan-lahan bintang-bintang itu membentuk satu wajah yang amat dirindui. "Ah! Bintang pun tahu aku sedang rindukan kau. Kenapa kau menjauh sedangkan aku cuba mendekati? Aku tahu selama ini aku yang bersalah. Maafkan aku. Wahai bintang.. Kau sampaikanlah maafku ini kepadanya. Aku benar-benar ingin berjumpa dengannya." Seperti sedang berlakon dalam sebuah teater, Iqbal melafazkan kata-kata tersebut dengan penuh syahdu.
Dicapai cawan berisi kopi panas. Dicicip sedikit bagi membasahkan tekak. Kemudian diletakkan kembali. Pandangan mata kembali menatap wajah langit yang mendamaikan jiwanya. Dia memeluk tubuh sambil mengamati satu persatu bintang yang bertaburan di langit. Alangkah bagusnya jika dia seperti bintang. Tinggi di langit dan dapat lihat keadaan dibawah. Pasti dia akan tahu di mana keberadaan Hara sekarang. "Bagitahulah aku di mana kau Ara."
***
Dia mengamati gambar yang tertertera di skrin telefonnya. Lelaki sado itu tampak sangat comel bila sedang marah. Dia tersenyum sendirian. Tipulah kalau dia katakan tidak ada sedikit pun rasa rindu yang hadir dalam jiwanya untuk lelaki itu. Mahu saja dia beralah dan kembali ke pangkuan insan itu namun perasaan egonya sudah diangkat menjulang tinggi.
Segala kata cacian yang telah engkau berikan.. Membuatku rasa kosong.. Kosong.. Kosong.. Lirik lagu nyanyian Najwa Latif itu tiba-tiba menerpa benaknya. Segala kata cacian yang diterima membuatkan dia terpaksa meninggikan egonya. Dia tak suka dianggap sampah. Dianggap hina dan juga lemah. Dia rela kehilangan segalanya asalkan bukan maruah dan lelaki itu telah mempermainkan maruahnya. Dia tak boleh bertolak ansur walaupun lelaki itu bergelar suami kepadanya.
Telefonnya ditutup dan diletak ke tepi. Kepalanya mendongak ke atas. Malam yang indah bukan? Langit kelihatan bersih dengan hiasan bintang bertaburan. Dia menarik nafasnya kemudian lepas dengan satu helaan yang membawa segala rasa dijiwanya. "Bintang.. Betul ke apa yang aku buat ni?"
***
Ting tong! Ting tong!
"Assalamualaikum! Iqbal!"
Ting tong! Ting tong!
"Iqbal! Woi! Kau tidur mati ke apa sia!"
Ting tong! Ting tong!
Iqbal memegang kepalanya. Mata sebelahnya dibuka sedikit. Dicapai telefon di atas meja lampu. Sudah pukul 12 tengahari. Melantak apa dia hari ni. Tak pernah dia terlewat bangun sampai macam ni sekali.
Ting tong! Ting tong!
Sekali lagi terdengar bunyi loceng rumah ditekan. Dengan kemalasan tahap maksimum , Iqbal melangkah turun daripada katil. Sayup-sayup dapat dia dengar suara mahkluk Allah dekat luar itu sedang memanggil-manggil namanya. "Siapa je yang datang time-time macam ni. Tak kerja ke apa? Kacau betullah."
Usai membasuh muka, Iqbal segera menuju ke pintu rumah. Makin lama dibiarkan nanti habis rosak pula loceng rumahnya ditekan oleh mahkluk rakus di hadapan rumahnya itu. Tak menyabar betul. Asyik ditekan je.
"Woi! Bal! Ka... Haa! Bangun pun kau.."
Muncul wajah Iqbal di balik pintu rumah. Lelaki itu mengosok-gosok matanya. "Kau ke Ris. Aku ingat siapalah yang memekak depan rumah aku pepagi ni." Iqbal melangkah keluar. Disarung selipar dan menuju ke pagar rumah. "Ada apa ni?" soalnya sambil menolak pagar rumah. Memberi laluan untuk Haris bergerak masuk ke dalam rumahnya.
"Pagi apanya woi. Dah tengaharilah. Kau memang baru bangun ke apa ni?"
Iqbal mengangguk. Mereka berdua beriringan masuk ke dalam rumah.
"Kau duduklah dulu. Aku buatkan air."
"Eh tak payah susah-susah. Bagi air sirap bandung pun dah cukup. Haus ni. Terjerit-jerit tadi depan rumah kau."
"Ah.. Takde bandung-bandung. Kau nak bandung pergi Indon. Air kosong je sudah." balas Iqbal sambil bergerak ke dapur.
Haris mencebik. 'Tadi kata nak buat. Air kosong tu tuang je bukan buat. Ceh!'
Iqbal meletakkan gelas berisi air kosong sejuk di hadapan Haris. "Ada apa datang jumpa aku ni?" Iqbal melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Haris.
"Aik? Dah tak boleh ke aku nak jumpa kawan aku sendiri?"
"Aku tak cakap pun tak boleh. Aku cuma tanya je kan. Tak payahlah emo. Aku sekeh kau kang."
"Hehe." tersengih-sengih Haris sambil memegang kepalanya. "Bal.."
"Emm."
"Kau okay tak?"
"Okay je. Ada nampak macam aku tak okay ke?"
Haris mengangkat kedua bahunya. "Mulut kata okay dalam hati kita tak tahu."
"Aku okaylah. Mulut ke dalam hati ke semua okay. Okay?"
"Yela. Dah kau kata okay. Okaylah."
"Kau sebenarnya datang sini ada apa? Jarang kau nak datang rumah aku ni. Selalu mesti call , lepak dekat luar."
"Takde... Tadi aku pi office kau. Nak jumpa kau dekat sana. Sekali secretary kau cakap kau tak masuk office lagi hari ni."
"Ohh.. Sebab tu lah kau datang sini?"
"Eh bukan..."
"Habis tu?"
"Secretary kau cakap dah banyak hari kau tak masuk office. So dia minta tolong aku tengokkan kau dekat rumah. Kot mati ke hidup ke. Sihat ke idok."
"Ohhh.. Sebab tu lah kau datang tengok aku ni. Emm terharu aku beb."
"Eh bukan sebab tu..."
"Laa... Habis tu sebab apa lagi?"
"Sebab secretary kau tu comel. Masa dia minta tolong aku tu macam emm aku rasa macam dah jatuh cinta dengan dia. Tak sampai hati pula nak tolak. Hehe."
"Macam nokharom punya kawan. Aku ingat datang sebab aku rupanya sebab perempuan. Kau pasal perempuan bukan main lagi eh. Kata dah jatuh hati dengan Azimah, ni nampak setiausaha aku terus beralih arah pula? Memang dasar kaki perempuan kau ni."
"Hahaha Azimah , Azimah lah. Setiausaha kau lain. Nama dia siapa Bal?"
"Siti Zulaika." jawab Iqbal acuh tak acuh.
"Uish. Nama pun dah macam gadis melayu terakhir beb."
"Kau jangan nak merepeklah. Ris."
Haris memandang Iqbal.
"Aku tanya sikit boleh?"
"Tanya ah. Sikit je. Kalau banyak-banyak malas aku nak layan."
"Kau tak marah aku ke?"
"Maksud kau?"
"Kau tak ingat kes dekat kedai makan tempoh hari. Yang.."
"Kau tumbuk aku?" pintas Haris.
Iqbal menganggukkan kepalanya.
Haris tersenyum nipis. Air sejuk sudah habis diteguk. Gelas kosong diletak kembali ke atas meja. "Kalau aku marah kau takdenya aku datang jumpa kau sekarang ni."
"Tapi kau tak rasa aku melampau ke cakap yang bukan-bukan?"
"Haha kau sebenarnya nak cakap pasal apa ni? Wei. Kau dengan aku bertahun dah kawan doh. Aku tahu sangat perangai kau tu. Memanglah nampak macam innocent je kan. Tapi kalau tengah tak betul kata-kata kau tu menikam jiwa beb."
"Herm.. Tu lah. Aku rasa aku ni tak pandai kawal emosi bila marah." Iqbal tunduk. Malu mahu bertentang mata dengan Haris.
"Hahaha akhirnya kau sedar. Memang tu aku tak nafikan. Kau bila marah kau susah nak kawal. Kau biar perasaan marah tu kawal diri kau yang akhirnya memakan diri kau sendiri."
"Tapi aku pelik juga. Kalau dengan si Wawa tu rilek je kau ikut bontot dia. Takde pula kau angin." sambung Haris lagi.
"Eh kau ni. Tetiba masuk pasal Wawa pula." Iqbal memandang Haris tak puas hati. Baru tadi rasa insaf. Nak pandang muka Haris pun malu tapi tiba-tiba sebut nama Wawa pula. Hilang segala mood baiknya tadi.
"Okay. Okay. I'm sory." Haris mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. "By the way , Ara mana?"
Iqbal diam seketika sebelum menjawab soalan Haris. "Ara.. Emm Azimah tak bagitahu kau pape ke?"
Haris mengelengkan kepalanya. "Kenapa? Ara kenapa?"
"Herm..." Iqbal mengusap mukanya. Cuba memberi kekuatan dalam dirinya untuk bercerita soal Hara. "Tiga empat hari lepas, aku ada jumpa dengan seseorang ni. Bukanlah seorang tapi tiga orang."
"Siapa?"
"Fatah, Ridhwan dengan Alicia."
"Woo.. Fatah tu aku tahulah. Yang lagi dua tu siapa?"
"Kawan Ara."
Terangguk-angguk kepala Haris mendengar. "Dorang nak apa?"
"Kau ingat tak yang kita ada jumpa Ara berdua dengan lelaki?"
"Ingat."
"Actually masa tu dorang bertiga wei. Ara plan untuk bantu Ridhwan ni rapat dengan Alicia. Ara tak pernah curang pun dengan aku. Kenapalah aku tak pernah nak bagi dia peluang jelaskan semuanya. Sampai aku sanggup tuduh anak yang gugur tu bukan anak aku. Padahal aku yang patut disalahkan sebab aku yang tolak Ara sampai dia jatuh. Semua sebab aku."
"Herm.. Sabarlah Bal. Benda dah jadi. Tak boleh nak patah balik. Syukurlah sekarang ni kau dah sedar and diberi kesempatan untuk tahu hakikat yang sebenar."
"Semua tu tak guna Ris kalau aku tak boleh nak minta maaf dengan Ara."
"Pulak? Mana Ara pergi?"
"Aku tak tahu. Merata aku cari dia tak jumpa."
"Dekat rumah Azimah pun dia takde?"
Iqbal mengangguk.
"Emm mana pula dia pergi eh? Tak kan hilang macam tu je?" Haris memegang dagunya. Matanya pandang ke atas. Otaknya cuba memikirkan penyelesaian masalah yang separa rumit ini. "Kau ada try call dia?"
"Semua aku dah buat and semua tak mendatangkan hasil. Dia macam em.. Betul-betul tak nak jumpa aku. Tak nak maafkan aku."
"Tak mungkin Bal. Tak mungkin."
"Kenapa pula tak mungkin?"
"Ara tu kan sayangkan kau. Tak mungkin dia tak nak jumpa kau."
"Tapi aku dah hina dia. Mestilah dia rasa maruah dia dipijak."
"Emm.. Kau... Ada pergi rumah mak mertua kau?"
Iqbal terkedu. Rumah Mak! Ya Allah! Kenapalah dia tak pernah terfikir sebelum ni! Bingkas dia bangun dari sofa.
"Eh! Eh! Kau nak kemana pula tu!? Aku belum habis cakap lagi ni!"
"Aku nak cari Ara! Thanks Ris! Sayang kau dunia akhirat!" jerit Iqbal dari tingkat atas.
"Dia ni kan! Suka sangat tinggal aku time aku belum habis cakap. Celaka betul!"
Share this novel